Zon Artis |
(Gambar) Krisdayanti & Raul Lemos Selamat Bernikah Posted: 20 Mar 2011 03:53 AM PDT
Akhirnya, pasangan yang pernah mencetuskan kontroversi, Krisdayanti dan Raul Lemos telahpun sah bergelar suami isteri pada pagi tadi. Pernikahan mereka berlangsung di masjid Shaid Nurul Iman di Hotel Grand Sahid jaya, Jakarta. Pada majlis yang berlangsung dalam suasana sederhana itu, Krisdayanti menerima mas kahwin berupa peralatan kelengkapan solat. Jangan tak tahu, sejurus mereka sah bergelar suami isteri, Raul Lemos telah merangkul Krisdayanti dan mengucup bibir'nya. Bukan sekali Raul Lemos mengucup bibir Krisdayanti, tetapi sebanyak 3 kali. Perghhh.. Romantik sungguh. Tahniah dari kami kepada Krisdayanti dan Raul. Semoga pernikahan anda ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat. InsyaAllah. Oh ya, Anang tidak hadir ke majlis pernikahan Krisdayanti dan Raul kerana dia dikatakan sedang menghidap selsema. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
(Tahniah!) Faizal Tahir Terima Kehadiran Cahaya Mata Ke-4 Posted: 20 Mar 2011 01:24 AM PDT Walaupun banyak cerita kurang enak yang kami dengar mengenai rumahtangga Faizal Tahir, namun yang pastinya dia dan isteri tetap bahagia. Buktinya, isteri Faizal Tahir iaitu Siti Raihanim Noran telah selamat melahirkan anak keempat mereka, bayi perempuan seberat 3.28kg pada hari Sabtu (semalam bersamaan dengan 19 Mac 2011) pukul 1.55 pagi. Oleh itu, kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Faizal Tahir diatas kehadiran cahaya mata yang keempat ini. Kami turut mendoakan agar rumahtangga Faizal Tahir terus utuh. Amin.. KLIK: Dah macam pertandingan gusti la pulak diorang ni Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Zon Artis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |