Adsense

Khamis, 28 April 2011

Zon Artis

Zon Artis


(Gambar) Aksi Panas Maya Karin & Aaron Aziz Di Atas Katil

Posted: 28 Apr 2011 07:28 AM PDT

GAMBAR MAYA KARIN DAN AARON AZIZ DALAM FILEM OMBAK RINDU

Jangan terkejut! Gambar yang anda lihat ini hanyalah lakonan semata-mata dan ianya merupakan antara babak yang akan anda lihat dalam filem yang diadaptasi dari sebuah novel iaitu Ombak Rindu. Filem ini diarahkan oleh Osman Ali.

GAMBAR MAYA KARIN DAN AARON AZIZ DALAM FILEM OMBAK RINDU

Alang-alang dah tunjuk gambar, berikut sinopsis filem Ombak Rindu ni:

Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Filem ini diterajui oleh Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani, Bront Palarae, Julia Ziegler, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Normah Damanhuri, Fauzi Nawawi, Nadia Nisa, Mislina Mustafa, Kamarul Hj Yusof dan Yap Leong Chai.

GAMBAR MAYA KARIN DAN AARON AZIZ DALAM FILEM OMBAK RINDU

GAMBAR MAYA KARIN DAN AARON AZIZ DALAM FILEM OMBAK RINDU

GAMBAR MAYA KARIN DAN AARON AZIZ DALAM FILEM OMBAK RINDU

GAMBAR MAYA KARIN DAN AARON AZIZ DALAM FILEM OMBAK RINDU

Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

(Tahniah!) Sazzy Falak Selamat Melahirkan Bayi Kembar

Posted: 28 Apr 2011 12:06 AM PDT

GAMBAR BAYI KEMBAR SAZZY FALAK DAN NAZRIL IDRUS

Sazzy Falak telah selamat melahirkan sepasang cahaya mata pada pagi tadi sekitar jam 8.25 pagi di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur.

Berita gembira ini dikongsikan oleh suami Sazzy Falak sendiri, siapa lagi kalau bukan Nash melalui akaun Twitter'nya seperti kat bawah ni.

GAMBAR BAYI KEMBAR SAZZY FALAK DAN NAZRIL IDRUS

Daripada tweet tersebut, jelas yang bayi kembar Sazzy Falak dan Nash itu diberi nama Iman Lilly dan Tiara Rose. Nama bunga yang popular gitu.

Tambah menarik, tarikh lahir Iman Lilly dan Tiara Rose adalah sangat istimewa kerana ianya sama dengan tarikh lahir bapa mereka, Nazril Idrus.

Akhir kata dari kami, selamat ulangtahun yang ke-37 buat Nash dan tahniah diatas kehadiran sepasang bayi kembar. Sekali hadir, terus lengkap dengan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Tahniah sekali lagi dan semoga terus bahagia melayari hidup berkeluarga.

Note: Buas masa ni, gambar bayi kembar Sazzy Falak dan Nash masih belum kami perolehi. Kalau dah dapat nanti, kami akan update ASAP.

Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.