Adsense

Khamis, 17 Mac 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Mereka memburu gelaran juara

Posted:

Mereka memburu gelaran juara

Mereka memburu gelaran juara

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar WAHIDAH ZAINAL


SIAPAKAH di antara tiga finalis Raja Lawak musim kelima ini iaitu (dari kiri) Man, kumpulan R2 dan kumpulan Balas akan menjadi pilihan peminat untuk dinobatkan sebagai juara Raja Lawak 5?


TERASA pantas masa berlalu dan tanpa disedari, program realiti pencarian pelawak pelapis negara, Raja Lawak musim kelima (RL5) sudah menghampiri ke kemuncaknya.

Bertempat di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam, Selangor, malam ini bakal menyaksikan seorang lagi peserta dari program tersebut akan dijulang sebagai juara, sekali gus menempatkan diri bersama empat juara RL lain iaitu Yusry Edoo atau Yus (RL1), Ahmad Nabil Ahmad (Nabil - RL2), kumpulan Sepah (RL3) dan kumpulan Kecik (RL4).

Persoalannya kini, siapakah di antara tiga finalis RL5 ini iaitu kumpulan Balas, Man dan kumpulan R2 yang akan menjadi pilihan peminat untuk diangkat sebagai juara?

Memang tidak dapat dinafikan lagi, ketiga-tiga finalis ini mempunyai kekuatan tersendiri dalam mempersembahkan lawak jenaka mereka kepada khalayak. Jika tidak, mana mungkin untuk mereka mara ke peringkat akhir.

Bukan hanya ketiga-tiga mereka, tetapi boleh dikatakan RL5 menyaksikan pertarungan yang cukup sengit setiap minggu kerana bakat yang ditampilkan dalam musim ini semuanya berada atas landasan tersendiri.

Cuma, nasib sahaja tidak menyebelahi mereka yang tersingkir lebih awal untuk berjuang di pentas akhir. Semuanya adalah soal rezeki dan apabila menyerahkan kuasa pemilihan kepada masyarakat, ia adalah sesuatu yang sukar diramal.

Petang Isnin lalu, Hits berkesempatan bertemu dan menyelami perasaan tiga finalis RL5 ini di Country Height Kajang, Selangor. Baik kumpulan Balas, Man dan kumpulan R2, semuanya mahu memburu gelaran juara yang dirasakan mampu membawa mereka ke satu tahap yang lebih tinggi.

Dengan dua tugasan yang menampilkan tema muzikal dan bebas, Balas, Man dan R2 sudah bersedia untuk menggegarkan pentas SACC dengan persembahan mereka nanti.

Lebih mencabar apabila mereka juga akan bersaing dengan juara dan finalis dari empat musim RL dalam pertandingan Maharaja Lawak yang akan bersiaran tidak lama lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Contohi Kurosawa

Posted:

Contohi Kurosawa

Contohi Kurosawa

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar ZAINI HUSIN


DARI kiri: Toyoda Sohaichi, Dr. Mohamed Najib Ahmad Dawa, Maglin Dennis D'Cruz dan Kamaruddin Siaraf pada majlis perasmian Festival Filem Akira Kurosawa di Aswara, Kuala Lumpur baru-baru ini.


AKIRA Kurosawa merupakan pengarah filem tersohor dari Jepun kerana hasil-hasil kerjanya banyak mengubah lanskap dalam gaya pengarahan bukan sahaja di negara matahari terbit itu tetapi juga di negara-negara lain.

Pengarah yang dilahirkan pada tahun 1910 dan meninggal dunia pada 1998 itu contohnya, banyak memperkenalkan corak pergerakan kamera pada era kegemilangannya sehingga ia menjadi ikutan ramai pembikin filem yang lain.

Malah, paling membanggakan industri perfileman Jepun apabila Kurosawa yang telah mengarah 30 buah filem merupakan seorang karyawan yang amat kuat berpegang kepada jati diri bangsanya dalam filem-filem arahannya itu.

Menurut Rektor Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Datuk Dr. Mohamed Najib Ahmad Dawa, nilai-nilai murni yang ada dalam pemikiran pengarah Jepun itu harus dicontohi pembikin filem tempatan.

"Akira Kurosawa merupakan sutradara filem yang berpegang kuat dengan jati dirinya. Ia terbukti dengan penerapan elemen-elemen seni dan budaya Jepun dalam filem-filem arahannya.

"Sebagai contoh, beliau menerapkan elemen itu menerusi filem arahannya berjudul Throne of Blood yang diambil daripada teater tradisional Jepun iaitu Noh agar ia terus popular dan berkembang," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Festival Filem Akira Kurosawa di akademi itu yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Maglin Dennis D'Cruz di Aswara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bagi mengenang sumbangan Kurosawa selama 57 tahun dalam dunia pengarahan, Aswara turut menayangkan 25 filem arahan pengarah itu di Dewan Kuliah Utama Aswara mulai 10 Mac sehingga 20 Mac ini.

Jelas Dr. Mohamed Najib, festival tersebut turut mempamerkan buku dan poster karya-karya Kurosawa, yang dikatakan banyak memberi inspirasi kepada ramai pengarah antaranya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

"Filem berjudul Rashomon yang diarahkan Kurosawa pada 1950 menjadi inspirasi kepada ramai pengarah filem di negara ini seperti P. Ramlee menerusi filem Semerah Padi dan Allahyarham Hussein Hanif dalam filem Istana Berdarah.

"Gaya pengarahan Kurosawa juga menjadi inspirasi kepada ramai pembikin filem hari ini seperti Steven Speilberg, George Lucas dan John Woo. Festival seperti ini diharap dapat memberi pendedahan kepada para pelajar Aswara.

"Selain itu, festival ini juga diharap dapat menarik masyarakat luar terutamanya para pembikin filem tempatan supaya mempelajari teknik, kesungguhan dan nilai-nilai pemikiran yang cuba diterapkan oleh mendiang," jelasnya.

Festival yang dibuka percuma kepada orang ramai itu menayangkan 25 filem arahan mendiang Kurosawa yang meninggal dunia pada usia 88 yang antaranya berjudul Sanshiro Sugata, Drunken Angel dan Seven Samurai.

Antara filem-filem Kurosawa yang ditayangkan ialah The Idiot, I Live In Fear, The Lower Depths, Yojimbo, Sanjuro, High and Low, Red Beard, Dodeskaden, No Regrets For Our Youth, Madadayo dan Stray Dog.

Pesta filem itu yang dianjurkan dengan kerjasama The Japan Foundation Kuala Lumpur, turut memperingati ulang tahun kelahiran Kurosawa yang ke-100 merupakan salah satu aktiviti penting Fakulti Seni dan Video Aswara.

Hadir sama pada majlis perasmian itu ialah Pengarah The Japan Foundation Kuala Lumpur, Toyoda Sohaichi dan Ketua Setiausaha KPKK, Datuk Kamaruddin Siaraf. Maklumat lanjut tayangan filem-filem Akira di festival tersebut, sila layari laman sesawang www.jfkl.org.my

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.