Adsense

Khamis, 17 Mac 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Eira belum mahu kahwin

Posted:

Eira belum mahu kahwin

Eira belum mahu kahwin



EIRA SYAZIRA, si gadis lemah lembut yang kini tidak putus rezeki menjadi dramatis memberitahu, dia lebih suka bercerita mengenai karier berbanding kisah cintanya bersama pelakon Azad Jazmin. Dia mengaku bercinta, namun kata Eira, untuk beberapa waktu terdekat ini, dia belum punya apa-apa perancangan untuk menamatkan zaman bujang. Selebihnya, Eira tidak berani untuk bercakap banyak.

Namun, dia menjadi ceria apabila ditanya tentang perkembangan karier. Terutama tentang trademark 'minah air mata' buat dirinya yang sudah sinonim. Eira tersenyum saat diajukan soalan itu, malah dia agak bersetuju apabila diberi jolokan seperti itu.

Bagi Eira atau nama sebenarnya Syazira Shuhaimi, mengalirkan air mata semasa bersandiwara di hadapan lensa kamera bukan perkara mudah untuk dilakukan oleh seorang pelakon kerana ia memerlukan mereka menghayati watak yang diberi dengan mendalam.

Benar, ia bukan mudah. Tetapi bagi Eira, dia sudah terbiasa dengan watak sedemikian. Malah akuinya, selepas 10 tahun menjadi pelakon, dia menerima baik jolokan dramatis air mata yang diberikan kepadanya oleh para peminat.

Sementelah katanya lagi, memang banyak penerbit dan pengarah memberi kepercayaan kepadanya untuk memainkan watak seperti gadis teraniaya dan memerlukan dia bermain dengan emosi sehingga mengalirkan air mata.

"Sebenarnya penerbit dan pengarah drama kini sering menawarkan Eira watak sebegitu kerana kata mereka Eira telah sinonim dengan babak-babak air mata.

"Selain itu, peminat-peminat Eira juga sangat meminati lakonan Eira apabila tampil dengan watak mengalirkan air mata. Mereka juga terasa kesedihan itu dan turut menangis apabila menonton lakonan Eira," ujarnya yang mengatakan dia ada bertanyakan pendapat peminat melalui laman web sosial Facebook dan Twitter miliknya.

Biar selesa dengan watak air mata, jauh di lubuk hatinya, Eira menyimpan hasrat untuk keluar daripada kepompong air mata. Sebaliknya dia teringan mencuba karakter antagonis bagi menguji kemampuan diri sebagai pelakon sejati.


DARI KIRI: Eira, Fauzi Nawawi dan Ezany merupakan tunggak utama Kemboja Putih.


Menyanyi

Bagi penonton setia drama slot Akasia yang bersiaran di TV3, pastinya mereka sudah mendengar suara aktres ini menyanyikan lagu tema drama lakonannya Cinta Balqis yang berjudul Istana Cinta tidak lama dahulu.

Mahu bergelar sebagai seorang penyanyi dan pelakon, Eira mengambil satu langkah baru di dalam penglibatannya di dalam bidang seni dengan menerima tawaran pihak FG Music (FGM) untuk menerbitkan sebuah album.

"Alhamdulillah, Eira diberi kepercayaan oleh FGM untuk merakamkan album dan Eira ambil ia sebagai satu cabaran dalam karier untuk bergelar anak seni.

"Memang ia bukan perkara mudah untuk bergelar penyanyi yang baik. Eira mahu serius dalam bidang nyanyian sebagaimana kejayaan yang telah dikecapi di dalam bidang lakonan," jelasnya lagi yang mana album tersebut akan memuatkan lima buah lagu.

Tambahnya lagi, album itu akan diedarkan oleh Sony Music dan mengenai pelancaran album tersebut mungkin akan ditunda kerana kekurangan masa dan keadaan dirinya yang sibuk dengan jadual penggambaran.

"Eira mahu bergelar sebagai penyanyi dan pelakon sebagaimana artis dari negara jiran, Indonesia. Ada antara mereka yang merupakan seorang penyanyi dan pelakon yang baik. Bukan mudah untuk mengecapi kejayaan, tapi Eira akan berusaha keras untuk menuju ke arah itu," tuturnya yang mengambil aktres dan penyanyi jelita, Agnes Monica sebagai contoh bagi dirinya.

"Jika mahu berjaya harus mulakan dari bawah sebagaimana Eira terlibat dalam lakonan dahulu. Ia pastinya akan mengambil masa untuk ubah dari pelakon bergelar penyanyi.

"Untuk itu, Eira mengambil kelas vokal bersama Cikgu Siti Hajar untuk mempelajari tentang seni vokal dengan lebih mendalam," tambahnya yang juga mengatakan album percubaan sulungnya sebagai penyanyi akan dilancarkan pada April ini.

Makhluk halus


BARISAN pelakon dan petugas yang terbabit dengan pembikinan drama Kemboja Putih.


Baru-baru ini semasa menjalani penggambaran drama bersiri Kemboja Putih yang sedang ditayangkan di slot Lagenda, TV3, aktres yang bersuara manja ini 'didampingi' makhluk halus sehingga menyebabkan penggambaran yang dijalankan di sebuah rumah di Ulu Langat, Selangor itu terpaksa ditangguh selama dua hari.

"Eira telah menggunakan pinggan di rumah tersebut tanpa izin kerana menyangka jurusolek yang berikan Eira pinggan tersebut telah meminta izin terlebih dahulu.

"Selepas itu, Eira terasa badan amat berat dan pada mulanya menyangka ia kerana Eira tertekan dan letih. Jadi Eira pun masuk ke dalam kereta dan baring sebentar untuk menghilangkan keletihan," ceritanya yang mana selepas itu badannya terasa kaku dan seperti ada 'benda' yang bergayut di sebelah kanan badannya.

Menyedari kejadian itu, Eira bertemu seorang ustaz bagi membuang makhluk yang sedang 'bertenggek' di badannya itu.

"Ustaz itu mengatakan disebabkan pinggan yang digunakan 'tanpa izin' itu yang menyebabkan makhluk itu bergayut pada Eira dan ia memang menyakitkan," katanya yang juga memberitahu ada bertemu doktor tetapi 'penyakitnya' tidak baik sehingga dia bertemu seorang ustaz.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Karya Kurosawa di Aswara

Posted:

Karya Kurosawa di Aswara

Karya Kurosawa di Aswara

Oleh JAGATHESWARY NARAYANAN


TIMBALAN MENTERI 11 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Datuk Maglin Dennis D'Druz (kiri) memberi cendera hati kepada Pengarah Japan Foudation Kuala Lumpur, Toyoda Shoichi semasa perasmian Festival Filem Akira Kurosawa di Aswara.


PENGARAH filem termasyhur dari India, Satyajit Ray pernah menyifatkan legenda ini sebagai kuasa magnet ataupun elektrik, sebabnya kesemua karya filem terbitannya mampu mengejut dan mempesona jiwa sesiapa saja yang menonton buat julung-julung kali.

"Dia memang ada kuasa. Saya sering bertanya-tanya setiap kali menonton filem arahannya apakah yang ada pada filem ini yang memukau jiwa dan memacu untuk menghayati dengan lebih mendalam.

Ungkapan-ungkapan begitu membanggakan yang terpacul keluar daripada sanubari tokoh ternama antarabangsa ini sebenarnya adalah hak kepada seniman Akira Kurosawa.

Sutradara filem yang berpegang teguh dengan jati diri Jepun ini merupakan insan yang memberi identiti berbeza dan yang telah pun martabatkan nilai-nilai ketimuran serta Asia di persada dunia perfileman menerusi keindahan filem yang tak makan dek zaman.

"Watak-watak dalam filem saya adalah mereka yang cuba hidup secara jujur dan akan berusaha untuk mencapai kehidupan yang diberikan itu ke tahap maksimum.

"Saya percaya kita perlu jujur dan berusaha dengan kemampuan yang ada pada diri kita sebaik mungkin. Mereka yang melakukan ini adalah hero yang sebenar."

Sedutan kata-kata istimewa Kurosawa itu sungguh membuktikan ketinggian intelektual dan keghairahan beliau terhadap seni perfileman dalam menghasilkan karya -karya asli yang memaparkan realiti sebenar dalam hidup.

Selain disanjungi sebagai pengarah filem terunggul Asia dari Jepun, Kurosawa juga turut dikagumi sebagai penerbit, penulis skrin dan editor sehingga menjadi inspirasi kepada beberapa seniman tempatan seperti Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Allahyarham Hussein Hanif dalam pembikinan filem Semerah Padi serta Istana Berdarah.

Lebih membanggakan lagi, Pemenang Hadiah Nobel, Gabriel Garcia Marquez pernah menonton filem Kurosawa berjudul Red Beard sebanyak enam kali kerana jalan ceritanya begitu memberi inspirasi kepada dirinya.

Sehubungan itu, mulai 10 Mac lalu hingga 20 Mac ini, Akademi Seni dan Warisan (Aswara) dengan kerjasama Japan Foundation menganjurkan Festival Filem Akira Kurosawa di Dewan Kuliah Utama (DKU), Aswara.

Festival ini diadakan di beberapa buah bandar raya di dunia sebagai memperingati ulang tahun Kurosawa ke-100 pada 23 Mac ini. Pengarah itu meninggal dunia pada 6 September 1998 pada usia 88 tahun.

Filem-filem yang ditayangkan merangkumi karya hebat Kurosawa dalam pelbagai genre. Antaranya, Rashomon, Seven Samurai, Red Beard, Sanshiro Sugata, The Most Beautiful, The Men Who Tread On The Tiger's Tail, The Idiot, Sanjuro, Yojimbo dan banyak lagi.

Rektor Aswara, Datuk Mohamed Najib Ahmad Dawa berkata, penganjuran festival ini bertujuan membawa khalayak meninjau pemikiran seorang seniman besar pertama Asia yang menempatkan diri di pentas dunia.

"Seperti semua maklum, Kurosawa amat berpegang keras dengan jati diri 'Jepunnya'. Penerapan nilai-nilai itu jelas dilihat dalam filem-filem arahannya misalnya elemen daripada teater noh iaitu teater tradisi Jepun diterapkan dalam filem Throne Of Blood yang naskhah asalnya adalah Macbeth oleh Shakespeare," ujar Najib yang turut memberitahu filem itu berjaya bukan kerana Shakespeare tetapi penyatuan Timur-Barat dalam acuan budaya Jepun zaman feudal.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kekasih Alex supermodel

Posted:

Kekasih Alex supermodel

Kekasih Alex supermodel


ALEX sering memasak untuk kekasihnya, Ho Jee.


SELEPAS sekian lama memegang status solo, akhirnya penyanyi dan aktor popular Korea, Alex, kini sudah berteman.

Media di Korea melaporkan Alex telah mempunyai kekasih dan hubungan mereka kali ini adalah serius.

Kekasih Alex itu merupakan bekas supermodel bernama Jo Hee. Gadis jelita itu 10 tahun lebih muda daripada Alex dan dia juga pernah berlakon bersama Alex dalam drama terbitan stesen televisyen MBC berjudul Pasta.

Baru-baru ini dalam satu temuramah, Alex mendedahkan sedikit informasi mengenai kekasihnya itu. Katanya: "Terima kasih kepada semua pihak yang sangat berminat dengan hubungan kami. Tahap hubungan kami setakat ini adalah kami masak dan makan bersama.

"Sejak kebelakangan ini kami kerap berjumpa. Terlalu banyak perhatian yang diberikan oleh media dan orang ramai terhadap hubungan cinta selebriti boleh membawa kepada kemusnahan hubungan itu. Jadi, saya harap doakan yang terbaik buat kami."

Alex yang juga pengacara untuk sebuah program masakan menyatakan: "Sejak kebelakangan ini saya jarang masak tetapi saya buat banyak kimchi dan sup rumpai laut untuk dikongsi bersama kekasih saya. Kadangkala jika mood saya gembira, saya akan masak pasta dan beli minuman keras."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.