Adsense

Sabtu, 23 April 2011

Zon Artis

Zon Artis


Gambar Pertunangan Ashraf Muslim & Noor Dayana

Posted: 23 Apr 2011 03:31 AM PDT

GAMBAR PERTUNANGAN ASHRAF MUSLIM

Nah, ini gambar pertunangan Ashraf Muslim dan Noor Dayana yang berjaya kami perolehi. Setakat ini hanya ada dua gambar sahaja. Kalau ada lagi, kami akan update kat sini. Jom follow kami kat Twitter (@zonartis) supaya anda tidak terlepas update dari semasa ke semasa.

GAMBAR PERTUNANGAN ASHRAF MUSLIM

GAMBAR PERTUNANGAN ASHRAF MUSLIM

GAMBAR PERTUNANGAN ASHRAF MUSLIM

GAMBAR PERTUNANGAN ASHRAF MUSLIM

Untuk makluman, Ashraf Muslim dan Noor Dayana akan bernikah pada 1 Syawal tahun ini yang kalau mengikut kalendar Gregory, ianya jatuh pada 30 Ogos. Pernikahan pula akan dibuat di Mekah sebagai mengambil contoh amalan khalifah dan sahabat Nabi Muhammad yang bernikah di sana.

Kredit gambar ~ budiey.com dan mStar Online

Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ashraf Muslim Sudah Menjadi Tunangan Orang

Posted: 23 Apr 2011 12:24 AM PDT

GAMBAR PERTUNANGAN ASHRAF MUSLIM

Ashraf Muslim atau kini lebih glemer dengan gelaran Ustaz Amirul dek watak yang dibawanya dalam drama Ustaz Amirul sudah menjadi tunangan orang. Majlis pertunangannya telah berlangsung pada pagi tadi.

Nama tunang Ashraf Muslim tu ialah Noor Dayana Lokman, berumur 24 tahun dan sedang mengikuti kursus perubatan tahun keempat di Manipal University, India di bawah tajaan biasiswa Mara.

Ashraf Muslim dan Noor Diyana dijangka akan melangsungkan majlis pernikahan pada tahun ini, namun tarikh tepat masih belum diketahui. Apa-apa pun, kami doakan agar apa yang dirancangkan berjalan dengan lancar.

Akhir kata, tahniah kami ucapkan kepada Ashraf Muslim kerana sudah menjadi tunangan orang. Semoga ikatan pertunangan ini akan berkekalan hingga ke jinjang pelamin.

P/s: Buat masa ni, kami masih belum lagi memperolehi gambar pertunangan Ashraf Muslim dan Noor Dayana. Tapi jangan risau, kami akan update ASAP apabila kami memperolehinya.

Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.