Berita Harian: Hip |
Posted: 11 Apr 2011 04:07 PM PDT Hip DIA antara bakat baru dalam bidang seni yang harus diberi perhatian. Hadir dengan pakej lengkap iaitu cantik, tinggi dan berbakat, membuatkan pemilik nama penuh Ainur Syakina Azman atau Eina semakin mekar dan mewangi dalam taman industri hiburan. Siapa yang tidak mengenali gadis berusia 16 tahun ini? Selain berkebolehan dalam bidang lakonan, nyanyian dan pengacaraan, kontroversi yang menimpa dirinya sedikit masa lalu turut memberikan tempias populariti kepadanya. Menyebut soal kontroversi, tentunya ramai yang sedia maklum terhadap apa yang sudah berlaku ke atas Eina sebelum ini. Hanya kerana meluahkan perasaan tidak puas hati, langkahnya diheret ke lembah kontroversi. Berbulan-bulan juga namanya menjadi sebutan dan dipaparkan dalam ruang gosip. Namun kerana tidak mahu perkara itu menjadi lebih rumit, Eina lebih selesa jika perkara itu tidak dibangkitkan lagi. "Cukuplah dengan segala cerita yang tersiar. Eina tidak mahu perkara ini diungkit lagi kerana Eina dan keluarga mempunyai cara tersendiri untuk menangani masalah ini. Sekarang ini Eina mahu menumpukan sepenuh perhatian Eina terhadap kerjaya seni yang baru hendak bermula," pintanya sewaktu hadir ke Balai Berita, baru-baru ini.Tidak berseorangan, sebaliknya anak bongsu daripada lima adik-beradik ini ditemani ibu tersayang. Meskipun masih bersekolah di tingkatan empat, namun tutur bicara Eina semakin menampakkan kematangan. Setiap ayat yang terpacul daripada bibirnya dilafazkan dengan penuh hati-hati. Mungkin tidak mahu pisang berbuah dua kali. "Pengalaman masa lalu banyak mengajar Eina untuk lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Eina tidak mahu masyarakat menganggap Eina sengaja mencari kontroversi demi mengejar populariti. Terus terang bukan konflik atau kontroversi yang Eina mahukan apabila memilih untuk berada dalam dunia ini.
"Eina juga mendapat tawaran berlakon dalam drama seram arahan Rashid Sibir. Sekarang ini memang fokus Eina pada dunia lakonan saja. Apa yang berlaku tidak lama dulu itu, Eina serahkan pada peguam. Eina tak mahu pening kepala memikirkannya," tuturnya yang kelihatan anggun mengenakan gaun labuh rekaan pemenang anugerah pereka popular kategori selebriti lelaki Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009, Anizam Yusof. Walaupun si empunya diri tidak mahu lagi mengulas isu yang mencalit kontroversi pada dirinya, namun dia tidak berupaya untuk mengelak persoalan berkaitan dengannya. Sebagai pelakon filem Ratu, apakah perasaannya apabila dia 'diharamkan' daripada menghadiri sesi pratonton dan juga siri promosi filem sulungnya itu? Bagaimanapun, jawapan yang diterima daripada pelakon yang mula dikenali menerusi drama 5 Jingga ini cukup memeranjatkan. "Terus terang saya tak kisah dan tak rasa apa-apa pun. Eina anggap apa yang berlaku bukan rezeki Eina. Cukuplah, Eina tidak mahu mengingatnya lagi. Eina mahu tutup buku lama dan buka lembaran baru. Apa yang Eina harapkan, kemelut ini akan segera berakhir," balasnya yang hanya mahu mengambil sikap tunggu dan lihat. Memasak bagaikan terapi MUNGKIN ada yang beranggapan, Eina sama seperti gadis remaja lain yang gemar menghabiskan masanya dengan bersuka ria bersama teman sebaya. Apatah lagi status selebriti yang dipegangnya membuatkan orang akan salah anggap terhadap dirinya. Namun bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Sebelum membuat tanggapan melulu, Eina meminta supaya khalayak mengenal siapa dirinya terlebih dulu.
"Di rumah Eina lebih gemar memasak, dan makanan yang paling Eina suka sediakan ialah masak lemak cili api. Bagi Eina, memasak itu bagaikan satu terapi. Semua masalah akan hilang bila Eina berada di dapur," katanya sambil mempelawa penulis merasa masakannya satu hari nanti. Selain memasak, Eina juga berkebolehan menyanyi. Di mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bakat nyanyiannya itu mengalir daripada tubuh ibunya, Amy Roshaida, yang juga seorang penyanyi suatu ketika dulu. "Sebenarnya, Eina memang lebih suka menyanyi dan memang pun pada awal-awalnya bercita-cita hendak menjadi penyanyi. Tapi nampaknya rezeki Eina terlebih dulu dalam bidang lakonan. Namun itu tidak mematahkan hasrat Eina untuk meneruskan cita-cita bergelar artis rakaman. Insya-Allah, selepas habis belajar nanti Eina akan rakamkan single terlebih dulu, sebagai salam pengenalan Eina dalam bidang nyanyian," katanya dalam nada teruja. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 11 Apr 2011 04:05 PM PDT Hip Oleh: Farihad Shalla Mahmudfarihad@bharian.com.my Gambar: Rohanis Shukri Luahan hati penggiat Mak Yong ------ Rosnan jayakan empat watak dalam monodrama Rebab Berbisik SUATU ketika dulu, seni hiburan berkonsepkan tarian dan drama ini cukup popular di bumi Cik Siti Wan Kembang. Namun selepas diharamkan persembahannya di negeri itu sekitar 1992, seni Mak Yong kini semakin terhakis. Tidak ramai anak muda berminat untuk menghidupkannya. Kalau adapun yang masin memainkannya, jumlahnya mungkin boleh dibilang dengan jari dan hanya dipelopori generasi lama. Golongan itulah yang sehingga kini masih setia dengan Mak Yong walaupun ramai yang memandang rendah ke atas diri mereka. Tinggallah mereka ini meneruskan peninggalan nenek moyang dalam serba kedaifan. Tangis dan rintih mereka ini tak siapa yang tahu. Antara tokoh terkenal Mak Yong yang masih aktif sehingga kini ialah Hanimah Hussin, Dollah Daud, Tuan Kecik Tuan Yeh dan Ibrahim Senik. Biarpun dalam kepayahan, mereka tetap gigih memelihara warisan bangsa ini. Dan semua kesukaran yang dihadapi tokoh Mak Yong ini diluahkan menerusi teater monodrama Rebab Berbisik yang mula dipentaskan di Lambang Sari, Istana Budaya, Jumaat lalu.
"Semua dialog yang diucapkan oleh Pak Su Mat saya ambil berdasarkan apa yang dirasai oleh tokoh Mak Yong berkenaan, apabila seni itu semakin pupus dan mereka sering dipandang serong oleh masyarakat sekeliling. Bukan saja Pak Su Mat, malah tiga watak lain yang saya lakonkan juga ialah satu luahan rasa terhadap perkembangan situasi itu," kata Rosnan ketika ditemui pada sidang akhbar selepas majlis pratonton teater monodrama itu. Hadir sama, pengarah dan penulis skrip monodrama terbabit, Rahimidin Zahari.
"Saya akui agak gementar malam pada malam ini. Selain faktor persembahan pertama, kehadiran Datuk A Samad Said juga menambahkan lagi perasaan gementar saya itu. Namun yang lebih merisaukan saya ialah bagaimana mahu membuat penonton tidak keliru setiap kali saya berubah karakter. "Saya mahu pastikan penonton faham jalan cerita berdasarkan perubahan imej serta dialog yang saya tuturkan itu," kata Rosnan yang turut memegang watak sebagai Mek Ning, Ustaz dan juga Mak Yah atau Mimi. Bagi menghidupkan watak itu, Rosnan ada juga membuat kajian iaitu berdasarkan pemerhatiannya terhadap setiap karakter yang bakal dibawanya. "Watak Mek Ning, umpamanya, saya kena perhatikan bagaimana orang perempuan mengandung dan cara mereka pegang perut, semuanya kena sama. Begitu juga dengan karakter Pak Su Mat yang berusia 70 tahun. Saya kena pastikan pergerakan saya sama seperti seorang tua yang berusia begitu. Justeru, sepanjang melakonkan watak Pak Su Mat, saya kena membongkok. Memang sakit tapi itulah cabaran yang terpaksa saya hadapi," ujarnya. Tak guna dialek Kelantan betul? SEWAKTU menyaksikan pementasan ini, seorang teman berbisik memberitahu ada antara dialog yang dituturkan pelakon tidak menggunakan dialek Kelantan yang sebenar. Tertanya-tanya juga mengapa boleh jadi begitu, sedangkan penulis skrip terbabit berasal dari Kelantan. Ketika diajukan pertanyaan ini kepada Rahimidin, dia berkata perkara itu memang disengajakan kerana mahu bersikap lebih terbuka kepada penonton. "Memang ada di antara dialog yang dituturkan itu tidak terlalu terikat dengan dialek Kelantan kerana tidak semua penonton teater ini ialah orang Kelantan.
Perkara itu turut dipersetujui Rosnan yang mengaku memang sukar untuk bertutur dalam dialek terbabit memandangkan dirinya bukan anak jati Kelantan. "Bagaimanapun, pengalaman lebih 15 tahun berlakon dalam pementasan Mak Yong sedikit sebanyak membantu saya menguasai dialek negeri itu," katanya yang sering terbang ke luar negara kerana mempromosikan seni warisan rakyat ini. Persembahan yang berlangsung selama empat hari itu turut memberi penghargaan kepada empat tokoh Mak Yong terbabit, apabila sebahagian hasil jualan tiket disumbangkan kepada mereka. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |