Berita Harian: Hip |
Posted: 22 Mar 2011 06:29 PM PDT Hip SETIAP kali nama Black diumumkan akan muncul di pentas siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2010), pastinya suasana menjadi gamat dengan suara sorakan daripada peminat. Inilah yang berlaku sepanjang anak muda ini menyertai siri jelajah ABPBH2010 sejak di Shah Alam hingga ke Kuantan dan seterusnya di Sungai Petani, Kedah serta di Kompleks Bandar Baru Pasir Gudang, Johor, Ahad lalu. Sambutan yang dilihat 'luar biasa' itu menghairankan juga di kalangan rakan artis lain. Ini termasuklah penyampai radio Hot FM, Faizal Ismail dan Along. Ketika Faizal dan Along muncul, reaksi penonton biasa sahaja. Sebaliknya apabila Faizal mengumumkan kehadiran Black, suasana dalam kompleks membeli belah utama di Pasir Gudang ini macam hendak 'pecah'. Itulah penangan Black. Biarpun dikenali sebagai penyanyi, Black juga pandai mengambil hati dan menghiburkan peminat. Sering kali juga dia menjadi mangsa 'buli' daripada rakan-rakan artis lain.Dipanggil hitam, legam, rentung atau sahaja tetapi Black macam tidak kisah. Dia menganggap semuanya itu gurauan semata-mata. Malahan, panggilan seperti itu menjadikan 'sahamnya' semakin mahal apabila dia menerima sorakan dan sokongan tinggi daripada peminat. "Apabila sama-sama terbabit dalam acara pentas sebegini dengan peminat, saya tak rasa dibuli. Malah saya rasa seronok kerana dapat bergurau senda dengan mereka walaupun muka habis comot dan badan berpeluh-peluh. "Atas pentas kita kena terbuka dan jangan berkecil hati dengan apa yang mereka lakukan kepada kita, walaupun ada yang memanggil saya hitam. Tak salah kerana Black pun memang maknanya hitam, jadi buat apa nak berkecil hati," katanya.
Meskipun terpaksa mengotorkan muka dan pakaian sekalipun, Black tidak berasa terhina atau dibuli peminat. Baginya peluang keemasan ini tidak akan dilepaskan, malah akan turut serta dalam acara sebegini jika berpeluang mengikutinya lagi. "Bagi saya itu semua adalah jenaka dan ini adalah masa untuk kita berhibur dengan peminat. Jadi buat tak kisah saja kalau ada peminat yang memanggil kita hitam," katanya yang turut menyanyikan lagu Aku Rindu Sayang Kamu dan Sofea Jane untuk menghiburkan peminatnya di Pasir Gudang. Black menghargai peluang yang diberikan Berita Harian kepadanya untuk membabitkan diri dalam acara berkenaan. Bahkan dia berasakan siri jelajah ABPBH 2010 di Pasir Gudang ini adalah yang paling meriah. Menaruh harapan tinggi MUNGKIN kerana terlalu taksub dengan wanita, penyanyi yang lahir daripada program realiti Mentor ini akan muncul bersama album pertamanya Mei depan berjudul Obsesi, yang memuatkan enam lagu menggunakan nama wanita sebagai judulnya. Album hasil sentuhan komposer terkenal tanah air seperti Anjang Jimbara, Iswandi, Syazie dan Audi Mok itu mengambil masa setahun untuk disiapkan, serta turut memuatkan single Sofea Jane. Lagu baru yang dimuatkan dalam album di bawah label Monkey Bone itu ialah Dewi Aleeya, Leia, Natalia dan Gina. Ia dijangka mendapat sambutan peminat berikutan muzik diketengahkan lebih terkini dan rancak. Konsep mengetengahkan lagu menggunakan nama wanita bukan saja bertujuan mendekatkan lagi dirinya dengan peminat, malah diharap mampu mencipta kelainan. "Ia bukan bermaksud saya ini terlampau obses dengan wanita, cuma untuk menimbulkan kelainan di samping membezakan saya dengan artis lain. Album pertama ini kena buat betul-betul sebab itu masa yang diambil agak lama. Manalah tahu, jika pada masa depan rezeki untuk menghasilkan album agak susah, jadi kali ini kenalah buat yang terbaik supaya orang senang ingat," katanya. Malah, Black meletakkan harapan tinggi pada penjualan album secara digital memandangkan proses itu lebih cepat serta memudahkan peminat untuk muat turun.
"Alhamdulillah, sambutan peminat kini semakin kuat sehingga saya juga dicalonkan untuk kali kedua dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010. Justeru saya yakin album ini akan mendapat sambutan apabila dipasarkan nanti," katanya. Tidak mahu berasa selesa dengan pencapaian setakat ini, Black mengaku dirinya harus terus melipat gandakan usaha untuk kekal bersaing dalam industri muzik, seterusnya memahat nama pada kedudukan membanggakan. Apatah lagi saban hari ada saja bakat baru muncul menghiasi persada seni. Rumah tanda kasih Bukan untuk kesenangan dirinya saja, bahkan Black turut bekerja keras mengukuhkan nama serta mencari rezeki demi keluarganya. Akhir tahun ini, dia benar-benar berharap rumah idaman dapat dimiliki untuk keselesaan keluarganya. Meskipun rumah yang didiami kini dianggap selesa, namun baginya memiliki sebuah rumah yang lebih sempurna akan membahagiakan lagi ibu bapanya, sebagai tanda kasih sayang seorang anak. "Insya-Allah, selepas raya nanti saya mungkin dapat miliki rumah sendiri. Rumah sekarang memang selesa, cuma saya nak rumah yang lebih besar dan sempurna untuk keluarga. Saya akan beli rumah teres untuk ibu bapa saya. Saya pula akan tinggal di rumah yang saya diami kini sebab kawan pun ramai dan saya sendiri sudah selesa dengan persekitaran di sini," katanya. Walaupun hanya rumah pangsa, namun Black tidak berasa jelik untuk tinggal di situ sesudah bergelar artis. Baginya, sejauh mana kakinya melangkah, dia tetap tidak akan melupakan asal usul. Black turut mengakui bidang seni tidak akan menjanjikan kemewahan tanpa usaha gigih sendiri. Lalu, dia menjadikan bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan keduanya bagi menjamin masa depan. Pernah membuka butik pakaian suatu ketika dulu, namun ia hanya mampu bertahan selama setahun. Black bagaimanapun tidak patah semangat untuk mencuba bidang perniagaan berasaskan makanan dan menjadikan bakat memasak yang ada pada bapanya sebagai rujukan.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 22 Mar 2011 06:15 PM PDT Hip Deja tidak kisah jika namanya digugurkan daripada musim kedua Terima Kasih CintaBUKAN kisah lakonannya yang menjadi topik perbualan, tetapi selepas si empunya diri selesai membintangi muzikal Terima Kasih Cinta yang sudah melabuhkan tirainya kira-kira dua minggu lalu, cerita yang tersebar kebanyakannya berkisar kepada drama 'memualkan' belakang tabir yang membabitkan dirinya dengan beberapa pelakon lain. Malah kisah sensasi membabitkan pelakon utama teater itu sudah pun tersebar di merata-rata, seterusnya menjadi bahan gosip baik di media cetak, elektronik dan internet. Hanya kerana jambangan bunga, nama Deja Moss menjadi panas kerana dikatakan tidak bersikap profesional serta sengaja mencari masalah dengan pelakon lain, terutama aktres Norish Karman. Pertemuan dengan penyanyi bervokal mantap ini sewaktu dia menghadiri majlis meraikan aktres bergelar finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) Jumaat lalu berjaya merungkai segala pertanyaan berhubung gosip itu. Sambil menyifatkan apa yang disebarkan sebagai perkara remeh dan sengaja diperbesarkan mereka yang tidak bertanggungjawab, Deja turut menyatakan kekesalannya kerana kebanyakan gosip yang tersebar lebih menunjukkan dirinya yang bersalah dan menjadi punca kepada semua perbalahan, sedangkan hakikatnya, apa yang berlaku tidaklah seperti yang diperkata.Cuma tegas Deja, selepas penjelasan ini, dia tidak mahu lagi ada pihak menganggap dirinya sebagai artis bermasalah dan tidak lekas menghukum dirinya sebelum mengetahui kesahihan gosip yang tersebar. Betulkah gosip yang menyatakan Deja tidak memberikan bunga kepada Norish dan Farahdhiya kerana Deja sengaja hendak memalukan mereka di atas pentas?
Bagaimana pula dengan kenyataan yang dikeluarkan Farahdhiya yang menyifatkan tindakan Deja tidak memberikan bunga itu sebagai biadap.
Hip: Khabarnya, pementasan musim kedua teater muzikal Terima Kasih Cinta akan diadakan nanti. Tetapi nama Deja serta tiga pelakon wanita lain akan digugurkan. Apa perasaan Deja?
Apa reaksi suami dan keluarga Deja apabila gosip ini digembar-gemburkan?
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |