Adsense

Sabtu, 21 Mei 2011

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Ratu berani mati

Posted: 20 May 2011 06:40 PM PDT

Hip

pix_gal0
Dihukum internet: Lapan gambar aib Syahrini mula tersebar di laman maya

SATU persatu musibah melanda diri. Belumpun reda isu permusuhannya bersama pasangan duetnya, Anang Hermansyah, kini gambar-gambar panas penyanyi seksi Indonesia, Syahrini dan adiknya, Aisyahrani bertebaran menerusi internet.

Sekurang-kurangnya lapan gambar memalukan tersebar di internet. Antaranya, gambar Syahrini berkemban depan bilik mandi dan aksi menggoda dengan memakai baju tidur nipis berwarna biru di atas ranjang hingga menampakkan sebahagian besar peha dan punggungnya yang menggiurkan itu.

Lebih menggemparkan foto Syahrini bersama Daniel Mananta yang ketika itu meramas payu daranya, selain gambar berpelukan mesra dengan Glenn Fredly dan seorang jejaka Indonesia yang tidak dapat dipastikan siapa gerangannya. Pendek kata, penyanyi ini memang sering mengundang kontroversi menerusi aksinya yang bergambar 'berani mati'. Gambar panas lain membabitkan adiknya, Aisyahrani yang juga pengurusnya bercium mulut dengan seorang jejaka di atas katil beralaskan cadar putih, selain pose seksinya yang menampakkan sebahagian besar payu dara.

Syahrini yang berasakan dirinya teraniaya dengan tersebarnya semua gambar panasnya dan Aisyahrani menerusi alam siber nekad membuat laporan polis pada 14 Mei lalu. Dia mahu mereka yang tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar peribadinya itu diseret ke muka pengadilan. Dia ditemani peguamnya, Warsito Sanyoto, Syarini membuat laporan polis bagi mengesan pelaku yang dianggap merobek imejnya sebagai penyanyi.

Syahrini percaya pelaku mempunyai niat sengaja mahu menjatuhkan kerjayanya yang kini meniti puncak populariti. Bagaimanapun, Syahrini melalui Warsito mengakui gambar-gambar panas itu miliknya. Hingga kini, Syahrini belum membuat kenyataan kecuali Warsito dan Aisyahrani yang menjadi wakil bagi menjawab segala tanda tanya.

"Ya, gambar itu adalah koleksi peribadi Syahrini dalam telefon bimbit. Syahrini sendiri bingung memikirkan bagaimana gambar dalam telefon bimbit dapat diceroboh pengguna internet. Telefon bimbitnya tidak hilang, tetapi bagaimana ia boleh diakses keluar. Ia perlu dibongkar dan siapakah yang melakukannya?
"Apa yang berlaku bukan disengajakan, jadi peminat seharusnya bersimpati dengan apa yang berlaku Syahrini. Hormati privasinya kerana gambar-gambar itu berada di dalam telefon bimbit Blackberry miliknya. Lokasinya juga dalam ranah peribadi, misalnya bilik mandi.

"Awalnya Syahrini tidak mahu memperbesarkan isu ini hingga membawa ke muka pengadilan, tetapi melihat maraknya cerita panas mengaibkan hingga menimbulkan fitnah dan memburukkan nama baiknya, Syahrini akur mahu mengheret penyebar gambar supaya tidak terlepas daripada hukuman," kata Warsito.

Warsito juga menjelaskan, Syahrini pad aketika ini dalam berkeadaan baik, dia akur kehidupannya sebagai artis sentiasa dipandang masyarakat dan berasakan setiap artis melalui kontroversi yang berbeza jika tidak bernasib baik. Bagaimanapun, kegiatan seni Syahrini tidak terjejas, malah dia masih mengadakan persembahan di luar kota.

Syahrini tidak mahu menuduh sesiapa. Bagaimanapun, penyanyi berdarah Sunda itu bimbang jika ada pihak yang ingin menjatuhkan nama baiknya. Harapan Syahrini supaya pelaku dan orang yang mempunyai keinginan merosakkan namanya yang kini di puncak populariti terketuk pintu hati supaya tidak melakukan perkara penganiayaan seumpama ini.

"Dia sudah memaafkan pelakunya, malah dia mengucapkan terima kasih atas cubaan mahu mengaib dan mencemarkan nama baik keluarganya. Baginya, inilah asam garam kehidupan seorang artis. Semakin tinggi pohon, semakin kencang angin bertiup.

Gambar Syahrini yang dilihat bersama beberapa selebriti seperti Daniel Mananta dan Glenn Fredly cukup wajar, ia bukan untuk tatapan umum, hanya koleksi peribadi. Syahrini menjadi korban, tidak dapat dikira malunya," kata Warsito dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Sebelum ini, Syahrini, 27, pernah dikaitkan menjalinkan hubungan cinta dengan bekas suami Krisdayanti, Anang. Malah, anak kelahiran Bogor, Jawa Barat itu disebut-sebut pengganti Krisdayanti dalam kehidupan Anang. Bagaimanapun, tekaan itu meleset sama sekali. Selepas lebih setahun bersama, hubungan mereka menjadi keruh. Syahrini mendakwa dirinya dicampakkan Anang.

Penyanyi lagu Kau Yang Memilih Aku itu turut berasakan kontraknya berat sebelah. Kerjasama Anang dan Syahrini bermula awal 2010 sejurus Anang bercerai dengan Krisdayanti. Mereka berduet menerusi lagu Jangan Memilih Aku. Lagu duet menjadi siulan, bagaimanapun pelbagai aksi kemesraan mereka bagaikan sepasang kekasih dalam setiap persembahan lebih menjadi tumpuan ramai.

Disaman ganti rugi RM1.4 juta

SYAHRINI Syahrini yang pernah menyanyikan semula lagu Aku Tak Biasa dendangan asal Alda mula dihujani tawaran persembahan dan iklan sejak popularitinya melonjak apabila muncul bersama Anang.

Bagaimanapun, tiada angin, tiada ribut, Anang dan Syahrini memutuskan untuk berpisah, malah hati Anang turut beralih pada Ashanty sebagai rakan duet, seterusnya Syahrini ditinggalkan terkontang kanting mencari arah sebagai penyanyi solo. Anang mendakwa Syahrini meminta layanan mewah terutama apabila mengadakan konsert di luar kota. Bagaimanapun, Syahrini menafikannya. Selama berduet, Syahrini mengakui bersikap adil dan membahagi rezeki yang diperoleh sama rata.

Syahrini, graduan undang-undang Universitas Pakuan Bogor dalam kenyataan dalam sebuah tabloid, turut menuding jari mengatakan Anang mencampakkan dirinya.

"Banyak bercakap tidak membantu apa-apa. Saya hanya ingin mengucapkan terima kasih pada kenyataan keji dan fitnah yang menyebabkan imej saya nampak buruk di mata masyarakat. Yang jelas, kebanyakan kenyataan digembar-gemburkan tidak benar.

"Kenapa dalam hidup saya harus dikaitkan dengan Anang? Bagi saya, duet atau kolaborasi dengan sesiapapun tiada bezanya. Dan tentunya kolaborasi dengan sesiapa akan mendatangkan semangat baru buat saya," katanya yang kini menjalinkan hubungan cinta dengan pengusaha batubara dari Kalimantan, Aman Jagau.

Ketika ini, Syahrini dianggap antara penyanyi yang mendapat imbuhan lumayan sehingga memperoleh kereta jenis Mercedes Benz sport bernilai Rp100 juta (RM351,000) sebagai imbuhan untuk kontrak rakaman bersama syarikat rakaman Pelangi Record. Untuk kontrak tiga album, Syahrini dikatakan mendapat Rp400 juta (RM1.4 juta).

Bagaimanapun, di sebalik mendapat durian runtuh itu, Syahrini berdepan kes saman Rp400 (RM1.4 juta) juta kerana tidak hadir dalam satu persembahan. Syarikat Blue Eyes menuntut ganti rugi Rp400 juta untuk membiayai tuntutan dan kos ganti rugi mencari penyanyi lain. Syahrini terpaksa membatalkan persembahan kerana bapanya meninggal dunia. Blue Eyes tidak menyalahkan Syahrini tetapi mereka meminta penyanyi yang dihadapkan ke Pengadilan Negeri Bogor Jawa Barat pada bulan lalu itu mengembalikan wang pendahuluan Rp100 juta yang dibayar. Namun, Syahrini mendakwa tiada tertera dalam kontrak mewajibkannya membayar ganti rugi.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mesti Tonton: Lakonan luar biasa

Posted: 20 May 2011 06:37 PM PDT

Hip

pix_gal0
  • Filem: Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides
  • Genre: Pengembaraan, fantasi, aksi
  • Pengarah: Rob Marshall
  • Pelakon: Johnny Depp, Penelope Cruz, Ian McShane, Geoffrey Rush, Kevin McNally,
  • Stephen Graham, Sam Claflin, Astrid Berges-Frisbey
  • Tayangan: Mulai 19 Mei

SELEPAS kejayaan tiga filem pertama Pirates of the Caribbean iaitu The Curse of the Black Pearl (2003), Dead Man's Chest (2005) dan At World's End (2007), kini Walt Disney Pictures dan Jerry Bruckheimer Films menghidangkan pula filem keempatnya, Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides, yang diterbitkan Jerry Bruckheimer di bawah arahan Rob Marshall.

Masih mengekalkan teraju utama seperti Johnny Depp dan Geoffrey Rush, filem lanun terbaru ini dimeriahkan juga dengan kehadiran Penelope Cruz dan Ian McShane, selain Kevin McNally, Stephen Graham dan beberapa lagi pelakon lain. Seperti mana filem terdahulu, keseronokan memang dirasa saat menonton filem keempat dalam siri francais ini. Tidak sah namanya jika filem Pirates of the Caribbean tidak diisi dengan babak aksi yang menghiburkan.

Selepas 10 minit pertama, peminat sudah pun disuap dengan babak aksi Kapten Jack Sparrow yang cuba melepaskan diri daripada istana raja. Babak kejar-mengejar di dalam istana dan di sekitar kota London yang berlumpur cukup seronok untuk disaksikan.

Apatah lagi kali ini filem yang menjalani penggambaran di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Hawaii itu dipersembahkan dalam format 3D. Lalu, keseronokan menontonnya juga bagaikan dua kali ganda. Ditambah pula dengan set dan pemandangan hebat yang dihidangkan.

Ceritanya juga mudah untuk diikuti. Boleh dikatakan, Ted Elliott dan Terry Rossio menulis sebuah kisah yang paling mudah untuk difahami menerusi filem ini, berbanding tiga judul sebelumnya.
Ia berkisar mengenai Jack yang dipaksa menaiki kapal Queen Anne's Revenge oleh bekas teman wanitanya, Angelica. Wanita itu ialah anak lanun yang digeruni ramai, Blackbeard. Mereka kini berusaha untuk mencari telaga sakti yang dikatakan mampu mengekalkan keremajaan seseorang yang meminum airnya.

Dalam pencarian itu, mereka berdepan halangan bukan saja daripada Kapten Hector Barbossa yang kini berkhidmat untuk raja England, malah daripada pasukan tentera Sepanyol yang turut menuju ke destinasi serupa.

Walaupun ada saatnya On Stranger Tides agak perlahan rentaknya, namun apabila kumpulan lanun ini tiba ke kawasan teluk yang didiami sekumpulan duyung, suasana mula berubah. Sejak itu, penceritaan semakin menarik dan aksinya juga kian mendebarkan.

Boleh dikatakan, kemunculan duyung yang cantik tetapi sebenarnya menggerunkan itu memberikan nafas lebih segar kepada siri filem ini, lebih-lebih lagi apabila dihasilkan dengan begitu mempesonakan hasil kecanggihan teknologi terkini.

Depp sendiri masih tegar dengan lawaknya dalam lakonan yang mengesankan. Berbaloi bayaran kira-kira RM160 juta yang dikeluarkan pihak penerbit untuknya, apabila pelakon ini tidak mengecewakan mereka dengan aksinya yang memang luar biasa.

Begitupun, penonton juga pasti membuka mata dengan persembahan diberikan McShane sebagai lanun kejam, Blackbeard. Kemunculannya nyata mengimbangi aspek lakonan dalam episod terbaru ini, begitu juga dengan aktor veteran, Rush, yang menghidupkan kembali watak Barbossa.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.