Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Malam Gala KL Men’s Fashion Runaway 2012

Posted: 02 May 2012 07:03 PM PDT

Buat julung kalinya, malam gala KL Men's Fashion Runaway 2012 telah dianjurkan bagi menaikkan lagi industri fesyen lelaki tempatan.

Acara yang dianggap sebagai permulaan terbaik bagi jejaka tempatan untuk berfesyen ini telah diadakan di Blackbox, Publika Solaris Mont Kiara, baru-baru ini.

Bukan sahaja mengetengahkan bakat-bakat baru dalam bidang peragaan khusus buat jejaka, program ini turut menampilkan nama-nama besar dalam bidang rekaan fesyen lelaki tempatan seperti Salikin Sidek, Adnan Hassan, William Liew selain Kos Serani, Zizi Design dan Fairuz Ramdan.

Lebih menarik lagi, acara ini turut membawa wakil tunggal dari Singapura iaitu Jen-Su Top.

Di samping memperkenalkan pereka, acara ini juga menampilkan wajah-wajah baru dalam bidang peragaan pentas lelaki dengan mengumpulkan jejaka dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Kesemua model ini bernaung dibawah agensi Shaun Model Management.

Sementara itu, kemunculan model lelaki terkenal tempatan yang juga telah mengukir kejayaan di luar dan dalam negara iaitu Wilson Tan telah dijemput menjadi model jemputan sekaligus memberikan tunjuk ajar kepada model-model baru ini.

Tata rias diri pula mendapat tajaan daripada Eyoi Team Makeup Artistic yang mana pasukan kreatif ini telah memberikan sentuhan bagi menyerlahkan lagi ketampanan model-model yang terlibat.

Acara selingan turut dimeriahkan lagi dengan nyanyian daripada dua buah kumpulan baru yang sedang meningkat naik iaitu Max 24:7 dan Megaboys yang mempersembahkan aneka lagu popular mereka.

Turut kelihatan dalam majlis ini ialah figura yang dianggap sebagai orang penting dalam industri fesyen tempatan iaitu Bon Zainal dan Faizal Hamid yang turun padang bagi mewarnai acara gemilang yang julung-julung kali diadakan. via Portal Murai

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Selebriti di Malam Gala Rafflesia 2011
  • Project Runaway Season 5 di 8TV
  • Gambar Selebriti di Malam Gala Filem BUNOHAN
  • Red FM's Runaway DJs
  • Gwyneth Paltrow's Night to Benefit Raising Malawi
  • Artis Melaram di Malam Gala Rafflesia 2011 Part 3
  • Gambar Selebriti di Malam Gala Klip 3GP
  • Gambar Fashion Show di Ulangtahun MODA
  • Artis Melaram di Malam Gala Rafflesia 2011
  • Malam Gala Amal Kaseh Bersama Hetty Koes Endang
  • Gambar Anak Angkat Stacy Bernama Bella Valentina

    Posted: 02 May 2012 06:28 PM PDT

    Dalam portal Mstar Online hari ini telah menyiarkan gambar & berita tentang anak angkat Stacie bernama Bella Valentina. Sungguh comel.

    Anak Angkat Beri Kepuasan Luar Biasa Kepada Stacy

    Penyanyi remaja Stracie Angie Anam (Stacy) berkata pengalaman bergelar ibu kepada anak angkat Bella Valentina selama hampir tiga bulan memberikan kepuasan yang luar biasa kepadanya.

    Penyanyi yang bakal menginjak usia 22 tahun pada Ogos depan itu berkata, kehadiran anak kecil itu membuatkan dia berasa berat hati untuk meninggalkannya dan keluar bekerja.

    "Pada waktu ini, saya terlalu sibuk dengan pelbagai komitmen kerja terutamanya program Mania sehingga membataskan waktu untuk bersama Bella. Mujurlah ibu banyak membantu menguruskan Bella sewaktu ketiadaan saya. Setiap kali keluar bekerja, pasti saya tidak sabar untuk pulang ke rumah kerana mahu menghabiskan waktu dengannya," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, petang Rabu.

    Stacy mengambil bayi yang dilahirkan pada 15 Februari lalu itu daripada salah seorang ahli keluarganya yang kurang berkemampuan.

    Melanjutkan perbualan, penyanyi lagu Kasanova itu berkata, perkara terhebat yang dialaminya apabila bayi itu mengenali dan memberikan reaksi tertentu kepadanya setiap kali dia pulang dari kerja.

    stacy

    Stacy bersama anak angkatnya, Bella Valentina yang dipelihara sejak Februari lalu.

    "Saya cukup hairan bagaimana Bella sudah boleh mengenali saya setiap kali saya menatapnya. Dia akan memberikan reaksi tertentu apabila bersama saya berbanding dengan reaksinya kepada ibu atau keluarga yang lain. Malah, Bella seolah mengetahui saya kepenatan bekerja sepanjang hari dan tidak banyak ragam pada sebelah malam ketika kami tidur bersama," akuinya yang tidak kekok menguruskan bayi itu kerana sudah terbiasa dikelilingi anak-anak saudara sejak dulu.

    Beralih kepada topik kerjaya, Stacy mengakui pembabitan dalam program Mania selama lapan minggu banyak membantu publisiti diri dan perkembangan kariernya.

    "Saya sangat penat dengan komitmen Mania tetapi saya berasa seronok dan dapat menimba banyak peluang baru dalam kerjaya. Walaupun penat saya amat bersyukur dengan rezeki yang diberikan Tuhan. Jadi saya tidak mahu banyak mengeluh," ujarnya yang bakal tampil dengan lagu terbaru berjudul Pelangi Senja tidak lama lagi.

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Diana Danielle Dengan Anak Angkat
  • Gambar Stacy di Sidang Media ABPBH 2011
  • Gambar Stacy di Karpet Merah ABPBH2010
  • Gambar Stacy Juara AF6 @ Press Conference Konsert Cornetto Love Sparks
  • Gambar Stacy di Anugerah Bintang Popular 2008
  • Gambar Stacy di Sidang Media Konsert Walls Cornetto
  • Filem Twilight Lakonan Kristen Stewart & Robert Pattinson
  • Drama Siri Baru Ezora Ganti Bella di Akasia TV3 Lakonan Fazura
  • Gambar Deborah Henry di An Evening With Bella Bylgari
  • Sinopsis Filem Kuntilanak 3
    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    0 ulasan:

    Catat Ulasan