Adsense

Ahad, 20 Mac 2011

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


(Gambar) Perkahwinan Kris Dayanti & Raul Lemos Di Jakarta

Posted: 19 Mar 2011 08:47 PM PDT





google: kris dayanti dan raul lemos, gambar kris dayanti dan raul lemos, foto kris dayanti dan raul lemos, gambar kahwin nikah kris dayanti dan raul lemos, foto kahwin nikah kris dayanti dan raul lemos, gambar terbaru terkini perkahwinan pernikahan kris dayanti dan raul lemos, majlis perkahwinan pernikahan kris dayanti dan raul lemos, berita perkahwinan kris dayanti dan raul lemos

Miera Leyana Minta Maaf, Tak Sedar Baju Terlampau Seksi

Posted: 19 Mar 2011 08:44 PM PDT


KUALA LUMPUR: Pelakon Miera Leyana memohon maaf kepada semua pihak atas kesilapannya mengenakan pakaian seksi sehingga menampakkan sedikit sisi payudaranya.

Katanya, dia tergesa-gesa memilih pakaian rekaan Wan Huzairil tersebut pada pagi Jumaat lalu untuk menghadiri majlis makan malam anjuran Rafflesia dan Mandalay di Hotel Le Meridien, di sini, pada hari yang sama.

"Saya memohon maaf kepada yang tidak menyenangi apabila melihat saya berpakaian seperti ini. Saya tidak sempat mencuba terlebih dahulu pakaian ini kerana baru mendapatnya daripada pereka fesyen pada pagi tadi.

"Saya sendiri yang memilih pakaian ini kerana nampak sangat cantik dan lain dari lain. Tak sangka pula apabila pakai, jadi seperti ini.

"Kalau saya pakai tiub, nampak tak cantik pula sebab pakaian ini terdedah di belakang," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, pelakon filem Apokalips yang bakal muncul di pawagam ini akan berhati-hati memilih pakaian agar tidak berlaku insiden seperti itu.

Miera mula tidak selesa mengenakan pakaian tersebut setelah ramai yang memerhatikannya dengan pandangan pelik dan ada juga yang datang kepadanya untuk menegur.

"Saya bersedia menerima teguran orang ramai dengan terbuka tentang pakaian saya ini dan berjanji tidak akan melakukan kesilapan yang sama," akhiri pelakon drama Luna Fantasiku dan Kamelia Katrina ini dalam nada kesal.

Irma Hasmie Nekad Bertudung Selepas Pulang Umrah

Posted: 19 Mar 2011 08:44 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pengalaman mengerja umrah selama dua minggu di Mekah pada bulan Februari lalu membuatkan pelakon Irma Hasmie tertarik untuk terus bertudung litup.

Bekas kekasih Nabil Raja Lawak ini pergi ke sana dengan ditemani ibunya. Seperti orang lain, dia juga berniat untuk menjadi seorang insan yang lebih baik selepas pertama kali menjejakkan kaki ke tanah suci.

Menyentuh tentang karier lakonannya selepas ini, Irma masih terbuka menerima apa sahaja watak yang diberikan asalkan dia dibenarkan bertudung dan menutup aurat.

"Alhamdulillah, walaupun bertudung saya masih ditawarkan berlakon dalam beberapa drama dan tidak menganggap perubahan ini akan menutup rezeki saya.


"Saya tidak kisah dengan watak yang diberikan asalkan tidak melanggar keperibadian saya sekarang," katanya dalam satu temubual.

Seminggu selepas pulang dari umrah, terus Irma menerima tawaran berlakon telefilem Mencari Bidadari untuk RTM. Kebetulan karakter dalam telefilem itu merupakan seorang wanita bertudung.

Selain itu, dia turut menerima tawaran beberapa drama lain termasuk untuk TV9 dan drama Kelab Wau.

Irma akui ramai peminat yang memberikan reaksi positif kepadanya selepas tiga minggu mengenakan penampilan muslimahnya itu.

"Saya buat perkara elok, jadi sudah tentu ramai yang gembira. Saya minta Allah memberkati peminat yang sentiasa mendoakan kebahagiaan saya.

"Saya menolak perkara negatif yang mungkin akan berlaku selepas ini. Perubahan ini dilakukan untuk mencapai kesempurnaan dan merupakan perkara yang dituntut dalam agama.

"Jika kita ingat Allah, jadi Dia juga akan dekat dengan kita," ujarnya yang turut pernah ditawarkan menjadi model tudung.

Bagaimanapun dia terpaksa menolak tawaran tersebut sebelum ini atas sebab masih terlalu awal dan belum bersedia.

One 'E' and 'A' Juara Band Kampus Suria FM

Posted: 19 Mar 2011 08:43 PM PDT


KUALA LUMPUR: Kumpulan One 'E' and 'A' dinobatkan sebagai juara pertandingan SURIASHOWDOWN! Band Kampus Terbaik 2011 di Stesen Sentral di sini, Sabtu.

Dengan kemenangan tersebut, band mewakili Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam ini berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 dan kontrak rakaman dengan label erama records.

"Kami aktif menyanyi dalam satu band di universiti dan mengambil masa lapang pada waktu malam untuk berlatih menyanyi dan bermain muzik.

"Untuk peringkat akhir pertandingan ini, kami hanya mengambil masa latihan selama seminggu.

"Selepas menang, kami sangat bersyukur dan tidak sabar untuk membuat persembahan atas tiket menjadi artis rakaman berbanding sebelum ini," kata Firdaus mewakili kumpulan tersebut.

Mereka mempertaruhkan lagu Bisikan Asmara nyanyian Datuk Siti Nurhaliza dan lagu ciptaan sendiri berjudul Bukan Milikmu Lagi.

"Kami agak bertuah kerana mempunyai vokalis yang pernah menyertai program realiti One In A Million, Fifi. Jadi, penyertaannyadalam band ini dianggap sebagai satu bonus," ujarnya lagi.

Selain Firdaus dan Fifi, One 'E' and 'A' turut dianggotai oleh Shawal, Helmi dan Shahnaz. Mereka sama-sama menuntut di Fakulti Muzik.

Sementara itu, band Nastia diumumkan sebagai naib juara dan membawa pulang wang tunai RM5,000 manakala tempat ketiga dimenangi oleh Kekabu (RM3,000).

Band-band lain yang hanya layak membawa pulang hadiah saguhati adalah Alphabetical Theory, The Crave, Classmate, Malaaiqa Sofea, Burst Of The Messkid, Melody Of Malaya, Green House dan A Dare Morning.

Sesi uji bakat pertandingan ini bermula pada 29 Januari lalu turut melibatkan penyertaan dari bahagian utara tanah air, Pantai Timur, Selatan.

Pertandingan tersebut diadili oleh Suby (Suria FM), Sham Kamikaze dan Stacy.

Turut menghiburkan pada acara akhir ialah persembahan dari Stacy dan kumpulan Pesawat.