Adsense

Rabu, 23 Mac 2011

Sensasi

Sensasi


4 Fakta yang anda tak tahu!

Posted: 23 Mar 2011 11:13 AM PDT


Fakta 1 :

Anda tidak boleh menyentuh semua gigi anda dengan lidah anda…




Fakta 2 :
Setelah membaca Fakta 1 kamu terus mempraktikkannya tanpa berpikir panjang


Fakta 3 :
Setelah baca Fakta ke 2 anda tersenyum pahit ….
dan berkata dalam hati "Hampeh..! aku dah terkena nih!"



Dan…

Fakta 4 :
Setelah anda membaca Fakta 3 anda berniat untuk copy lawak bodoh ni kepada geng korang yang lain untuk kenakan diaorang seperti korang yang telah terkena ………!!!

pembetulan fakta....

tajuk nie sebenarnya 4 Auta yang anda tak tahu

Lisa Surihani masuk UITM ,ambik jurusan Eletrical Engineering??

Posted: 23 Mar 2011 10:58 AM PDT


Lisa Surihani telah digembar gemburkan bakal melanjutkan pelajaran dalam jurusan Eletrical Engineering di UITM.

Sehelai borang penilaian UITM,telah di siarkan,,,dimana nampak ssangat lah gambar yang digunakan tue gambar posing yang dah lama wujud dlm alam maya nie...mana mungkin borang permohonan atau penilaian sume pakai gambar posing tepi...semua mesti passport size laa..hadoi..

yang kelakarnyer ada jugak yg percaya gosip kambeng ini...

paling tak masuk akal dalam borang nie kat Modul atau ijazah ,ada tertera nama Farid Kamil..hihi...lecturer ke apa...lawak je..

EE210 adalah jurusan Ijazah Eletrical Engineering kat UITM.


Trailer Filem Karak,sangat menyeramkan,,

Posted: 23 Mar 2011 10:49 AM PDT



Kalau nak feel seram try la tengok video nie tengah malam mcm skrg nie..,huaaa..
filem nie bakal ditayangkan pada 26 May 2011..

Rahim Tamby Chik & Dato Eskay dikatakan sebagai dalang video Seks Dato Seri Anwar Ibrahim

Posted: 23 Mar 2011 10:46 AM PDT



Sekali lagi Dato Seri Anwar Ibrahim dikaitkan dengan skandal yang mengaibkan maruah dirinya.Akhirnya DSAI membuat laporan polis menafikan org di dalam Video rakaman seks dengan pelacur bukan dirinya.

Cuba korang try tengok Video kat atas nie,tentang dalang yang membuat rakaman Video ini.
Ada disebutkan mengapa org yang di dalam Video tue memang mirip DSAI,tetapi ada perbezaan nya. panasss~ mcm2 hal la..politik nie...

Anwar lapor polis nafi dirinya dalam video seks
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi berhubung rakaman video aksi seks yang ditayangkan kepada wartawan di Carcosa Seri Negara semalam.

Beliau tiba di IPD Dang Wangi pada pukul 10.35 pagi dengan ditemani isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan keluar pada pukul 12.05 tengah hari.

Dalam laporan yang salinannya diedarkan kepada media itu, Anwar menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video itu.

"Ini adalah serangan mengaibkan, melampau dan bermotif politik ke atas karaktor serta reputasi saya dan keluarga saya," kata Anawar dalam laporan polis itu. - Bernama

Seram: Kejadian pelik berlaku semasa penggambaran Kum Kum The Series

Posted: 23 Mar 2011 10:31 AM PDT

Pengarah Kum-Kum The Series, Michael Ang mengakui terpaksa berhadapan dengan beberapa peristiwa seram dan pelik sepanjang melakukan penggambaran drama Kum-Kum The Series.

Walau pun begitu, ia tidak pernah mematahkan semangat dia dan pelakon-pelakon lain untuk meneruskan penggambaran drama tersebut.

"Kami lakukan penggambaran di tempat-tempat yang sememangnya menyeramkan iaitu di sebuah rumah yang dimiliki oleh kerabat diraja Kedah.

"Saya sendiri ternampak sebuah lembaga di dalam skrin dan ketika saya lihat di keluar skrin memang makhluk itu berada di atas pokok," katanya.

Kata Michael, bukan dia sahaja yang menerima kejadian aneh tersebut, kru produksi turut menerima gangguan apabila barang-barang yang sudah dimasukan dalam beg ditemui berselerak di sebuah bilik yang sememantgnya tidak digunakan mereka.

"Selepas penggambaran kami siap kemaskan barang tapi bila ingin bergerak, seorang daripada kru produksi memberitahu ada barang yang belum dikemas lagi.

"Baju dan barang tersebut berselerak di sebuah bilik yang langsung tidak digunakan," katanya.

Sementara itu, pelakon Didie Alias turut berkongsi pengalaman apabila adegan jampi yang dilakukan di sebuah tanah perkuburan akhirnya terpaksa dibatalkan akibat hujan petir secara tiba-tiba.

"Walaupun ia bukan jampi yang betul tetapi ayat-ayat tersebut seperti memuja mungkin secara tidak langsung mempunyai kesan kepada makhluk lain. Ditambah dengan penggambaran tersebut dilakukan di sebuah tanah perkuburan lama.

"Saya melakonkan watak memuja mayat yang mana mayat tersebut hanyalah patung, tetapi bila mulakan babak tersebut tiba-tiba hujan, kilat, petir turun tanpa sebarang tanda awal," katanya Didie.

Tambah Didie, babak tersebut akhirnya dilakukan pada hari lain.

Pengalaman Marsha pula berbeza apabila dia tidak dapat melelapkan mata semalaman kerana terbau bunga Harum Sundal Malam sepanjang malam.

"Saya memang seorang penakut, satu hari selepas penggambaran saya balik kerumah dan ingin melelapkan mata.

"Tapi saya rasa ada sesuatu bau yang lain bukan dari pewangi rumah. Ia seperti bau Bunga Harum Sundal Malam," katanya.

Drama 13 episod ini merupakan kesinambungan telefilem Kum-Kum yang disiarkan pada tahun lalu.

Menurut Micheal, skrip adalah berdasarkan cerita-cerita yang pernah menjadi buah mulut masyarakat.

"Cerita tentang hantu Kum Kum pernah menjadi topik hangat pada tahun 80-an. Dari sumber rujukan yang saya dapat, saya olah menjadi sebuah cerita yang menarik.

"Bagaimanapun ia tetap mengekal jalan cerita asal yang diceritakan oleh masyarakat," katanya.

Drama ini mengisahkan Mawar (Marsha Londoh) seorang gadis yang kurang keyakinan diri dan percaya dengan ilmu hitam untuk kelihatan cantik.

Disebabkan keghairahan untuk menjadi cantik dan mendapatkan lelaki yang dicintai dia terpaksa membunuh 21 perawan dalam masa 41 hari.

Drama ini dibintangi oleh Marsha Milan Londoh, Didie Alias, Elfira Loy, Shahanaz dan Sharifah Shahora.

Bakal disiarkan bermula pada 12 April, setiap Selasa, pukul 9.30 malam di saluran Astro Ria.

Video Lawak : Bukan semua cantik subjektif

Posted: 23 Mar 2011 08:33 AM PDT



hahahaha lawak la video nie..u all mesti tgk mcm mana si Lutfi nie berubah menjadi seorang yang tampan dan sasa dan macam2 lagi la.. sumpah lawak. congratz brader .