Nuffnang

Harian Metro: Rap

sumber :-

Harian Metro: Rap


Ubat rindu lakon drama Korea

Posted: 15 Apr 2011 09:13 AM PDT

DRAMA Winter Sonata lakonan Choi Ji Woo bersama aktor kacak, Bae Yong Joon pada 2002 berjaya mencetuskan fenomena luar biasa. Sama ada di tanah air sendiri, Korea mahu pun di seluruh dunia, nama Ji Woo cukup dikenali ramai.

Malah, bersandarkan kejayaan drama itu juga, lokasi penggambaran babak romantik siri itu di Pulau Nami turut menjadi perhatian pelancong dalam dan luar negara. Kini, percutian di Korea pastinya tak lengkap jika tidak berkunjung ke 'pulau cinta' itu.

Seiring dengan populariti diraih, karier lakonan Ji Woo juga berkembang pesat. Tuah nyata mengiringinya untuk aktif berlakon bukan saja di Korea malah ke negara jiran, Jepun.

Selepas lima tahun membina nama di negara matahari terbit itu, kini Ji Woo mahu aktif membintangi drama dan filem di Korea. Sebagai kemunculan semulanya, Ji Woo atau nama sebenar, Choi Mi Hyang, 35, menerima tawaran sebagai bintang undangan dalam drama Fuyu No Sakura.


Drama mengisahkan percintaan tak kesampaian itu mengetengahkan pelakon seperti Kusanagi Tsuyoshi dan Imai Miki.


Katanya, selepas sekian lama dia meninggalkan persada lakonan Korea, tidak dinafikan lahir perasaan gugup pada dirinya. Barangkali sudah terbiasa melontarkan dialog dalam bahasa Jepun, maka terasa agak janggal dan kekok sedikit kembali berbahasa Korea.

"Apapun, sekurang-kurangnya ia mengubat rindu saya untuk berlakon semula dalam drama Korea. Industri lakonan Korea sangat menghiburkan dan saya bangga dengannya. Saya begitu berbesar hati dan teruja untuk bekerjasama semula," katanya.

Diarahkan sutradara berpengalaman dan dibarisi pasukan produksi yang berkaliber, Ji Woo mengakui tidak pernah gusar atau tidak yakin dengan produk dihasilkan. Namun, realitinya drama Korea sememangnya menjurus pada percintaan dan kesetiaan dalam perhubungan.

"Fuyu No Sakura adalah drama percintaan yang hebat. Sekali gus mengingatkan saya pada lakonan dalam Winter Sonata yang penuh dengan emosi. Konflik perhubungan sesama manusia cukup tragik dan pastinya mengusik jiwa.

"Bersandarkan babak-babak yang menyentuh perasaan ini, saya pasti penonton mengharapkan cinta itu menjadi milik dua hati yang berkasih. Seperti saya sendiri, turut mengharapkan percintaan yang wujud itu berjaya dimiliki demi sebuah kebahagiaan," katanya.

Sementara itu, Kusanagi Tsuyoshi yang melakonkan watak Inaba Yu berkata, sebagai bintang ternama kini, Ji Woo tetap bersikap mesra seperti dulu. Dia seorang yang merendah diri dan dia juga sentiasa terbuka untuk bertukar pendapat dan pandangan.

"Saya sangat gembira dapat bekerjasama dengan Ji Woo dalam drama ini. Dia banyak membantu saya dalam menjiwai lakonan. Selain itu, saya dapati dia begitu bijak berinteraksi bersama media sama ada dari Jepun atau Korea ketika di lokasi," katanya.

Menurut Kusanagi Tsuyoshi, dia berharap ia bukanlah kerjasama pertama dan terakhir antara mereka. Apapun, Ji Woo berjanji untuk terus bekerjasama dengan Kusanagi dalam drama lain selepas ini dan aktor itu rela menunggu.

Diarahkan Yamamuro Daisuke dan Yoshida Ken, Fuyu No Sakura mempunyai 10 episod serta turut dibintangi pelakon muda pelapis seperti Sato Takeru dan Kato Rosa. Bagi Ji Woo, dua bakat baru itu sangat berpotensi untuk bergelar pelakon popular.

Selain karier, kisah peribadi Ji Woo juga menarik perhatian peminatnya. Barangkali, ramai yang tidak tahu Ji Woo menjalin hubungan cinta dengan aktor Lee Jin Wook yang bergandingan dengannya dalam drama Air City arahan Im Tae Woo.

Namun, Jin Wook terpaksa melupakan seketika dunia lakonannya apabila menyertai perkhidmatan ketenteraan Korea pada 6 Mei 2009. Selepas dua tahun berkhidmat, baru-baru ini Jin Wook tamat perkhidmatannya dan dia dirai rakan-rakan.

Bagaimanapun, di sebalik kegembiraan itu, kelibat Ji Woo tidak kelihatan dan menurut jurucakap kepada aktres terkenal ini, dia tidak dapat hadir disebabkan terikat dengan jadual lakonan yang padat.

Apapun, Ji Woo sangat gembira dengan berita itu dan tentunya peminat mengharapkan aktres jelita ini melangkah ke gerbang perkahwinan. Bagaimanapun, berita mengenai perkahwinan pasangan sejoli itu setakat ini masih belum diputuskan. Antara alasan yang diberikan Ji Woo, mereka belum bersedia
di samping kedua-duanya sibuk dengan aktiviti lakonan.

PROFIL

NAMA SEBENAR: Choi Mi Hyang
PANGGILAN KOMERSIAL: Choi Ji Woo
TARIKH LAHIR: 11 Jun 1975
USIA: 35 tahun
STATUS: Bujang
ASAL: Busan, Korea Selatan
KARIER: Aktres, ahli perniagaan
MULA AKTIF: Sejak 1995
DRAMA: Antaranya War And Love (1995), First Love (1996), Happiness Is In Our Heart (1997) Love/Sarang (1998), Love In Three Colors, Love Stories Story 2 (1999), Truth, Mr Duke (2000) Beautiful Days (2001), We Are Dating Now (2002) Winter Sonata, 101 Proposal, Stairway To Heaven (2003).
FILEM: The Adventures Of Mrs Park (1996), The Hole (1997), First Kiss (1998), Nowhere To Hide (1999), The Romantic President (2002), Everybody Has Secrets (2004), Shadowless Sword (2005), Now And Forever (2006).
PENCAPAIAN: Antaranya Busan Tourism Ambassador (2010-2012), Timeless Beauty Acting Award (Seoul) - 2006, Korean Movies Association - Special Award (2005), 41st Baeksang Arts Awards - Special Award (2005), 40th Baeksang Arts Awards - Most Popular Actress In TV Part (2004), Golden Film Awards - Most Popular Actress Award (2003)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tatihseni Noraniza

Posted: 15 Apr 2011 09:03 AM PDT

MEMBENTUK jati diri menerusi seni, satu usaha murni yang dilakukan ratu lagu tradisional, Noraniza Idris menerusi produksi miliknya, Production Ventures Sdn Bhd dengan menubuhkan Akademi Tatihseni yang menggabungkan elemen kebudayaan dan keagamaan bagi membentuk akhlak warga muda.

Ia cuba menerapkan kepada peserta untuk mengenal dalam diri, agama dan akhlak dengan memberikan penekanan kepada kursus seni tari dan turut mendapat kerjasama Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara (JKKN), Jabatan Pembangunan Rakan Muda dan Jabatan Belia dan Sukan Negara.

Kata Noraniza, memandangkan projek 'pilot' ini membabitkan masyarakat Johor, Jabatan Belia Sukan Negeri Johor dan Jabatan Kesenian Negeri Johor turut menjadi penganjur bersama.

"Itulah visi yang cuba Akademi Tatihseni terapkan dalam program ini. Temanya adalah Cinta Dalam Satu di mana ia dapat menyemai sikap sayangkan budaya bangsa dan negara.


Ia dimulakan Januari lalu dan kini hampir empat bulan ia dilaksanakan.


"Setiap pelatih akan mengikuti kursus selama enam bulan dan kredit pengajian selama 48 jam. Bermakna setiap pelatih bebas untuk mengikuti latihan disediakan, namun dalam jangka masa enam bulan dan tidak boleh lebih.

"Sepanjang pengajian, mereka harus menamatkan pengajian atau mengikuti 11 subjek disediakan seperti tarian tradisional Malaysia, etnik satu Malaysia, dengan dua subjek tarian seni mengikut negeri. Seperti di Johor, kami memberikan penekanan kepada seni tarian Bugis dan Zapin Johor," katanya.

Mengenai sasaran pelatih, kata Noraniza, keutamaan kepada mereka berusia sembilan tahun ke atas, tetapi warga emas juga boleh menyertainya kerana untuk kategori dewasa tiada had umur.

"Sebulan sekali mereka akan dinilai dari tahap penerimaan pembelajaran yang singkat untuk melihat sejauh mana tahap keyakinan pelatih apabila berhadapan dengan masyarakat.

"Penilaian secara besar-besaran juga akan dibuat setiap empat bulan sekali dan ia di lakukan di pusat membeli-belah seluruh negeri Johor. Kelebihannya, pelatih akan mengadakan persembahan pentas sebagai satu ujian praktikal," katanya.

Sebagai ujian pertama, ia akan dilakukan esok di Pusat Beli-Belah Kluang Mall, Johor bermula jam 10 pagi hingga 6 petang membabitkan hampir 60 orang peserta. Ia hanya akan membabitkan peserta dari daerah itu saja. Sementara pada tarikh seterusnya, ujian dilaksanakan pada 8 Mei di Plaza Angsana Johor Bahru membabitkan pelajar daerah lain.

Menariknya, sesi ujian pertama ini dilakukan bersama-sama dengan promosi bergerak album terbaru Noraniza, Cintaku Satu dan turut mengadakan persembahan diiringi pelatih. Sewaktu mengadakan persembahan pegawai terbabit akan menilai setiap peserta.

Bercerita lanjut mengenai program yang akan berlangsung esok, jelas Noraniza, orang ramai berpeluang membeli kupon khas yang membolehkan mereka memenangi t-shirt secara percuma. Kupon terbabit juga membolehkan mereka menyertai acara perarakan graduasi yang dirancang. Secara tidak langsung, ia mampu mempromosikan Akademi Tatihseni kepada orang ramai.

Setakat ini Akademi Tatihseni sudah mempunyai 200 pelatih dan mereka berminat kuota masih dibuka. Malah, ada 100 lagi tempat disediakan mengikut beberapa daerah di seluruh Johor Bahru. Mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenainya bolehlah layari laman web www.noranizaidris.com.my.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan