Harian Metro: Rap |
Posted: 27 Apr 2011 08:58 AM PDT DALAM diam, pelakon cantik Linda Hashim rupa-rupanya sudah beberapa bulan hidup sendirian selepas hubungan dengan seorang jejaka yang enggan didedahkan identitinya terputus di tengah jalan. Linda yang juga pelakon drama siri Halimah Jongang 3 dan Tudung Ekspres menyifatkan semua yang terjadi adalah ketentuan Ilahi dan dia akur dengan kehendak takdir. "Mungkin ramai tidak tahu perkara ini kerana saya jarang bercerita mengenai kisah peribadi saya kepada orang. Namun saya juga tidak akan berbohong kalau ada pihak media yang bertanya. "Memang saya sedih dengan perpisahan ini namun itulah kenyataan hidup. Sekarang saya sudah tidak ada kekasih lagi. Kalau dilihat dari perspektif positif, ruang yang ada itu dapat digunakan dengan sebaik mungkin untuk saya memberi lebih fokus kepada kerjaya dan keluarga.
Mengenai calon kekasih baru, Linda yang juga pemilik syarikat perniagaan bersama kakaknya, Erin & Erina Sequins, berkata dia impikan seseorang yang sederhana dan berbudi. "Saya sedang mengenali seseorang yang saya fikirkan sesuai. Apa yang penting dalam mencari pasangan adalah keserasian dan kejujuran. Untuk apa kita bercinta kalau ia hanya membuatkan kita pening kepala. "Bagaimanapun saya mengaku yang saya sebenarnya seorang yang cerewet dan pemilih. Saya tidak suka seseorang yang membuatkan saya bosan," ujarnya. Apa yang jelas, wajah dan nama Linda mungkin tidak kerap muncul di dada akhbar namun siapa sangka Linda sudah lebih sedekad menceburi bidang seni. Sebelum ini, dia perah membintangi beberapa drama seperti Misi XX Ray, Tak Tercapai Akalmu, Janji Kekasih, Ayahku Kahwin Lagi dan Dewi Cinta. "Tidak pernah terlintas di hati saya mengenai populariti kerana sejak awal pembabitan saya dalam bidang ini, saya hanya teringin mencari duit dan mempamerkan bakat ada. Kalau popular itu datang, ia sekadar bonus. "Saya fikirkan mungkin saya kekal pada prinsip diri untuk tidak bercakap kepada media dan menjaja kisah peribadi. Saya hanya mahu berkongsi kisah perkembangan kerjaya atau apa saja projek khas yang membabitkan saya. "Saya tak mahu dikatakan mencari publisiti murahan. Biarlah tidak popular, tapi rezeki tetap ada buat saya untuk bertahan sebagai pelakon," katanya yang juga pernah berlakon dalam drama siri Durani bersama Raja Farah. Linda mengakui keperitan yang dilaluinya sepanjang lebih 10 tahun berjuang secara serius dalam lapangan seni kadangkala semacam tidak dipedulikan. "Pelakon zaman dulu dan sekarang banyak berbeza. Pelakon hari ini boleh cepat melonjak nama walaupun lakonan mereka masih baru lagi. Mungkin itulah kelebihan selebriti hari ini. "Bagaimanapun saya tidak berkecil hati kerana apa yang penting adalah keikhlasan kita dalam bekerja dan terus mencuba sesuatu yang hebat bagi meningkatkan mutu lakonan dari semasa ke semasa," katanya yang sebelum ini mewarnai iklan-iklan komersial seperti Minyak Masak Cap Buruh, Kentucky Fried Chicken (KFC), Clean & Clear, Sunsilk dan DiGi. Menyentuh episod lakonan, Linda yang pernah muncul menerusi filem Rasuk, bakal menampilkan sesuatu yang berbeza dan tersendiri. Puas menggalas pelbagai peranan, dia kini tampil dengan satu watak yang cukup berbeza. Menyandang watak Fatimah menerusi drama siri baru terbitan A Aida Productions berjudul Fatimah Juling The Series, Linda bakal menghiburkan penonton sepanjang 13 episod dengan lakonan mata juling. "Saya sayangkan bidang lakonan dan sentiasa mencari kelainan. Alhamdulillah tawaran ini datang dan mustahil untuk saya katakan tidak kepada produsernya kerana Fatimah memberikan saya satu pembaharuan berani dalam lakonan. "Kali ini untuk tempoh sebulan penggambaran bagi 13 episod, saya perlu sentiasa pakai lensa yang menampakkan seolah-olah mata saya juling. Tapi kelakarnya, Fatimah seorang yang berkeyakinan tinggi dan tidak langsung merasakan dirinya serba kekurangan. "Kalau ada yang anggap drama ini menyindir atau merendah-rendahkan individu lain, saya rasa ia tidak tepat dan relevan. Ini kerana plot cerita Fatimah Juling serta pembangunan watak yang sangat positif. Justeru saya harapkan peminat akan terhibur dan mengambil iktibar daripada drama ini," katanya. Fatimah Juling yang turut membariskan pelakon popular lain seperti Zed Zaidi, Beego, Bob Lokman dan beberapa yang lain boleh disaksikan PROFIL Nama Sebenar: Norhazlinda Hashim |
Posted: 27 Apr 2011 08:33 AM PDT KENYATAAN pelakon dan pengarah veteran, Datuk Rosnani Jamil mendakwa biduanita Puan Sri Saloma meninggal dunia di pangkuannya pada 25 April 1983 tanpa kehadiran saudara-mara, membuatkan keluarga arwah terkilan. Kakak arwah, Mariani Ismail, 75, meluahkan rasa terkilannya dan mempersoalkan tujuan Rosnani atau mesra dengan panggilan Mak Nani membuat kenyataan sedemikian seolah-olah Saloma diabaikan ahli keluarganya ketika terlantar sakit.
Katanya, sepanjang arwah koma dan menjalani rawatan di hospital, mereka bergilir-gilir menjaganya kerana masing-masing ada kerja, tetapi anaknya, Linda sentiasa berada di sisi ibu saudaranya itu kerana tidak bekerja. "Arwah ada mengatakan ingin bertemu Nasir (arwah) dan kami cuba mencarinya dan berjaya membawa Nasir berjumpa dengannya.
"Bagaimana pula ada pihak lain mendakwa arwah meninggal di pangkuannya tanpa kehadiran saudara-maranya? Saya tampil membuat kenyataan ini kerana perkara itu tidak benar dan sangat kesal dengan kenyataan itu. Saya tidak pasti apakah tujuannya berbuat demikian. "Bukan niat saya untuk membela diri, tapi untuk membetulkan perkara yang tidak benar. Tanyalah dengan mereka yang masih hidup untuk mengetahui cerita sebenar. Dian dan suaminya masih hidup begitu juga Sasha dan suaminya. Saya juga berharap orang luar tidak terus membuat kenyataan yang tidak benar mengenai arwah," katanya ketika menghubungi Harian Metro. Mariani mengakui Rosnani berkawan baik dengan arwah dan melawatnya setiap hari sepanjang Saloma terlantar di hospital. Bagaimanapun, katanya, pada detik terakhir arwah, Rosnani tidak berada di sisinya sebagaimana didakwa sebaliknya dikelilingi ahli keluarganya. Saloma atau nama sebenar, Salmah Ismail yang dilahirkan di Pasir Panjang, Singapura pada 22 Januari 1953 menghembuskan nafas terakhir di Hospital Assunta, Petaling Jaya pada 25 April 1983 selepas lima hari koma kerana masalah hati disebabkan demam kuning. Rosnani dalam ruangan Interaksi pada 6 April lalu mengatakan pengalaman bersama arwah ketika menghembuskan nafas terakhir di Hospital Assunta sebagai saat paling menyedihkan kerana bintang yang cukup diagung-agungkan dan dipuja-puja, pada akhir hayatnya hanya ditemani dirinya dan seorang ustaz. Mariani berkata, dia ingin mengambil peluang untuk menjelaskan perkara itu ketika menjayakan program RTM, Aku, Dia & Lagu...Saloma, tetapi tidak dapat berbuat demikian. Tambah membuatkan dirinya terkilan apabila sekali lagi membaca kenyataan Rosnani dalam Harian Metro Selasa lalu hingga terus menghubungi akhbar ini meminta diberi ruang untuk membetulkan perkara sebenar. "Cukup-cukuplah membuat kenyataan yang bukan-bukan. Kalau Rosnani masih terus membuat kenyataan yang menjatuhkan maruah keluarga, saya tidak akan berdiam diri," katanya. Rosnani mengatakan sepanjang arwah tenat dan dirawat di hospital, dia dan Latifah Omar setiap hari bergilir-gilir menjaganya. Pada hari kematiannya, Mak Nani dihubungi anak saudara arwah, Linda yang memintanya membawa ustaz kerana Saloma sedang nazak. Sebaik sampai di hospital dan selesai membacakan Al-Fatihah, tangan Mak Nani yang digenggam Saloma dilepaskan. "Ini adalah pengalaman paling menyedihkan yang pernah berlaku dalam hidup Mak. Bayangkan, arwah Saloma satu bintang cukup diagung-agungkan dan dipuja-puja. Lunak merdu suaranya, menjadikan dia penyanyi wanita pertama negara ini yang diundang membuat persembahan di luar negara seperti Australia. Namun di akhir hayatnya, hanya ada Mak dan ustaz yang menemani. "Ketika kami mengusung jenazah Saloma di mana ketika itu Mak bersama
Setinggi manapun kedudukan kita, sebanyak mana pun harta kita dan sepopular mana pun kita, akhirnya mati seorang diri menghadap Yang Maha Esa," beliau dilaporkan berkata. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |