Utusan Online - Hiburan |
Maya tidak bercinta dengan Effendi Posted: Maya tidak bercinta dengan Effendi
ENTAH dari mana angin bertiup, sejak seminggu lalu kecoh wartawan bertanya sesama sendiri pasal aktres jelita, Maya Karin. Bukan pasal filem terbarunya, Cun yang nak tayang tak lama lagi. Tapi cerita Maya kini yang sedang bercinta dengan suami orang pula. Yang buat Joyah terbeliak mata dan tak sanggup nak sebut, suami orang tu adalah Datuk Seri Effendi Nawawi, suami Tiara Jacquelina. Seram Joyah dengan gosip macam ni. Meremang bulu kaki Joyah tiba-tiba. Tapi Joyah puji dengan sikap berani Maya. Cepat dia menafikan gosip tu di laman portal hiburan di Internet. Kata Maya, tak logik langsung dia ada hubungan dengan Effendi. Tegas Maya lagi, malah dia sendiri memang berkawan baik dengan anak Effendi, Elyna dan selalu melepak di rumah Elyna. Sempat lagi Maya menasihatkan orang yang menyebarkan gosip itu berfikir dua atau tiga kali sebelum menyebarkannya. Maya juga memberitahu dia kenal baik dengan Tiara dan gosip itu sangat mengarut. Sebaik baca penafian tu, Joyah ucap tahniah kepada Maya. Setidak-tidaknya lepas ni gosip tu akan lenyap dibawa angin lalu. Joyah yakin sangat orang pun dah tak minat nak tahu banyak kali pasal gosip tu. Kalau pemilik tubuh dah awal-awal kata tak logik, buang masa saja wartawan nak buat susulan lagi. Lepas ni Joyah nak tunggu gosip Maya dengan siapa pula. | ||
Posted: Ini bukan uji bakatTAHNIAH, bravo kah..kah...kah filem kita mencatatkan rekod di peringkat antarabangsa apabila pelakon filem dicari dalam sesi berkemban di pentas. Hebat...hebat...hebat. Hollywood, Bollywood malah apa "wood" sekalipun belum pernah buat uji bakat cara kita. Maka kitalah yang pertama di dunia. Apa lagi, berbanggalah kita sambil menghantuk-hantukkan kepada di dinding tanda kegembiraan sekaligus kekesalan. Ini kerana ia menunjukkan industri filem kita boleh dimasuki oleh sesiapa saja, termasuk pelondeh gadis dan wanita. Mereka inilah yang membuatkan orang ingat semua orang filem kepala biul, otak kuning dan tabiat memperdagangkan wanita. Hairan macammana orang macam ini boleh masuk? Baru-baru ini berlaku satu "tragedi" di Johor Bahru apabila beberapa gadis Melayu "dilondeh" di atas pentas sambil memperagakan fesyen berkemban. Mereka memperagakan kemban di depan tetamu seperti acara ratu cantik. Tapi ini adalah sesi uji bakat untuk sebuah filem. Kononnya pemenang fesyen kemban ini akan diberi watak utama filem yang akan diterbitkan. Gadis-gadis yang terpukau dengan glamor tergamak pula menjatuhkan maruah mak bapa menayangkan tubuh kepada tetamu. Mereka gadis Melayu Johor. Khabarnya orang Johor marah berapi kepada puak-puak yang melondeh gadis-gadis Johor ini. Marah saja nak buat apa, kalau tak bertindak. Siti nak tanya, apa kena mengena berkemban dengan berlakon filem? Sebenarnya memang tak ada kena mengena kecualilah kalau penerbit atau pengarah yang nak menggatal. Kalau nak cari pelakon carilah yang boleh berlakon bukan boleh dan sanggup berkemban. Yang sanggup berkemban di Danga Bay pun banyak. Puak-puak ini kata, itulah sesi uji bakat. Dalam bahasa Inggeris disebut screen test. Maknanya itu adalah sesi untuk menguji kebolehan seseorang dalam seni persembahan sama ada lakonan atau tarian. Semua yang hadir akan diuji bakat lakon, penghayatan seni dan pengetahuan am mereka. Setahu Siti berkemban wujud dalam uji bakat. Lagi satu yang berlaku di Johor Bahru itu tak ada ciri-ciri uji bakat sikit pun. Mana puak-puak ini belajar nak uji bakat kena ada sesi berkemban di atas pentas? Semua ini mengarut. Orang-orang filem yang benar-benar jujur jangan berdiam diri. Muka mereka telah diconteng dengan perkara-perkara mengarut dengan adanya uji bakat berkemban ini. Kalau berdiam diri nanti orang kata, "Hangpa pun dua kali lima juga rupanya." Tapi setakat ini tak ada apa-apa tindakan pun. Takkan wanita-wanita Johor merestui perbuatan yang mencemarkan gadis Johor ini berlalu begitu saja? Dahlah begitu, puak ini kata pula, "Itu perkara kecil saja." Orang kata, sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betinanya. Siti kata, sekilas buat uji bakat, Siti dah tahu apa tujuannya. Perbuatan ini telah mengotorkan orang-orang filem. Memang benar, tak semua orang filem bersih tapi banyak juga yang bersih. Eloknya tanya orang filem yang ada pengalaman, nak buat uji bakat macammana? Sebabnya ini nak uji lain, bukan nak uji bakat. SITI JARUM: Bukan orang Johor. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |