Adsense

Jumaat, 4 Mei 2012

borak kosong

borak kosong


Ada Minuman yang Terbuat dari Anak Tikus

Posted: 04 May 2012 09:15 PM PDT


Pernah terbayangkah oleh Anda campuran teraneh apa yang ada di didalam sebuah minuman beralkohol? Percaya atau tidak, di Negeri tirai bambu, China, minum beralkohol tradisional-nya mencampurkan bayi-bayi tikus di dalamnya. 
Kebanyakan dari bayi-bayi tikus tersebut baru berumur tiga tahun. Bayi tikus tersebut ditenggelamkan ke cairan yang disebut dengan rice moonshine.
Menurut kepercayaan China, minuman tersebut mempunyai khasiat untuk menghilangkan berbagai macam penyakit. Mulai dari penyakit asma hingga penyakit gangguan liver.
Nah bagi Anda yang mempunya beberapa penyakit tersebut cubalah minum, itu juga jika Anda berani.

Lasioglossum gotham: Lebah yang Meminum Air Mata dan Keringat Manusia

Posted: 04 May 2012 09:00 PM PDT


Tahukah kamu ternyata ada sejenis lebah yang sukanya meminum air mata dan keringat atau peluh manusia? Hal ini kerana cairan tubuh manusia banyak mengandung garam dan protein yang bermanfaat sebagai sumber nutrisi bagi lebah sehingga mereka sering "mencurinya" untuk diminum.
Sebuah artikel terbaru di Wall Street Journal mengenai lebah keringat mengatakan, "Lebah ini lebih memilih manusia yang berkeringat, dibandingkan dengan kebanyakan binatang, kerana pola makan manusia biasanya sangat asin sehingga keringat mereka kaya dengan nutrisi penting."
Sebuah spesies baru dari jenis lebah ini (Lasioglossum gotham) ditemukan baru-baru ini di tengah kota Brooklyn. Walaupun spesies baru ini termasuk dalam kategori lebah, tetapi mereka kecil dan jarang menyengat. Jadi, orang-orang sering tidak menyedari ketika lebah keringat hinggap di tangan atau kaki mereka.
Para ilmuwan di Thailand mengambil langkah lebih jauh untuk meneliti jenis lebah baru ini. Mereka menggunakan mata mereka sendiri untuk memancing lebah. Mereka juga menyiapkan daging, Ovaltine, keju, dan makanan lain untuk dipilih para lebah, tetapi ternyata lebah keringat tetap memilih air mata manusia untuk dikonsumsi.
Dalam penelitian yang berjudul "Lebah yang Meminum Air Mata Manusia", para ilmuwan menuliskan, "Saat mendarat, mata yang automatik mengedip biasanya mencegah lebah untuk mendapatkan pegangan yang kukuh, sehingga ia akan jatuh dari bulu mata. Jika demikian, lebah akan terus-menerus mencuba lagi dan lagi sampai berhasil, atau akan menyerah dan terbang menjauh pada akhirnya. Dalam beberapa kes, lebah mendekat dengan sangat halus sehingga peneliti tidak menyedari bahawa ada beberapa ekor Lisotrigona yang melekat pada kelopak mata dan menghisap air mata. Setelah mendarat dan menghisap air mata, peneliti sering tidak merasakan kehadiran lebah dan pada akhirnya menggunakan kaca untuk memastikan apakah ia masih di sana atau sudah pergi.
"Bagaimanapun, ketika beberapa lebah ikut terlibat, pengalaman ini menjadi agak tidak menyenangkan, menyebabkan air mata mengalir dengan kuat. Begitu seekor lebah menetap dan ada lebih banyak yang mendekat, mereka cenderung saling berdekatan satu sama lain. Menutup mata tidak selalu dapat mengusir lebah, malahan beberapa lebah masih terus menghisap pada celah mata. Mereka bahkan tetap dapat bertenggek saat mata ditutup.
Ilmuwan akhirnya berhasil menangkap 262 lebah peminum air mata ini dengan menggunakan mata mereka sebagai umpan. Hipotesa yang mereka simpulkan adalah para lebah ini memanfaatkan air mata manusia sebagai sumber protein utama, walau kandungan garam pada air mata mungkin juga menjadi daya tarik bagi mereka.

Ada hantu digaraj kereta Kim Kardashian

Posted: 04 May 2012 08:45 PM PDT

LOS ANGELES- Kim Kardashian hanya boleh tertawa ketika orang mengira ada penampakan hantu di sebuah foto yang dia up loadnya. Penampakan wanita yang diduga hantu itu tepat berada di belakang Kim yang sedang berpose di dalam kereta. 

Wanita berbaju putih itu bersembunyi di garaj Kim. Saat itu, Kim memang sedang berpose dengan kereta milik kakak iparnya, Scott Disick. 

Padahal, wanita yang diduga hantu itu adalah kakak Kim, Kourtney Kardashian ketika mereka masih remaja. Kerana itulah, Kim memastikan susuk wanita berbaju putih di foto itu bukanlah hantu.

"Melihat isi Tweet kalian tentang gadis menyeramkam di gambar instagramku. Hahaha tidak ada hantu di sini," kata Kim dalam akun Twitternya seperti dikutip Aceshowbiz, Jumat (4/4/2012).

Guru Bakar Kaki Pelajar Gara-gara Solat Tak Teratur

Posted: 04 May 2012 08:30 PM PDT


TRIBUNNEWS.COM - Polis Bangladesh tengah mengejar seorang guru dari sebuah madrasah yang diduga membakar kaki murid-muridnya dengan batang besi panas. Polis menduga guru yang dimaksud membakar muridnya lantaran tidak menjalankan solat secara teratur.
Setidaknya, 14 siswi, berusia lapan hingga duabelas tahun, menderita luka bakar, akibat perbuatannya. Siswi itu belajar pendidikan bahasa Arab dan Bengali di Madrasah Talimul Quran Mahila, di Namashyampur di Dhaka. Insiden itu terjadi di hari Selasa, kelmarin.
"Itu adalah hari pertama sekolah, setelah cuti selesai. Guru kami marah ketika mendengar bahawa kami tidak melakukan solat selama cuti kami," kata seorang siswi, Ferdousi Akther, yang masih berusia lapan tahun, seperti dikutip dari BBC, Jumat (4/5/2012).
"Kemudian dia meminta stafnya memanaskan sebatang besi dan kemudian ia menempelkan di kaki kami. Rasanya sakit itu tak tertahankan," lanjutnya.
Menurut Ferousi, gurunya mengaku melakukan hal itu agar muridnya mengetahui panasnya api neraka, jika tetap tidak melakukan solat secara teratur.
Sekolah ditutup untuk sementara setelah kejadian itu, dan kisah pengalaman mengerikan dari siswi madrasah itu telah banyak dilaporkan di surat khabar.
Walau tidak menderita luka-luka serius, perbuatan guru itu mendapatkan kecaman dari para orangtua murid. "Saya terkejut melihat luka bakar puteri saya," kata Jumur Akhter, ibu dari salah satu siswi. (bbc)

Karen Setubuhi Anak Temannya

Posted: 04 May 2012 08:15 PM PDT


TRIBUNNEWS.COM - Seorang wanita berusia 41 tahun, berurusan dengan pihak polis, setelah bersetubuh dengan remaja lelaki berusia 13 tahun yang merupakan anak dari seorang temannya.
Karen Lee Carstens, disangkakan telah melanggar tindak pidana, melakukan hubungan seks dengan anak di bawah umur.
Menurut pemberitaan Dailymail, Jumaat (4/5/2012), kes ini bermula ketika, Karen menawarkan dirinya, untuk menjaga anak dari seorang temannya, selama temannya itu dirawat di rumah sakit yang berada di Kota Houston.

Ia-pun membawa remaja  itu untuk menginap di rumahnya, yang berada di Texas, Amerika Syarikat (AS), siapa sangka, ia malah menggoda remaja itu melakukan hubungan seks.
Kedua pasangan yang berbeza umur puluhan tahun tersebut akhirnya melakukan hubungan suami isteri, selama beberapa kali.

Remaja itu sempat khuatir, dirinya menghamili Karen dalam hubungan terlarang mereka. Namun Karen, meyakinkannya bahawa ia tidak akan hamil, kerana saat mereka berhubungan, ia tidak dalam masa subur.
Hubungan mereka berakhir di tahun 2009, ketika Karens, pindah rumah.

Atas perbuatannya, polis telah menetapkannya menjadi tersangka, dan berencana akan melakukan penahanan terhadapnya. 

Mahasiswi Berparas Cantik Maki Polis dengan Bahasa Kotor

Posted: 04 May 2012 08:00 PM PDT


TRIBUNNEWS.COM - Seorang mahasiswi berparas cantik bernama Natasha Wan Xue terpaksa berurusan dengan pihak polis setempat setelah menyerang empat polis dan memakinya dengan bahasa kotor. Demikian dilansir The Straits Times, Jumaat (4/5/2012).
Wan, berusia 24 tahun, dinyatakan bersalah melakukan tindakan kriminal dan kata-kata kotor terhadap pelayan masyrakat.
Kejadian itu bermula pada 26 Oktober tahun lalu saat dua polis melihat seorang tukang pukul memaksa Wan dan kekasihnya bernama Lim Zhao Ming, serta lelaki lain keluar dari kelab malam Zouk di Singapura.
Lim mengalami luka dan titisan darah di bajunya. Dua polis bertanya jika Lim memerlukan pertolongan medis. Sayangnya, Lim malah membentak ke arah polis serta Wan tiba-tiba memukuli wajah seorang polis dan memakinya dengan bahasa vulgar.
Dua polis wanita kemudian tiba di tempat dan kemudian menangkap Wan. Saat dalam perjalanan menuju balai polis, sekali lagi Wan menyakiti polis dengan menyundul kepalanya ke arah polis dan menggigit lainnya di bahagian pergelangan tangan.
Petugas yang digigit terpaksa harus dirujuk ke RS dan menginap selama enam hari dan 13 hari untuk waktu istirahat.
Kuasa hukum Wan mengatakan kliennya sedang stress saat ia melakukan kejahatan itu. Dalam sebuah tes menunjukkan kadar alkohol di darahnya mencapai 172 mg per 100 ml. Dua kali ganda dari 80 mg untuk batas normal untuk membawa kendaraan.

Saiz kaki lelaki gergasi diukur

Posted: 04 May 2012 07:45 PM PDT


CANTON, Amerika Syarikat (AS) - Seorang lelaki paling tinggi di sini, Igor Vovkovinskiy mengunjungi ibu pejabat syarikat kasut Reebok di sini kelmarin untuk mengukur saiz kasutnya dengan harapan dia dapat menjalani kehidupan secara normal.
Vovkovinskiy berkata, sejak enam tahun lalu, dia menjalani 16 pembedahan selepas ditimpa pelbagai masalah kesihatan akibat memakai kasut yang tidak sesuai.
"Selama enam tahun, saya cuma terperap di dalam rumah," kata Vovkovinskiy yang setinggi 2.34 meter.
"Saya berhasrat untuk bersiar-siar di sekitar kawasan kejiranan sambil ditemani anjing peliharaan saya," tambahnya.
Proses mengambil ukuran kaki Vovkovinskiy dilakukan oleh beberapa juruteknik dengan bantuan mesin canggih bagi memastikan saiz kasut yang tepat.
Reebok menyatakan, kos untuk membuat kasut Vovkovinskiy adalah antara AS$12,000 (RM36,531) hingga AS$20,000 (RM60,885).
Vovkovinskiy, 29, berasal dari Ukraine tetapi pada usia tujuh tahun, dia dan ibunya berpindah ke negeri Minnesota bagi mendapatkan rawatan penyakit kelenjar pituitari yang menyebabkan ketinggiannya menjadi luar biasa.
Ketika itu, Vovkovinskiy memiliki ketinggian 1.83 meter. - Agensi
sumber : kosmo online

Seorang lagi ahli keluarga Kwok ditahan ekoran rasuah

Posted: 04 May 2012 07:30 PM PDT


HONG KONG: Siasatan rasuah terhadap aktiviti seorang daripada keluarga terkaya di Asia ditingkatkan semalam selepas pihak berkuasa Hong Kong menahan ahli tertua keluarga Kwok.
Syarikat keluarga itu, Hartanah Sun Hung Kai digantung daripada perdagangan di bursa saham Hong Kong selepas pengumuman bahawa ejen antirasuah telah menahan Walter Kwok atas tuduhan rasuah.

Walter memaklumkan kepada bursa itu malam kelmarin bahawa dia ditahan Suruhanjaya Bebas Terhadap Rasuah (ICAC) sambil menambah penahanan itu tidak akan menjejaskan operasi perniagaan syarikat berkenaan.


Ejen antirasuah menahan dua adik ellakinya, Pengerusi bersama Sun Hung Kai, Thomas dan Raymond pada Mac lalu, manakala eksekutif keempat, Thomas Chan, ditahan lebih awal dalam satu daripada kes rasuah terbesar di bandar raya itu.

Walter adalah pengarah bukan eksekutif syarikat itu.


Keluarga Kwok adalah antara lelaki terkaya di Hong Kong dan Hartanah Sun Hung Kai adalah pemaju hartanah terbesar di bandar raya itu berdasarkan modal pasaran. - AFP



sumber : myMetro

Harta Zuckerberg dijangka berjumlah RM54 bilion

Posted: 04 May 2012 07:15 PM PDT


SAN FRANCISCO: Mark Zuckerberg akan menjadi antara orang paling kaya di dunia dengan harta berjumlah RM54 bilion apabila saham Facebook diapungkan di pasaran saham 18 Mei ini.
Pengasas laman sosial berusia 27 tahun itu akan bernilai lebih tinggi berbanding pesaing teknologi lain, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Steve Balmer yang berusia 56 tahun, dua kali ganda usia Zuckerberg, menurut dokumen yang difailkan oleh Facebook pada pihak berkuasa kewangan Amerika Syarikat.

Beliau juga akan lebih kaya daripada Michael Dell, 47, dan bilionair keluli Russia, Vladimir Lisin, 55.


Zuckerberg yang akan memegang jawatan CEO juga akan mengekalkan kira-kira 58 peratus kuasa mengundi syarikat.

Saham Facebook ditetapkan antara RM84 hingga RM105 untuk diapungkan membolehkan syarikat itu dinilaikan pada RM238 bilion, pengapungan tertinggi dalam sejarah Silicon Valley.


Pelabur dijangka berebut untuk mendapatkan saham itu, walaupun sebahagian mereka menyuarakan kebimbangan mengenai pertumbuhan jangka panjang rangkaian sosial berkenaan Sambutan terhadap saham Facebook dijangka tinggi bukan setakat kerana jumlah wang yang akan dihasilkan tetapi ia sendiri adalah amat popular.



Rangkaian sosial online itu mempunyai 900 juta pengguna di seluruh dunia. - DM


sumber : myMetro

Mayat 3 jurufoto dalam beg plastik

Posted: 04 May 2012 07:00 PM PDT


MEXICO CITY: Tiga jurufoto yang bertugas membuat liputan di Veracruz, wilayah timur Mexico yang dilanda keganasan, ditemui mati, semalam.
Mayat mereka ditemui dalam beg plastik yang dicampakkan ke dalam parit.

Ia berlaku kurang seminggu selepas seorang wartawan penyiasatan sebuah majalah dipukul dan dijerut di rumahnya di negeri yang sama.


Kumpulan Kebebasan Akhbar berkata, ketiga-tiga jurugambar itu melarikan diri buat sementara waktu selepas menerima ancaman bunuh tahun lalu.

Kumpulan berkenaan mendesak kerajaan Mexico bertindak serta-merta untuk menghentikan serangan yang mensasarkan wartawan.


Sekurang-kurangnya tujuh wartawan, jurugambar, bekas wartawan dan bekas jurugambar mati dibunuh di Veracruz dalam masa 18 bulan.



Seperti kebanyakan mangsa yang dibunuh, tiga jurugambar yang ditemui semalam adalah antara segelintir wartawan yang masih terbabit dalam membuat liputan berita mengenai kejadian jenayah di negeri itu.

Ancaman dan pembunuhan menyebabkan kebanyakan media bimbang untuk melaporkan keganasan berkait dengan dadah.


Kini, hanya media sosial dan blog yang membuat laporan mengenai jenayah serius.

Mexico menjadi negara paling bahaya untuk wartawan sejak beberapa tahun kebelakangan. Mereka sering menjadi sasaran ketika tindakan kerajaan terhadap kartel dadah dan permusuhan antara kumpulan penjenayah menyebabkan puluhan ribu pembunuhan, penculikan dan peras ugut.


Pendakwaan dalam kes membabitkan pembunuhan wartawan tidak pernah dilakukan.


Pembunuhan terbaru berlaku di bandar Boca del Rio, tempat polis menemui mayat empat orang, semalam. Penemuan itu adalah hasil maklumat orang ramai yang melihat empat beg plastik mencurigakan dalam parit, kata Pejabat Peguam Negara Veracruz. Mayat itu mempunyai kesan diseksa dan dikerat.


Seorang mangsa dikenalpasti sebagai Guillermo Luna Varela, jurugambar bahagian jenayah untuk laman web www.veracruznews.com.mx.


Dia dilihat kali terakhir oleh wartawan tempatan ketika membuat liputan mengenai kemalangan kereta petang kelmarin.


Menurut seorang rakan yang enggan dikenali, Luna, berusia 20-an dan anak saudara kepada seorang lagi mangsa yang mayatnya turut ditemui di tempat sama, Gabriel Huge.


Huge berusia awal 30-an dan bekerja sebagai jurugambar untuk akhbar Notiver sehingga musim panas lalu apabila dia melarikan diri setelah dua rakan wartawannya dibunuh.


Huge kembali bekerja sebagai wartawan di Veracruz baru-baru ini tetapi tidak dapat dipastikan bertugas di bahagian mana.


Pegawai berkata, mangsa ketiga ialah Esteban Rodriguez, jurugambar akhbar AZ di bahagian jenayah sehingga musim panas lalu apabila dia juga melarikan diri. Dia kemudian pulang tetapi bekerja sebagai jurukimpal. - AFP



sumber : myMetro

Badan tersepit pada tayar

Posted: 04 May 2012 06:45 PM PDT


KINABATANGAN: Dua sahabat baik yang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Paris, dekat sini, maut selepas motosikal dinaiki terbabas, menyebabkan mereka tersepit pada tayar pacuan empat roda yang dirempuh di Kilometer 123, Jalan Lahad Datu-Kinabatangan, di sini, petang kelmarin.
Mangsa dikenali sebagai Harun, 50, menunggang motosikal dan rakan belum dikenal pasti identitinya yang membonceng maut di tempat kejadian dalam kejadian jam 6.45 petang.

Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Affendy K Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kemalangan itu pada jam 6.55 petang namun tiba di lokasi, kira-kira dua jam kemudian berikutan jarak tempat kejadian agak jauh dari bandar Sandakan.


"Sebaik tiba di tempat kejadian, kedua-dua mangsa didapati tersepit di tayar kenderaan pacuan empat roda terbabit dan anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit bagi mengeluarkan mayat mangsa," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Deputi Superintendan Martin Lugu berkata, keadaan jalan yang licin dikenal pasti menjadi punca motosikal ditunggang mangsa terbabas dan memasuki laluan bertentangan.


"Motosikal ditunggangi mangsa terbabas ke laluan bertentangan sebelum merempuh kenderaan Toyota Vigo dari arah bertentangan," katanya ketika dihubungi, semalam.



Katanya, mangsa maut di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk dibedah siasat, manakala pemandu pacuan empat roda terbabit yang berusia 30-an tidak cedera.

"Mangsa maut akibat cedera parah di kepala dan badan sebelum mayat dihantar ke hospital untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga masing-masing. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41, Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.



sumber : myMetro

Perbuatan lucah anak pengasuh

Posted: 04 May 2012 06:30 PM PDT


KANGAR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang kerap menangis sebaik dihantar ke rumah pengasuhnya di Jalan Padang Behor-Guar Syed Alwi, di sini, sejak seminggu lalu, membongkar rahsia apabila mendakwa dia dipaksa melakukan seks oral di rumah pengasuhnya sejak sebulan lalu.
Difahamkan, mangsa yang juga anak bongsu daripada empat beradik itu dihantar di rumah berkenaan sejak setahun lalu dan dipaksa melakukan seks oral oleh anak pengasuh berusia 15 tahun.

Ibu mangsa yang enggan dikenali dan bekerja sebagai peniaga itu berkata, dia dimaklumkan anaknya tiga minggu lalu bahawa pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah itu menyuruhnya melakukan seks oral sehingga mangsa muntah teruk.


"Anak saya memberitahu dia diperlakukan sedemikian sejak tiga minggu lalu sebelum saya tidak menghantarnya ke sana lagi, namun tidak mengesyaki sesuatu yang buruk.

"Namun, minggu lalu saya cuba menghantarnya ke sana sebelum dia menangis tidak mahu ke rumah pengasuhnya," katanya di sini, semalam. Menurutnya, kelmarin mangsa mengadu kesakitan di kemaluannya termasuk sakit ketika hendak membuang air kecil.


"Saya menghantarnya ke Unit Kecemasan Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini, kelmarin sebelum doktor memberitahu kemaluan anak saya dijangkiti kuman," katanya.




Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin mengesahkan menerima laporan berkenaan dan menyiasat perkara berkenaan.

Katanya, suspek masih diburu dan kes disiasat mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan kerana merangsang dengan tujuan melakukan perbuatan melampau yang salah.



sumber : myMetro

Guru cair pujukan rakan facebook rugi RM75,900

Posted: 04 May 2012 06:15 PM PDT


KOTA BHARU: Akibat termakan pujuk rayu seorang wanita mendakwa dari United Kingdom (UK) yang dikenali melalui laman sosial, facebook, seorang guru kerugian RM75,900 selepas menyerahkan wang berkenaan kepada suspek konon untuk urusan pembelian produk hormon tumbesaran haiwan.
Difahamkan, mangsa berusia 30 tahun berkenalan dengan wanita itu sejak awal tahun ini sebelum ditawarkan produk berkenaan yang kononnya lebih murah dan boleh memberikan keuntungan berganda jika dijual semula.

Mangsa menyerahkan wang dalam tempoh tiga hari dengan memasukkan wang pendahuluan dalam akaun bank milik individu tidak dikenali.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan, Superintendan Mohamed Zulmazi Che Daud berkata, mangsa membuat pembayaran pendahuluan RM45,900 pada jam 2.56 petang, 26 April lalu, di sebuah bank di Kota Bharu.

Menurutnya, pada 27 dan 28 April pula, mangsa membuat pembayaran RM30,000 menerusi akaun sama.


"Mangsa menghubungi suspek untuk berjumpa dan suspek mendakwa berada di Kuala Lumpur pada 28 April lalu untuk urusan pembelian produk itu.




"Mangsa diarah berjumpa suspek di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada jam 9 malam, 30 April lalu, namun sebaik tiba, suspek tidak muncul sebelum mangsa menyedari ditipu selepas mendapati wanita itu tidak menginap di hotel berkenaan," katanya.

Katanya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu, Rabu lalu.



sumber : myMetro

Siang lelaki sejati,malam pakai coli

Posted: 04 May 2012 06:00 PM PDT


PONTIAN: "Di siang hari, dia lelaki sempurna dan melaksanakan semua tanggungjawab termasuk pergi bekerja kontrak, tetapi pada waktu malam kelakuannya berubah seperti wanita dengan bersolek tebal, memakai coli, pakaian pelangsing dan baju tidur perempuan."
Demikian keluh wanita mahu dikenali sebagai Zaleha, 40, yang buntu dengan sikap pelik suaminya dan terpaksa membendung penderitaan itu sejak awal mereka mendirikan rumah tangga lebih 15 tahun lalu. 
Menurutnya, setiap malam selepas mengubah perwatakan daripada lelaki kepada wanita, suaminya yang dikenali sebagai Mamat, 42, hanya berkurung dalam rumah bagi mengelak orang ramai melihat penampilan peliknya itu.

Zaleha berkata, perkahwinan dia dan Mamat dirancang keluarga dan dia tidak mengetahui tabiat aneh lelaki itu sehingga mereka berpindah dari rumah mentua ke kediaman sendiri di sebuah kawasan perumahan di sini, selepas dua bulan mendirikan rumah tangga.



sumber : myMetro

Anak mati dipanah petir

Posted: 04 May 2012 05:45 PM PDT

KUALA TERENGGANU: "Kata-kata 'mak lihat saya seperti mahu bergaduh' ketika saya merenung wajahnya sebelum dia meninggalkan rumah menjadi gurauan terakhir apabila arwah maut dipanah petir di pantai Teluk Ketapang," kata Norhayati Mamat, 42, ibu Mohd Ismuazam Mohd Jaafar, 18, yang maut dipanah petir ketika memancing di pantai berkenaan, semalam.
Dalam kejadian jam 4 petang itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua rakannya, Mohd Ikhwan Nawawi Abdullah, 18, dan Mohd Fharal Adzaana Ngah, 26, cedera parah dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.

Norhayati dari Taman Desa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Chendering, di sini berkata, arwah anaknya meninggalkan rumah jam 3 petang untuk memancing selepas makan tengah hari.
"Dari pagi arwah meminta menggunakan motosikal daripada saya dan suami, Mohd Jaafar Jusoh, 43, untuk memancing.

"Bagaimanapun, sebelum meninggalkan rumah, saya sempat merenung wajahnya dan dalam keadaan bergurau itu, arwah sempat berkata sama ada saya mahu bergaduh dengannya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Menurutnya, dia menerima panggilan telefon daripada seorang lagi anaknya memaklumkan kejadian itu, jam 4.30 petang sebelum mereka sekeluarga bergegas ke tempat kejadian.

Katanya, pada pagi hari kejadian, arwah memberitahu mahu memancing di Marang dan tidak mengetahui yang mereka ke pantai berkenaan bersama lima rakan.

Rakan mangsa yang turut memancing bersama sebelum kejadian, Mohd Arif Hanafi, 22, dari Kampung Kuala Ibai Pantai, di sini, berkata, mereka memilih lokasi benteng pemecah ombak berbatu di pantai itu untuk memancing.


"Tiba-tiba awan berubah kehitaman dan hujan lebat. Melihat keadaan tidak terkawal berikutan guruh dan petir, saya meminta rakan lain berteduh dalam kereta berikutan mereka datang dengan motosikal.

"Saya bersama dua rakan masuk dalam kereta, namun arahan saya yang meminta tiga mangsa yang maut dan cedera itu berlindung dalam kereta tidak diendahkan," katanya.


Menurutnya, ketiga-tiga mangsa berlindung dalam khemah kanvas yang didirikan pemancing lain sebelum ini.


Katanya, ketiga-tiga mangsa enggan berganjak, malah sempat berkata 'alang-alang dibasahi hujan', mereka mahu terus memancing.


Mohd Arif berkata, selepas hujan berhenti, dia turun ke tempat tiga mangsa itu memancing dan mendapati seorang daripadanya sudah tidak bernyawa manakala dua lagi rakannya cedera dan meminta bantuan orang ramai membawa mereka yang cedera ke hospital.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin mengesahkan kejadian itu yang membabitkan satu kematian dan dua parah akibat dipanah petir ketika memancing di pantai berkenaan.



sumber : myMetro


Mereka ini cemburu lihat kemontokkan gadis ini

Posted: 04 May 2012 05:30 PM PDT


melihat pada wajah mereka menunjukkan mereka begitu cemburu melihat kemontokkan gadis ini...sungguh tajam renungan yang menunjukkan perasaan irihati mereka...
jom kita lihat gambar gadis itu.



v



v



v



v



v


patutlah seksi sangat..

[Lain daripada yang lain] Foto Pre Wedding yang sangat brutal

Posted: 04 May 2012 05:15 PM PDT

"Aku bosan dengan foto-foto pernikahan biasa dengan pantai, sambil bermain air, dan hal-hal seperti itu. Jadi bagaimana bila dengan lumpur dan darah?" Sang fotografer asal Manila, Jevy Santiago memberikan ideanya yang terinspirasi dari pasangan Ingle dan Aimee kerana keduanya sangat menyukai sebuah game zombie yang sangat terkenal, Left 4 Dead.






Pelik..macamana teksi boleh landing kat sini?

Posted: 04 May 2012 05:00 PM PDT




agaknya pemandunya tertidur kot.....

Laluan pejalan kaki 3D buat orang berasa gayat melaluinya

Posted: 04 May 2012 04:45 PM PDT

Kreatif sungguh..


ALICANTE, Sepanyol - Satu laluan pejalan kaki yang dibina dengan menggunakan bata di bandar tepi pantai di sini memiliki corak kiub yang memberikan kesan tiga dimensi (3D) apabila dipandang, lapor sebuah akhbar semalam.

Laluan itu mencetuskan kontroversi berikutan ilusi 3D tersebut menyebabkan orang ramai berasa gayat apabila melaluinya.

Corak 3D itu menampakkan laluan berkenaan curam dengan susunan bata itu menyerupai anak tangga yang besar walaupun ia sebenarnya rata dan landai. - Agensi

Kesian..kanak-kanak ini tak tahu rasa sakit hingga sanggup cederakan diri sendiri

Posted: 04 May 2012 04:30 PM PDT

VIVAnews - Semua orang pasti tak ingin merasakan sakit. Tapi, bagaimana jika tubuh benar-benar kebal atau tak boleh merasakan sakit sama sekali, seperti yang dialami kanak-kanak tiga tahun dari Telford, Shropshire, Inggris: Josh Hodgkiss.

Lantaran tak boleh merasakan sakit, Josh santai mencabut kukunya sendiri, menggigit lidahnya hingga terpotong setengah, dan memukul tubuhnya hingga lebam. Ia tak sedar telah menyiksa diri sendiri. Ia bahkan tak sedar aksi itu boleh membuat nyawanya melayang.

Kanak-kanak laki-laki itu terlahir dengan kelainan genetik  yang disebut Smith-Magenis Syndrome. Diperkirakan hanya menyerang satu dari setiap 25 ribu anak. Keadaan itu juga membuatnya tidak memiliki konsep tentang bahaya dan memiliki pola tidur kacau. Ia kerap terjaga ketika semua orang tidur lelap.

Demi melindungi anaknya, pasangan Mark dan Stephanie Hodgkiss rela menghabiskan £12 ribu untuk mendesain interior rumah agar aman bagi Josh. Mulai dari pelindung dinding yang empuk, hingga lampu sensor untuk mencegah Josh menyakiti dirinya sendiri.

Mereka juga membeli khemah khusus 'SafeSpaces' seharga £10 ribu untuk tempat Josh menghabiskan waktu sendiri ketika semua terlelap.

"Hal terburuk tentang keadaannya adalah dia tidak merasa sakit. Ini menakutkan. Saya pernah keluar dari bilik mandi dan melihat darah di mana-mana. Lidahnya robek setengah, tapi ia hanya duduk santai menonton televisyen," kata sang ibu.

Josh tak hanya menyakiti dirinya sendiri. Tanpa memiliki konsep sakit, Josh boleh berubah menjadi susuk mengerikan. Ia kerap menyerang orangtua dan dua saudaranya dengan kekerasan serupa. "Dia pernah mematahkan hidung saya, tapi dia santai saja tak merasa bersalah," sang ibu menambahkan.

Dengan keadaan itu, sang ibu terus mendampingi Josh sepanjang waktu. Sang ibu harus terus memantau aktiviti Josh agar tak membahayakan diri sendiri dan orang lain

Hebat...Lamar Kekasih dengan Trailer Filem

Posted: 04 May 2012 04:15 PM PDT

Liputan6.com, London: Banyak cara orang untuk mengekspresikan rasa cintanya pada sang kekasih. Seorang lelaki Inggris melamar kekasihnya dengan trailer filem. Lelaki unik dan kreatif itu tidak bekerja sendirian. Ia meminta bantuan  calon adik ipar dan juga calon mertuanya. Alhasil, trailer berdurasi sekitar tiga minit itu pun meluluhkan hati sang kekasih.Lelaki yang romantis itu bernama Matt Still. Cara melamar kekasihnya Ginny Joiner, memang luar biasa. Waktu itu, calon adik iparnya Charlie mengajak Ginny menonton. Di celah-celah trailer filem lainnya itulah 'trailer spesial' karya Matt diputar.


'Trailer lamaran' itu dibuka dengan adegan Matt yang sedang bercakap dengan  calon mertua. Latar belakangnya ruang keluarga Joiner. Dalam adegan tersebut, Matt tidak sekadar bercakap biasa tapi sekalian melamar meminta restu ayahanda Ginny dengan kata-kata indah yang dirangkainya sendiri.

Tentu saja, ketika itu Ginny tak pernah tahu rancangan tersebut. Apalagi mengetahui senario di balik trailer tersebut. Ginny hanya sekadar meneka-neka susuk yang sedang bercakapl.

"Apakah itu Matt dan ayah. Charlie, kelihatannya itu seperti Matt dan ayah ya? Hei, Charlie…itu benar-benar Matt." kata Ginny yang duduk di sebelah adiknya dengan ekspresi terkejut.

Setelah trailer istimewa itu selesai, barulah Matt datang dan langsung menghampiri Ginny. Tanpa membuang waktu lagi, Matt langsung mengungkapkan kata-kata indah itu.

"Ginny Joiner, kau sangat bererti bagiku dan aku benar-benar meyakininya. Mahukah kau menikahiku?"

Ginny yang tertegun dengan situasi itu pun langsung menganggukkan kepalanya tanda setuju. Setelah itu, Matt memasangkan cincin di jari manis Ginny. Tepuk tangan pun segera menggemuruh dari puluhan penonton yang ada di ruangan panggung wayang itu. Mereka ikut merasakan kebahagiaan pasangan Matt-Ginny. Romantis sekali.

Wow...Air kencing manusia dijadikan pengganti minyak kereta

Posted: 04 May 2012 04:00 PM PDT

SEBUAH perusahaan yang berkedudukan di Athens, Ohio, AS dan para mahasiswa di Ohio University telah meneliti cara untuk menghasilkan energi dari air kencing manusia, dan untuk membukktikan teknologi ini berfungsi, pasukan ini membuat kereta kecil yang digerakkan oleh air kencing manusia.

Teorinya, kandungan urea yang ada dalam air kencing mengandung banyak hidrogen. Dengan mengekstraknya maka akan tersaji banyak energi lewat gas hidrogen yang dihasilkan. Dan untuk itu, E-3 Technologies, perusahaan yang berbasis di Athens, Ohio, tengah mengembangkan teknologi pengolah urin sebagai intinya.

Soal bahan nanti, boleh didapati dengan berbagai cara. Mendapatkannya dari toilet awam dan pejabat-pejabat, atau menggunakan pengumpul yang lebih besar melalui kerjasama dengan perusahaan pengolahan air limbahan.

Sumber :http://www.mediaindonesia.com/

Stylish Eggs

Posted: 04 May 2012 11:00 AM PDT













Foto tanpa pakaian penyanyi dangdut Citra Yunita heboh di internet

Posted: 04 May 2012 10:30 AM PDT


Artis dan penyanyi dangdut Citra Yunita saat ini tengah menjadi perbincangan lantaran beberapa kes yang menimpa dirinya. Selain dirinya tertangkap saat sedang mengkonsumsi narkoba, kini giliran heboh foto tanapa pakaian  Citra Yunita beredar di internet. Foto  Citra Yunita kini mulai menjadi bahan perbincangan di internet dan mulai menyebar luas di internet. Foto  Citra Yunita ini diambil beberapa tahun yang lalu. 



 Pernyataan ini diungkapkan Polis Jakarta Pusat, Kombes AR Yoyol, dalam keterangannya pada wartawan di Mapolres Jakarta Pusat, Selasa 17 Januari 2012 terkait kes narkoba. Artis dangdut Citra Yunitasari ditangkap oleh pihak berwajib ketiba berada di Big Apple Residence nombor 29A di kamar 102, Jalan Mangga Besar XI, Kelurahan Tangki, Kecamatan Tamansari, Jakarta Barat. Di dalam kamar itu, polisi  menemukan narkoba jenis sabu-sabu. Seiring dengan kes narkoba tersebut, disebut-sebutkan lagi kes yang pernah membelit Citra Yunita, iaitu kes foto itu.

bk- ini yang dikatakan sudah jatuh ditimpa tangga

[pelik] Pekerja yang kedatangan haid kena pakai gelang merah

Posted: 04 May 2012 10:15 AM PDT

SEBUAH perusahaan di Norway memperlakukan para pekerja perempuan dengan mengenakan gelang berwarna merah untuk menandakan bahawa mereka sedang dalam masa kedatangan haid Kenapa mesti begitu?

Ternyata peraturan itu dikeluarkan pihak perusahaan untuk memberi tahu mengapa pekerja wanita kerap ke bilik air. Peraturan yang cukup aneh ini dimuat dan diperinci pada sebuah laporan syarikat pekerja perusahaan ini guna menanggapi peraturan sebelumnya tentang pergi ke bilik airyang dianggap terlalu ketat dan membatasi terutama untuk kaum perempuan.

Di Norway, banyak perusahaan yang berusaha menerapkan disiplin terhadap para pekerjanya dengan kegiatan pemantauan, termasuk dengan kegiatan peribadi mereka seperti hendak ke bilik air. Sebanyak 66 peratus pengurus meminta adanya pemantauan terhadap pekerja yang terlalu sering ke bilik air. Ada juga yang meminta adanya sistem kunci elektronik untuk ke bilik air. Sepertiga perusahaan di Norway juga sampai menempatkan kamera pengintai dan ada yang meminta setiap pekerja untuk mengisi buku tamu sebelum masuk ke bilik air.

Laporan itu juga mencatat, tindakan yang paling ekstrem dilakukan seorang pengurus yakni peraturan penggunaan gelang merah guna menandakan bahawa seorang pekerja wanita dengan haid sehingga dia memiliki alasan untuk sering ke bilik air. Para pekerja wanita tentunya merasa malu dengan peraturan ini sehingga para rakan mereka mengetahui hal peribadi tentang mereka.

Sayangnya, nama perusahaan yang memberlakukan peraturan ini masih dirahsiakan. Menurut Current.com, adanya peraturan aneh ini dilaporkan Erik Bjorn Thon, . Menurut Thon, peraturan mengenakan gelang merah ini merupakan hal yang jelas-jelas melanggar hak asasi manusia dan sangat menghina mereka yang terpaksa memakainya."Pemantauan di lingkungan kerja memang menjadi masalah yang makin mengkhuatirkan. Menurut rencana, kami akan beupaya mengkaji kembali segala peraturan yang dinilai keterlaluan dan melanggar hak peribadi seseorang," katanya