Adsense

Sabtu, 23 April 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Ashraf Muslim Bakal Kahwin di Mekah 1 Syawal

Posted: 23 Apr 2011 02:06 AM PDT

Pelakon Ashraf Muslim, 30, memilih untuk bernikah dengan tunangannya, Noor Dayana Lokman, 24, pada 30 Ogos tahun ini (1 Syawal) di Mekah. Ashraf memilih Mekah kerana mengambil contoh amalan khalifah dan sahabat Nabi Muhammad yang bernikah di sana.

Ashraf Muslim

"Dengan izin Allah, kami akan bernikah di Mekah pada 1 Syawal depan. Saya akan bertolak ke sana pada 17 Ogos ini untuk mengerjakan umrah sambil menjalani rawatan bersama-sama bakal bapa mertua saya, Lokman Abdul Hamid dan membawa rombongan umrah. Saya akan berada selama 18 hari di sana dan bakal isteri saya akan datang ke Mekah menjelang hari pernikahan kami. Selepas nikah, kami akan melakukan tawaf dan menziarahi Mekah sebelum pulang pada 2 September nanti," kata Ashraf ketika sidang media selepas majlis pertunangannya di Kampung Sungai Pusu, Gombak, di sini, Sabtu.

Ashraf Muslim

Ashraf tersenyum ceria di samping tunangannya.

Lokman merupakan rakan kongsi perniagaannya di Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah, Gombak. Berbicara tentang perkahwinannya, Ashraf berhasrat menyunting bakal doktor perubatan itu kira-kira dua bulan lalu setelah berkenalan hampir dua tahun lalu.

Dayana sedang mengikuti kursus perubatan tahun keempat di Manipal University, India dan di bawah tajaan biasiswa Mara. Sekarang dia sedang membuat latihan klinikal di Manipal-Melaka Campus di Air Keroh, Melaka.

Ashraf Muslim

Hantaran buah-buahan untuk pihak perempuan.

Pelakon popular menerusi drama Ustaz Amirul ini tertarik dengan tingkah laku Dayana yang solehah, banyak bertukar idea dan pendapat tentang perubatan moden serta pandai memasak. Sementara Dayana pula mengakui bakal suaminya itu seorang yang baik dan kagum dengan perubahan diri lelaki yang digelar Abang Ashraf itu.

"Saya tahu, kami senang berjumpa memandangkan saya bekerja di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah yang berhampiran dengan rumah keluarganya. Bagaimanapun, kami selalu beringat untuk menjaga batas dalam hubungan ini. Sebab itu sebolehnya kami ingin segerakan perkara yang baik ini (kahwin) bagi mengelakkan timbulnya fitnah," ujar Ashraf yang merahsiakan jumlah wang hantaran perkahwinan mereka.

Ashraf Muslim

Hantaran coklat untuk pihak lelaki.

Mereka dijangka akan melangsungkan majlis resepsi perkahwinan pada 10 September depan di Pusat Konvensyen Shah Alam. Pasangan yang menggayakan pakaian pertunangan berkonsepkan moden dan tradsional berwarna putih dan ungu rekaan Ezuwan Ismail itu turut merakamkan gambar bersama-sama di pelamin indah tajaan Azmi Osman dari Orked Bridal House.

Pihak perempuan menerima lima hantaran berupa buah-buahan, persalinan, kek, cincin dan siri junjung manakala tujuh hantaran untuk pihak lelaki iaitu kain songket, persalinan, set wangian, kek, coklat, sirih junjung dan cincin.

Majlis pertunangan Ashraf dan Dayana turut disiarkan secara langsung menerusi program Nasi Lemak Kopi 'O' di TV9 pada pukul 9.45 pagi, Sabtu.

Selepas majlis pertunangan tersebut, Ashraf turut mengadakan majlis perasmian Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah di tempat sama yang dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. via Mstar Online

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Fesyen Ashraf Muslim Serba Putih di ABPBH2010
  • Ucapan SMS Adilfitri dari Ashraf Muslim
  • Gambar Ashraf Muslim di Prebiu Media Filem Aku Masih Dara
  • Gambar Majlis Pertunangan Ashraf Muslim
  • Gambar Ashraf Muslim Jadi Bomoh Dalam Drama Niyang Rapik
  • Ashraf Muslim dan Sherry Ibrahim Putus Cinta
  • Gambar Ashraf Muslim @ Sidang Media Drama Impian
  • Gambar Ashraf Muslim Pegang Watak Mak Nyah @ Teater Patung Kertas
  • Gambar Ashraf Muslim dan Sherry Ibrahim di Anugerah Skrin
  • Gambar Ashraf Muslim di Sessi Ramah Mesra Drama Yusuff
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Photo Justin Bieber Concert in Malaysia

    Posted: 23 Apr 2011 02:02 AM PDT

    TUNE TALK PRESENTS 'JUSTIN BIEBER MY WORLD TOUR' IN MALAYSIA

    The much awaited Justin Bieber My World Tour is finally here! The teen pop sensation thrilled a packed Stadium Merdeka tonight with his chart-topping numbers. Among the audience were the Queen DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah and her children who are big fans of Bieber. Stadium Merdeka has a 17,000 seating capacity.

    VIDEO SEKITAR CONCERT JUSTIN BIBER:

    Also at the stadium were 1,500 underprivileged children from Yayasan Chow Kit and its affiliate organisations and homes, together with volunteer caretakers from the Chow Kit local community.

    Justin Bieber

    JUSTIN BIEBER SONG LIST

    1. Love me
    2. Bigger
    3. U-smile
    4. Runaway love
    5. One less lonely girl
    6. Somebody to love
    7. Never say never
    8. Legaci medley
    9. One time
    10. MJ / Walk this way
    11. Eeny meeny
    12. Pray
    13. Baby

    Justin Bieber My World Tour In Malaysia is brought to you by Midas Promotions, in collaboration with JS Concert Productions, Fat Boys and Tune Tones with Tune Talk Mobile Prepaid as the presenting sponsor.

    Tune Talk CEO Jason Lo says: "It doesn't get any bigger than this. For the fans, our customers, the organizers and promoters, everyone. It is simply epic and Tune Talk is very proud to be part of such an event which brings the Bieber fever to Malaysia for real. We owe a debt of gratitude to Justin Bieber and his fantastic management, promoters Midas and JS Concert and not forgetting generous donors who purchased charity VIP tickets for the benefit of Yayasan Chow Kit."

    "For us at Tune Talk this shows what we stand for – music and the movement of the youth. There is much more to come from us and we will be announcing more exciting products and services and of course, mega events like these as per the wishes of our subscribers," added Lo.

    As a treat for its loyal subscribers, Tune Talk also organised a special promotion at the concert venue. For a minimum top up of RM30, a Tune Talk subscriber will receive an exclusive 'I love JB' t-shirt.

    The Canadian Pop R&B singer was discovered in 2008 through his YouTube videos landed a recording contract with Island Records offered by L.A. Reid. His debut single "One Time" was released worldwide during 2009 and charted within top 30 in over ten countries. It was followed by his debut release, My World, in November 2009 which certified platinum in the United States. His first studio release, My World 2.0 was released in March 2010 debuted at number one and within the top ten of several countries and was certified platinum in the United States.

    More photos, click HERE.

    Justin Bieber

    Justin Bieber

    Justin Bieber

    More picture & photos here: budifoto.blogspot.com

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , , , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Justin Bieber & Selena Gomez Selepas Konsert
  • Tune Talk Presents Justin Bieber My World Tour In Malaysia
  • Gambar Justin Bieber & Selena Gomes di KLIA Malaysia
  • Justin Bieber My World Tour in Kuala Lumpur
  • Video Lawak Man di Maharaja Lawak Minggu 4
  • MUSIC AGAINST RACISM CONCERT MENARA KL
  • Photo Jennifer Lopez & Marc Anthony Kick Off Tour In Atlantic City
  • Concert Rihanna Live in Kuala Lumpur Stadium Bukit Jalil
  • Senarai Pencalonan di Anugerah Grammy ke-53
  • Gambar Foto Majlis Ning Baizura Bertunang
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.