Harian Metro: Rap |
Posted: 20 May 2011 08:40 AM PDT DEMAM Pirates of the Caribbean kembali dan kali ini lebih banyak aksi menarik ditampilkan dalam filem diterbitkan Disney dan diarahkan Rob Marshall. Begitupun, kebanyakan peminat setia siri filem ini berasakan lakonan ditampilkan pelakon utamanya Johnny Depp menjadi tarikan utama. Malah, pelakon yang mula mencipta nama menerusi filem Elm Street itu dikatakan begitu sinonim dengan watak Kapten Jack Sparrow sejak muncul dalam siri pertama, Pirates of the Caribbean: The Curse of the Black Pearl pada 2003 diikuti Pirates of the Caribbean: Dead Man's Chest (2006) dan Pirates of the Caribbean: At World's End (2007). Paling menarik apabila aktor kesayangan ramai ini diganding dengan pelakon jelita Penelope Cruz menerusi siri keempat, Pirates of the Caribbean: On Strangers Tides yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh dunia. Sebelum ini Depp beraksi di sisi Keira Knightly dan juga Orlando Bloom.
"Apabila difikirkan kembali sewaktu pertama kali melakonkan watak Kapten Jack Sparrow ia agak mudah. Saya hanya mengambil sebahagian daripada diri saya dan cuba menzahirkan mengikut imaginasi. "Waktu pertama kali diberikan tawaran untuk membintangi filem ini, ada orang berkata bahawa Jack Sparrow adalah diri saya sebenarnya. "Sepanjang melakonkan watak ini, saya boleh menjadikan atau menyerap karakter itu seperti apa yang saya mahukan. Bagi saya, sebagai seorang pelakon amat jarang peluang seperti ini diperoleh. Saya gembira apabila ramai meminati watak Kapten Jack Sparrow. Saya sangat menghargainya," katanya. Membawakan karakter sama kali keempat dalam filem sudah tentu ia sesuatu yang mudah dan perkara itu turut diakui Depp. Jelasnya, antara semua karakter yang pernah dilakonkan baginya Captain Jack boleh masuk ke dalam dirinya dengan pantas. Tidak seperti sebelum ini kerana ada antara watak yang dilakonkan perlu penghayatan tinggi dan sedikit kerja keras. Antara pengalaman menyeronokkan bagi Depp, 48, sewaktu penggambaran filem ini apabila sekali lagi diberi peluang bekerjasama dengan pelakon berpengalaman, Judi Dench. "Bagaimanapun selalunya watak kami bertembung sedikit saja. Sebagai contoh, sewaktu membintangi Chocolat, kami hanya ditemukan dalam satu atau dua babak. "Pada saya, dia seorang pelakon yang sangat bersungguh-sungguh, bijak dan menarik. Dalam Chocolat kami dapat menari bersama, tetapi kali ini saya perlu menggigit telinganya," katanya. Memandangkan watak dibawakan terlalu popular sehingga mempunyai pengikut setia terutama di kalangan orang muda, ramai beranggapan ia bakal memberikan pengaruh tidak baik kerana remaja mudah dipengaruhi. Bagaimanapun, bapa dua anak, Lily-Rose Melody Depp dan John Christopher Depp III ini menjelaskan, sebagai pelakon dia mempunyai tanggungjawab sendiri iaitu memberikan lakonan bagus agar karektor hidup. "Tanggungjawab saya yang sebenarnya adalah menghiburkan iaitu membuat orang ketawa apabila menonton filem ini. Menjadi lanun sudah tentu ia tidak akan memberikan anda satu tanggapan positif mengenainya," katanya. Sepanjang menjayakan watak Kapten Jack, jelas Depp, banyak juga pengalaman lucu yang harus dilalui termasuk berpeluang memakai pakaian dalam wanita yang menurutnya tidak dapat dilakukan setiap hari kecuali sewaktu membintangi Pirates of the Carribbean. Sementara itu, cerita menarik mengenai Penelope yang kali pertama diberi peluang membintangi Pirates of the Carribbean, apabila penggambaran dijalankan dalam keadaan dirinya sedang berbadan dua. Penelope menggantikan tempat Keira yang menarik diri kerana terikat dengan projek lain. Penelope berkata, dia bernasib baik, malah berterima kasih dengan pengarah dan pelakon filem itu yang diibaratkan seperti pegawai keselamatan dengan sentiasa memastikan keadaannya baik. "Pihak produksi sudah pun dimaklumkan mengenai kandungan saya sewaktu mereka mahu memulakan penggambaran. Reaksi mereka begitu bagus. "Saya tidak akan melupakan pengalaman ini. Pada saya, ia satu saat cukup istimewa kerana bekerja dalam waktu sama dilindungi semua pihak. Ia menjadi detik paling manis buat saya," katanya. Bintang jelita kelahiran Madrid, Sepanyol ini mengakui, apabila bergelar ibu ia mengubah dirinya menjadi lebih positif. Sebelum ini dia terlalu sibuk hingga dalam setahun sempat menghasilkan tiga hingga empat filem. "Segalanya kini sudah berubah. Saya hanya membintangi satu atau paling banyak pun dua filem dalam setahun. Ia penting untuk saya mengimbangkan kerjaya dan kehidupan peribadi. Lagipun sejak bergelar ibu, saya mudah berasa penat," katanya bahagia bersama aktor Javier Bardem. Menceritakan pengalamannya berlakon dalam filem mega ini, Penelope berpeluang memegang pedang kali pertama dan mereka menyediakan seorang tenaga pengajar berpengalaman untuknya. Mereka sudah mengajarnya bagaimana hendak bertarung menggunakan pedang beberapa bulan sebelum penggambaran dijalankan. Penelope berkata, dia memang meminati kehidupan seorang lanun dan filem itu sendiri pembikinannya sangat bagus dan watak dilakonkan Depp sudah menjadi ikon di seluruh dunia. "Membintangi filem ini juga sangat menyeronokkan dan saya mahu melakukannya sekali lagi. Kami juga mempunyai jurulatih aksi lasak yang sangat bagus. Jadi, walaupun saya sedang mengandung, saya dilindungi. Datang ke lokasi setiap hari rasa seperti berada di taman tema Disneyland," katanya. Penelope mengandung tujuh bulan apabila selesai penggambaran Pirates of the Caribbean dan melahirkan Leo Encinas Bardem di Cedars Sinai Hospital, Los Angeles pada 22 Januari 2011. Cabaran Empat Jam Stabilo Sempena Tayangan Pirates of The Carribean: SEMPENA tayangan filem Pirates of the Carribean: On Stranges Tide, Stabilo Malaysia menganjurkan Cabaran Empat Jam menonton dua filem Pirates of The Caribbean di TGV, KLCC, baru-baru ini. Bermula dengan tayangan Pirates of The Caribbean: At The World Ends selama dua jam, penonton dibawa pula mengikuti siri keempat filem itu sebagai pratonton istimewa sebagai pembukaan. Seramai 1000 orang menyertai cabaran dianjurkan yang mana pendaftarannya dilakukan menerusi laman sosial facebook Stabilo Malaysia. Sambutan diberikan juga amat menggalakkan kerana dalam masa dua minggu ia berjaya menarik minat 4,000 orang mendaftar untuk mengambil bahagian. Stabilo turut mengundang wakil media menyertai acara ini dengan hadir mengikut tema filem dan pada masa sama pertandingan kostum terbaik diadakan. Peserta hanya perlu menggayakan salah satu watak pilihan dalam filem terbabit dan mereka yang mampu bergaya seakan-akan watak terbabit memenangi hadiah sampingan berupa edisi terhad produk filem dan Stabilo. Cabaran menonton filem selama empat jam ini diadakan selaras dengan pelancaran Stabilo 'swing cool' pen penyerlah yang mempunyai teknologi anti kering bagi memastikan dakwat tidak kering walaupun tidak ditutup dalam persekitaran berhawa dingin selama empat jam. Dalam persekitaran tanpa hawa dingin pen penyerlah terbabit boleh tahan lebih lama. Bersama cabaran filem, Stabilo turut mengadakan kuiz mengenai filem dan pen penyerlah di facebook supaya peminat Pirates of the Caribbean dapat memenangi hadiah sampingan edisi terhad produk filem. Bagi pertandingan meniru gaya watak dalam filem Pirates of the Caribbean PROFIL NAMA SEBENAR: John Christopher Depp II PROFIL NAMA SEBENAR: Penelope Cruz Sanchez |
Posted: 20 May 2011 07:56 AM PDT HUJAN lebat yang membasahi Kuala Lumpur sejak petang Khamis yang berlarutan sehingga malam, sememangnya membantutkan pergerakan warga kota yang berdepan kesesakan lalu lintas yang teruk berserta banjir kilat yang menenggelamkan sebahagian jalan raya di ibu kota. Keadaan itu turut merencatkan majlis tahlil buat tiga penggiat seni yang meninggalkan kita baru-baru ini iaitu Allahyarham Seri Bayu, Aimi Jarr dan Datin Orchid Abdullah. Majlis anjuran Persatuan Wartawan & Penulis Hiburan Malaysia (Wham) ini diadakan di kediaman keluarga Aimi Jarr di Taman Melawati, Hulu Klang.
Bagaimanapun, situasi dan kesukaran yang berlaku langsung tidak menghalang dan menjejaskan semangat sahabat lama, rakan taulan dan anggota keluarga mereka apabila sudi meluangkan masa dalam majlis bertujuan mengenang dan mendoakan kesejahteraan buat ketiga-tiga mereka yang terlebih dahulu menyahut seruan Ilahi. Majlis yang dimulakan sedikit lewat bagi menunggu ketibaan tetamu, dihadiri antara lain penggiat seni terdiri dari Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail, Ahmad Ibrahim (Mat London), Rosyam Nor, Rubiah Suparman dan Habsah Hassan.
Sebelum ini aktiviti sama pernah diadakan bagi mengingati penggiat seni yang meninggal dunia. "Kami sentiasa buat majlis sebegini sebagai mengenang sumbangan mereka yang banyak berjasa membangunkan dunia seni tanah air. "Majlis ini diadakan pada semasa ke semasa dan sentiasa mendapat sambutan yang baik dari rakan artis. Kali ini kami pilih buat di rumah arwah Aimi Jarr kerana selain wartawan, arwah juga dekat dengan dunia artis. "Kami cuma menggunakan rumah keluarga Aimi, tapi tak nak menyusahkan mereka apabila menempah makanan dari luar. "Kami turut menjemput keluarga arwah Datin Orkid, tapi mereka memaklumkan mengadakan majlis sama sempena kematian suaminya, Datuk Mokhtar. Keluarga arwah Seri Bayu juga turut dimaklumkan," katanya yang dibantu ahli jawatankuasa Wham antaranya Zohara Ghani Batusha (Lola). Tambah Fauziah, majlis ini adalah sinambungan aktiviti keagamaan yang dijalankan Wham. Ia diadakan menggunakan dana Wham dan kadangkala mereka mendapat sumbangan dari pihak tertentu antaranya Rosyam Nor yang bekerjasama menayangkan filem Castello untuk mencari dana Wham. "Menerusi sumbangan ini, kami adakan aktiviti seperti sumbangan buat anak-anak yatim dan ibu tunggal. Penaung kami, Datuk Wira Syed Ali Al Habshee juga kerap menghulurkan dana buat Wham. "Kami hanya bertindak menyampaikan sumbangan itu kepada pihak yang sepatutnya. Inilah sebahagian sumbangan sosial Wham buat masyarakat. "Saya juga ada perancangan nak buat pertandingan musabaqah tilawah al-Quran antara wartawan dan artis namun belum terlaksana lagi. "Sebenarnya aktiviti kami turut mendapat sokongan baik daripada barisan artis muda. Kerika Datuk Freddie Fernandez mengetuai Maestro, beliau sering menghantar artis kendaliannya terbabit dengan aktiviti kami. "Cuma untuk majlis malam ini, artis muda tak dapat hadir mungkin kerana kesibukan sendiri. Saya faham situasi mereka. "Sekarang matlamat saya ialah mahu menubuhkan Tabung Ehsan Media (Team) untuk membantu golongan wartawan hiburan. Saya nak cari satu benda yang boleh menjana dana. Saya tengok ahli sukan pun ada tabung kebajikan, tetapi wartawan hiburan tiada. "Adakah wartawan hiburan kebal dan tak pernah sakit? Perkara ini sudah lama difikirkan. Saya harap wartawan hiburan generasi baru dapat bagi komitmen untuk Wham kerana persatuan ini bertujuan nak menjaga kebajikan mereka," katanya. Rosyam Nor ketika ditemui menjelaskan, orang filem sentiasa sibuk dan terikat dengan kerja masing-masing. Ini mungkin menjadi faktor kurangnya pembabitan artis muda dalam majlis sebegini. "Ini tak perlu dijadikan isu kerana asalkan mereka yang sibuk bekerja tujukan Al-Fatihah buat penggiat seni yang telah pergi, akan sampai juga. "Saya pernah lalui zaman muda dan tak dinafikan ketika itu sibuk bekerja mencari rezeki. Apapun terpulang kepada cara masing-masing. Kebetulan saya tiada aktiviti, bolehlah datang ke majlis ini," katanya yang menganggap ketiga-tiga tokoh yang pergi ini memberi sumbangan besar terhadap dunia seni tanah air. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |