Adsense

Rabu, 23 Mac 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Luhur seni Najwa

Posted:

Luhur seni Najwa

Luhur seni Najwa

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar MOHD. ARIF RAMELI (Pelatih UNISEL) dan ihsan NADA BIRU MUZIK


NAJWA bercita-cita untuk menjadi seorang anak seni yang dihormati.


SEPATUTNYA hari bersejarah itu diraikan dengan penuh riang dan bahagia sekali. Namun, entah mengapa hati wanitanya terusik dan tanpa disedari air mata mengalir ke pipi gebunya itu.

"Saya mula menyanyi sejak berusia tujuh tahun. Sejak daripada itu, saya menyimpan angan-angan untuk memiliki album sendiri. Lalu, apabila dapat memegang dan melihat album ini berada di tangan saya, serta-merta saya menjadi sebak.

"Alhamdulillah, segala perancangan dan perjalanan yang saya lalui selama ini boleh dikatakan hampir lengkap dengan terhasilnya album ini," ujar Najwa Mahiaddin atau lebih popular dengan nama pentas, Najwa sambil menyeka air matanya.

Penyanyi dan komposer berbakat besar itu berkata demikian pada majlis pelancaran album sulungnya, Innocent Soul yang berlangsung di Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Malah, gadis berusia 24 tahun ini juga tidak mahu masyarakat terus melihat status dan latar belakangnya sebagai anak kepada seorang yang ternama di negara ini sebagai satu halangan untuknya terus berkarya.

Memang benar. Najwa boleh dikategorikan sebagai seorang yang cukup bertuah kerana dia memiliki segala-galanya. Tetapi tuahnya itu berganda kerana dia dikurniakan dengan bakat yang cukup istimewa menerusi vokalnya yang mantap.

Sejak dia muncul dengan lagu Kau Yang Punya hasil kolaborasinya dengan Malique, ramai yang mula mencari empunya suara sakti yang mengalunkan lagu tersebut.

Ternyata, ramai yang kagum dengan kehebatan vokalnya itu lalu meletakkan nama Najwa sebagai antara bakat baru yang wajar diberikan perhatian dan mampu untuk pergi jauh di dalam industri.

Malah, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza sendiri pernah meminta lagu daripada Najwa untuk dimuatkan dalam album terbarunya namun, ia ditolak dengan baik oleh Najwa atas alasan masih belum bersedia.

"Saya masih muda dan banyak lagi yang saya mahu belajar dalam industri ini. Insya-Allah, kalau masanya sudah tiba dan saya benar-benar sudah bersedia untuk menulis lagu untuk Siti dan penyanyi lain, saya akan melakukannya," katanya tanpa selindung.

Najwa menceburi bidang seni kerana kecintaan yang mendalam terhadap muzik yang sudah menjadi darah dagingnya sejak kecil lagi. Atas alasan itu, Innocent Soul mempunyai signifikan tersendiri dalam hidupnya.

Setiap pendapatan yang diterima menerusi persembahan yang dijayakan selama meniti perjalanan seninya, disimpan sebahagiannya untuk melahirkan album dengan hasil titik peluhnya sendiri.

"Saya harus akui bukan mudah untuk melahirkan Innocent Soul kerana saya perlu memantapkan diri dan memperkenalkan nama saya terlebih dahulu.

"Saya bertuah dan terharu kerana masyarakat dapat menerima bakat saya. Apa yang saya harapkan Innocent Soul mampu memberikan gambaran jelas tentang siapa diri saya yang sebenar," ujar Najwa yang cukup bijak berbicara ini lagi.

Album Innocent Soul yang memuatkan 10 buah lagu berbahasa Inggeris itu diterbitkan oleh Najwa selaku penerbit eksekutif menerusi syarikatnya, Nada Biru Muzik Sdn. Bhd. dan diedarkan oleh Warner Music Malaysia.

Single pertamanya, Sweet October dan terbaru, Got To Go yang merupakan komposisi sepenuhnya oleh empunya diri itu mula meraih perhatian meluas dan sedang mendaki carta lagu-lagu popular di seluruh negara.

Kerja-kerja penerbitan dan rakaman album tersebut mula dijalankan sekitar setahun lalu di Jakarta, Indonesia dan juga Malaysia.

Malah, Najwa mempunyai alasan sendiri mengapa dia sanggup terbang ke Tanah Jawa itu semata-mata hendak memastikan 'bayi' sulungnya itu menepati piawaian serta berada di tahap kualiti yang tinggi.

Atas alasan itu juga, dia tekad menggunakan khidmat komposer dan penerbit album, Widi Puradiredja yang juga salah seorang ahli anggota kumpulan popular Indonesia, Maliq & D'Essentials.

"Bukan tidak percaya dengan bakat tempatan dan jauh sekali untuk meminggirkan mereka, tetapi saya mahu memperjuangkan muzik neo-soul yang masih lagi baru dalam pasaran muzik tempatan.

"Saya percaya dengan kredibiliti Widi kerana muzik yang mereka perjuangkan hampir sama dengan genre muzik saya. Jadi, kesefahaman dan keserasian sudah terbentuk di situ lalu memudahkan rakaman serta penerbitan album ini.

"Saya tetap tidak melupakan anak tempatan apabila menggunakan khidmat Jason Voo dan Rozhan Razman untuk dua buah lagu dalam album ini," katanya yang menulis kesemua lirik lagu di dalam album itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Danny sahut cabaran

Posted:

Danny sahut cabaran

Danny sahut cabaran

Oleh ASLIZA MUSA
Gambar MOHD. NAJIB MOHD. NOR


Danny X- Factor bersama tunangnya, Saidatul Fazlin Zakaria.


KALI pertama bertemu sekitar setahun yang lalu, pasangan ini tidak pernah menyangka perkenalan melalui kenalan itu akan membawa mereka ke satu perhubungan yang lebih serius.

Namun, suratan menentukan bahawa kedua-duanya sebenarnya mempunyai misi yang sama iaitu mencari pasangan serasi bagi menempuh alam baru.

Tidak mahu berputih mata melihat si bunga dipetik kumbang lain, sang jejaka mula mengambil langkah berani dengan mendekati dan melamar si gadis.

Walaupun lamaran itu diterima, namun keraguan masih bersarang di minda si gadis sehingga membuatnya mencabar sang jejaka supaya melamarnya sendiri di hadapan ibu bapanya.

Tidak gentar dengan cabaran itu, sang jejaka mula mengatur langkah menyahut cabaran tersebut dan ia membuahkan hasil sebaik si gadis menyatakan kesediaan untuk menerimanya dengan seadanya.

Begitulah antara rentetan percintaan yang dilalui oleh pengacara dan pelakon, Khardanie Anwa, 31, atau lebih dikenali dengan nama pentas Danny X-Factor bersama pilihan hatinya, Zaidatul Norfazlin Zakaria (Lin), 25.

Diikat dengan tali pertunangan dalam satu majlis yang berlangsung di Tronoh Mines, Kampar, 20 Mac lalu, pasangan sama cantik sama padan ini mengakui mereka masih belajar mencintai antara satu sama lain.

"Saya rasa macam tidak percaya sudah menjadi tunangan Lin. Rasa seperti saya sedang berada di set penggambaran dan melakonkan babak pertunangan. Rasa macam mimpi.

"Namun saya bersyukur kerana ini memang hari yang saya nantikan. Lin wanita untuk saya dan saya gembira kerana hubungan kami berjaya sampai ke tahap ini," kata Danny saat ditemui selepas berlangsungnya majlis pertunangannya dengan Lin.

Pada majlis serba ringkas itu, Lin yang anggun mengenakan busana berwarna perak menerima sebentuk cincin pertunangan yang disarungkan ibu Danny, Shamsiah Shiraku.

Danny yang kini merupakan pengacara program dokumentari Agro-Xplorasi bersama Annahita Bakavoli dan Nazrudin Rahman (Naz) turut menerima sebentuk cincin yang disarungkan ibu Lin, Siti Zabedah Samaon.

Pada majlis pertunangan itu, pihak lelaki menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas dengan tujuh dulang daripada pihak perempuan.

Kedua-dua pihak juga bersetuju mengikat tali pertunangan dalam tempoh enam bulan manakala wang hantaran dirahsiakan.

Menyambung bicara, Danny yang bakal memegang watak Ahmad Albob dalam drama bersiri Ahmad Albob Yang Punya menerusi slot Lagenda tidak lama lagi berkata, kematangan dan keperibadian pramugari syarikat penerbangan AirAsia itu merupakan perencah utama yang mengikat hatinya terhadap wanita itu.

"Kami berkenalan tidak lama hanya sekitar setahun lalu namun mula rapat tanggal 1.11.11 dan saya yang memulakannya dulu dengan meminta nombor telefon Lin untuk dihubungi.

"Saya masih ingat lokasi dating kami yang pertama adalah di restoran mamak di Sri Petaling. Saya hubungi Lin untuk berjumpa dan rupa-rupanya dia juga menantikan panggilan saya.

"Walaupun dia baru balik bertugas dari penerbangan ke London, kami tetap berjumpa pada malam itu dan disitulah berputiknya percintaan kami," katanya sambil tersenyum memandang Lin yang setia menemani usai majlis itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.