Adsense

Ahad, 20 Mac 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


‘Pemimpin Tertinggi Pembangkang’ Kantoi Video Seks.

Posted: 20 Mar 2011 10:52 PM PDT

Ai terkejut dengan berita tergempar sebentar tadi yang dipaparkan di The Star Online bertajuk, Top 'Opposition leader' caught on sex video. Walaupun Ai menulis untuk bahagian hiburan, tapi Ai juga merupakan rakyat Malaysia yang mempunyai kuasa mengundi, jadi Ai tetap nak tulis pasal kes video kantoi ni.

Menurut The Star, video tersebut mempunyai wajah mirip seorang pemimpin tertinggi parti pembangkang bersama seorang wanita yang dipercayai merupakan pelacur asing. Video yang berdurasi 30 minit dirakam pada 20 Februari, telah dijumpai dalam sebuah hotel di Kuala Lumpur oleh satu kumpulan yang diketuai oleh Datuk T.

Beberapa pihak media seperti The Star, Bernama, Utusan Malaysia, NST, & China Press telah dijemput untuk menonton rakaman video di sebuah bilik hotel bagi mengesahkan dakwaan Datuk T. Kesemua media telah diperiksa dan tidak dibenarkan membawa masuk apa-apa alat rakaman untuk mengelakkan video tersebut tersebar. Video tersebut kemudiannya akan dihantarkan kepada ahli politik & isterinya dalam masa seminggu dari sekarang.

Ai tak sangka, lepas kejadian video seks Chua Soi Lek yang mengegarkan satu dunia pada tahun 2008, nampaknya ahli-ahli politik ini tidak ambil pengajaran. Ai tahu, ada juga pemimpin tertinggi yang baik-baik, tapi disebabkan kes macam ni, habis rosak susu sebelanga.

Ai tak mahu, kalau negara kita nanti diketuai oleh pemimpin yang perangainya buas macam Perdana Menteri Italy, Silvio Berlusconi. Habis semua anak dara, pelacur & escort girl dikekahnya. Ai memang tak suka yuh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

(Gambar) Selebriti Wanita Yang Gorgeous Di Malam Gala Rafflesia 2011

Posted: 20 Mar 2011 09:58 PM PDT

Fuh, lip lap lip lap baju Rozita Che Wan di Malam Gala Rafflesia 2011. Kalau pasang spot light, boleh terang satu hall. Itu belum lagi anda tengok baju-baju selebriti wanita yang lain seperti Nasha Aziz, Natasha Hudson, Intan Ladyna, confirm rambang mata. Pernah terfikir tak, berapa kos buat baju untuk selebriti-selebriti ni? Kami jamin, cecah ribuan.

Kredit penuh kesemua gambar kepada Hafiz, pemilik blog fesyen CuteCarry. Katakan hi kepada dia. Layankan gambar-gambar selebriti wanita kita yang gorgeous ini tanpa rasa dengki. Enjoice!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.