Adsense

Khamis, 17 Mac 2011

aReaL&Celebrity

aReaL&Celebrity


Abang Janet Khoo Mati Dibunuh ?

Posted: 16 Mar 2011 10:50 PM PDT

KAJANG - Abang pelakon dan model terkenal, Janet Khoo ditemui mati dalam keadaan tragis dengan mayatnya dibalut dengan tilam manakala kakinya diikat sebelum dicampak ke dalam semak berhampiran Lembah Pangsun, Hulu Langat di sini baru-baru ini.


Menurut sumber, mayat Khoo Kim Leong, 47, seorang ahli perniagaan ditemui oleh seorang lelaki di tepi jalan setelah dia terhidu bau busuk di kawasan tersebut kira-kira pukul 11.40 malam pada 6 Mac lalu.

"Siasatan mendapati mangsa telah dipukul, dicekik dan dipijak sehingga mati di tempat lain sebelum mayatnya dicampakkan ke dalam semak tersebut.

"Difahamkan, sebelum kejadian mangsa terlibat dengan satu pergaduhan dan kes itu dipercayai bermotifkan dendam," katanya di sini semalam. - Kosmo

P/s: R.I.P..Takziah Pada Keluarga Janet Khoo!