Adsense

Sabtu, 23 April 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Donnie boleh pilih pengarah

Posted:

Donnie boleh pilih pengarah

Donnie boleh pilih pengarah



JACKIE CHAN, Jet Li dan Chow Yun Fatt lebih dikenali di peringkat global di kalangan peminat filem-filem aksi Hong Kong. Ketiga-tiga nama tersebut nyata berjaya menembusi tembok Hollywood yang melebarkan lagi kerjaya lakonan mereka.

Namun bagi peminat fanatik filem-filem Hong Kong, sudah pasti nama Donnie Yen turut diminati kerana dia merupakan salah seorang pelakon aksi tersohor Hong Kong, sebaris dengan tiga nama popular tadi.

Malah, Donnie sebenarnya mula menceburkan diri dalam dunia perfileman Hong Kong sejak 1980-an apabila secara tidak sengaja diperkenalkan dengan pengarah filem aksi Hong Kong terkenal yang bertanggungjawab menaikkan nama Jackie Chan iaitu Wong-ping Yuen.

Ditawarkan kontrak berlakon, Donnie memulakan karier lakonan dengan menjadi pelakon lagak ngeri untuk filem aksi The Miracle Fighters pada tahun 1982 sebelum membintangi filem sulungnya, Drunken Tai Chi (1984) pada usia 19 tahun. Namun, ketika itu dia lebih banyak melakonkan watak-watak tambahan.

Selepas mengikat kontrak dengan D&B Films Co., barulah Donnie diberi kepercayaan melakonkan watak-watak penting dalam filem pecah panggung seperti Tiger Cage (1988), In The Line Of Duty (1984) dan Tiger Cage 2 (1990) yang membuatkan reputasi lakonannya menjadi perbualan hangat dalam industri filem di Hong Kong ketika itu.

Namun, apabila D&B Films Co. bankrup, ia menyebabkan Donnie terpaksa membabitkan diri dengan projek filem bajet rendah, selain drama-drama televisyen.

Rezeki masih berpihak buat Donnie apabila Hark Tsui, pengarah filem pecah panggung lakonan Jet Li, Once Upon A Time In China (1991) sedang mencari pelakon bagi karakter antagonis utama untuk sekuel filem itu, Once Upon A Time In China II (1992) dan Hark memilih Donnie.

Apa yang tercetus selepas itu adalah suatu fenomena apabila babak pertarungan antara Donnie dan Jet Li dalam filem itu telah membawa revolusi terhadap filem-filem aksi Hong Kong dan lebih membanggakan apabila Donnie meraih pencalonan Aktor Pembantu Terbaik untuk Hong Kong Film Awards 1992.

Selepas itulah Donnie muncul dalam filem-filem aksi pecah panggung sebagai pelakon utama termasuklah Dragon Inn (1992), Butterfly And Sword (1993), Iron Monkey (1993) dan Wing Chung (1994).

Donnie kemudian meningkatkan tahap kredibiliti dirinya dengan turut menjadi pengarah babak aksi dan filem pertama menampilkan dirinya sebagai pelakon dan pengarah babak aksi ialah Fist of Fury (1994).

Menjelang era milenium pula menyaksikan Donnie muncul dalam filem-filem pecah panggung seperti Hero (2002), Shanghai Knights (2004), Seven Swords (2005), Ip Man (2008) dan Ip Man 2 (2010).


BIARPUN berlakon filem epik aksi seperti The Lost Bladesman ini, namun Donnie tetap mahu menerapkan gaya tersendirinya ketika membintangi filem-filem aksi moden.


Terbaru, Donnie bakal muncul dalam filem aksi arahan bersama Alan Mak dan Felix Ching, The Lost Bladesman yang turut menampilkan lakonan Jiang Wen dan Betty Sun Li.

Filem itu bakal mula menjengah menerusi rangkaian pawagam di Malaysia menjelang 27 April ini.

Berikut adalah sedutan temu bual Kosmo! dengan Donnie Yen, 48, yang disediakan oleh syarikat pengedar filem itu di Malaysia, RAM Entertainment Sdn. Bhd.

Boleh ceritakan tentang watak lakonan anda dalam filem The Lost Bladesman, dan apa pendapat anda tentang watak itu?

Donnie Yen: Saya membawakan watak Guan Yun Chang. Kita semua mengenalinya sebagai sebahagian daripada sejarah kebudayaan negara China dan bagi saya, dia merupakan seorang individu yang tegas dan berpaksi teguh kepada prinsip-prinsipnya.

Oleh itu, saya cuba mengekalkan gerak-geri tubuh badan yang agak klasik dan tradisional ketika mereka aksi yang akan dibawakan.

Setiap era mempunyai pergerakan seni bela diri yang berbeza antara satu sama lain jadi saya perlu mereka pergerakan yang bersesuaian dengan latar belakang filem ini.

Saya perlu lebih berhati-hati dalam konteks ini kerana Guan Yun Chang merupakan satu tokoh sejarah yang bukan calang-calang orangnya. Saya tidak boleh mereka aksi yang melangkaui daya imaginasi penonton.

Jadi, saya mesti mengekalkan aspek tradisional seni bela diri China selaku asasnya. Tentunya, saya juga akan menyuntik gaya saya yang tersendiri yang menjadi signatur dalam filem-filem genre moden lakonan saya, selain juga kostum mengikut perjalanan plot filem yang boleh dilihat dalam filem ini.

Apakah persediaan yang anda lakukan sebelum terbabit dalam penggambaran filem ini?

Sebenarnya, sebelum saya menerima tawaran berlakon filem ini, saya terlebih dahulu mengkaji latar belakang dari aspek sejarah Guan Yun Chang kerana sejujurnya, saya tidak begitu mengetahui sedalam-dalamnya tentang hal tersebut. Namun begitu, dari aspek seni bela diri, saya mempunyai lebih pengetahuan. Saya mempelajari susur galur kebudayaan negara China dan mereka aksi berpandukannya.

Jelaskan perasaan anda dalam menghidupkan karakter utama filem ini.

Terus-terang saya katakan, pada awalnya saya tidak berminat membawakan watak Guan Yun Chang. Ini kerana pada ketika itu penerbit belum menentukan siapa pengarahnya kerana bagi saya pengarah sangat penting dalam sesebuah projek filem.

Pihak penerbit meminta pendapat saya mengenai siapa yang mempunyai kredibiliti untuk memikul tanggungjawab itu, jadi saya cadangkan Alan Mak dan Felix Chong. Mereka yang telah menonton filem ini dalam sesi pratonton menyatakan bahawa filem ini mengandungi sesuatu yang segar dan baru, jadi saya sangat-sangat gembira.

Sebenarnya, ada kisah di sebalik produksi filem ini. Ketika ditawarkan membintanginya, saya ragu-ragu kerana tidak yakin dapat membawakannya dengan baik. Apa yang paling merisaukan saya adalah persoalan tentang adakah mereka mampu mendapatkan seseorang yang mampu menambah 'magis' kepada watak dan juga temanya.

Sebab itulah saya telah mencadangkan mereka untuk berbincang dengan Alan Mak dan Felix Chong kerana saya yakin mereka mampu menghasilkan sesuatu yang menarik dan segar bila melibatkan watak Guan Yun Chang. Ternyata, hasilnya benar-benar menakjubkan.


DONNIE mewarisi kepakaran seni mempertahankan diri daripada ibunya.


Adakah anda terlibat sama dalam setiap adegan aksi dalam pembikinan filem ini?

Ya. Selain membawakan watak Guan Yun Chang, saya juga bertindak selaku pengarah seni bela diri untuk filem ini. Saya dapati dalam setiap aksi yang ditonjolkan oleh Guan Yun Chang pasti ada aspek-aspek keunikan tertentu yang boleh dipaparkan.

Justeru, saya perlu mengambil kira perasaan penonton dan juga kesan visual apabila mereka dan menampilkan aksi tersebut bersesuaian dengan bahasa filem ini serta aspek-aspek lainnya pada masa yang sama.

Contohnya, latar belakang sejarah dan perbezaan watak akan memberi kesan kepada penyampaian seni bela diri yang ditonjolkan. Dalam mengambil kira faktor-faktor itu, saya masih lagi harus menyuntik gaya saya yang tersendiri. Maka, setiap adegan dalam filem ini sememangnya memiliki aspek kesukarannya yang tertentu.

Sepanjang pembikinan filem ini, adakah sebarang insiden yang tidak dapat anda lupakan?

Tentunya kejadian-kejadian tidak disangka-sangka yang berlaku ketika penggambaran adegan aksi. Meskipun berpengalaman bertahun-tahun membintangi filem aksi, kemalangan sememangnya sesuatu yang sukar dielakkan.

Saya teringat satu kejadian dalam satu adegan ketika Betty Sun Li dan saya ketika itu berada di sebuah tangga. Dia berlari mendaki tangga dan secara tidak sengaja mencederakan mata saya dengan tangannya ketika dia cuba berpaling. Selain itu, ada juga kejadian-kejadian yang agak menggelikan hati, bukan hanya kejadian-kejadian yang melibatkan adegan-adegan berbahaya mahupun cemas. Kebanyakan kejadian-kejadian yang berlaku ketika pembikinan adalah di luar jangkaan kami.

Adakah anda meletakkan sebarang syarat tertentu sebelum bersetuju membawakan watak dalam filem-filem lakonan anda?

Sudah tentu ada. Namun ini tidak bermakna bahawa saya adalah seorang yang memilih. Bagaimanapun, saya yakin setiap orang mempunyai hak untuk membuat pilihan.

Menghasilkan filem yang membabitkan ramai individu dan gaya pengarahan setiap individu itu pastinya berbeza. Saya seorang aktor, adakalanya juga seorang pengarah, khususnya bertindak selaku pengarah seni bela diri. Justeru, saya ada ciri-ciri tertentu yang menepati citarasa saya kerana saya mahukan impak dan membawakan sesuatu yang baharu dan segar buat para penonton.

Selaku individu yang terlibat dalam bidang perfileman, saya rasa kami mempunyai tanggungjawab untuk menyampaikan mesej yang positif kepada penonton dan mempengaruhi masyarakat. Apa sahaja yang saya mahu sampaikan selain hiburan, saya harap para penonton dapat mempelajari sesuatu yang positif setelah menyaksikan filem-filem saya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Zixan, Juliana penyiasat imej

Posted:

Zixan, Juliana penyiasat imej

Zixan, Juliana penyiasat imej

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL
ashreen.ismail@kosmo.com.my


ZIZAN dan Juliana masing-masing diberi tanggungjawab menjadi Ayu dan Tampan.


SELEPAS beberapa kejayaan program bual bicara mengenai kecantikan dan kesihatan selama beberapa musim, tiga jenama kecantikan dan kesihatan, Yun Nam Hair Care, London Weight Management dan New York Skin Solution sekali lagi bergabung untuk menghasilkan satu lagi program siri kecantikan yang diberi judul Ayu dan Tampan - Penyiasat Imej.

Program ini bertujuan untuk membuka peluang baru bagi para penonton yang berdepan dengan masalah kecantikan dan inginkan inspirasi untuk menyelesaikan masalah mereka yang mana kali ini ia dikendalikan oleh dua pengacara muda Zizan Nin dan Juliana Ibrahim yang memegang watak sebagai Ayu dan Tampan.

Kelainan yang ditampilkan program itu adalah penceritaan bual bicara diolah menjadi seperti sebuah drama yang mana Ayu dan Tampan menjadi penyiasat imej bagi sebuah syarikat majalah.

Misi mereka adalah untuk menjejak pelanggan-pelanggan yang telah berjaya transformasi imej mereka setelah mendapat bantuan pakar.

Justeru Zizan dan Juliana diberi mandat besar untuk membantu kelancaran program tersebut dengan bertemu pelanggan sebenar yang pernah menggunakan produk kecantikan dan kesihatan tersebut.

"Ini ialah pengalaman yang menarik kerana penceritaannya yang memasukkan unsur drama dan bukan seperti program-program yang disiar mereka sebelum ini.

"Kami sebagai penyiasat imej akan diberi tugasan oleh bos kami iaitu seorang datin muda dan untuk mendapatkan tugasan. Kami akan keluar bertemu pelanggan untuk mengetahui pengalaman mereka.

"Menariknya, Ayu dan Tampan sering bertengkar untuk menjadi yang terbaik," tutur Zizan yang juga pernah mengendalikan program Pakar Kejelitaan musim ketiga tidak lama dahulu.

Lain pula dengan Juliana yang sedikit teruja, kerana katanya ini merupakan pengalaman sulung dia mengacarakan program kecantikan.

"Ini bermaksud mereka sudah boleh menerima saya sebagai seorang hos yang matang bagi mengendalikan program dewasa. Setelah lama berehat untuk menjaga keluarga, saya gembira diberi peluang di dalam projek seumpama ini," bicara Juliana yang sebelum ini terkenal dengan mengacara program kanak-kanak, Chicky Hours.

Tambahnya lagi, program ini sedikit sebanyak dapat memberikan inspirasi terhadap diri kerana selama ini dia tidak begitu endah mengenai pemakanan oleh kerana mempunyai susuk tubuh yang kecil.

"Sebelum ini, saya kurang menitik-beratkan soal pemakanan kerana sosok tubuh saya yang kecil. Tetapi selepas mengendalikan program ini, saya mula mengambil berat dan tahu bahawa walaupun saya kurus, saya harus bijak menjaga pemakanan," katanya yang memiliki berat badan sebanyak 41 kilogram.

Sementara itu, program tersebut juga menawarkan peluang kepada pelanggan mereka yang bertuah untuk menjadi model penghias muka depan majalah untuk individu yang inginkan perubahan imej.

Peraduan tersebut terbuka kepada semua warganegara yang berumur 18 tahun ke atas yang mempunyai masalah rambut, berat badan atau kulit. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Chen Mayee atau Tong Wen Hui di talian 016-3209570 dan 017-3226140.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Astrid mahu kahwin

Posted:

Astrid mahu kahwin

Astrid mahu kahwin


ASTRID


SUASANA kebahagiaan sedang menyelimuti penyanyi yang berasal dari Surabaya, Astrid. Ini kerana, Arlan, si kekasih yang juga merupakan seorang penyanyi baru saja melamar dirinya.

"Dia datang ke rumah orang tua saya untuk berbincang hal pernikahan. Jujur, saya sangat senang dengan momen itu dan kini saya sedang memikirkan waktu yang tepat untuk bernikah. Kami harus mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal termasuk pembiayaan majlis itu kelak," kata Astrid penuh bahagia.

Ditanya adakah berita mereka akan segera bernikah pada tahun ini seperti yang telah disiarkan sebelum ini, Astrid belum berani memberi pengesahan. Sebaliknya dia hanya memberitahu mereka masih berusaha mencari tarikh dan lokasi yang sesuai.

Mengaku Arlan kini sudah menjadi sebahagian daripada hidupnya, penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Tentang Rasa itu kemudian memberitahu: " Kami juga masih sibuk dengan karier masing-masing.

"Saya juga bergantung kepada persiapan Arlan dan kepada Tuhan. Semoga apa yang direncanakan akan terlaksana dengan baik nanti."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.