Adsense

Khamis, 28 April 2011

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Tiada niat sorok status

Posted: 27 Apr 2011 03:31 PM PDT

Hip

Dua peserta Mentor 5 anggap belum masanya bercerita soal peribadi

ADA riak kurang selesa di wajah dua peserta Mentor, Ratnah Awal, 28, dan Salmah A Asis, 21, apabila kesahihan cerita mengenai status mereka yang bukan lagi anak dara cuba dikorek.

Di internet sudah kecoh memperkatakan mengenai status janda yang dipegang kedua-dua wanita itu. Salma yang juga protege kepada penyanyi jelita Erra Fazira dikatakan ibu tunggal kepada seorang cahaya mata, sementara Ratnah pula tidak sempat memiliki anak ketika berkahwin. Ini bukanlah kali pertama kesahihan cerita itu cuba dirungkai. Justeru, kedua-duanya memang kelihatan cukup tenang namun masih terbias sedikit riak kurang selesa apabila soalan sama diajukan.

Alasan yang diberikan kedua-dua wanita itu, kononnya tidak mahu kisah peribadi mereka terlalu diperkatakan hingga mengganggu tumpuan mereka kepada pertandingan yang bakal berakhir penghujung Mei nanti.

Bagaimanapun, Salma yang berasal dari Tawau, Sabah tidak cuba berselindung. Dia mengakui berumah tangga ketika usia 17 tahun. Perkahwinan yang diatur keluarga itu bagaimanapun hanya bertahan setahun saja dan dikurniakan seorang cahaya mata.

"Saya mengaku memang ibu tunggal tetapi bukanlah kepada tiga cahaya mata seperti yang disebarkan di internet. Saya hanya ada seorang anak saja. Saya harap selepas ini tiada lagi yang akan bertanyakan mengenai status saya. Cukuplah orang tahu saya pernah berkahwin, janganlah cuba mengorek dalam-dalam.

"Saya memasuki program ini sebab nak menjadi penyanyi. Orang menonton program ini kerana hendak melihat saya menyanyi. Saya terkejut juga macam mana cerita itu boleh tersebar sedangkan yang tahu status saya hanyalah keluarga serta teman rapat saja. Kalau boleh saya tidak mahu cerita ini diungkit kerana tidak mahu fokus pada pertandingan ini terganggu," kata Salma.

Jika Salma tidak mempunyai masalah berterus terang mengenai statusnya itu, berbeza pula dengan Ratna. Wanita berasal dari Kota Kinabalu memilih untuk tidak memberikan sebarang komen berhubung statusnya.

Kata Ratnah, protege kepada Afdlin Shauki itu, persoalan berkenaan hanya akan dijawab selepas program Mentor berakhir. Memilih untuk tidak memperkatakan apa-apa pun mengenai kisah peribadinya, dia berpendapat soal statusnya tidak patut menjadi isu besar kerana apa yang lebih penting adalah pembabitan serta bakatnya.

"Saya tak terkejut langsung dengan dakwaan sebegini. Terus terang memang saya kurang selesa langsung dengan cerita ini, saya tak mahu komen lanjut kerana saya serius masuk dalam bidang ini untuk bergelar penyanyi. Saya mahu orang menilai saya daripada bakat yang dimiliki bukan kisah peribadi," katanya.

Memang intim dengan Ayish

KEAKRABAN Ratnah dan Ayish, protege kepada Noh Hujan ini menyebabkan tersebar cerita yang kononnya mereka mempunyai hubungan istimewa. Tetapi ia segera disangkal Ratnah sambil menegaskan dia tidak hanya akrab dengan jejaka berusia 21 tahun itu, tetapi dengan ke semua temannya yang berada dalam program Mentor.

"Hubungan kami semua rapat bagaikan bersaudara. Di antara semua protege, semangat Ayish paling rapuh. Sebagai kakak, saya harus memberikannya kata-kata semangat untuk menaikkan kembali semangatnya," katanya ketika berkunjung ke Balai Berita, Isnin lalu.

Terdahulu, semua enam peserta program Mentor musim kelima dibawa oleh TV3 mengunjungi Balai Berita sebagai pendedahan kepada mereka cara berdepan dengan media.

Pada kunjungan selama dua jam itu, ke semua mereka termasuk Aiman Hakin Ridza Abdoh (Aiman), Nursyafiqah Nasratullah (Iqa) dan Nurshiha Mohd Zikir (Shiha) diberi penerangan dan panduan menghadapi media oleh Pengarang Hiburan Berita Harian, Zainuri Misfar dan Pengarang Hiburan Harian Metro, Roslen Fadzil.

"Anda mungkin mendapat tunjuk ajar cara membuat persembahan di pentas dan teknik menyanyi daripada mentor masing-masing. Tetapi mungkin tidak diajar bagaimana berdepan dengan wartawan atau media sebaik saja program ini selesai nanti.

"Kena ingat, betapa pedasnya kritikan juri daripada program ini, lagi tajam dan mungkin lebih menyakitkan hati apabila anda diajukan dengan macam-macam pertanyaan daripada media nanti.

"Tapi anda semua beruntung kerana mendapat tunjuk ajar secara terus dan bersemuka dengan mentor yang cukup berpengalaman dalam bidang masing-masing. Gunakan peluang itu sebaik-baiknya dan walaupun mungkin kalah tetapi daripada pengalaman yang diperolehi, awak semua masih boleh menjadi penyanyi yang bagus," kata Zainuri.

Mereka juga diberikan penerangan mengenai operasi Berita Harian dan Harian Metro selain mengenali lebih dekat dengan sebahagian wartawan hiburan daripada kedua-dua akhbar ini.

Mahu terus berjuang

BERADA pada kedudukan tercorot tidak pernah mematahkan semangat dua peserta lelaki program ini. Biarpun peringkat separuh akhir kian menghampiri, Aiman dan Ayish masih menaruh harapan besar mahu melangkah ke peringkat akhir.

Protege kepada Rahim Maarof berkata, mentornya itu seorang yang spontan. Rahim katanya gemar mengikut gerak hati malah suka membuat rombakan pada saat akhir. Namun dia tetap berasa beruntung kerana mendapat bimbingan dari penyanyi berpengalaman seperti Rahim.

"Rahim Maarof memang seorang yang suka berubah fikiran di saat akhir tetapi bagi saya itu bukanlah satu masalah besar untuk saya menerima caranya. Banyak ilmu yang dikongsikan Rahim mengenai dunia nyanyian kepada saya dan ia satu ilmu yang sangat berguna," katanya.

Sementara itu, bagi Ayish pula, biarpun mentornya Noh tenaga pengajar paling muda tetapi banyak juga ilmu yang ditimba daripada mentornya itu.

"Biarpun Noh mentor paling junior pada musim ini, namun pengalamannya bukan calang-calang. Banyak pengetahuan yang saya dapat sepanjang berguru dengannya," kata Ayish.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Usah malu dengan bahasa Melayu

Posted: 27 Apr 2011 03:26 PM PDT

Hip

WAWANCARA Sofa Putih bersama Monoloque anjuran Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) di PWTC.

WAWANCARA Sofa Putih bersama Monoloque anjuran Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) di PWTC.

Loque rela dilabel imej kampung kerana memartabatkan bahasa ibunda

TIADA Kata Secantik Bahasa, judul lagu nyanyian Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang diubahsuai oleh seorang seniman muda tanah air, Loque atau Khairil Rizwan, 34, cukup sedap didengar halwa telinga.

Memartabatkan Bahasa Melayu yang tidak akan hilang dek zaman, usaha bekas anggota kumpulan Butterfingers ini perlu diberi pujian kerana mengangkat bahasa kebangsaan di dalam barisan lagu ciptaannya. Sejak bersama Butterfingers dulu, di dalam album pertama mereka diterbitkan, terdapat sebuah lagu rakyat Melayu yang diberi nama Ikan Kekek. Kulit album itu juga memaparkan ciri-ciri kemelayuan di mana kami dilihat seperti memakai baju kesultanan Melayu dulu kala.

"Walaupun pada mulanya Butterfingers merakamkan lagu Inggeris, beberapa tahun selepas itu kami menghasilkan album bahasa Melayu yang diberi judul Kembali.

"Saya merasakan seolah saya berpura-pura apabila menyanyikan lagu Inggeris, dan oleh sebab itu saya lebih selesa menyampaikannya dalam Bahasa Melayu kita.

"Kita tidak perlu segan dengan imej kampung kita. Kita tidak perlu malu dengan Bahasa Melayu kita dan kita perlu berani untuk tampil ke hadapan. Saya seorang seniman yang suka menghasilkan sesuatu yang lain dari lain.
"Oleh itu, saya banyak mengkaji hasil seni idola saya, P Ramlee untuk tampil berbeza dari apa yang sudah ada di dalam dunia hiburan tanah air kita hari ini," katanya yang ditemui di Dewan Tun Razak, Putra World Trade Centre (PWTC) bagi sesi temu bual bicara bersama Syed Munawar Sayed Mustar, berkenaan budaya keilmuan kendalian Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM).

Temu bual ini membicarakan mengenai peranan Monoloque sebagai selebriti dalam mempromosikan budaya keilmuan dan pembacaan melalui industri hiburan.

Sementara itu, pejuang Bahasa Melayu ini bukan saja bergerak sebagai penyanyi, malah turut terbabit dalam mengubah dan menghasilkan lagu serta lirik, juga mencipta skor filem.

Sebelum ini hanya mencipta lagu dan lirik untuk kumpulannya Butterfingers dan Monoloque, kini Loque bercita-cita untuk membuat sedemikian untuk artis yang lain.

Taksub dengan P Ramlee, R Azmi

KINI graduan kolej muzik tersohor ini, sibuk menghasilkan muzik latar belakang untuk sebuah filem yang dibintangi oleh Bintang Paling Popular 2010 di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2010), Shaheizy Sam, yang akan ditayang pada November ini.

Tidak sabar untuk melihat hasil karyanya, di mana kita boleh mendengar lagu ciptaan Loque agak berlainan dari penyusunan muziknya dan liriknya yang penuh dengan maksud tersirat.

Sebagai contoh, lagunya yang berjudul 'Jika Saya Seorang Robot' banyak memainkan elemen elektronik yang kedengaran begitu berbeza.

Bertanyakan mengenai sumber inspirasi, Loque berkata ia datang dari keadaan sekeliling, masyarakat dan karya lama.

"Saya suka melihat kehidupan dari sudut gelap dan pada masa yang sama membuat eksperimen terhadap manusia yang terdapat di sekeliling saya.

"Selain itu, sumber utama saya juga adalah karya klasik dari P Ramlee dan R Azmi kerana saya memang obses dengan mereka. Saya banyak mengkaji dan menganalisis karya mereka dari sudut yang berlainan.

"Saya mengubah suai lagu P Ramlee tapi tetap mengekalkan melodinya. Saya cuba lari dari kebiasaan, di mana orang lain suka buat muzik video yang kelihatan seperti negara barat namun tidak bagi saya, saya lebih gemarkan gaya seperti Datuk M Daud Kilau. Kita seharusnya memandang tinggi budaya kita sendiri," ujarnya.

Manakala, Monoloque pula akan mengeluarkan sebuah album yang diberi judul Halimunan Abad Ke 21, dalam tahun ini.

Monoloque adalah sebuah kumpulan yang ditubuhkan oleh Loque dan ahli kumpulan Butterfingers, sejak Emmet, vokalis Butterfingers berpindah ke Kanada. Menurut Loque, walaupun ketiadaan Emmet, elemen dan rempah ratus Monoloque tetap sama seperti Butterfingers.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.