Nuffnang

Utusan Online - Hiburan

sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Kenapa benci Diana Danielle?

Posted:

Kenapa benci Diana Danielle?

Kenapa benci Diana Danielle?


Diana Danielle


BETUL ke ramai yang tak suka dengan aktres cantik berbakat besar, Diana Danielle? Timbul tanda tanya di hati Joyah apa yang sudah Diana lakukan sampai dia dibenci sebegitu?

Nak tergelak pun ada sebab ada pihak yang sangat gigih menjadi pengendali I Hate Diana Danielle di laman sosial Facebook sebagai medium untuk menghentam Diana.

Boleh tahan ramai juga yang menyokong laman itu. Sampai 4,000 orang jugalah yang gatal tangan menekan butang Like di situ.

Antara yang Joyah dengar, hanya kerana Diana dikatakan cantik sebab teknik solekan. Kalau tak disolek dia nampak buruk. Sebab tu Diana dibenci. Eh iyakah?

Kadang-kadang Joyah pelik juga dengan mentaliti masyarakat kita ni. Kalau cantik pun salah, tak cantik pun salah. Apa sebenarnya yang anda mahukan? Haa..cuba tanya diri sendiri.

Pada Joyah, Diana cantik dalam caranya tersendiri. Soal solek atau tidak itu bukan pokoknya sebab dah itu memang kerja dia sebagai public figure.

Kalau ye pun ada yang anggap dia tak cantik, perlu ke sampai buat laman I Hate Diana Danielle. Tak baik tau.

Ingat-ingatlah ye, kita semua pun bukannya sempurna sangat. Sekali kita benci orang, ingat seribu kali kita akan dibenci oleh orang yang lain pula. Tak takut ke tu?

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tunggu ‘dia’ sampai bila-bila

Posted:

Tunggu 'dia' sampai bila-bila

Tunggu 'dia' sampai bila-bila

Katarsis Kualong


SABARIAH akan terus menanti suaminya dibebaskan.


DALAM sebuah rumah tangga, adalah sangat mustahil jika ia tidak pernah diduga. Dugaan datang melalui pelbagai cara, dari segenap penjuru, kiri dan kanan, depan dan belakang.

Jika bukan suami atau isteri curang, kesempitan kewangan, kekayaan, kemasyhuran dan apa saja yang barangkali tidak akan pernah kita fikirkan, boleh juga menjadi penyebab untuk 'menggegarkan' sesebuah hubungan.

Takdir wanita ini, dia 'kehilangan' suami dalam status sebagai isteri yang masih kekal. 'Kehilangan dalam ada' ini sebenarnya adalah satu kesakitan dalam diam. Sakit yang tidak mampu tertanggung, yang hanya empunya diri mengerti akan perih pedihnya.

Derita kehilangan akibat kematian, kita tahu tiada lagi harapan untuk bertemu di dunia. Tetapi kehilangan apabila seseorang yang kita sayang pada ketika nyawa masih bersatu dengan badan, itu sesuatu yang jauh lebih parah.

Apatah lagi kalau dalam kehilangan itu, tangan tidak boleh saling menyentuh, pedih tidak boleh disandarkan pada bahu seorang suami.

Untuk tempoh selama lapan tahun ini, Sabariah Zakaria tahu dia akan keseorangan. Menjalani kehidupan, membesarkan anak, mencari nafkah untuk meneruskan kehidupan, si suami tiada di sisi menjadi teman.

"Apa lagi yang saya hendak cakap? Semua sudah terjadi, takdir Allah, Ameng merengkok dalam penjara.

"Tetapi saya akan tetap tunggu dia. Saya tidak akan biarkan dia sendirian menanggung segala dugaan yang datang dalam rumah tangga kami," kata wanita yang saya panggil sebagai Kak Saba ini dalam esak yang panjang dalam perbualan kami, dua jam selepas dia dibebaskan.

Ameng, vokalis Spring itu menerima hukuman penjara lapan tahun, diiring dengan enam sebatan setelah mahkamah cukup bukti bahawa dia bersalah kerana najis dadah.

Kak Saba sendiri turut direman selama dua bulan di penjara sebelum ini, bagaimanapun dia dibebaskan kerana tidak bersalah.

Saya melihat Sabariah daripada pandangan sebagai seorang isteri yang amat setia. Sementelah janjinya, dalam apa juga keadaan, dia tidak akan mengalah dan berdoa agar jodohnya dengan Ameng kekal sampai bila-bila.

Meskipun seorang bebas menyedut udara luar, seorang lagi merengkok dalam tahanan, Sabariah memilih supaya cinta mereka tidak berkecai.

Bersedih atau gembirakah dia, bukan mudah untuk mentafsir emosi sendiri kala ini.

"Apa yang boleh saya kata, saya gembira sebab saya boleh jaga anak yang masih kecil.

"Tetapi dalam masa yang sama saya kasihan dengan suami. Kalau orang kenal Ameng, orang akan tahu dia tidak sejahat yang mereka sangka. Cuma, sebagai manusia adakalanya kita tak boleh lepas daripada melakukan kesilapan. Saya sendiri selalu nasihat kepada dia, tetapi bila terjebak bukan mudah untuk patah balik. Semoga keluar nanti, Ameng akan jadi manusia baru dan saya akan terus menunggu dia," katanya lagi.

Demikianlah takdir yang seringkali sukar untuk kita tafsir terjemahannya.

Dia beri kita bahagia, kemudian Dia 'rampas' seketika dan kita sebagai hamba tidak boleh mengalah. Walau dalam apa juga keadaan, lawal segala dugaan dan bangkitlah menjadi manusia yang lebih baik pada hari depan.

Pesan saya kepada mereka yang di luar sana, jangan terlalu mudah menghakimi.

Biarkanlah Ameng dihakimi oleh undang-undang atas 'dosa' masa silam, tetapi kita sebagai manusia jadikanlah ia sebagai iktibar, bukan peluang untuk mengeji atau menghina keluarganya.

Wanita seperti Sabariah tidak bersalah, cuma takdir mempertemukan dia dengan seorang lelaki yang pernah membuat kesilapan besar dalam hidup. Tetapi kita perlu ingat, seorang yang salah pada hari ini, tidak semestinya berakhir dengan kegelapan. Masih ada ruang untuk membina hari depan yang jaya dan bahagia. Salam hujung minggu!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan