Nuffnang

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


Menawan puncak populariti

Posted: 15 Apr 2011 02:44 PM PDT

Hip

pix_gal0
Pada usia 41 tahun, J.Lo buktikan dirinya masih punya aura tersendiri

TAHUN 2011 tentunya dianggap detik kepulangan Jennifer Lopez atau J.Lo ke puncak populariti, terutama dalam dunia muzik, seperti mana yang pernah dikecapi wanita jelita ini pada akhir 1990-an dan sekitar awal tahun 2000, bermula dengan kemunculan single If You Had My Love dan Waiting For Tonight.

Sedekad selepas mencipta kemasyhuran menerusi dua single berkenaan, J.Lo membuktikan dirinya masih bertaring apabila lagu On The Floor yang turut menampilkan Pitbull menguasai carta lagu popular seluruh dunia. Lagu berkenaan ialah single pengenalan daripada album Love? yang dijadualkan memasuki pasaran pada Mei ini. Ia juga album pertama penyanyi yang juga pelakon terkenal berkenaan bersama syarikat rakaman baru, Island Def Jam, selepas bekerjasama dengan Sony Music Entertainment dan Epic Records.

Sesungguhnya cukup menakjubkan apabila ibu kepada kembar Emme Maribel Muniz dan Maximilian "Max" David Muniz (dilahirkan pada Februari 2008) ini mampu mendaki kembali tangga populariti. Pada ketika tidak ramai penyanyi wanita seusia dengannya mampu bertahan dengan kemunculan begitu ramai bakat baru yang lebih muda dan berani, J.Lo menafikan hakikat itu.

Bahkan, seakan tiada tanda noktah pada perjalanan seni wanita berusia 41 tahun ini. Bukan saja menguasai carta muzik dunia dengan lagu terbabit, di mana 17 negara menyaksikannya muncul juara, bahkan dia juga kini saban minggu muncul di kaca televisyen menerusi program realiti American Idol, sebagai seorang daripada tiga jurinya. Dua juri lain program itu ialah Randy Jackson dan Steven Tyler.

Lebih daripada itu, video muzik On The Floor yang menampilkan dirinya sebagai wanita cukup menarik lagi seksi, cukup meletup di kalangan peminat ataupun pelayar Internet. Di laman YouTube, video terbabit menggamit perhatian lebih 92 juta tontonan (ketika artikel ini ditulis) sejak dimuatkan lebih sebulan yang lalu.
Lady Gaga yang baru saja hendak memahatkan namanya sebagai ratu pop dansa terbaru nampaknya kenalah memikirkan cara lebih hebat untuk mengatasi pencapaian itu apabila video muziknya, Born This Way, yang ditonton kira-kira 34 juta orang, kini jauh ditinggalkan video J.Lo.

On The Floor juga dianggap sebagai penghasilan terbaik daripada isteri penyanyi Marc Anthony ini sejak dua single pertamanya dulu. Lagu terbabit dihasilkan oleh Bilal Hajji, Kinda Hamid, Gonzalo G. Hermosa, Gonzalo U. Hermosa, Achraf Janussi, Armando Perez, Geraldo Sandell serta ditulis bersama dan diterbitkan produser dari Maghribi, RedOne.

Mengetengahkan konsep muzik dansa yang rancak, electropop dan house, lagu itu turut menampilkan elemen muzik Latin, di samping menggunakan sampel lagu Lambada yang dipopularkan oleh Kaoma pada 1989.

Dapat ulasan positif

KEBANYAKAN pengulas muzik memberikan reaksi positif terhadap lagu terbaru daripada artis yang memulakan karier sebagai penari menerusi program In Living Color (1990-1994) ini.

Lagu berkenaan benar-benar menonjolkan vokal J.Lo bersesuaian dengan konsep dansanya. Malah sebahagian pengkritik memberikan sehingga empat daripada lima bintang untuk lagu ini, yang turut mencerminkan jati diri penyanyi ini sebagai wanita Latin.

Begitupun, sudah tentu ada pihak yang kurang berpuas hati apabila lagu terbabit kian mendapat tempat di hati peminat. Justeru, isu lirik lagu berkenaan yang dikatakan hampir sama dengan lagu Kat DeLuna pada tahun lalu berjudul Party O'Clock, yang turut diterbitkan RedOne (atau nama sebenarnya Nadir Khayat), dibangkitkan.

Kat bagaimanapun bersikap cukup profesional apabila diajukan dengan soalan berhubung persamaan itu. Katanya, dia berbangga apabila artis sehebat J.Lo menyanyikan lagu yang berinspirasikan daripada lagu pernah dinyanyikannya. Katanya lagi, J.Lo ternyata membuka ruang buat ramai penyanyi wanita Latin untuk mengorak langkah dengan lebih yakin dalam bidang seni di Amerika.

J.Lo pula menegaskan dia tidak perasan persamaan berkenaan apabila ditanya mengenai perkara itu. Difahamkan, penyanyi ini sebenarnya tidak berapa suka andainya soalan mengenai perkara itu dibangkitkan dalam mana-mana temubual.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mesti Tonton: Sentuhan Craven masih berbisa

Posted: 15 Apr 2011 02:33 PM PDT

Hip

pix_gal0
Scream 4 tetap membuat penonton menjerit ketakutan

Judul: Scream 4

Pelakon: Neve Campbell, David Arquette, Courteney Cox, Emma Roberts, Hayden Panettiere, Rory Culkin Pengarah: Wes Craven Skrip: Kevin Williamson Genre: Misteri, Cemas, Seram
Durasi: 1 jam 43 minit
Tayangan: 15 April 2011

KETAKUTAN dan kengerian kembali menghantui bandar Woodsboro apabila berlaku pembunuhan membabitkan pembunuh bersiri yang pernah menggemparkan penduduk di situ suatu waktu dulu. Kini, selepas sedekad penduduk pekan itu tidak dihantui insiden ngeri, apa yang paling ditakuti mereka muncul kembali.

Si pembunuh bersiri kian mengganas dan seorang demi seorang menjadi mangsa kekejamannya. Semuanya bermula apabila mangsanya yang terselamat, Sidney Prescott (lakonan Neve Campbell) pulang ke Woodsboro bagi mempromosikan buku tulisannya berjudul Out Of Darkness, yang menceritakan pengalamannya yang hampir saja kehilangan nyawa di tangan penjenayah kejam terbabit.
Sejak kehadirannya di pekan itu, Woodsboro tidak lagi aman seperti dulu. Malah si pembunuh makin mengganas apabila bertindak memburu bukan saja dirinya tetapi mereka yang pernah terselamat daripada menjadi mangsanya, serta ahli keluarga Sidney sendiri iaitu Jill dan rakan sekolahnya.

Masih mendapat sentuhan raja filem seram iaitu Wes Craven, filem ini bagaikan satu nostalgia buat penggemarnya selepas judul susulan ketiganya ditayangkan sekitar 10 tahun lalu dan berjaya mendapat perhatian penonton.

Mungkin ada yang berpendapat, apa lagi yang boleh dihidangkan dalam Scream 4 setelah segala kreativiti pengarah itu dicurahkan menerusi tiga filem Scream terdahulu.

Namun jangan terlalu cepat menjatuhkan hukuman kerana Scream edisi keempat masih mempunyai elemen seram, ngeri dan kejutan yang tersendiri. Malah ada beberapa babak yang terpaksa dipotong kerana mempunyai babak ngeri terlampau.

Meskipun dalam filem ini, pengarahnya sendiri turut mempersoalkan perkara yang sama melalui beberapa watak yang diperkenalkan sebelum montaj filem ini ditayangkan, namun Craven nyata belum hilang sentuhan magisnya untuk membuatkan penonton menjerit di dalam pawagam.

Unsur seram masih kuat dan filem terbaru ini rasanya lebih ngeri daripada judul sebelumnya. Bagaimana untuk menjadikan filem ini seimbang, Craven dan penulis skripnya, Kevin Williamson, tetap menyelitkan unsur humor apabila mengaitkan isu pembunuhan dengan teknologi terkini seperti Facebook, Twitter dan juga iPhone.

Mereka juga secara sinis menyindir kebanyakan filem seram yang sejak kebelakangan ini seakan ketandusan idea apabila terpaksa membuat kitaran semula beberapa babak yang pernah ditonjolkan.

Untuk mereka yang gemar menonton filem bergenre seperti ini, jangan berasa diri terlalu mudah meneka apakah kesudahan Scream 4 kerana Williamson memang berjaya membuat penonton keliru, siapakah pembunuh sebenarnya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan