Adsense

Jumaat, 8 April 2011

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Marsha anggap tidak manis jika dia yang terlebih bercerita soal hati

Posted: 07 Apr 2011 04:08 PM PDT


PERTENGAHAN bulan lalu, Marsha Milan Londoh mengakui menjalin hubungan dengan seorang usahawan berbangsa Melayu. Namun tidak sampai sebulan bintang muda itu meminta mereka hanya dilabel sebagai teman paling rapat.

Apabila empunya diri mengeluarkan kenyataan sedemikian, maka timbullah persoalan, apakah perhubungan itu hanya sampai ke pertengahan jalan. Apabila Marsha berkata begitu, ramai peminat yang mula bertanya, apa yang sebenarnya berlaku antara mereka.
Usai majlis minum petang anjuran Rafflesia dan pereka yang menggelarkan diri mereka 5Stars sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 Ahad lalu, saat melabuhkan duduk di sebuah restoran, pertanyaan mengenai sejauh mana hubungan merpati dua sejoli yang sudah berkenalan hampir dua tahun lalu menjadi topik bualan.

Cukup berhati-hati ayat yang meluncur dari bibir cantik penyanyi ini, mahu menjelaskan situasi sekali gus menegaskan hubungan mereka tetap erat. Cuma mungkin Marsha sendiri agak kurang selesa apabila percintaannya semakin diperbesarkan berbanding kerjaya?

"Sebenarnya masih terlalu awal untuk menyatakan kami bercinta, namun dia lelaki paling rapat dengan saya ketika ini. Orangnya cukup memahami malah banyak mengajar saya mengenai selok belok dunia bisnes.

"Jadi agak kurang manis jika saya pula berlebih-lebih bercerita soal hati. Jika masanya sudah tiba, tiada apa perlu disembunyikan, namun buat masa ini tempoh perkenalan kami belum cukup untuk mengenali hati budi atau untuk melangkah ke fasa seterusnya," kata pemilik Marshalondoh Entertainment itu.
Ditebak sama ada perkara itu punya hubung kait dengan gosip mengenai si jejaka yang dikatakan agak 'ligat'? Dedah penyanyi berusia 26 tahun itu, perkara itu langsung tiada kaitan, malah setakat ini dia belum pernah mendengar lagi usikan nakal seperti itu.

Sebagai artis, katanya dia sendiri pernah dilanda pelbagai gosip yang ada kalanya langsung tidak berasas dan berharap jangan pula temannya
dikaitkan dengan cerita kurang elok disebabkan berkawan dengan dirinya.

"Walaupun kami daripada dua bidang berbeza, persahabatan kami cukup serasi. Jika cerita mengenai sikapnya disebarkan tanpa diketahui puncanya, saya sendiri pernah melalui saat itu dan hanya berharap dia mampu bersabar.

"Memang keluarga saya juga sudah mengenalinya tetapi itu tidak bermakna hubungan kami semakin serius. Kalau boleh saya enggan lagi bercakap soal perasaan kerana perkara belum ada kepastian," katanya lagi sambil tersenyum manis.

Tanpa berselindung, gadis dari Sabah itu menyatakan pernah mengimpikan detik 25 tahun sebagai usia untuknya mendirikan rumah tangga. Begitupun setahun berlalu, membuatkan impian itu dilanjutkan lagi.

"Memang kalau cakap soal sedia menggalas tanggungjawab sebagai isteri, saya sudah bersedia sejak tahun lalu. Cuma tiada calon, macam mana nak berkahwin? Kalau terlepas usia ini, maknanya saya perlu tunggu lima tahun lagi untuk berkahwin.

"Bukan apa, kebetulan sekarang ini saya masih sibuk dengan promosi album EP yang baru dilancarkan Januari lalu, selain memenuhi tawaran berlakon. Apa pun subjek paling utama iaitu calon suami belum ada, jadi memang belum boleh berkahwin untuk masa terdekat ini," tambahnya lagi diiringi ketawa kecil.

Keluarga terima jejaka Melayu

MENDEKATI insan bernama Marsha ini, sememangnya dia cukup mudah dihampiri dan begitu peramah, malah biar diaju soalan nakal, tidak pernah sekelumit pun muncul riak kurang senang pada wajahnya.

Tatkala persoalan kembali mengenai penerimaan keluarga masing-masing lantaran perbezaan agama dan budaya, katanya ia bukan masalah, kerana kakaknya sendiri berkahwin dengan lelaki India.

"Keluarga saya sendiri berkahwin campur, terutama kakak saya. Mereka cukup terbuka jika berbicara soal ini. Tiada yang perlu ditakuti kerana sejak kecil kami sudah biasa hidup dikelilingi kelompok masyarakat berbilang bangsa," katanya seakan memberikan suatu petanda.

Enggan memanjangkan isu jodoh, cerita beralih kepada EP sulungnya yang berjudul Yang Pertama apabila turut memuatkan dua lagu nukilannya sendiri, Bila dan Berjanji, selain tiga dendangan lain.

Aktiviti seninya juga masih di ambang sinar walau ramai bakat baru muncul, malah terkini Marsha turut muncul dalam filem Cun! arahan Osman
Ali selain beberapa drama seperti Kum Kum The Series, KITA 2 serta Mencari Cinta.

"Dalam bidang ini kita tidak boleh terlalu memilih. Saya masih anggap diri ini masih hijau dalam dunia lakonan dan perlu banyak memperbaiki mutu lakonan. Bekerja dengan pengarah berbeza antara kaedah pembelajaran sekali gus menyuntik pelbagai benda baru buat saya,"
jelasnya jujur.

PROFIL; Misha
Nama: Marsha Milan Londoh
Tarikh Lahir: 6 Disember 1985
Asal: Tamparuli, Sabah
Adik beradik: Anak ketiga daripada empat beradik.

Wan Sharmila ditipu mekanik

Posted: 07 Apr 2011 04:04 PM PDT


BAGAI jatuh ditimpa tangga, mungkin itulah pepatah yang tepat untuk menggambarkan nasib yang menimpa pelakon tinggi lampai Wan Sharmila Wam Muhamad.

Sudahlah kereta yang dimilikinya meragam sehingga terpaksa dihantar ke bengkel, empunya bengkel pula mengambil kesempatan di atas kelemahannya sebagai seorang perempuan.

Episod duka pelakon drama Kisah Kaisara itu bermula apabila dia menghantar keretanya yang rosak ke sebuah bengkel dan berurusan secara terus dengan mekanik bengkel berkenaan.

Akibat tertarik dengan gaya dan penampilan mekanik itu, Wan Sharmila, 30, kerugian beribu ringgit apabila dia seolah-olah terpukau dan terus mempercayai segala omongan yang keluar daripada mulut mekanik itu.

Sudahlah kerosakan keretanya tidak dibaiki dengan sempurna, mekanik yang mengaku bujang itu rupanya telah beristeri.

google:wan sharmila, wan sharmila facebook, wan sharmila blog, wan sharmila twitter, wan sharmila myspace, wan sharmila seksi, wan sharmila 2011, wan sharmila hot, wan sharmila bogel, buah dada wan sharmila, wan sharmila bercerai, bekas suami wan sharmila, gambar terkini terbaru wan sharmila, gambar suami wan sharmila
Bayangkanlah jika kita berada dalam situasi yang dilalui pelakon kelahiran Johor Bahru, Johor itu, pastinya perkara sebegitu mampu untuk meledakkan amarah dalam diri.

Walau apa pun, itu hanyalah watak yang akan dilakonkan oleh Wan Sharmila dalam salah satu daripada 13 episod drama arahan Shahrul Ezad, Langsai.

Langsai yang akan menemui penonton bermula 12 April ini merupakan sebuah drama yang diangkat daripada kes-kes yang dilaporkan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Drama yang diterbitkan oleh 3Line Media Sdn. Bhd. dengan kerjasama Bank Kerjasama Rakyat (Bank Rakyat) selaku penaja utama dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan disiarkan di TV1.

Drama berkenaan juga memfokuskan isu-isu kepenggunaan bagi meningkatkan kesedaran pengguna dengan hak, kuasa dan suara yang dimiliki pengguna.

"Walaupun kita kini di zaman Internet tetapi masih ramai di kalangan kita yang tidak tahu tentang hak dan kuasa yang kita ada sebagai pengguna," jelas Wan Sharmila ketika ditemui pada pelancaran drama berkenaan baru-baru ini.

Tambahnya, drama berkenaan dapat menimbulkan kesedaran agar lebih berhati-hati apabila hendak mengeluarkan wang supaya tidak terpedaya dengan ayat-ayat manis peniaga.

"Apa yang penting jadilah pengguna yang bijak dan tahu apa yang harus kita lakukan apabila tertipu.

"Kita semua harus sedar bahawa sebagai pengguna kita mempunyai hak untuk mendapatkan barangan atau perkhidmatan seperti apa yang telah dijanjikan," tegas pemegang watak Tirana dalam drama bersiri Tari Tirana itu.

Sementara itu, pengarah drama berkenaan, Shahrul Ezad Mohameddin berkata, apa yang dilihatnya adalah drama akan memberikan kesan yang lebih cepat kepada masyarakat bagi tujuan mendidik mereka ke arah yang lebih positif.

"Sebab itulah Langsai ini dihasilkan. Langsai akan memperlihatkan secara realitinya berkenaan apa yang sering terjadi dalam masyarakat kita apabila menyebut berkenaan dengan isu-isu kepenggunaan.

"Sebenarnya masih ramai di kalangan kita tidak tahu tentang hak-hak dan kuasa yang ada pada kita sebagai pengguna dan diharap setelah menonton Langsai, sedikit sebanyak ia boleh mengurangkan kes-kes penipuan yang melibatkan pengguna.

Tambah pengarah drama Emil Emilda itu lagi, dalam menyampai mesej kepada penonton, drama garapannya kali ini menampilkan jalan cerita yang ringkas ditambah dengan unsur-unsur jenaka.

Baginya, drama yang ringkas dan berjenaka akan lebih mudah untuk diterima oleh penonton selain lebih santai.

"Kalau kita buat dengan berat, selalunya mesej sukar disampaikan dan penonton kurang berminat untuk mengikuti drama kita.

"Jadi lebih elok ia dia buat secara ringkas agar dalam kita bergelak-tawa mesej itu dapat diterima dengan mudah," ujarnya.

Katanya lagi, sepanjang tempoh pembikinan

Langsai yang akan di siarkan di TV1 jam 7.30 malam itu, dia tidak mengalami sebarang masalah malah merasakan lebih bebas dan tenang dalam mengarahkan drama berkenaan.

Misha Omar: Sembilan tahun yang seimbang

Posted: 07 Apr 2011 04:01 PM PDT


TAHUN 2011 baru menjengah bulan keempat tetapi nama penyanyi yang seorang ini terus hangat diperkatakan. Hangatnya nama Misha Omar dalam tempoh empat bulan ini bukanlah kerana buah tangan terbarunya tetapi adalah kerana isu perkahwinannya yang tidak henti menjadi bahan perdebatan.

Misha sendiri keliru apabila memikirkan pelbagai kisah peribadinya yang terus mahu ditelanjangkan oleh pihak-pihak tertentu sepanjang sembilan tahun menjadi anak seni.

Sehinggakan Misha sudah lelah dan hilang nafas untuk terus mempertahankan dirinya.

Baginya, perkahwinan itu adalah sesuatu yang cukup indah dan wajar untuk dikongsikan dengan semua pihak tanpa perlu menyorokkan apa-apa.

"Saya sebenarnya tidak menafikan yang saya kenal rapat dengan individu yang dikatakan sudah menjadi suami saya itu. Tetapi, saya belummenjadi isteri kepada mana-mana lelaki.

"Namun, saya akui kini sedang mengenali seseorang. Tetapi, sampai saat ini, saya belum menjadi tunangan sesiapa.

"Saya sendiri pun tidak mahu lagi memanjangkan isu ini kerana semakin banyak yang saya perkatakan, ia tidak akan berhenti. Biarlah apa orang nak kata kerana apa yang berlaku hanya saya dan keluarga sahaja yang tahu.

"Percayalah, saya pasti akan mengumumkan mengenai perkahwinan saya apabila tiba waktunya," katanya dalam nada diplomasi sambil mengharapkan isu itu akan terus lenyap ditelan waktu.

Misha atau nama sebenarnya Samihah @ Aisah Omar berkata demikian pada majlis pelancaran album kompilasi, Dia...Misha yang berlangsung di Solaris Mont Kiara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Perjalanan warna-warni

PENYANYI berusia 29 tahun yang bakatnya mula dicungkil menerusi pertandingan Bintang RTM 2001 ini sememangnya memiliki bakat yang tersendiri.

Biarpun tewas kepada Azharina Azhar untuk merebut gelaran juara, Misha bertuah kerana ditemukan dengan komposer, Adnan Abu Hassan.

Hasilnya, lagu Bunga-Bunga Cinta telah memasyhurkan nama Misha sehingga bertahan selama sembilan tahun di dalam industri.

Di kala penyanyi seangkatannya hilang entah ke mana dan kemunculan artis-artis baru terutamanya dari program realiti, Misha masih lagi kekal dan terus menjadi pujaan peminat setianya yang tidak pernah henti menyokong kariernya selama ini.

"Selama sembilan tahun, saya boleh sifatkan perjalanan seni saya cukup seimbang. Semuanya sudah saya tempuhi dan rasai. Baik di depan, ke tengah, ke belakang, kanan dan kiri.

"Alhamdulillah, saya masih di sini untuk menghiburkan masyarakat dan peminat yang masih belum lelah serta bosan untuk mendengar alunan lagu-lagu saya (ketawa)," ujarnya penuh optimis sambil melirik ke arah kakak yang juga pengurusnya, Mimie Omar di sebelahnya.

Anita Sarawak Dapat Memo Kerana 'Ayam Den Lapeh'

Posted: 07 Apr 2011 06:03 AM PDT


SHAH ALAM: Penyanyi Anita Sarawak pernah diberi memo oleh pengarah hiburan sebuah kelab di Las Vegas, Amerika Syarikat, ketika pertama kali membuat persembahan di kelab tersebut, 18 tahun lalu.

Anita berkata, memo itu mahukan dia menyanyikan senarai 14 lagu-lagu terpilih popular untuk pengunjung selepas dia mempersembahkan lagu Ayam Den Lapeh dan Lodeh Mak Lodeh di kelab berkenaan pada hari pertama dipanggil bekerja.

"Saya amat takut pada waktu itu. Ingatkan memo nak suruh berhenti kerja kerana menyanyikan lagu tersebut tetapi memo yang mahukan saya menyenaraikan 14 lagu popular yang bersesuaian dengan kehendak pengunjung kelab.

"Saya beritahu pengarah hiburan itu, 14 lagu yang saya nyanyikan sebelum ini ialah lagu popular di negara saya.


Anita Sarawak (dua dari kiri) turut mengusik para peminatnya.
"Malah lebih hebat lagi apabila pengunjung setia kelab itu mahukan saya menyanyikan lagu Ayam Den Lapeh dan Lodeh Mak Lodeh selalu," katanya menceritakan pengalaman silamnya sambil disambut gelak ketawa pengunjung Shah Alam Konvensyen Center di sini, Rabu.

Anita berkongsi pengalaman itu sempena Minggu Setiausaha yang dianjurkan pusat konvensyen berkenaan bertemakan Divas Las Vegas.

Kira-kira 1,000 tetamu termasuk setiausaha bersama bos masing-masing hadir menyaksikan persembahan penuh bertenaga itu.

Anita yang muncul dengan kot labuh berwarna biru pada pembukaan acara tampil dengan lagu pertamanya We Will Rock You dan We Are The Champion.


Noryn Aziz tampil dengan suara penuh bertenaga.
Kekuatan vokal Anita dan juga kelincahannya menari amat mengagumkan apatah lagi ketika usianya sudah menjangkau 59 tahun.

Selain lagu tersebut Anita turut mempersembahkan beberapa lagu lain antaranya Bercanda Di Pasiran pantai, Getaran Jiwa, Copa Cabanna, Asmara, Big Ppender, Sexis, Kalau Berkalau dan Proud Mary.

Penyanyi itu turut mengusik para peminatnya dengan keletah lucu apabila memanggil mereka di pentas untuk berlakon sebagai dirinya bagi membolehkan peminat memenangi hadiah berupa perabot bernilai lebih RM45,000 tajaan Empire Classic dan hadiah-hadiah lain.

Terdahulu, penonton dihiburkan dengan persembahan Noryn Aziz yang tidak kurang hebatnya serta gandingan mantap pasangan pengacara Juliana Evans dan Zizan (Raja Lawak).

Tyzo Suria FM Diganggu Wanita Kurang Siuman

Posted: 07 Apr 2011 06:02 AM PDT


PETALING JAYA: Penyampai radio, Tuah Zolqarnain atau sudah dikenali sebagai Tyzo mengakui pernah diganggu seorang wanita kurang siuman baru-baru ini.

Kata Tuah, pada awalnya dia menyangka wanita itu hanya sekadar peminat misteri, namun ia berlanjutan apabila wanita tersebut mula datang ke pejabat dan menunggunya di lobi.

"Pada asalnya dia hanya telefon untuk bercakap dengan saya, tapi lama kelamaan dia berani datang ke pejabat untuk berjumpa saya.

"Lebih pelik dia sanggup mengaku adik kepada Halim Othman bagi melepaskan dirinya dari pengawal keselamatan. Kali kedua dia beritahu pengawal keselamatan yang dia isteri saya pula.

"Nasiblah selepas itu pengawal keselamatan tidak benarkan dia naik ke pejabat Suria FM," katanya.

Tambah Tuah, wanita berusia awal 20an itu tidak putus asa apabila sanggup menunggu di lobi semalaman semata-mata ingin bertemu dengannya.

"Saya tidak tahu apa yang dia mahukan kerana apabila bertemu tidak pula dia bercakap banyak. Tapi ada satu hari selepas tidak dibenarkan naik ke pejabat, dia tidur di lobi sehingga keesokan hari.

"Saya pula yang balik lewat malam ketika itu terpaksa berlari dan bersembunyi untuk ke parkir kereta kerana takut dia tahu kereta saya," katanya.

Kata Tuah, sepanjang menjadi penyampai radio, peristiwa itu merupakan kali pertama dia diganggu dengan gangguan peminat misteri.

"Saya rasa dia ada masalah kesihatan, kalau tidak mengapa sampai sanggup untuk bertindak begitu? Lagi pula dia masih muda dan mempunyai rupa paras yang agak cantik.

"Setakat ini, tiada apa-apa tindakan untuknya kecuali dia tidak benarkan naik ke pejabat Suria FM sahaja," katanya.

Sharifah Shahirah Tidak Tidur Tiga Hari

Posted: 07 Apr 2011 06:01 AM PDT

PETALING JAYA:Pelakon Sharifah Shahirah mengaku sejak menjadi ahli keluarga Suria FM, jadualnya semakin padat.

Kata Shira, dia yang turut berlakon dalam filem terbaru Afdlin Shauki berjudul Ponti vs Ommi mengaku pernah tidak tidur selama tiga hari.

"Jadual saya sangat padat, sehinggakan pada minggu lepas tiga hari saya tidak dapat tidur kerana selepas balik saja penggambaran terus ke konti Suria FM.

"Biasanya saya tidak sesibuk ini tetapi pada bulan ini sahaja jaduah saya agak padat dengan penggambaran dan Anugerah Bintang Popular," katanya.

Shira memeggang watak ratu Pontianak dalam filem yang dijangka keluar tahun hadapan.

Bagaimanapun, kata Shira dia terpaksa membahagikan masa secara adil kepada keluaraganya.

"Dengan kesibukan sekarang saya terpaksa membahagikan masa antara kerja dan keluarga sebaik mungkin.

"Suami saya juga banyak membantu menguruskan hal rumah tangga walaupun dia juga sibuk dengan penggambaran drama," katanya.

Ketika ditanya tentang keserasian sebagai penyampai Breakfast@Suria bersama Halim Othman dan Zizi, Shira mengakui dia semakin selesa mengendalikan segmen pagi tersebut.

"Sudah sebulan lebih saya bersama Breakfast@Suria dan Alhamdulilah semuanya berjalan lancar.

"Kalau dulu agak sukar untuk mengawal percakapan, sekarang semakin selesa ditambah dengan bantuan kedua-dua penyampai itu," katanya.

Kilafairy: Enggan tercalit kontroversi

Posted: 06 Apr 2011 04:18 PM PDT


SETIAP mata yang memandang pasti terpukau melihat kelibat pendatang baru Kilafairy ketika berjalan di karpet merah pelbagai acara hiburan, fesyen dan anugerah berprestij di persada seni tanah air, sejak kebelakangan ini.

Bukan saja namanya semakin sinonim dengan jenama terkenal Rafflesia, busana sentuhan pereka terkenal yang digayakannya juga pasti melekat di tubuh seksinya itu.


ANAK EMAK...Kilafairy mewarisi bakat ibunya Rohana Jalil.

Sekalipun drama dan filem lakonannya belum ditayangkan, nama Kilafairy, 19, kini muncul sebagai pendatang baru yang paling mencuri perhatian ramai hingga diperkatakan orang ketika ini.

Itulah aura yang dimiliki anak dara penyanyi popular era 90-an, Rohana Jalil yang juga pemilik nama sebenar, Shakila Nisha Jahangir Khan ini.


Namun, anak seni berdarah campuran Melayu-Pakistan dan seiras wajah bapanya ini tidak mahu leka dibuai populariti mendadak yang dikecapinya ketika ini.



"Saya memang tidak sangka kerana mendapat publisiti meluas seperti ini kerana perjalanan seni saya baru bermula. Sebenarnya, saya bermula sebagai penyanyi tapi orang lebih kenal saya sebagai pelakon walaupun filem lakonan belum pun ditayangkan.

"Terus terang, saya juga ingin dikenali kerana bakat dan bukan gosip liar serta kontroversi yang boleh mencalar nama baik saya dan keluarga," katanya.

Ditanya bagaimana dia berdepan gosip dan kontroversi, Kilafairy mengakui ibu yang ba�nyak memberi sokongan padanya untuk berdepan semua itu.

"Pada mulanya, saya sedih bila dilemparkan gosip liar berkaitan seluruh tubuh seperti bibir, payu dara dan pinggul saya dikatakan palsu sedangkan semuanya asli dan anugerah daripada Tuhan.

"Namun, mamalah yang sentiasa di sisi dan banyak memberi sokongan padu pada saya untuk tidak cepat melatah dengan cakap-cakap orang itu. Kata mama, ini baru permulaan dan selepas ini ada lebih banyak lagi gosip dan kontroversi mendatang.

"Saya juga berasa risau dengan reaksi peminat kerana watak saya dalam filem seram Karak juga gedik dan orang akan fikir saya memang bersikap begitu apabila di luar filem. Sedangkan ia sekadar lakonan semata-mata.

"Kini, saya sudah boleh berdepan dengan apa saja gosip liar dan kontroversi kerana ia sebahagian daripada asam garam dalam meniti kehidupan sebagai anak seni," katanya.

Ketika menghadiri majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010) di Genting Highlands, Ahad lalu, sekali lagi nama Kilafairy menjadi sebutan kerana gayanya. Malah timbul juga cerita anak dan ibu sama hebat bergaya dengan aksesori tajaan.

Kilafairy menafikan dia meminta penganjur untuk 'menaja' ibunya sekali gus untuk acara karpet merah dihadirinya. Kata�nya, semua itu mereka putuskan sendiri dan bukan datang daripada dirinya.

"Memang saya tidak pernah minta penganjur untuk menaja mama sekali. Apapun, saya akui lebih selesa jika mama yang menemani untuk menghadiri pel�bagai acara kerana tidak mahu digosipkan dengan mana-mana artis lelaki yang berjalan dengan saya di karpet merah seperti yang berlaku ketika digandingkan de�ngan Shahz Jaszle dulu," katanya.

Berkongsi perkembangan terbaru, Kilafairy yang juga artis di bawah naungan Kru Studios, sibuk menjayakan promosi filem Karak arahan Yusry Abd Halim bergandingan dengan Shahir AF8 dan Shira Ayob.

"Saya juga tidak sabar menanti reaksi peminat apabila filem itu menjengah pawagam perte�ngahan tahun ini. Selain itu, saya juga berlakon watak pembantu dalam drama Ayu Suraya.

"Sebagai artis yang masih belajar, saya perlu bijak membahagikan masa kerana terikat dengan pelajaran. Saya menghadiri kelas tiga kali seminggu dan selebihnya baru saya buat aktiviti seni," katanya.

Pada sesi fotografi berkonsep era 1920-an bersama Rafflesia The Pearl Centre, Pereka fesyen Riffai dan Lord's Tailor, Kilafairy yang jelita dengan busana rekaan Riffai digandingkan dengan seorang lagi bakat baru yang meningkat naik ketika ini, Sharnaaz Ahmad yang segak dengan sut dari Lord's Tailor.

Pandangannya mengenai Sharnaaz pula, kata Kilafairy, dia tidak berdepan masalah untuk mencari keserasian dengan pelakon itu.

"Ini kali kedua kami dipertemukan dalam sesi fotografi. Sharnaaz seorang yang kelakar dan peramah. Dia juga pelakon yang bagus dan boleh pergi jauh," katanya.
Sharnaaz juga mengakui, sesi fotografi dengan Kilafairy juga berjalan lancar seperti direncanakan. Katanya, dia sudah tahu cara Kilafairy bekerja kerana pernah bekerjasama sebelum ini.

"Bagi saya, dia seorang yang menghiburkan sama seperti ibu�nya. Bersandarkan pakej lengkap, saya percaya dia mampu pergi lebih jauh dalam bidang seni," katanya.

Sharnaaz yang turut dicalonkan untuk kategori Artis Baru Lelaki Popular di ABPBH2010, sibuk menerima tawaran berlakon drama dan filem ketika ini. Kategori ini dimenangi Shahir.

"Sekalipun tidak menang, saya tetap bersyukur kerana disenaraikan dalam kategori itu. Saya juga tidak pernah patah sema�ngat untuk terus berjuang dalam bidang seni tanah air. Pada masa sama, rezeki juga semakin murah dalam bidang lakonan ketika ini," katanya.

Pelakon yang dikenali melalui Tari Tirana dan Dottie, kini sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Kasih Alia arahan Jinggo bergandingan dengan Irma Hasmie terbitan JS Pictures Sdn Bhd. Dia juga baru selesai berlakon dalam drama Kum Kum arahan Michael Ang.

Selain itu, filem lakonannya, Seru arahan bersama Min Jin dan Pierre Andre akan menjengah pawagam pada 28 April nanti.


PROFIL

NAMA SEBENAR: Syakila Nisha Jangir Khan
ASAL: Kuala Lumpur
UMUR: 19 tahun
AKDEMIK: Jurusan Pengurusan dan Pemasaran Fesyen di Kolej Antarabangsa Raffles, Kuala Lumpur.
KERJAYA: Penyanyi, pelakon dan pelajar
KELUARGA: Anak bongsu daripada tiga beradik
DRAMA: Hotel Mania, Slot Mistik Alam Hitam seperti Pengasih Minyak Dagu dan Darah Pontianak dan Ayu Suraya (Astro).
FILEM: Karak


PROFIL

NAMA SEBENAR: Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad
PANGGILAN: Sharnaaz
UMUR: 26 tahun
ASAL: Georgetown, Pulau Pinang
KERJAYA: Pelakon
STATUS: Bujang
ANTARA TELEFILEM/DRAMA BERSIRI: Tari Tirana, Dottie, Kum Kum, Pontianak Kampung Batu, Ungunya Cinta, Kum Kum, Kasih Alia
FILEM: Seru

Cun! dapat RM600,000

Posted: 06 Apr 2011 04:16 PM PDT

Kutipan yang dianggap baik selepas empat hari tayangan

TIDAK mengecewakan apabila filem komedi lakonan anak muda yang baru diangkat sebagai Pelakon TV Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH) Remy Ishak dan Pelakon Filem Wanita Popular ABPBH 2005 dan 2008, Maya Karin, berjudul Cun! berjaya mencecah RM600,000 untuk empat hari tayangan.

Filem terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB) bersama Nuansa yang mula ditayangkan di 51 pawagam sejak 31 Mei lalu mempunyai kekuatan tersendiri hasil gandingan secocok pasangan yang dikhabarkan sedang bercinta ini.
Pengarah Urusan TUSB, Gayatri Su-Lin Pillai turut sendiri tidak menafikan kekuatan filem Cun! sehingga mampu mendapat perhatian penonton disebabkan keserasian gandingan pelakon membawakan karektor komedi.

"Salah satu kekuatan filem ini memang daripada gandingan dua pelakon ini yang memang nampak serasi. Penonton tertarik dengan gandingan mereka disebabkan kedua-duanya memang berbakat, serasi dan pasangan yang sama padan walaupun pertama kali membawa watak komedi.

"Selain mereka, pelakon lain yang turut berlakon seperti Faezah Elai, Ning Baizura, Jehan Miskin dan Kartina Aziz juga menjadi dengan karektor komedi mereka.

"Kita juga mendapat maklum balas yang cukup baik daripada semua media yang pernah membuat liputan menyaksikan filem ini sehingga mempengaruhi penonton untuk menyaksikannya," katanya yang dihubungi Hip.
Filem yang mengisahkan pasangan bercinta itu diakui bukan saja sesuai ditontoni pasangan bercinta, malah elemen kekeluargaan yang kuat dan memberi mesej serta panduan yang baik untuk semua lapisan masyarakat.

"Daripada pemerhatian kita, filem ini memang ramai ditonton oleh pasangan bercinta dan sebenarnya ia juga sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat dan yang berkeluarga.

"Kita mencadangkan kepada masyarakat agar datang ke pawagam bersama keluarga dan menonton filem ini dan saya tidak menafikan memang ia boleh menghilangkan tekanan," katanya yang turut dilakonkan oleh Nadia Nissa, Marsha dan Mislina Mustaffa.

Filem Cun! juga bernasib baik kerana tidak berhadapan dengan persaingan yang begitu kuat untuk sepanjang tayangan filem ini baik filem tempatan mahupun filem antarabangsa.

"Filem tempatan yang sedang ditayangkan bersama filem Cun! seperti .... Dalam Botol dan Dilarang Masuk. Bukannya tidak memberi saingan kerana saya berpendapat semua filem itu juga kuat, tetapi Cun! masih bernasib baik kerana kesemuanya dari genre yang berbeza.

"Kita akan terus meningkatkan langkah promosi melalui saluran TV di Astro disamping saya sendiri melihat inisiatif pelakon sendiri menghebahkan mengenai filem ini menerusi blog mereka.

"Cara itu juga dilihat meninggalkan impak yang besar dan boleh mempengaruhi peminat untuk menarik ke pawagam," katanya.

Filem Cun! arahan Osman Ali menjalani penggambaran di negeri Jelapang Padi, Kedah turut membuka empat pawagam sekitar Kedah untuk tayangan di sana.

Snopsis: Cun

Cerita Cun berkisar kepada seorang pengacara program gosip, Luna, yang kecewa dengan kecurangan kekasihnya, Ryan, yang juga pelakon terkenal. Lalu, tanpa berfikir panjang dia mengajak pembantunya, Tom, pergi ke kampung gadis itu di Kedah.

Di kampung berkenaan, dia berkenalan dengan rakan baik Tom, Atan, jejaka baik hati yang bermulut lancang. Jejaka itu membantu Luna membaiki keretanya yang rosak selepas semalaman terperosok di tepi bendang.

Pada mulanya Luna sukar menyesuaikan diri dengan suasana kampung, namun selepas beberapa hari di situ, dia mula menyukai persekitaran desa yang mendamaikan serta keluarga Atan yang penuh kasih-sayang. Malah, hatinya juga mula terpaut pada pemuda yang bertanggungjawab itu.

Faradhiya tidak peduli apa orang kata, berhak gayakan pakaian disukai

Posted: 06 Apr 2011 04:15 PM PDT

PENAMPILANNYA pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2010) menarik perhatian ramai. Menggayakan catsuit rona biru turquoise daripada fabrik lycra rekaan Ariff Shukor berjaya menampakkan keseksian tubuh Farahdhiya.

Justeru tidak hairanlah andai setiap kali kelibat Farahdhiya muncul ramai jejaka akan menoleh lebih daripada sekali.
Dan bagi si empunya diri, dia sendiri tidak kisah jika penampilannya itu mengundang perhatian ramai. Malah Faradhiya sendiri tidak mahu ambil peduli jika ada lelaki yang merenung atas bawah sekali gus memberikan pandangan nakal.

"Idea untuk menggayakan catsuit ini memang dari saya sendiri. Selepas berbincang dengan pereka saya, maka terhasillah pakaian ini. Saya suka dengan pemilihan warna dan saya selesa menggayakannya.

"Saya tak kisah orang nak kata apapun. Saya seorang wanita dan saya berhak untuk memilih apa saja gaya yang saya suka," katanya yang baru muncul dengan single terbaru berjudul Kau Telah Pergi.

Dia yang cari pasal
BUKAN niat untuk mengungkit cerita lama namun luahan berbentuk amarah yang ditujukan Farahdhiya kepada penyanyi dan pelakon Deja Moss di laman sosial Twitter miliknya tidak lama dulu membuatkan diri terpanggil untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi antara mereka.

Berdasarkan baris-baris ayat yang ditulis penyanyi yang cukup popular menerusi lagu Bertakhta Di Hati itu, memang jelas tergambar betapa marahnya Farahdhiya terhadap Deja.

Sejak bila mereka bermusuhan? Apakah puncanya? Semua persoalan itu berlegar-legar dalam fikiran mereka yang membacanya. Bagi mereka yang mengikuti perkembangan gosip semasa, tentunya ramai yang sedia maklum bahawa Deja dikatakan hanya mempunyai masalah dengan Norish Karman.

Namun apabila Farahdhiya 'berani mati' bersuara mempertikaikan tindakan Deja berhubung isu pemberian bunga seperti yang pernah digembar-gemburkan media dalam pelbagai ruangan gosip.

Hip sendiri pernah bertanyakan perkara ini kepada Deja dan selebriti kelahiran Kuching, Sarawak ini mengatakan dia sendiri tidak tahu apa masalahnya sehingga Farahdhiya sanggup mencaci dirinya di laman Twitter.

Tidak mahu hanya mendengar cerita sebelah pihak, penulis cuba mendapatkan penyanyi kacukan Melayu-Itali ini.

Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, kehadiran Farahdhiya ke acara kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) malam Ahad lalu memberi peluang untuk mencari kepastian apakah benar dia dan Deja selama ini bermusuhan.

"Saya akui kata-kata berunsur amarah itu memang saya tujukan kepada Deja. Saya amat marah dengan kenyataannya berhubung isu pemberian bunga itu. Kenapa dia tidak berterus terang apa yang berlaku dan cuba berlagak baik seolah-olah dia tidak bersalah.

"Jangan kerana dia tak puas hati dengan orang lain, saya dikaitkan dalam hal itu. Saya tahu dia memang mempunyai masalah dengan Norish dan melihat saya baik dengan Norish, dia terus membabitkan saya dalam perkara itu. Saya memang agak kurang selesa dengan caranya yang macam itu," tegasnya.

Masih diselubungi perasaan geram, Farahdhiya terus mempertikaikan satu demi satu kenyataan yang pernah dikeluarkan Deja mengenai dirinya.

"Banyak cerita mengenai saya keluar dari mulutnya. Saya tidak faham kenapa dia mengeluarkan kenyataan kononnya dia tak baik dengan saya dan Norish kerana saya suka mengasingkan diri dan tidak mahu bercampur gaul dengan pelakon lain. Saya akui kalau berada di lokasi apapun, saya memang suka bersendiri dan buat hal sendiri. Dan yang penting, saya tetap hormat pelakon lain dan juga krew yang terbabit.

"Saya hairan kenapa dia kata saya tak baik dengannya walhal sewaktu awal-awal pementasan, kami tak ada masalah. Dia ada beri semua pelakon merasa masakannya dan saya puji masakannya itu. Tapi sekarang lain pula ceritanya," katanya sambil menyifatkan kekeruhan ini sepatutnya tidak berlaku.

Mengulas permohonan maaf yang dibuat Deja sebelum pementasan berakhir seperti yang pernah dikatakannya sebelum ini, Farahdhiya tidak nampak keikhlasan penyanyi yang terkenal dengan lagu Asmara Ini.

"Memang dia ada memohon maaf tetapi itu ditujukan kepada semua dan bukan secara peribadi kepada saya. Cukuplah apa yang dia sudah lakukan," kata pelakon dan penyanyi berusia 26 tahun ini.

Siti Nurhaliza 'Tergeliat Lidah' Nyanyi Slanga

Posted: 06 Apr 2011 07:22 AM PDT


GENTING HIGHLANDS: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza akui tercabar apabila perlu menyanyi dalam slanga Bahasa Inggeris semasa merakam lagu dalam bahasa itu.

Menurut penyanyi yang mesra disapa Siti itu, sebanyak 10 buah lagu untuk album pertama dalam Bahasa Inggeris tersebut telah siap dirakam dan sedang menunggu masa untuk dilancarkan.

Ia dijadual pada pertengahan tahun ini.

"Semua rakaman lagu dilakukan di Malaysia walaupun saya menggunakan khidmat komposer dari Australia iaitu Brian Bruno dan Cristian Alexander.

"Semasa proses rakaman tidaklah terlalu rumit tetapi setiap nyanyian saya perlu ditambah dengan slanga sehingga kadangkala "tergeliat lidah" untuk menyebutnya.

"Tetapi nasib baik saya mempunyai komposer yang banyak membantu," ujar Siti sewaktu majlis 5Stars Designers meraikan selebriti yang menggayakan pakaian mereka pada Anugerah Bintang Popular 2010, di sini, Ahad lalu.

Pada majlis itu Siti memperagakan pakaian berwarna gabungan hitam dan merah rekaan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.

Kata Siti dia memang menyasarkan album tersebut untuk dipasarkan ke luar negara.

Selain itu, Siti tidak menolak untuk merakamkan album Inggeris keduanya jika album tersebut mendapat sambutan yang baik daripada peminat.

"Saya sangat berpuas hati selepas berjaya merakamkan album ini, sangat teruja dan bersedia untuk menerima komen daripada pendengar," katanya lagi.

Album itu bakal diterbitkan oleh syarikat produksi What's Up Entertainment, milik anak tirinya, Adib.

Zed Zaidi Bidas Artis Persoal Tegurannya

Posted: 06 Apr 2011 07:20 AM PDT

PETALING JAYA: Pelakon Zed Zaidi membidas segelintir artis muda yang mempersoalkan tegurannya kerana tidak menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) pada 26 Mac lalu.

Zed yang juga pemangku Timbalan Presiden dan Ketua Biro Seniman Muda turut mencabar mana-mana artis muda yang ingin menduduki jawatan dalam Seniman agar dapat menyertai persatuan tersebut supaya boleh mengetahui bagaimana susahnya mereka menyelesaikan masalah artis dalam industri hiburan.

"Kalau mereka mempersoalkan teguran saya, sertailah Seniman barulah mereka tahu besar atau tidak tanggung jawab kami," katanya kepada mStar Online di sini, Selasa.

Zed diminta mengulas desas desus segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakannya menegur artis-artis muda kerana tidak menghadiri mesyuarat berkenaan.

Dalam mesyuarat itu hanya Zed dan Jehan Miskin sahaja artis muda yang hadir sementara yang lainnya ialah artis-artis veteran.

Tindakan Zed itu membuatkan segelintir pihak berpendapat dia bercakap sedemikian kerana mempunyai jawatan di dalam persatuan tetapi jika tidak mempunyai kepentingan, besar kemungkinan dia juga tidak menghadirkan diri.

Menurut Zed, sebelum ini, Seniman banyak membantu menyelesaikan beberapa masalah artis muda seperti Rafie Hussein yang melecur di badan, tangan dan hidung sewaktu menjalani penggambaran filem Bara Jiwa dan kes Johan Raja Lawak dibaling gelas sehingga cedera.

Isu lain termasuklah Ammar Alfian dikecam kerana keberaniannya melemparkan kata-kata kesat dan ugutan bunuh kepada wartawan hiburan Malaysia di Facebook, kes saman Fahrin Ahmad terhadap Linda Onn serta mengadakan kerjasama dengan Universiti Utara Malaysia dalam menganjurkan pengajian luar kampus untuk artis dalam bidang komunikasi peringkat Ijazah.

"Saya tidak peduli jika ada artis muda yang kurang berpuas hati dengan kenyataan saya sebelum ini tetapi apa yang saya cakapkan itu adalah untuk kebaikan mereka.

"Saya ditugaskan untuk membela nasib mereka. Jangan nanti bila sudah susah dan tua baru nak merujuk kepada persatuan.

"Jadi, saya menasihatkan mereka supaya sentiasa peka dengan mesyuarat yang kami adakan kerana waktu itu mereka boleh meluahkan apa sahaja masalah yang berlaku berkaitan industri.

"Jika masalah rumah tangga dan melibatkan pihak berkuasa, memang ia di luar kuasa kami dan persatuan hanya mampu memberikan nasihat," katanya.

Tambahnya yang telah dua tahun menggalas jawatan Ketua Biro Seniman Muda : "Dulu, saya akui tidak memahami apa-apa langsung tentang kebaikan persatuan, tetapi setelah mendapat jawatan ini, baru saya sedar betapa pentingnya persatuan ini kepada artis.

"Saya sedang cuba untuk menaikkan martabat artis baru dan muda supaya orang lain tidak memandang serong kepada kita.

"Ini kerana, jika berlaku sesuatu isu yang tidak baik dan dipaparkan di muka hadapan akhbar, pelbagai persepsi negatif akan timbul. Saya tidak mahu jadi seperti kata pepatah Melayu, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga."

Pelakon filem Cuti-Cuti Cinta dan drama Awan Dania musim ketiga ini juga menganggap artis yang mempersoalkan kenyataannya itu seolah-olah tidak matang.

"Saya anggap mereka tidak tahu tentang peraturan menjadi artis kerana apa pun yang berlaku, kita kena bersatu dahulu.

"Saya cuba membangunkan persatuan, bukan untuk menjatuhkan. Sekurang-kurangnya, persatuan boleh menjadi seperti 'pusat hentian' kepada mereka yang masih baru dalam industri," ujarnya lagi yang lebih memfokuskan kepada artis muda berusia 40 tahun ke bawah.

Zed turut berharap artis muda yang berdaftar dengan Seniman agar sentiasa mengemas kini alamat dan nombor telefon mereka agar mudah untuk dihubungi.

Dalam perkembangan lain, Zed sedang dalam proses untuk membantu artis yang menjadi mangsa penyamaran akaun Facebook dengan bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Tiara Yakin Konsert 'West End Stars' Mampu Tarik 100,000 Penonton

Posted: 06 Apr 2011 07:19 AM PDT


KUALA LUMPUR: Penerbit West End Stars in Concert, Datin Seri Tiara Jacquelina yakin kekuatan artis seperti Stephen Rahman-Hughes, Ramin Karimloo dan Simon Bailey di konsert tersebut bakal menarik 100,000 penonton.

West End Stars in Concert yang bakal dipentaskan pada 15 dan 16 April ini di Istana Budaya turut dijayakan oleh Jaclyn Victor sebagai penyanyi undangan.

Menurut Tiara, penonton pasti terbuai dengan 17 buah lagu yang dipersembahkan oleh penyanyi-penyanyi tersebut lebih-lebih lagi genrenya lebih ke arah muzikal.

"Mendengar nyanyian lagu pop dan muzikal adalah sangat berbeza dan setiap lagu tersebut memberikan perjalanan yang beremosi.

"Penonton akan terbuai dengan lagu tersebut dan setiap lagu itu mempunyai cerita tersendiri. Mereka hanya perlu membuat persembahan mengikut karakter dalam cerita itu.


"Saya cuba meletakkan mereka mampu membuat persembahan mengasyikkan lebih dari penyanyi biasa," ujarnya dalam satu sidang media di Sky Lounge, The Ascott, Jalan Pinang, di sini, Selasa.

Sementara itu, penerbit eksekutif Enfiniti Vision Media Sdn Bhd ini turut berasa bertuah kerana peminat teater muzikal di negara ini adalah dari kalangan orang muda berbanding di luar negara.

"Setakat ini, lebih 50 peratus tiket yang telah terjual kepada individu dan pihak korporat.

"Saya mensasarkan konsert ini kepada sesiapa sahaja tidak mengira usia dan latar belakang.

"Namun, saya jangka lebih ramai pelajar dan mereka yang pernah menonton West End di London dan New York akan menghadiri konsert ini kerana mereka tahu bagaimana seronoknya persembahan tersebut.

"Walaupun pertama kali persembahan West End dipersembahkan di sini, tetapi kami berharap pihak media dapat memberikan publisiti yang bagus untuk mengajak penonton memenuhi Istana Budaya," katanya lagi.

Jika konsert tersebut mendapat sambutan ramai, Tiara berhasrat untuk melakukan konsert berskala besar pada masa akan datang.

Konsert tersebut bakal dipimpin oleh koreografer dan pengarah Pat Ibrahim dengan iringan band muzik.

Semua lagu tersebut akan dinyanyikan dalam bahasa Inggeris diinspirasikan dari The Phantom of the Opera kecuali lagu duet melibatkan Stephen dan Jaclyn berjudul Puncak Tertinggi dalam bahasa Melayu.

Stephen pernah terlibat dalam persembahan muzikal seperti ini berjudul Bombay Dreams manakala Ramin dan Simon yang berasal dari London turut sama-sama menyertai Les Miserables dan The Phantom of the Opera.

Tiket dijual pada harga RM80, RM130, RM200, RM300, RM350, RM400 dan RM480 melalui www.airasiaredtix.com.

Untuk pakej korporat pula boleh menghubungi 03-61429877 atau e-mel ke production@enfiniti.com.my.

Jozan Rasa Bersalah Dengan Peminat

Posted: 06 Apr 2011 07:19 AM PDT


KUALA LUMPUR: Gandingan popular, Jozan yang dianggotai oleh Johan danZizan akui bersalah dengan peminat yang mengundi mereka apabila gagal melakukan persembahan terbaik pada minggu pertama Maharaja Lawak, Jumaat.

Kesibukan dengan karier lakonan masing-masing membuatkan mereka gagal membuat persediaan rapi sebelum memasuki pertandingan pada malam itu.

"Kami masih berada dalam keadaan terkejut dan belum merasakan keadaan seperti pertandingan kerana sudah selalu berlawak semasa mengacara bersama-sama.

"Lagipun, kami selalu sibuk dan sebelum ini tidak sempat berjumpa untuk berbincang idea untuk persembahan ini dan idea persembahan tadi baru difikirkan beberapa minit sebelum pertandingan bermula," kata Johan ketika sidang media tanpa ditemani Zizan.


Gandingan popular ini mengaku bersalah dengan peminat
Bagaimanapun, mereka berjaya mendapat undian tertinggi iaitu 52 peratus menandingi 11 peserta lain.

Markah dikira berdasarkan 50 markah undian penonton dan 50 markah pengkritik tetap iaitu pengarah filem dan drama, Ahmad Idham, pelakon Saiful Apek dan pengarah filem Mamat Khalid.

"Kami rasa bersalah dengan peminat yang mengundi kami kerana tidak dapat melakukan persembahan yang lebih baik. Tetapi kami berjanji akan perbaiki mutu persembahan pada minggu akan datang.


Nabil turut mneyertai program Maharaja Lawak tersebut.
"Kami juga berharap peminat tidak terlalu meletakkan harapan yang tinggi kepada Jozan. Bagaimanapun kami menghargai sokongan mereka, " kata Johan lagi yang sedang sibuk dengan penggambaran Ponti Vs Omi.

Program yang berlangsung di Studio Finas, Hulu Klang pada pukul 10 malam dan disiarkan secara langsung di Astro Prima (saluran 105) dan Astro Warna (saluran 132) itu turut menyaksikan kumpulan Sepah (Mamat,Shuib & Jep) pada tempat kedua dengan 11.7 peratus, Nabil (9.9 peratus), kumpulan Balas (Fendi & Shuk - 5.3 peratus), kumpulan R2 (Lopez & Along - 4.5 peratus), kumpulan Jambu (Yus & Taukeh - 4.3peratus).


Barisan peserta menyertai program Maharaja Lawak.
Turut serta adalah Man (4.1 peratus), kumpulan WAI (Wan, Acok & Idlan- 2.5 peratus), Alex (2.2 peratus), Amir (1.7 peratus), Jihan (1.4peratus) dan kumpulan XN3 (Pak Cu & Anu - 1 peratus).

Fazli Zainal Pertama Kali Raikan Setiausaha

Posted: 06 Apr 2011 07:14 AM PDT


PETALING JAYA: Penyanyi Fazli Zainal akan mengadakan persembahan sempena Minggu Setiausaha pada 20 dan 21 April depan di Restoran Kababish, StarPoints Hotel, Jalan Masjid India, dekat sini.

Menurut Fazli, persembahan tersebut merupakan yang pertama untuk dirinya menghiburkan para setiausaha.

"Selama ini, saya selalu membuat persembahan pembukaan sahaja bagi beberapa selebriti antaranya Anuar Zain dan Dafi setiap kali adanya Minggu Setiausaha.

"Justeru itu, apabila mendapat peluang mengendalikan majlis sendiri, ia satu penghargaan dan pengalaman besar buat saya.

"Insya-Allah, saya akan memberikan persembahan yang terbaik dan memberi kepuasan kepada tetamu yang hadir.

"Lagipun saya percaya, tetamu yang akan hadir bukan sahaja terdiri daripada setiausaha dan majikan, bahkan juga peminat bagi memeriahkan lagi majlis itu," katanya.

Tambah Fazli pada majlis tersebut, terdapat beberapa aktiviti lain seperti persembahan fesyen daripada finalis Maskulin serta cabutan bertuah.

"Walaupun majlis ini agak sederhana, tidak seperti minggu setiausaha yang dianjurkan di hotel-hotel besar, persembahan yang saya berikan serta aktiviti-aktiviti lain yang dianjurkan pasti akan menghiburkan tetamu.

"Lagipun harganya tidak mahal, dengan RM45 seorang, tetamu dapat menikmati pelbagai jenis makanan yang dimasak oleh tukang masak profesional daripada Pakistan," katanya.

google: fazli zainal, fazli zainal facebook, fazli zainal blog, fazli zainal twitter, fazli zainal myspace, fazli zainal 2011, gambar fazli zainal, album baru fazli zainal, single terbaru fazli zainal 2011,

Nanu Muncul Dalam Drama 'Sahara'

Posted: 06 Apr 2011 07:13 AM PDT

PETALING JAYA: Setelah lama menyepi dalam lakonan drama, aktres Nanu Baharudin bakal beraksi dalam drama Sahara yang bakal ditayangkan pada 30 Mac ini, pukul 10.30 malam.

Drama 25 episod terbitan Enuja Production ini merupakan nukilan skrip oleh novelis popular, Sharifah Abu Salem dan diarahkan oleh Jamal Khan

Selain Nanu, ia turut dibintangi oleh pendatang baru Tasha Shilla dan Ammar Alfian.

Siri drama yang menghiasi slot Samarinda ini berkisarkan perebutan harta dan cinta golongan keluarga korporat.


Nanu Baharudin
Ia juga mengisahkan kisah cinta dua wanita yang mempunyai talian persaudaraan. Sahara dan Tina akan memberikan satu kejutan kepada para penonton pada penghujung ceritanya.

Gandingan pertama antara pelakon berpengalaman seperti Nanu Baharudin dengan pendatang baru iaitu Tasha Shilla pasti memberi satu kelainan bagi penonton setia slot Samarinda.

Dalam drama ini, Nanu banyak bermain emosi dengan watak Sahara yang bersedia untuk berkorban apa sahaja demi kebahagiaan adiknya, Tina (Tasha Shilla).

Sahara amat menyayangi adik tunggalnya, Tina sehingga sanggup memenuhi segala kemahuan Tina asalkan dia bahagia.

Tindakan Sahara yang terlalu memanjakan Tina sering ditegur oleh ibu mereka, Rahimah. Hubungan Sahara dan Tina amat rapat walaupun jarak usia mereka sebanyak 18 tahun. Akan tetapi kemunculan Ashraf (Ammar Alfian) di dalam hidup mereka akan mengubah segala-galanya.

Tina menganggap Sahara sebagai penghalang cinta untuk memiliki Ashraf. Dia mula bersikap dingin dan sengaja menyusahkan Sahara di pejabat ataupun rumah.

Sahara terkilan dengan sikap kasar Tina namun dia terpaksa menelan segala kepahitannya kerana menyimpan satu rahsia keluarga yang bakal mengubah nasib Sahara dan Tina.

Rahimah pula tidak bersetuju dengan tindakan Sahara yang menyerahkan segala urusan syarikat kepada Tina.

Sahara rasa bersalah kerana Tina bukan pilihan Ashraf dan ingin menebus kehilangan Tina dengan keputusan tersebut.

Saksikan Sahara, setiap hari Selasa hingga Khamis, pukul 10.30malam di slot Samarinda TV3, mulai 30 Mac 2011.

Shiqin Kamal Berkorban Demi Lakonan

Posted: 06 Apr 2011 07:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelakon baru Shiqin Kamal atau nama sebenarnya Ashiqin Mohd Kamal, 19, sanggup berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Bukit Larut, Perak setiap hari sepanjang penggambaran filem Dilarang Masuk (DM) pada sekitar April tahun lalu.

Berkongsi pengalaman itu, Shiqin berkata: "Cabaran terbesar saya sepanjang penggambaran filem ini adalah mengenai isu masa yang bertindih.

"Saya masih lagi menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Kebetulan pula ketika penggambaran berlangsung tahun lalu, peperiksaan akhir juga sedang diadakan.

"Memandangkan saya sudah terikat dengan komitmen filem, mahu tidak mahu saya terpaksa berkorban masa dan tenaga untuk lakukan dua perkara itu serentak.

"Setiap hari saya terpaksa berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Bukit Larut, Perak sepanjang penggambaran filem ini."

Selain bakal muncul dalam DM menjelang 7 April ini, aktres yang mula menempa nama menerusi filem Lagenda Budak Setan (2010) ini turut menantikan tayangan filem Mantera tidak lama lagi.

google: shiqin kamal, shiqin kamal 2011, shiqin kamal terkini terbaru, shiqin kamal seksi, shiqin kamal hot, shiqin kamal myspace, shiqin kamal twitter, shiqin kamal bogel, buah dada shiqin kamal, shiqin kamal, gambar shiqin kamal, drama shiqin kamal,

Wardina Terbit Buku Agama Kanak-Kanak

Posted: 06 Apr 2011 07:04 AM PDT


KUALA LUMPUR: Pengacara Wardina Safiyyah, 32, bakal menerbitkan dua buah buku terbaru tulisannya berjudul Mama, Saya Bosan dan Mama, Saya Nak Solat pada April ini.

Berkongsi sedikit tentang idea untuk menghasilkan buku Mama, Saya Nak Solat, Wardina lebih gemar mengambil contoh daripada perkembangan anak sulungnya, Amna Nafessa, 7.

"Alhamdulillah, Amna tidak pernah tinggal solat walaupun baru berusia tujuh tahun. Dia juga sudah mengenakan hijab. Melihat apa yang dilakukannya membuatkan saya rasa gembira kerana bukan mudah untuk mendidik anak-anak menjadi seorang muslim yang berkualiti.

"Seperti ibu bapa lain, saya juga mengimpikan anak-anak saya menjadi muslim yang bijak dan tidak meninggalkan solat," jelasnya.

Mereka yang berminat untuk berkongsi masalah atau apa-apa perkara tentang anak-anak dialu-alukan menghantar pendapat atau soalan di laman web Facebook Wardina Safiyyah OfficialPage atau emel wardina.dina@gmail.com.

Wanita ini juga dalam perancangan untuk menubuhkan pusat untuk kanak-kanak belajar tentang nilai-nilai murni dan kemahiran berkomunikasi dengan publik pada tahun hadapan.

Juliana Ibrahim Muncul Selepas 'Hilang' Tiga Tahun

Posted: 06 Apr 2011 07:03 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Juliana Ibrahim, 31, kembali aktif selepas tiga tahun berehat dari industri seni.

Kali terakhir, dia muncul di televisyen menerusi drama Saka di TV3. Sebelum itu dia pernah mengendalikan program kanak-kanak Chicky Hour (TV3), program penggembaraan Memori (RTM), program realiti So You Think You Can Dance (8TV) dan drama realiti Impian Illyana (TV3).

Sebelum ini, Juliana banyak berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Belanda kerana mengikut suaminya, Pelle Aardewerk, 37, yang berasal dari negara tersebut.

Sekarang, dia sedang melayari hidup bahagia dengan suami dan dua anaknya, Luna Alyssa, 2, dan Alaia Zahira, 1, serta memilih untukmenetap terus di sini.

Pasangan ini berkahwin pada tahun 2007 dan suaminya bekerja sebagai pengurus audit teknologi maklumat.


Juliana bersama-sama anak dan suaminya.
"Jika dulu saya banyak berehat dan kini saya mahu aktif semula dengan bernaung di bawah syarikat pengurusan artis, Aquila Emas.

"Suami tidak menghalang saya untuk aktif semula dalam industri. Walaupun begitu, tidak bermakna saya akan mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu.

"Saya mungkin terpaksa berkorban beberapa perkara seperti masa bersama keluarga. Jika saya tiada, anak-anak akan dijaga oleh pembantu kami," kata Juliana yang turut menerima tawaran membuat rakaman suara latardan mengacara majlis.

Selain itu, dia yang pernah muncul dalam filem Jarum Halus dan Gubra akan berlakon filem ketiganya pada Jun ini.

Bercerita sedikit tentang program terbarunya, dia dan pelakon ZizanNin sekali lagi bergandingan dalam Ayu & Tampan - Penyiasat Imej.

Program ini bakal disiarkan bermula 4 April, setiap Isnin, pukul 5.30 petang di TV3.

"Saya rasa teruja untuk bergandingan dengan Zizan selepas kami pernah berlakon sama-sama dalam Saka.

"Bagaimanapun, program ini memberikan satu pembaharuan kepada saya kerana pertama kali terlibat dalam program kecantikan.

"Setelah menyertai program ini, saya rasa lebih mengambil berat tentang penjagaan badan kerana sebelum ini saya tidak suka bersenam kerana berat badan saya susah naik," ujarnya lagi.

google: juliana ibrahim, juliana ibrahim seksi, juliana ibrahim hot, juliana ibrahim panas, juliana ibrahim bogel, juliana ibrahim separuh bogel, juliana ibrahim facebook, juliana ibrahim blog, juliana ibrahim twitter, juliana ibrahim myspace, juliana ibrahim dan suami, juliana ibrahim dan anak, gambar terkini terbaru juliana ibrahim, juliana ibrahim 2011, gosip juliana ibrahim

Esma Daniel Yakin Kemampuan 'Dilarang Masuk' Walaupun Pelakon Tidak Popular

Posted: 06 Apr 2011 06:56 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penerbit filem Dilarang Masuk (DM) iaitu Esma Daniel, 42, yakin dan percaya filem bergenre seram atau ngeri itu mampu menarik perhatian masyarakat walaupun ia diterajui barisan pelakon dan pengarah yang tidak dikenali.

Esma berkata: "Saya yakin penonton hari ini sudah bijak menilai filem bagaimana yang mahu mereka tonton.

"Penonton kita bukan hanya melihat pada faktor pelakon semata-mata untuk menonton sesebuah filem.

"Jalan cerita, poster dan treler filem yang baik mampu untuk menarik penonton ke pawagam. DM juga mempunyai potensi cerah jika penonton memberikan peluang kepada filem ini."

Mengulas lanjut, Esma yang pertama kali menjadi penerbit berkata, penekanan yang diberikan terhadap filem tersebut bukanlah pada barisan pelakon semata-mata.

Sebaliknya filem itu mempunyai kekuatan pada jalan cerita dan aspek teknikalnya yang segar dan baru.

"Jika mengikut perancangan asal, memang kita hendak ambil pelakon yang sudah ada nama. Namun, disebabkan oleh kekangan bajet, kita tidak mampu untuk membayar pelakon-pelakon tersebut mengikut harga mereka.

"Jadi kita teruskan pencarian dengan mengetengahkan muka-muka baru. Mungkin daripada segi populariti mereka belum dikenali ramai tetapi lakonan mereka tidak menghampakan.

"Pengarahnya Jeffrey Chiang mungkin masih asing di dalam industri filem tempatan tetapi dia cukup dikenali di Singapura," katanya yang ditemui pada tayangan gala amal filem itu di GSC Pavilion, di sini, malam Rabu.


Esma Daniel di samping barisan pelakon muda filem Dilarang Masuk, (dari kiri) Azma Aizal Yusoof, Shiqin Kamal, Isma Hanum Husein dan Muniff Isa.
Filem yang dibintangi oleh Shiqin Kamal, Isma Hanum Husein, Azma Aizal Yusoof, Muniff Isa dan Esma Daniel ini mengetengahkan isu pendermaan organ secara haram yang berleluasa hari ini.

DM yang dirakam menggunakan kamera Canon EOS 5D Mark II ini menyingkap misteri yang dihadapi empat sekawan iaitu Fatia, Badrul, Juli dan Ronnie di dalam sebuah banglo usang.

Segala rahsia dan misteri rumah itu bakal terungkai bermula 7 April ini di pawagam.

'Rasa Macam Nak Mati, Tertidur Dalam Tandas' - Zizan Nin

Posted: 06 Apr 2011 06:53 AM PDT


KUALA LUMPUR: Pelakon Zizan Nin meluahkan perasaan apabila merasakan dirinya seperti hendak mati kerana terlalu sibuk dengan jadual penggambaran.

Zizan berkata, kesibukan itu menyebabkan waktu rehatnya terganggu sehingga dia pernah tertidur di dalam tandas akibat terlalu penat.

"Pada hari pertama saya menjalani penggambaran sebuah program kecantikan Ayu & Tampan, saya sudah bangun seawal pukul 3 pagi kerana perlu berada di lokasi pada pukul 5.30 pagi.

"Disebabkan saya tidak sihat, saya tertidur dalam tandas sehinggalah dikejutkan oleh isteri saya," ujarnya.

Menurut Zizan, selepas dia ke klinik, doktor menasihatinya supaya berehat dengan memberinya cuti sakit tetapi dia terpaksa juga ke lokasi penggambaran kerana perlu meneruskan kerja yang telah dijanjikan


Zizan dan Juliana bergandingan dalam Ayu & Tampan.
Kata Zizan, sebelum ini dia sibuk dengan penggambaran drama 13 episodMimi Mencari Cinta di samping pelakon Scha Al-Yahya selain berlakon untuk siri televisyen Ayu & Tampan sebagai penyiasat imej.

Siri tersebut merupakan program berbentuk drama dan temu bual melibatkan tiga jenama kecantikan dan kesihatan iaitu Yun Nam Hair Care, London Weight Management dan New York Skin Solutions.

Ia akan disiarkan bermula 4 April ini pukul 5.30 petang di TV3. Selain Zizan, siri berkenaan turut dilakonkan oleh Juliana Ibrahim.

Jelas Zizan, dia perlu mematuhi masa yang ditetapkan semasa penggambaran siri tersebut walaupun tugasnya agak berat.

"Jadual saya sangat sibuk sehingga kadangkala saya hanya boleh tidur dua hingga tiga jam. Walaupun tidak sihat, saya tidak boleh batalkan temu janji untuk menemu bual pakar dan pelanggan untuk program berkenaan kerana ia telah melibatkan jadual mereka.

"Jika tidak, saya akan menimbulkan masalah kepada pihak produksi dan pihak lain yang terlibat kerana kami perlu menyelesaikannya pada masa yang ditetapkan," katanya.

Bercerita tentang pengalaman menemu bual pihak terbabit, Zizan tiada masalah kerana dia pernah mengendalikan program yang hampir sama berjudul Pakar Kecantikan musim ketiga.


"Saya suka bertanya seperti bagaimana mereka mendapatkan rawatan dan kebanyakan pelanggan menjawab berdasarkan pengalaman sendiri. Untuk permulaan dan akhir siri ini, saya dan Juliana perlu berlakon sedikit sebagai wartawan imej sebuah syarikat majalah

"Saya lebih fokuskan kepada persoalan melibatkan masalah kulit dan rambut manakala Juliana lebih kepada masalah berat badan," katanya yang sibuk dengan penggambaran siri tersebut sepanjang Mac dan April ini.

Sempena pelancaran siri 12 episod ini, ketiga-tiga jenama itu memulakan peraduan pencarian 'Cover Model' bagi mereka yang inginkan perubahan imej.

Peraduan ini bermula 31 Mac lalu dan dibuka kepada lelaki dan wanita yang mempunyai masalah rambut, berat badan atau kulit. Mereka harus berumur 18 tahun ke atas.