macam macam hiburan terkini |
- Nurul Syuhada Akan Maklumkan Tarikh Kahwin
- Tiara Jacquelina Tidak Percaya Suami Bercinta Dengan Maya Karin
- Yahya Sulong Semakin Uzur, Kadang-Kala Pelupa
- Penyertaan Sam (Bunkface) Dalam The Azenders Tidak Ganggu Kontrak TM
- Hampir 100 Artis Sertai Konsert Terima Kasih Harian Metro
Nurul Syuhada Akan Maklumkan Tarikh Kahwin Posted: 17 Mar 2011 03:28 AM PDT Bagaimanapun, jelitawan itu berkata, dia akan memaklumkan perkara tersebut apabila masanya sudah tiba. "Insya-Allah, kalau ada berita baik, saya akan kongsi bersama dengan anda semua. Itu semestinya," katanya ketika ditemui pada majlis sambutan ulang tahun Avon yang ke-125, di ibu pejabat syarikat kosmetik itu di sini Selasa. Nurul Syuhada ialah jurucakap produk Avon. Ditanya sama ada hari bahagianya itu pada tahun ini, Nurul Syuhada berkata; "kita tunggu dan lihat." Dia pernah dikaitkan dengan calon angkasawan negara Mejar Dr Faiz Khaleed sebelum ini. Sementara itu, Nurul Syuhada yang juga bekas pengacara Nona berkata, dia berasa cukup bertuah kerana diberi kepercayaan oleh syarikat kosmetik itu untuk tampil sebagai wajah Avon. "Saya rasa menjadi jurucakap set mekap Avon Colours amat serasi. Ini kerana saya turut terlibat dalam banyak aktiviti luar serta menghadiri acara-acara lain. "Dengan penawaran set mekap ini, ia bermakna saya tidak mempunyai alasan lagi untuk tampil cantik di mana sahaja. Sama ada kita panjat gunung, mengembara dalam hutan, hadir ke majlis rasmi, kita akan tampil cantik, segar dan menawan dengan produk kosmetik Avon," jelasnya. Mengenai perkembangan kerjayanya, Nurul Syuhada berkata, dia masih mengacarakan Majalah TV3, bergelar wartawan penyiaran stesen televisyen itu serta menjadi pengacara Misi Hari Ini yang ke udara seminggu sekali. "Apa-apa pun, prioriti masih kepada Majalah Tiga," katanya. google: nurul syuhada, nurul syuhada facebook, nurul syuhada blog, nurul syuhada twitter, nurul syuhada seksi, nurul syuhada hot, nurul syuhada terkini terbaru, gambar tunang nurul syuhada, gambar terbaru terkini nurul syuhada, gambar tunang nurul syuhada, tarikh kahwin nurul syuhada, gambar tunang nurul syuhada, berita kahwin nurul syuhada, nurul syuhada putih gebu, nurul syuhada dan tunang |
Tiara Jacquelina Tidak Percaya Suami Bercinta Dengan Maya Karin Posted: 17 Mar 2011 03:20 AM PDT Menurut Tiara, dia menyimpan kepercayaan seratus peratus kepada suaminya dan tidak pernah mencurigai kesetiaan tersebut. "Saya merasakan sayalah wanita paling bertuah mempunyai suami yang baik. Saya rasa tak ada suami dalam dunia yang mencintai isterinya sebaik suami saya," katanya. Beliau bercakap demikian kepada pemberita selepas mengumumkan teater muzikal, The Secret Life of Nora di Kota Damansara di sini, Rabu. Turut hadir, Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani. Teater muzikal tersebut bakal diadakan pada akhir bulan September ini di Istana Budaya. Sebelum ini, ada laporan mengatakan kononnya Maya menjalin hubungan dengan Effendi yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri tetapi ia dinafikan aktres itu. Gosip tersebut bagi Maya, adalah sesuatu yang tidak berasas dan langsung tidak masuk akal. Tiara memberitahu, dia sering menasihatkan rakan-rakannya yang ingin mendirikan rumah tangga supaya mengambil contoh lelaki sebaik suaminya. google: tiara jacquelina, tiara jacquelina facebook, tiara jacquelina blog, tiara jacquelina twitter, tiara jacquelina seksi, tiara jacquelina hot, tiara jacquelina putih, tiara jacquelina dan suami, tiara jacquelina dan keluarga, tiara jacquelina 2011, tiara jacquelina terkini terbaru, kontroversi tiara jacquelina, gosip cinta suami tiara jacquelina, tiara jacquelina dan anak, gambar tiara jacquelina dan suami, suami tiara jacquelina, gambar anak tiara jacquelina dan suami |
Yahya Sulong Semakin Uzur, Kadang-Kala Pelupa Posted: 17 Mar 2011 03:18 AM PDT Isteri beliau, Datin Alisah Ali, 64, berkata, Yahya akan menyelongkar dapur dan laci untuk mencari sesuatu tanpa tujuan pada tengah malam dan gemar keluar dan masuk sambil mengunci rumah. "Saya beritahunya supaya jangan mengunci pintu rumah jika dia hendak keluar sekejap kerana takut apa-apa berlaku dan saya tidak mempunyai kunci penduanya ketika itu. "Saya tidak dapat tidur lena kerana bimbangkan kesihatannya," luah Alisah ketika ditemui di rumahnya di Pangsapuri Seri Perak, Bandar Baru Sentul, Rabu. Freddie Fernandez (kiri) ketika melawat Yahya bersama beberapa ahli Karyawan pada Rabu. Yahya dikunjungi Biro Pemuzik Profesional, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan). Ia turut dihadiri, Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez dan Pengerusi Biro tersebut, Aznan Alias serta rakan artis seperti Radhi Khalid dan Nassier Wahab. Dalam kunjungan itu Karyawan memberikan sumbangan berupa cek sebanyak RM2,000 untuk rawatan perubatan beliau. Menurut Alisah, suaminya mengalami asma, sakit jantung, sukar bernafas malah baru sahaja dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) seminggu yang lalu. Katanya, Yahya sebelum ini sudah dua kali dimasukkan ke Hospital Ampang tetapi terpaksa ditukarkan ke HKL ekoran kos pengangkutan untuk dia ulang-alik menjaga suaminya itu yang tinggi. Alisah Ali, isteri yang tabah menjaga suaminya. Kos tambang teksi mencecah RM17 sekali perjalanan sementara bas awam memerlukan pertukaran sebanyak tiga kali dari kediamannya di Sentul ke hospital tersebut. Alisah memberitahu, suaminya sebelum ini pernah menerima pencen bulanan sebanyak RM500 sebulan daripada Karyawan tetapi sumbangan itu telah dihentikan sejak empat bulan lalu ekoran krisis kepimpinan yang berlaku. "Datuk Freddie pernah menghulurkan duitnya sendiri kepada kami. Kami juga memohon bantuan daripada Baitulmal dan masih menunggu keputusan," katanya. Sementara itu, Freddie berkata, sumbangan derma itu diberikan kepada Yahya bagi meringankan beban kos perubatan yang dialami beliau. Katanya, beliau bukan sahaja berjasa sebagai artis malahan atas sumbangannya sebagai polis hutan memperjuangkan kemerdekaan negara pada 1950-an dulu. Sementara itu, Yahya berterima kasih kepada Karyawan dan berjanji akan menyumbangkan tenaganya apabila sembuh nanti. |
Penyertaan Sam (Bunkface) Dalam The Azenders Tidak Ganggu Kontrak TM Posted: 17 Mar 2011 03:17 AM PDT Menurut Sam, penyertaannya dalam The Azenders tidak menggugat kerjasama dan komitmen antara Bunkface sebagai jurucakap syarikat telekomunikasi tersebut. "Penubuhan The Azenders tidak langsung mengganggu apa-apa perjanjian atau melanggar kontrak antara kumpulan Bunkface dengan TM. "Setakat ini pihak TM tidak ada apa-apa masalah atau mempersoalkan mengenai khabar angin yang sedang berlaku termasuklah dakwaan mengatakan saya keluar dari kumpulan Bankface untuk menjadi ahli tetap The Azenders," katanya ketika ditemui pada sidang media Konsert Terima Kasih Harian Metro di sini, Rabu. Sam yang menganggap penubuhan The Azanders itu sebagai projek khasnya memberitahu komitmen utama masih diberikan kepada kumpulan Bunkface. "Ini hanya projek khas saya, sekarang Paan dengan Youk sibuk dengan projek Bunkface Production dan kesempatan itu saya gunakan untuk melakukan buat projek khas bersama The Azenders. Tapi komitmen utama masih kepada Bunkface. "Selepas projek itu selesai kami akan fokus semula kepada album terbaru kami," katanya. Dalam pada itu, Sam memberitahu dia dan Bunkface bakal keluar dengan single terbaru bekerjasama dengan Malique (Too Phat) tidak lama lagi. "Tahun ini kami merancang untuk melakukan kolaborasi dengan beberapa orang artis. Insya-Allah single kami dengan Malique bakal tidak keluar tidak lama lagi. "Selain itu peluang bekerjasama dengan Datuk Ahmad Jais pada malam Konsert Terima Kasih Harian Metro nanti juga merupakan sesuatu yang menarik," katanya. Sementara itu, dalam perkembangan lain, kumpulan yang lahir dari pertandingan Battle of the Band dan Time Blast Off ini juga bakal beraksi di Hong Kong Asian-Pop Music Fair (HKAMF) pada 23 Mac ini. Acara yang akan berlangsung di Pusat Pameran dan Konvensyen Hong Kong itu dianjurkan oleh IFPI (Hong Kong Group) Limited dengan kerjasama Hong Kong Trade Development Council, bertujuan mencipta SuperNova rantau Asia. Bunkface dipilih beraksi di festival berkenaan berdasarkan kecemerlangan mereka dalam industri muzik sepanjang tahun lalu. |
Hampir 100 Artis Sertai Konsert Terima Kasih Harian Metro Posted: 17 Mar 2011 02:57 AM PDT Acara tersebut turut membabitkan karnival besar-besaran dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar berkata pelbagai acara menarik dijanjikan sepanjang dua hari tersebut dengan penyertaan hampir 100 artis tempatan bagi menghiburkan pengunjung. "Acara hari Sabtu dimulakan dengan sukaneka termasuk tiga daripadanya selebriti popular tanah air. Sukaneka ini menawarkan hadiah lumayan sumbangan syarikat produksi perfileman terkenal tanah air. "Ia diikuti pertunjukan fesyen oleh pereka fesyen popular tanah air dengan menampilkan rekaan bertemakan 'Street Fashion' yang turut dijayakan selebriti remaja. "Manakala kemuncak sambutan pada malam Sabtu adalah Konsert Terima Kasih Harian Metro yang dijayakan oleh 13 artis popular tanah air iaitu Ella, Datuk Siti Nurhaliza, Shahir, Alyah, Stacy dan Ramli Sarip," katanya pada sidang media konsert itu di sini, Rabu. Konsert tersebut juga bakal dikendalikan oleh pengacara terkenal Johan dan Zizan Raja Lawak. Selain itu, lebih menarik gabungan penyertaan lima stesen radio tempatan iaitu Hot FM, Era FM, Sinar FM, Suria FM dan KLFM dijangka akan menarik pendengar untuk menyertai persembahan poco-poco yang bakal mencipta rekod Malaysia Book of Records yang diketuai pelakon Vanidah Imran. Selain itu, pengunjung bertuah sepanjang acara itu turut berpeluang membawa pulang hadiah lumayan dan menarik daripada pelbagai yang dianjurkan termasuk cabutan bertuah. |
You are subscribed to email updates from macam macam hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |