Nuffnang

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

sumber :-

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Kerajaan Umum Gaji Minimum Sektor Swasta RM 900 - Julai 2012

Posted: 02 May 2012 02:34 AM PDT

Baru baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan kadar gaji minimum sektor swasta semalam. Berita baik untuk semua pekerja sektor swasta dimana gaji bulanan minimum bagi pekerja sektor swasta di Semenanjung ditetapkan pada RM900 dan RM800 (RM4.33 sejam) bagi Sarawak, Sabah dan Labuan (RM3.85 sejam).

Ini merupakan berita baik , buat semua perkerja bawahan dimana gaji setiap individu minimum  sama buat mereka memulakan alam pekerjaan Sektor Swasta.

Pelaksanaan gaji minimum mampu mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga pekerja asing, selain mampu menarik minat pekerja tempatan untuk bekerja dalam negara.
Menurut sumber MTUC kira-kira 2.2 juta pekerja tempatan menerima gaji pokok di bawah RM1,000 sebulan dengan lebih 1.8 juta daripadanya berpendapatan di bawah paras kemiskinan dan kemiskinan tegar pada tahun 2010.MTUC sebagai kesatuan sekerja terbesar mewakili pekerja sektor swasta negara, memperjuangkan isu gaji minimum sejak 1999 bagi memastikan tiada pekerja menerima gaji di bawah paras kemiskinan.


Sementara itu, Najib berkata, Kerajaan menyedari pekerja menuntut gaji minimum antara RM1,200 dan RM1,500, namun ia tidak dapat dilaksanakan.


Berdasarkan syor Majlis Perundingan Gaji Kebangsaan dan kajian Bank Dunia, gaji minimum tidak boleh ditetapkan terlalu tinggi.

 "Jika ia melepasi paras RM900 (gaji pokok), ia akan menjejaskan ekonomi, pasaran buruh dan kemasukan pekerja asing.

 Jika ia berlaku, industri tidak boleh beroperasi dengan sewajarnya dan ramai akan kehilangan kerja mereka dan Kerajaan tidak mahu membiarkan perkara ini berlaku kerana ia akan menjejaskan kebajikan pekerja dan kepentingan negara," katanya.

Gaji minimum ditetapkan berdasarkan keperluan asas keluarga pekerja, keupayaan majikan untuk membayar gaji, produktiviti, peningkatan dalam kos sara hidup dan keadaan pasaran buruh.

Majlis mengemukakan syornya dan Kerajaan bersetuju dengan pelarasan.

Najib juga menjelaskan perbezaan kadar gaji minimum antara Semenanjung dan Sarawak, Sabah dan Labuan adalah disebabkan perubahan dalam struktur gaji dan kos yang ketara di kawasan itu.

Bagaimanapun, Kerajaan berharap dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang, gaji minimum untuk Sabah, Sarawak dan Labuan boleh diselaraskan dengan Semenanjung.

Kerajaan Umumkan kenaikan Gaji akan berkuatkuasa pada Julai 2012.

KENALI NAMA NAMA MALAIKAT DAN TUGASNYA

Posted: 01 May 2012 11:08 PM PDT

Pastinya umat islam sudah mengerti apa itu malaikat terutama mereka yang beragama islam. Hari ini G.A.M nak kongsi Nama - Nama Para Malaikat yang wajib untuk kita beriman dan beribadah kepada mereka selari dengan hukum IMAN yang ke 6.

Semoga dengan perkongsian ini mudah mudahaan makin bertambah ilmu didada dan keimanan.. Amin


NAMA – NAMA MALAIKAT DAN TUGASNYA

Nama-nama Malaikat dan tugasnya ada 10, yakni :

1) Malaikat Jibril, tugasnya Menyampaikan wahyu
2) Malaikat Mikail, tugasnya Menyebarkan rezeki dan menurunkan hujan
3) Malaikat Israfil, tugasnya Meniupkan Sangkakala
4) Malaikat Izrail, tugasnya Mencabut nyawa Makhluk hidup
5) Malaikat Raqib, tugasnya Mencatat amal kebaikan manusia
6) Malaikat Atid, tugasnya Mencatat amal keburukan manusia
7) Malaikat Munkar, tugasnya Menanyakan mayat di alam kubur ( Barzakh )
8) Malaikat Nakir, tugasnya Menanyakan mayat di alam kubur ( Barzakh )
9) Malaikat Malik, tugasnya Menjaga pintu neraka
10) Malaikat Ridwan, tugasnya Menjaga pintu Syurga

Allah S.W.T. berfirman, "Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah Timur dan Barat itu suatu kebaikan, akan tetapi sesungguhnya kebaikan itu ialah beriman kepada Allah, Hari Kemudian, malaikat-malaikat, nabi-nabi …" (QS. Al Baqarah : 177)

"Barangsiapa kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan Hari Kemudian, maka orang itu telah sesat sejauh-jauhnya" (QS. An Nisaa' : 136)

Rasulullah S.A.W. bersabda ketika Jibril bertanya kepada beliau tentang iman,
"Hendaklah kamu beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, Hari Akhir dan beriman kepada takdir baik dan buruk-Nya" (HR. Muslim no. 8, dari Umar bin Khaththab radhiyallaHu 'anHu)

Dalam hadits shahih yang lain Rasulullah S.A.W. bersabda,
"Malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari api dan Adam diciptakan dari apa yang telah diciptakan kepada kalian" (HR. Muslim no. 2996, dari 'Aisyah radhiyallaHu 'anHa)

ps:// gambar diatas adalah gambar hiasa, dimana ketika dulu ada mengatakan gambar tersebut malaikat turun dari kaabah, walaubagaimanapun kesahihannya tidak dipastikan. Apa pun G.A.M percaya malaikat ada dimana - mana :)

Azmin Ali Jawab Skandal Seks - Isu Fitnah

Posted: 01 May 2012 07:28 PM PDT

Sejak akhir akhir ini timbul ahli politik terlibat isu skandal seks semakin menjadi jadi. Kali ini giliran Azmin Ali sebelum bermulanya Pilihan RAya ke 13. Azmin Ali tampil dan memperjelaskan Isu Skandal Seks di dalam Tandas pada 1 Mei 2012. Dalam kenyataannya Fitnah ini berunsur Fitnah Jahat dan Bersiri bagi menjelang Pilihan Raya Umum ke 13. Beliau juga mengecam sekeras-kerasnya fitnah yang ditohmah ke atas diri saya bertujuan untuk mengaibkan saya dan keluarga. Fitnah jelek ini disebarkan oleh media yang dikuasai UMNO yang memetik sumber blog pro UMNO.

Fitnah ini memaparkan seorang lelaki yang mereka tohmah sebagai saya bersama seorang wanita di dalam tandas.
Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah tersebut. Ianya adalah fitnah ulangan menggunakan modus operandi yang sama yang digunakan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Saya amat kesal memandangkan tindakan ini adalah fitnah bersiri terhadap saya dan keluarga selepas fitnah jijik ke atas isteri dan anak saya, disusuli dengan dakwaan pemilikan saham kemudiannya saya dituduh menghina Raja-Raja Melayu dan baru-baru ini saya ditohmah mencetuskan provokasi dalam Himpunan Aman Bersih 3.0.

Sebelum ini saya dan isteri serta anak kecil saya telah pun melakukan ujian DNA sebanyak dua kali dalam bulan Julai 1998. Kedua-dua keputusan ujian tersebut menempelak fitnah ke atas saya, isteri dan keluarga.

Hasil ujian jelas menyebut serta mengesahkan saya dan isteri merupakan 'biological parent' kepada anak kami. Ujian DNA tersebut sekaligus memelihara maruah saya dan keluarga.
"The results from all three genetic loci show that the donor of blood specimen marked 'X' (putative father) is the biological father of the donor of the blood specimen marked 'Y' (child)."

Namun UMNO masih mengulangi fitnah kejam tersebut sepanjang 14 tahun ini walaupun bukti sudah jelas lagi nyata bahawa tuduhan mereka terhadap saya dan keluarga merupakan pembohongan semata-mata.

Setelah kesemua fitnah tidak berjaya, mereka mengulangi skrip usang fitnah seks yang memualkan untuk mengaib dan mematahkan semangat saya.

Fitnah jahat seperti ini diulang-ulang untuk membentuk persepsi rakyat terhadap maruah dan kredibiliti saya menjelang pilihan raya.

Munculnya fitnah ini tatkala UMNO dihimpit krisis keyakinan dan menjadi sasaran kemarahan rakyat selepas perhimpunan BERSIH adalah untuk mengalih pandangan rakyat dari isu sebenar iaitu isu penipuan pilihan raya dan penyelewengan dana awam.

Saya ingin menegaskan bahawa saya tetap tuntas dengan perjuangan membawa obor reformasi demi rakyat. Saya menyeru kepada pimpinan UMNO supaya menghentikan budaya politik fitnah yang boleh menghancurkan negara dan masyarakat.

Saya akan terus bersama-sama pimpinan KEADILAN dan Pakatan Rakyat untuk menjana perubahan dan membawa kemenangan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

Apakah pandangan anda dengan Penjelasan yang diberikan oleh Azmin Ali? Adakah ini permainan UMNO sebelum pilihanraya ke 13?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan