Berita Harian: Hip |
Posted: 07 Apr 2011 03:03 PM PDT Hip Marsha anggap tidak manis jika dia yang terlebih bercerita soal hatiPERTENGAHAN bulan lalu, Marsha Milan Londoh mengakui menjalin hubungan dengan seorang usahawan berbangsa Melayu. Namun tidak sampai sebulan bintang muda itu meminta mereka hanya dilabel sebagai teman paling rapat. Apabila empunya diri mengeluarkan kenyataan sedemikian, maka timbullah persoalan, apakah perhubungan itu hanya sampai ke pertengahan jalan. Apabila Marsha berkata begitu, ramai peminat yang mula bertanya, apa yang sebenarnya berlaku antara mereka. Usai majlis minum petang anjuran Rafflesia dan pereka yang menggelarkan diri mereka 5Stars sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 Ahad lalu, saat melabuhkan duduk di sebuah restoran, pertanyaan mengenai sejauh mana hubungan merpati dua sejoli yang sudah berkenalan hampir dua tahun lalu menjadi topik bualan.Cukup berhati-hati ayat yang meluncur dari bibir cantik penyanyi ini, mahu menjelaskan situasi sekali gus menegaskan hubungan mereka tetap erat. Cuma mungkin Marsha sendiri agak kurang selesa apabila percintaannya semakin diperbesarkan berbanding kerjaya? "Sebenarnya masih terlalu awal untuk menyatakan kami bercinta, namun dia lelaki paling rapat dengan saya ketika ini. Orangnya cukup memahami malah banyak mengajar saya mengenai selok belok dunia bisnes. "Jadi agak kurang manis jika saya pula berlebih-lebih bercerita soal hati. Jika masanya sudah tiba, tiada apa perlu disembunyikan, namun buat masa ini tempoh perkenalan kami belum cukup untuk mengenali hati budi atau untuk melangkah ke fasa seterusnya," kata pemilik Marshalondoh Entertainment itu. Sebagai artis, katanya dia sendiri pernah dilanda pelbagai gosip yang ada kalanya langsung tidak berasas dan berharap jangan pula temannya "Walaupun kami daripada dua bidang berbeza, persahabatan kami cukup serasi. Jika cerita mengenai sikapnya disebarkan tanpa diketahui puncanya, saya sendiri pernah melalui saat itu dan hanya berharap dia mampu bersabar. "Memang keluarga saya juga sudah mengenalinya tetapi itu tidak bermakna hubungan kami semakin serius. Kalau boleh saya enggan lagi bercakap soal perasaan kerana perkara belum ada kepastian," katanya lagi sambil tersenyum manis. Tanpa berselindung, gadis dari Sabah itu menyatakan pernah mengimpikan detik 25 tahun sebagai usia untuknya mendirikan rumah tangga. Begitupun setahun berlalu, membuatkan impian itu dilanjutkan lagi. "Memang kalau cakap soal sedia menggalas tanggungjawab sebagai isteri, saya sudah bersedia sejak tahun lalu. Cuma tiada calon, macam mana nak berkahwin? Kalau terlepas usia ini, maknanya saya perlu tunggu lima tahun lagi untuk berkahwin. "Bukan apa, kebetulan sekarang ini saya masih sibuk dengan promosi album EP yang baru dilancarkan Januari lalu, selain memenuhi tawaran berlakon. Apa pun subjek paling utama iaitu calon suami belum ada, jadi memang belum boleh berkahwin untuk masa terdekat ini," tambahnya lagi diiringi ketawa kecil. Keluarga terima jejaka Melayu MENDEKATI insan bernama Marsha ini, sememangnya dia cukup mudah dihampiri dan begitu peramah, malah biar diaju soalan nakal, tidak pernah sekelumit pun muncul riak kurang senang pada wajahnya. Tatkala persoalan kembali mengenai penerimaan keluarga masing-masing lantaran perbezaan agama dan budaya, katanya ia bukan masalah, kerana kakaknya sendiri berkahwin dengan lelaki India. "Keluarga saya sendiri berkahwin campur, terutama kakak saya. Mereka cukup terbuka jika berbicara soal ini. Tiada yang perlu ditakuti kerana sejak kecil kami sudah biasa hidup dikelilingi kelompok masyarakat berbilang bangsa," katanya seakan memberikan suatu petanda. Enggan memanjangkan isu jodoh, cerita beralih kepada EP sulungnya yang berjudul Yang Pertama apabila turut memuatkan dua lagu nukilannya sendiri, Bila dan Berjanji, selain tiga dendangan lain. Aktiviti seninya juga masih di ambang sinar walau ramai bakat baru muncul, malah terkini Marsha turut muncul dalam filem Cun! arahan Osman "Dalam bidang ini kita tidak boleh terlalu memilih. Saya masih anggap diri ini masih hijau dalam dunia lakonan dan perlu banyak memperbaiki mutu lakonan. Bekerja dengan pengarah berbeza antara kaedah pembelajaran sekali gus menyuntik pelbagai benda baru buat saya," PROFIL; Misha Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 07 Apr 2011 02:59 PM PDT Hip SUATU ketika dulu sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu adalah rancangan komedi paling diminati dan mendapat rating tinggi di TV3 sehinggakan penulis skripnya berhasrat menerbitkan sitkom terbabit ke dalam filem. Bagaimanapun, hasratnya itu tidak kesampaian kerana ketiadaan syarikat penerbitan filem atau produser yang berminat untuk menerbitkan dalam bentuk layar besar. Kini selepas hampir 30 tahun, penulis skrip sitkom terbabit, Profesor Dr Hatta Azad Khan meluahkan isi hatinya berhubung skrip filem komedi yang tertangguh pembikinannya itu menyebabkan ia kemungkinan terkubur begitu saja.Malah, skrip filem yang siap untuk diterbitkan pada tahun 1990 itu masih tersimpan sehingga kini, namun Dr Hatta tidak mampu untuk merealisasikan impiannya kerana faktor pelakon dan masa yang sudah tidak bersesuaian. Tiada siapa yang dapat membantu usahanya untuk mengangkat siri sitkom yang dianggap komedi terbaik penghasilannya ke dalam filem dan tiada ertinya lagi meneruskan usaha itu meskipun terdapat pelakon yang berbakat untuk membawakan watak di dalam sitkom berkenaan. Alasannya, tiada lagi keasliannya jika tidak mengekalkan pelakon asal. Sedangkan beberapa pelakon asal siri Pi Mai Pi Mai Tang Tu sekarang bukan saja sudah berumur tetapi sering menghadapi masalah kesihatan, malahan ada di antaranya sudah pun meninggal dunia.
"Masa itu, Sulaiman Yassin, Imuda, Ahmad Busu, Sabri Yunus, Sathiya dan Angeline Tan masih muda dalam lingkungan 20-an tetapi kini semua sudah berusia sudah tak sesuai lagi nak bawa watak-watak asal mereka, malah watak Pak Uda dan Pak Busu juga tiada pengganti," katanya. Meskipun sudah tidak berminat untuk menerbitkan filem terbabit, namun setiap filem komedi arahannya turut menyelitkan elemen yang terdapat dalam sitkom itu. Karakter seperti kedekut, suka berhutang dan sindiran diterapkan ke dalam filemnya untuk menarik minat penonton dan bertujuan untuk memberi impak kepada penceritaan bagi menimbulkan unsur-unsur komedi. Walaupun hasratnya itu tidak tercapai, namun Dr Hatta bertekad untuk menghasilkan lebih banyak karya filem komedi yang sememangnya sinonim dengan dirinya. "Meskipun saya tak dapat nak keluarkan filem komedi ini, tetapi saya tetap menerapkan elemen yang terdapat dalam sitkom itu ke dalam filem arahan saya nanti. Sekarang ada beberapa skrip filem komedi yang sudah siap cuma menunggu masa untuk pembikinan," jelasnya. Pendedahan berguna kepada pelajar DR HATTA mengaku menggunakan tenaga pelajarnya dalam sesuatu projek filem yang diarahkan bukanlah satu kesempatan untuk menjimatkan kos, tetapi lebih besar daripada itu adalah memberi pendedahan dan pengajaran secara langsung kepada mereka mengenai kaedah penggiat filem menjalankan tugas. Pelajar dari jurusan Pengurusan Industri Kreatif dan Filem daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu diambil bagi mempelajari selok belok perfileman negara serta memberi pandangan terhadap setiap kerja yang dijalankan. "Mereka ini bukan saja dapat belajar cara orang filem buat filem, malah turut diberi praktikal cara mengendali peralatan yang digunakan, malah turut merasai apa yang krew-krew rasa. "Mereka juga akan memberi cetusan idea kepada saya dalam setiap babak yang akan dibuat kerana mereka masih muda dan idea mereka sangat diperlukan bagi menampakkan kesannya. "Lagipun filem yang saya hasilkan lebih kepada golongan muda jadi idea mereka sangat diperlukan dalam memberi pandangan dan pendapat bagi setiap babak," katanya. Walaupun masih bergelar penuntut, namun cetusan idea yang diberikan akan menyuntik lagi jalan cerita supaya lebih menarik dan bersesuaian dengan golongan muda. "Saya cuma pandai buat filem untuk menghiburkan semua anggota keluarga tetapi untuk memuaskan hati semua lapisan umur, saya memerlukan idea yang berkualiti daripada golongan muda," jelasnya. Walaupun golongan pelajar ini dianggap masih baru, namun Dr Hatta menganggap setiap idea yang diajukan kepadanya akan diteliti dan disesuaikan dengan babak asal di dalam skrip supaya tidak lari daripada jalan ceritanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |