Adsense

Rabu, 2 Mei 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Foto: Lily Cole, Selebriti Berwajah Patung Barbie

Posted: 02 May 2012 11:10 PM PDT

Pernah terfikir tentang manusia yang mempunyai wajah seakan-akan patung Barbie? Ya, OHBULAN! pernah melihat gambar-gambar wanita di carian google yang mempunyai wajah seperti patung Barbie, tapi itu semua melalui pembedahan plastik

Tidak tahu samada kami yang ketinggalan atau wanita yang bernama Lily Cole ini baru saja diturunkan dari langit, tapi wajah model berusia 23 tahun ini memang mempunyai sedikit persamaan dengan patung Barbie, lagi-lagi apabila sudah dipakaikan mekap.

Lily Cole mula menjejak dunia glamour melalui bidang peragaan seawal umur 14 tahun lagi apabila dia ditemukan oleh Benjamin Hart di London. Lily Cole pernah menjadi model untuk produk berjenama seperti Anna Sui, Hermes, Moschino, Prada, Chanel, Cacharel dan banyak lagi.

Pada tahun 2007, Lily Cole mula terlibat didalam bidang perfileman dengan melakonkan watak-watak kecil sahaja dan pada tahun 2009, Lily telah diberi kepercayaan untuk membawa watak Valentina didalam filem berjudul "The Imaginarium Of Doctor Parnassus". Filem itu turut dibintangi oleh Heath Ledger, Johnny Depp, Colin Farrell dan Jude Law.

OHBULAN! rasa Lily Cole tak ubah seperti patung, anda?

Foto: Scha Al-Yahya & Awal Ashaari Nikah Esok

Posted: 02 May 2012 09:30 PM PDT

Debaran pengantin baru sudah dirasai, kedua-dua selebriti popular Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya bakal melangsungkan majlis pernikahan mereka esok.

Seperti yang semua orang tahu, Awal Ashaari mempunyai sedikit sifat lembut dan mudah dihampiri. Sifat itulah yang mungkin OHBULAN! rasa menyebabkan Scha Al-Yahya jatuh cinta kerana umum pula tahu Scha mempunyai sedikit perwatakan yang agak keras.

Namun itu semua tidak menjadi masalah, asalkan ada jodoh, tak kira anda siapa Tuhan pasti akan temukan jua. Majlis pernikahan Awal & Scha bakal berlangsung di Pullman Putrajaya Lakeside esok (4 Mei 2012) dan majlis resepsi pula akan diadakan pada hari Ahad (6 Mei 2012) di Dewan Perdana PICC, Putrajaya.

Untuk pengetahuan anda, majlis perkahwinan Awal Ashaari & Scha Al-Yahya akan disiarkan secara eksklusif melalui siaran Astro Ria. Jadi, sila tukar ke siaran yang sepatutnya supaya anda tidak terlepas untuk menonton majlis pernikahan kedua pasangan selebriti ini.

Apa pun, mari kita lihat beberapa keping gambar pra-perkahwinan hasil karya Saiful Nang untuk anda semua!