Kosmo Online - Hiburan |
Sein, Nana tak sanggup hidup solo Posted: Sein, Nana tak sanggup hidup soloKALAU memang pemergian dan kehilangan ini sudah tersurat, dia reda dalam keterpaksaan. Tapi, dia mahu berusaha buat kali terakhir kerana, baginya masih ada ruang dan harapan untuk kasihnya pada isteri dan anak-anak kembali bertaut. Biar getar terasa di jiwa namun digagahi juga mulut melontarkan kata-kata untuk bersama kembali. "Saya sedar saat kami berpisah dulu disebabkan pemikiran masing-masing yang tidak matang. Cepat panas dan buat keputusan drastik. Selepas berpisah dan hidup solo tanpa anak dan isteri di sisi baru terasa kosong," luah Sein, 28, saat bertemu empat mata dengannya pada majlis doa selamat yang berlangsung di Masjid Attaqwa. Menurut pemilik nama penuh Syed Hussein Syed Mustafa itu, dia menganggap perceraian lebih tiga bulan itu sebagai ujian daripada Allah kerana baginya ia telah disusun oleh-Nya. Buat Nana atau nama sebenarnya Noor Diyana Muhammad, 27, pula, pada masa Sein melafazkan talak satu kepadanya, dia harus berjuang secara solo demi membesarkan dua orang cahaya matanya, Syed Taariq Alqudsy Syed Hussein, 4 dan Sharifah Inaiya Alqudsy Syed Hussein, 2. "Masa itu saya fikir yang saya boleh jadi ibu tunggal dan membesarkan anak-anak dengan baik. Tetapi sebenarnya susah. Bukan mudah untuk menjadi ibu tunggal. Semua urusan anak perlu dibuat sendiri tanpa bantuan Sein. Sein memang banyak membantu dalam menjaga anak-anak," kata Nana yang turut memberitahu, Sein juga tidak kisah menukarkan lampin anak-anaknya. Sepanjang proses perceraian, Nana akui beberapa kali air matanya membasahi pipi. Air mata yang sengaja ditahan, akhirnya gugur juga saat terpandang wajah anak-anak dan mendengar rengekan anak yang menginginkan ayahnya. Mahu sahaja memeluk tubuh anaknya erat-erat demi meluahkan rasa bersalahnya. Mahu sahaja meluahkan kata-kata maaf atas apa yang berlaku.
"Setiap malam, Taariq sering bertanyakan Sein. Kenapa papa tidak ada. Papa pergi mana," katanya mengenai perihal anak sulungnya, Syed Taariq yang masih tidak mengerti proses kehidupan manusia. Namun begitu, menurut Nana, Sein sering kali bertemu dengan Taariq dan juga anak perempuannya, Sharifah Inaiya. Jika tidak dapat berjumpa, Sein akan menghubungi dia dan anak-anak untuk bertanya khabar. Tambah zuriat Menebak soalan kepada Nana bagaimana Sein mengajukan soalan rujuk kepadanya dan bagaimana reaksinya, Nana memberitahu, pada awalnya dia meminta Sein memberikannya ruang untuk berfikir. "Dalam tempoh dua bulan lebih selepas bercerai Sein sudah beri petunjuk tentang hubungan kami. Akhirnya, Sein berjumpa dan bercakap tentang rujuk, namun saya minta padanya untuk berfikir," kata Nana. Namun kerana tidak mahu terlepas peluang keemasan disebabkan perkara-perkara yang tidak dijangka akan datang, dia mula memikirkan permintaan bekas suaminya pada waktu itu. TUMPANG GEMBIRA. Antara rakan selebriti dalam program Sehati Berdansa, (dari kiri) Anita Baharom dan suami, Ismadi serta anak mereka, Syifa Dhia Nurina dan Minarwan Nawawi hadir memberi sokongan kepada Sein dan Nana. Bagi dirinya, masa begitu berharga. Lebih mahal jika dibandingkan dengan emas dan permata. Jika tersilap membuat pertimbangan atau terlewat beberapa saat, pasti dia akan menyesal seumur hidup. "Akhirnya, saya setuju untuk bersama Sein semula demi anak-anak dan juga perasaan kasih sayang yang masih menebal kepadanya," kata Nana jujur. Kini, jelas kedua-dua pasangan sejoli itu akan perbaiki segala kesilapan yang dilakukan. Lebih memahami dan bertolak-ansur, mereka juga tidak akan cepat melatah dalam membuat apa jua tindakan. Saat diajukan soalan kepada Sein dan Nana sama ada mereka akan pergi berbulan madu atau ingin menambahkan zuriat, Nana memberitahu, buat masa ini tiada lagi perancangan. "Buat masa ini, Sein masih lagi belum memindahkan barang-barangnya di rumah sewanya. Banyak lagi perkara yang perlu dilakukan. Kami juga ingin memupuk semula hubungan yang pernah terputus sebelum ini dengan sebaik-baiknya," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Cerai bukan punca Nadia kembali Posted: Cerai bukan punca Nadia kembaliOleh SAHLIZAH MOHAMED
SELEPAS mengambil keputusan berhenti menyanyi sebaik sahaja mendirikan rumah tangga sekitar tahun 1999, penyanyi bersuara serak basah, Nadia Ali kini tekad untuk muncul semula dalam industri seni suara selepas 13 tahun menyepikan diri. Pelantun lagu Salam Untuk Kekasih itu ketika aktif menyanyi sempat melahirkan tiga buah album sebelum diminta oleh bekas suaminya untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga. "Album pertama saya keluar pada tahun 1996 dan dalam masa dua tahun aktif menyanyi, saya sempat melahirkan tiga album sebelum terus berhenti selepas berkahwin. "Sejak saya berhenti, saya memang tidak berhubung dengan mana-mana media sehingga sekarang," ujarnya yang sudah hampir setahun bercerai dengan suaminya selepas berkahwin hampir 11 tahun. Menolak penceraian adalah punca dia menyanyi semula, sebaliknya Nadia memberitahu, kehadirannya kini bertitik tolak daripada semangat padu para peminat ketika dia dijemput mengadakan sebuah persembahan di Sabah pada tahun lalu. Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, apabila dia diminta untuk melantunkan lagu hitnya, hatinya cukup tersentuh kerana tidak menyangka dirinya masih diingati meskipun sudah berbelas tahun tidak mengadakan muncul di khalayak sebagai seorang penyanyi. "Bila saya menyanyi, saya dapati peminat saya masih ramai. Dari situlah semangat saya datang dan mereka minta saya untuk muncul semula dengan menghasilkan album baru. "Jujurnya, keputusan untuk muncul semula adalah kerana peminat yang tidak jemu menyokong saya," luah penyanyi kelahiran Tawau, Sabah itu. Sepanjang bergelar ibu tunggal, Nadia atau nama sebenarnya Zarina Mohd. Ali memberitahu, dia menguruskan motel miliknya yang terletak di Sipitang iaitu di kawasan pedalaman yang berhampiran dengan sempadan antara Brunei dan Sarawak. Berbalik kepada album single yang akan menjengah pasaran dalam masa terdekat, Nadia yang sudah selesa dengan genre pop rock cuba tampil dengan sedikit kelainan iaitu dengan menyuntik genre rock gothic menerusi album single yang berjudul Buatmu Kekasih. "Single saya sudah siap dan akan dipasarkan dalam masa terdekat. Album itu hasil usaha saya sendiri dan liriknya juga oleh saya sendiri. "Album tersebut mengandungi dua lagu baru iaitu Buatmu Kekasih dan Datanglah Padaku. Selebihnya adalah 14 buah lagu lama yang dirakam semula," tuturnya yang kini tampil dengan imej berambut panjang. Tambah Nadia, lagu Buatmu Kekasih dicipta hasil inspirasi daripada peminat yang setia memberi sokongan kepadanya. "Buatmu Kekasih mempunyai kaitan dengan persekitaran saya dan ia merupakan sebuah lagu cinta, tetapi cinta saya kepada peminat setia saya," jelasnya. Meneruskan bicara, sepanjang meninggalkan bidang seni suara, Nadia mengakui aktif menulis lirik dan sehingga kini, dia memiliki sejumlah lirik yang masih tidak diketahaui siapa gerangan penyanyinya kelak. "Walaupun saya berdiam diri, saya masih tetap mengarang lagu. Cuma kini saya fikir mahu mencari penyanyi yang boleh menyanyikan lagu-lagu saya. "Saya memang tidak terfikir untuk menyanyi semula, tetapi ramai yang memberi cadangan agar saya sendiri yang membawakan lagu saya," katanya sambil tersenyum. Menutup bicara, Nadia hanya mengharapkan kemuculannya diterima peminat semula. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Rebab Berbisik, konflik makyung Posted: Rebab Berbisik, konflik makyungOleh RONI HIDAYAT RIDWAN
APABILA memperkatakan tentang makyung, ia sinonim dengan sebuah seni persembahan yang mula berakar umbi di negeri Kelantan sejak 400 tahun yang lalu. Ia merupakan sebuah dramatari tradisional yang menggabungkan lakonan, muzik dan nyanyian. Menariknya, makyung merupakan satu-satunya kesenian Melayu yang mendapat pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai salah satu warisan yang perlu terus dipelihara. Bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa seni makyung kini dikatakan semakin pupus lantaran tidak ramai lagi generasi muda pada hari ini yang mahu mewarisi seni persembahan tersebut. Gambaran mengenai kepupusan makyung ini juga turut dipaparkan menerusi monodrama berjudul Rebab Berbisik yang dilakonkan oleh Rosnan Abd. Rahman, seorang pencinta dan penggiat makyung terkenal dan turut dikenali sebagai Pakyung. Menurut Rosnan, Rebab Berbisik mula dipentaskan kepada umum sejak tahun 2007 yang lalu di pusat teater Stor Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Sejak itu, monodrama berkenaan mendapat kerjasama daripada DBP dan dipentaskan ke beberapa buah negeri. "Selain mengadakan persembahan, saya bersama beberapa pihak yang menjayakan monodrama ini turut mengadakan bengkel mengenai makyung terutamanya kepada para pelajar universiti. "Kini saya berasa begitu gembira apabila pihak Istana Budaya telah memberi peluang kepada saya untuk mengadakan persembahan di sini, sekali gus dapat mempromosikan seni makyung kepada skala yang lebih besar," ujarnya. Rebab Berbisik mengisahkan mengenai konflik yang dilalui oleh Pak Su Mat, seorang pencinta dan penggiat seni makyung yang cukup terkenal di zaman kegemilangan seni tersebut bersama isterinya, Mek Ning yang juga seorang primadona makyung. Namun setelah ketiadaan Mek Ning, Pak Su Mat yang dikurniakan dua orang anak iaitu Mimi dan Azri berada dalam dilema apabila kedua-dua anaknya itu menolak untuk mempelajari seni makyung. Lebih menarik lagi, Rosnan juga bertindak sebagai satu-satunya pelakon untuk persembahan monodrama itu dan akan membawakan keempat-empat watak iaitu sebagai Pak Su Mat, Mek Ning, Mimi dan Azri. Menceritakan tentang sambutan untuk monodrama tersebut, Rosnan turut melahirkan rasa gembiranya apabila Rebab Berbisik yang akan dipentaskan di Lambang Sari Istana Budaya bermula hari ini, 8 hingga 11 April ini mendapat sambutan hangat. Menurutnya, di sebalik tanggapan makyung yang semakin pupus, sebenarnya masyarakat kini semakin ramai yang terbuka dan menerima sesebuah kesenian seperti makyung. "Seminggu sebelum persembahan monodrama ini berlangsung, sudah 70 peratus tiket yang terjual dan keadaan ini sememangnya agak mengejutkan dan di luar dugaan saya sendiri. "Ini menunjukkan masyarakat kita memiliki sifat ingin tahu yang tinggi dan pastinya menerusi monodrama ini boleh menjadi platform untuk memperkenal dan mempromosikan seni makyung terutamanya kepada generasi sekarang," jelasnya. Menurut Rosnan lagi, monodrama berkenaan turut mendapat perhatian organisasi korporat. Misalnya tiket untuk persembahan pada esok dan 10 April ini telah habis dibeli oleh JW United Corporation Sdn. Bhd. dan Institut Terjemahan Negara. Tarik semula pengiktirafan Rahimidin Zahari yang bertindak selaku penulis skrip dan pengarah Rebab Berbisik menyatakan bahawa dia menghasilkan skrip untuk monodrama berkenaan berlandaskan kesedaran tentang makyung yang semakin tidak diiktiraf masyarakat tempatan. Luahnya, nasib seni makyung ini lebih buruk apabila ada pihak-pihak tertentu yang cuba mempertikaikan bahawa makyung bukan berasal dari negara ini. "Mereka yang mempertikaikan mengenai perkara tersebut mahu pihak UNESCO menarik semula pengiktirafan yang telah diberikan sebelum ini. "Sekiranya menjadi kenyataan, sudah tentu ianya menjadi suatu perkara yang cukup malang memandangkan makyung satu-satunya kesenian Melayu yang telah diiktiraf dunia," jelasnya. Menurut Rahimidin lagi, seni makyung juga boleh dikatakan berada di ambang kepupusan berdasarkan bilangan tokoh-tokoh makyung yang kini boleh dibilang dengan jari sahaja. "Jadi segala rintihan dan harapan tentang nasib makyung pada hari ini kesemuanya akan dipaparkan oleh Rosnan pada persembahan monodrama Rebab Berbisik nanti," ujarnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |