Harian Metro: Rap |
Berlakon dalam keranda, liang lahad Posted: 11 Apr 2011 06:13 AM PDT TERJUN ke layar perak pastinya menjadi impian ramai pelakon. Ramai yang mahu jadi pelakon popular tetapi tidak semua meraih peluang berlakon filem. Berbeza dengan rezeki diterima pelakon baru, Tasha Shilla, perjalanan seninya bermula menerusi filem nampaknya kurang diberi perhatian. Sebaliknya, fokusnya kini lebih tertumpu kepada lakonan drama TV. Katanya, dia mula berjinak dengan bidang seni sejak di usia 17 tahun menerusi peragaan majalah. Namun selepas mencuba nasib dalam lakonan dan mencipta nama menerusi dua filem, Ratu The Movie dan Klik 3GP, dia makin serasi meneruskan minat itu.
"Nyata, drama kedua saya bersama pengarah Kabir Bhatia mendapat sambutan positif penonton. Dalam drama ini, saya membawakan watak Cikgu Ruhana yang tidak putus asa menagih cinta Cikgu Saiful (lakonan Shah Jaszle) hingga sanggup mempergunakan Cikgu Umar (Kamal Adli) untuk mendapatkan cinta lelaki itu. "Saya bertuah kerana drama ini menampilkan saya sebagai pelakon utama bersama Shah, Kamal dan Tiz Zaqyah. Selepas Gemilang, saya meraih pula tawaran berlakon dua telefilem Panggilan Arwah yang turut memberi peluang saya membawa watak utama bersama Zizan Nin.
Katanya, drama arahan Faizal Ishak itu membabitkan 80 peratus adegan dalam kubur dan penggambaran dijalankan selepas Maghrib sehingga awal pagi.
Melihat pada pembabitan dua filem dan lima drama termasuk Sahara dalam usia pengalaman lakon masih setahun jagung, Tasha boleh berbangga dengan pencapaian sendiri sebagai bakat baru yang pantas mencipta nama.
"Apapun, saya bertuah dan bersyukur dengan rezeki yang diterima tidak putus-putus. Secara peribadi, saya selesa berlakon drama mahupun filem. Apa yang penting, saya gembira dengan kerja yang saya lakukan.
>PROFIL |
Posted: 11 Apr 2011 06:08 AM PDT DEMAM Minggu Setiausaha terus berlangsung dan antara yang menjadi perhatian adalah persembahan penyanyi lagu Sedetik Lebih, Anuar Zain. Apa yang menarik, Anuar turut mencipta sejarah peribadi apabila diundang mengadakan persembahan bertemakan acara itu di tiga negeri berbeza.
Apatah lagi penganjurnya Johor Corporation sudah lama merancang untuk membawa Anuar bertandang ke Johor iaitu sejak enam tahun lalu. Hanya baru sekarang kesempatan itu diperoleh.
"Kami sebenarnya sudah lama ingin beraksi dalam sambutan acara ini di Johor Bahru tapi ia selalu bertembung dengan jadual Anuar. "Sekarang, Anuar kebetulan ada masa masa terluang jadi kami terus bersetuju untuk bertemu peminat di Johor. Memang Anuar sedang sibuk dengan pembikinan album solo terbaru tapi dia sempat mencuri masa untuk menjayakan persembahan Minggu Setiausaha kali ini," kata Rohila.
"Tiada sebarang gimik dirancang kerana sebelum ini pun Anuar memang tidak pernah membuat sebarang gimik. Sebaliknya peminat lebih gemar mendengar Anuar mengalunkan suaranya untuk menyanyikan lagu yang mereka minati. "Mengenai lagu pula, kebanyakannya adalah sama dengan dua lagi persembahan yang diadakan. Lagipun itulah lagu-lagu yang selalu diminta peminat untuk dinyanyikan. Kami setuju dengan permintaan mereka," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |