Harian Metro: Rap |
'Berundur ketika kita masih dihargai' Posted: 11 Mar 2011 06:38 AM PST SEJAK program Melodi diperkenalkan pada 1992, wajah yang menjadi tunjang utama program hiburan sensasi itu silih bertukar ganti. Nama-nama seperti Datuk Mahadzir Lokman, Fauziah Ahmad Daud (Ogy), Aznil Nawawi, Azwan Ali, Raja Azura serta gandingan serasi Wahid (Senario) dan Fara Fauzana. Paling sinonim dengan rancangan yang disiarkan setiap Ahad, jam 12.30 tengah hari itu adalah Ogy kemudian muncul Apek sebagai pengacara bersama. Selepas empat tahun, tempatnya digantikan Raja Azura, kemudian diambil alih Sheila Rusly. Waktu itu timbul kontroversi apabila tugas mengendalikan rancangan itu bertukar tangan dari Raja Azura kepada Sheila Rusly. Ziana Zain juga pernah mencuba melakukan tugas terbabit buat seketika sebelum ia diteruskan Farah Fauzana dan Wahid Senario. Kontroversi sekali lagi timbul membabitkan pengacara rancangan yang sememangnya panas dengan aktiviti artis dan gosip semasa apabila pihak pengurusan TV3 mengumumkan pengacara Melodi sekali lagi bertukar tangan, baru-baru ini.
Waktu sama, sebab mengapa dia mengundurkan diri sudah pun dinyatakan. Selain sudah tamat kontrak, pemilik Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perhubungan Awam dari Universiti Teknologi Mara Shah Alam (UiTM) ini mahu beralih angin dan mencuba sesuatu berbeza dalam bidang pengacaraan.
"Dalam tempoh yang panjang itu, sudah tentu saya ada terfikir bagaimana sekiranya orang sudah tidak suka. Bagaimana keadaannya sekiranya saya terus mengendalikan rancangan ini untuk tahun ketujuh. "Sebelum timbul sesuatu yang negatif membabitkan kerjaya, lebih baik saya mengundur diri lebih awal. Malah saya ingat pesan beberapa rakan artis terdahulu yang berkata, kalau mahu diri terus dikenang lebih baik kita berundur sewaktu kata masih dihargai. Saya pegang kata-kata itu dan yakin percaturan dibuat ini bukan satu kesilapan," katanya.
"Peminat saya sendiri juga sedih dan mengatakan kenapa saya mahu meninggalkan melodi. Namun, selepas diperjelaskan sebabnya, mereka faham," katanya. Selain itu Farah menafikan selaku pengacara, dia melaksanakan tugas kerana mahu mencari populariti. Katanya, sekiranya itu yang dimahukan, lebih baik dia berlakon filem atau drama yang pastinya akan lebih mendapat perhatian penonton tempatan. Sebaliknya, agenda hidupnya hanyalah pada kerjaya sehingga dia tidak kisah untuk bekerja siang dan malam. Selain itu jelas Farah, apabila tidak lagi mengendalikan Melodi, dia punya lebih masa untuk dihabiskan bersama keluarga mahupun teman-teman. Waktu sama, dapat menumpukan perhatian penuh kepada pelbagai aktiviti yang diatur Hot FM. Apatah lagi sebagai penyampai radio yang punya ramai pendengar jelas Farah, banyak acara promosi dan aktiviti bersama pendengar dibuat. "Mengenai tawaran untuk mengendalikan rancangan baru, memang ada tetapi baru di peringkat perbincangan. Namun saya tidak mahu terburu-buru. Ada baiknya saya menggunakan masa terluang yang sedikit ini untuk dihabiskan dengan merangka kerjaya pada masa hadapan di samping menghabiskan lebih masa bersama keluarga dan teman-teman," katanya.
"Ketika uji bakat itu, saya fikir akan mengendalikan satu rancangan baru bakal diterbitkan TV3, sehinggalah produksi menghubungi saya dan berkata mahu saya muncul dalam Melodi satu dua episod untuk melihat keserasian.
Dua rancangan dikendalikan Fulus Manis disiarkan secara langsung dan Jom Ronda Bersama Proton menjadi medan terbaik menguji kemampuan.
"Waktu sama, Melodi itu sendiri satu rancangan hiburan popular dan punya jutaan penonton. Bagaimana reaksi mereka apabila melihat saya mengendalikan rancangan itu dalam tempoh panjang dan kerap. Ia sedikit sebanyak membuatkan saya gementar," katanya. Jelas Dira, apabila berada di lokasi drama perkara sama juga timbul tetapi ia tidak sama, apatah lagi kali ini kemunculannya diekori harapan jutaan penonton. Begitupun dia berusaha untuk melaksanakan tugas baru ini dengan baik dan menganggap ia sebagai satu cabaran.
"Soal bertunang sebenarnya bukan saya sengaja mahu merahsiakan dari umum tetapi majlis diadakan secara kecil-kecilan dan hanya membabitkan keluarga kedua-dua belah pihak saja. "Tambahan pula kata orang, majlis tunang tidak bagus di heboh-heboh. Kita baru merancang dan kalau esok lusa sudah tentu majlisnya, saya akan berkongsi juga dengan peminat," katanya. >PROFIL >PROFIL |
Posted: 11 Mar 2011 06:30 AM PST PELAKON jelita, Diana Danielle (DD) akan memeriahkan siri Jelajah Harian Metro (Jelajah Metro) di Dataran Kris, Alor Gajah pada Sabtu dan Ahad ini (12 dan 13 Mac). Menjadikan kunjungan itu lebih istimewa, DD yang bakal muncul dengan filem ...Dalam Botol pada 24 Mac ini akan membuat kejutan iaitu menyanyi di khalayak ramai di acara kemuncak Konsert Jelajah Harian Metro yang berlangsung pada 12 Mac, jam 9 malam di lokasi yang sama.
"Insya-Allah DD akan menyampaikan dua lagu dan apa judulnya, kalau ingin tahu kenalah datang menyaksikan konsert itu nanti. Apapun, saya berasa cukup teruja untuk bertemu peminat.
Sedikit info mengenai Konsert Jelajah Harian Metro, barisan penyanyi yang terbabit akan menghiburkan peminat dengan dua hingga tiga lagu hit masing-masing dan program akan dikendalikan oleh Ifa Raziah dan Roslan Shah selaku pengacara.
"Apatah lagi, difahamkan siri jelajah ini amat bermakna kepada pihak Harian Metro selaku penganjur kerana ia adalah kesinambungan pada sambutan ulang tahun ke-20 akhbar nombor satu itu.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |