Utusan Online - Hiburan |
Farah sedia untuk bergelar isteri Posted: Farah sedia untuk bergelar isteriOleh NUR AZHARI ZAINOODDIN
DALAM meniti usia 26 tahun, pemilik nama Farah Diana Anuar atau lebih dikenali sebagai Farah Breep Breep kini sedang mempersiapkan diri untuk bertukar status bergelar isteri orang. Penyanyi yang popular dengan lagu Antara Dua itu mengakui bahawa dia kini telah mula meninjau-ninjau butik perkahwinan secara maya dengan hanya menekan papan kekunci komputer peribadinya. Biarpun belum menetapkan tarikh yang spesifik bagi meraikan detik diangkat menjadi raja sehari, apa yang diyakinkan bekas pelajar Akademi Fantasi musim kedua ini adalah detik berkenaan akan dilangsungkan lewat tahun ini. Bagaimana pun bagi Farah, dia tidak mengimpikan majlis yang besar-besaran kerana apa yang penting adalah konsep sederhana dan majlis itu dapat dihadiri oleh insan-insan yang bermakna dalam hidupnya. "Farah mahu waktu itu nanti semua insan yang dekat dengan Farah dapat hadir terutamanya nenek-nenek Farah. Farah mendoakan nenek diberikan kesihatan yang baik dan bersama dengan Farah pada detik itu nanti. "Bagi Farah kehadiran insan-insan yang amat bermakna dalam hidup Farah itu lebih penting daripada sebuah majlis yang geling-gemilang tetapi mereka tidak dapat hadir untuk bersama dengan Farah nanti," katanya Farah ketika ditemui selepas majlis pelancaran rancangan Rasa Halal Vietnam baru-baru ini. Walau apa pun jelas artis harapan terbaik pada Anugerah Industri Muzik ke 12 itu, kekalutan untuk menyiapkan persediaan bagi majlis berkenaan jelas kelihatan pada ibunya. "Ibu yang kalut untuk membuat persiapan. Sudahnya kadang-kadang dengan Farah jadi terikut-ikut. "Farah sendiri pun telah mula godek-godek Internet untuk melihat barangan yang menarik untuk diabadikan pada hari bersejarah itu nanti," jelasnya. Farah sorok tunang Menyentuh perihal tunangnya, Farah lebih selesa untuk merahsiakan identiti jejaka yang berjaya menawan hatinya itu. Bagi Farah tindakannya itu bukanlah untuk meminggirkan para peminat yang ingin mengetahui jejaka yang telah mencairkan hati wanitanya tetapi itu adalah permintaan tunangnya sendiri. Namun apa yang boleh dikongsi Farah jejaka berkenaan berasal dari Pulau Mutiara dan sebaya dengannya. Farah juga memberikan gelaran J untuk merujuk kepada tunangnya itu dan pengalaman percintaan mereka tidaklah sama seperti pasangan lain kerana jarak memisahkan mereka berdua. "J di Pulau Pinang dan saya di Kuala Lumpur, jadi masa untuk kami berjumpa amatlah terbatas. Jika ada kesempatan untuk berjumpa pun hanyalah sebulan sekali atau sebulan dua kali. "Buat masa ini hanya telefon menjadi penghubung kami selain daripada sikap percaya mempercayai antara satu sama lain," katanya. Jelas Farah, baginya dalam sesuatu perhubungan apa yang lebih penting adalah persefahaman dan toleransi di antara pasangan. Farah di Vietnam Becerita mengenai pengalamannya semasa proses pengambaran Rasa Halal Vietnam baru-baru ini, Farah merasakan sangat bertuah dan teruja apabila dapat menjejakkan kaki ke negara yang terlibat dengan peperangan menentang kuasa besar dunia Amerika Syarikat. Pengalaman yang ditimba sepanjang berada di negara berkenaan cukup bermakna buat Farah, apabila dia berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana keadaan negara itu yang bingkas bangkit daripada kesan peperangan sekitar 40 tahun lalu. Peluang untuk menyusur sendiri terowong yang digunakan oleh para tentera Vietnam bagi menyembunyikan diri daripada pihak musuh cukup mempersonakan penyanyi kelahiran Kuala Lumpur ini. "Ketika masuk ke dalam terowong berkenaan dapat Farah rasakan sendiri pengalaman bagaimana askar-askar Vietnam berjalan dalam terowong yang sempit ini. "Bayangkanlah bagaimana mereka boleh mengorek terowong berkenaan yang kalau dihitung panjangnya boleh membawa kita sehingga ke Kemboja," ujarnya. Selain itu apa yang membuatkan Farah terkesima adalah ketika melalui jalan-jalan di bandar raya Ho Chi Minh di mana ia dipenuhi dengan ribuan motosikal yang nyata berbeza dengan jalan-jalan di negara kita. Tidak cukup dengan itu, jelas Farah, perbezaan di antara masyarakat Vietnam jelas kelihatan di ketiga-tiga kawasan yang disinggahinya. Bagi Farah, penduduk di kawasan selatan lebih ramah berbanding dengan penduduk di kawasan Tengah dan Utara Vietnam di mana penduduk di kawasan Utara lebih serius. Bagaimana pun bagi Farah untuk mendapatkan makanan halal di Vietnam tidaklah susah seperti yang dibayangkan kerana di sana kebanyakan restoran mempunyai tanda halal yang diiktiraf. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: Papa Rock gegar Dewan MerdekaOleh HASNURUL MOHAMED
PASTI bergegar Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada 20 dan 21 April ini dengan suara Papa Rock, Ramli Sarip yang akan membuat persembahan sempena Minggu Setiausaha. Bukanlah sesuatu yang baru bagi ikon rock itu mengadakan persembahan sempena Minggu Setiausaha. Namun di pentas Dewan Merdeka, inilah kali pertama ikon kesayangan ramai itu dipilih oleh pihak penganjur untuk menghiburkan golongan profesional di dewan tersebut. Sebagaimana janji yang lazimnya diucapkan oleh setiap artis yang bakal mengadakan persembahan pada bulan setiausaha (April), Ramli, 59, juga membuat janji yang serupa. Cuma apabila ditebak dengan soalan, apakah dia akan muncul dengan gimik pada hari persembahan kelak? Jawap Papa Rock itu, "Saya ada banyak himpunan lagu-lagu yang mesra telinga peminat. Jadi, rasanya tidak perlu gimik pada hari itu nanti. Terus diminati "Persediaan awal, saya ada lebih 20 lagu popular yang dipetik daripada tujuh album ketika bersama kumpulan Sweet Charity dan 12 album saya secara solo. "Lagu-lagu wajib didengar pasti akan saya nyanyian nanti," kata Ramli yang merujuk kepada lagu Teratai, Bukan Kerana Nama dan Kamelia yang selalunya mendapat permintaan tinggi daripada peminat. Begitulah jawapan Ramli ketika menjawab soalan daripada wartawan hiburan yang hadir pada majlis sidang akhbar bagi mengumumkan persembahan Secretaries' Special - Day break entertainment with Ramli Sarip, baru-baru ini. Majlis sidang akhbar yang dikendalikan oleh Dee, turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif PWTC, Maxson Abdullah H. Jaafar dan Pengarah Pemasaran dan Komunikasi, Fadzilah Said. Kata Ramli, tema persembahannya ialah setiausaha adalah bos, bukan majikan yang jadi bos. Justeru jelasnya, dia mahukan setiap hadirin yang menyaksikan persembahannya merasa Ramli amat dekat di hati mereka. "Nyanyian saya khas untuk para setiausaha yang hadir bagi menikmati makan tengah hari. Jadi, saya akan selang selikan dengan lagu-lagu Inggeris. "Antaranya, You're So Beautiful yang dipopularkan oleh Joe Crocker. "Selain itu, lagu Rod Steward dan juga Bryan Adams juga termasuk dalam senarai lagu yang akan diiringi oleh pemuzik seperti gitaris Man Kidal dan Ajai," katanya. Sementara itu, Maxson Abdullah memberitahu, sudah lima tahun PWTC tidak mengundang artis untuk mengadakan persembahan sempena Minggu Setiausaha. Kini katanya, sudah tiba masanya PWTC membawa kembali persembahan artis sebagai tanda penghargaan ke atas setiap setiausaha. "Kami memilih Ramli Sarip untuk persembahan sempena Minggu Setiausaha kerana dia merupakan ikon dalam industri hiburan tanah air. "Lagipun pihak kami percaya lagu-lagu dendangan Ramli masih terus diminati bukan sahaja oleh peminat zaman Sweet Charity tetapi juga di kalangan generasi muda hari ini," katanya yang juga merupakan peminat nombor satu Papa Rock. Menurut Maxson, tiga bulan lalu ketika melihat persembahan Ramli di Filharmonik Petronas, ia amat menghiburkan. Oleh itu katanya, Ramli sepatutnya mengadakan satu persembahan di Dewan Merdeka kerana berpendapat insan seni itu seorang yang serba boleh. "Dia boleh menyanyi dalam apa sahaja bahasa kerana dia seorang penghibur yang versatil," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |