aReaL&Celebrity |
Amoi Cun Berumur 19 Tahun Didakwa Kerana Menjual 350 DVD Lucah Posted: 12 Mar 2011 04:50 AM PST GEORGETOWN- Seorang remaja perempuan di tuduh di Mahkamah Sesyen Georgetown kerana didapati menjual 350 keping cakera video digital (DVD) filem lucah pelbagai tajuk di sebuah premis di kompleks membeli-belah, di sini. Aw Yong Swee Kee, 19 yang berasal dari Relau, Bayan Lepas dituduh melakukan kesalahan itu di premis DTS Movie Entertaiment, Prangin Mall pada jam 2 petang 7 Mac lalu. Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan penjara hingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan. Tertuduh bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan Majistret, Noor Aini Yusof membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin. Noor Aini menetapkan kes itu akan disebut semula pada 30 Mac ini bagi membolehkan tertuduh melantik peguam. Pertuduhan dibaca Timbalan Pendakwa Raya, Nor Farhana Adham. - Sinar Harian P/s:Tak Pernah Beli DVD Lucah... Biasa Pinjam Jer... Muahaha... |
You are subscribed to email updates from aReaL&Celebrity To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |