OHBULAN! |
Isu Gambar Seksi: Lisa Surihani Terkilan & Sedih Posted: 07 Mar 2011 08:12 PM PST Kesempatan bertemu dengan Lisa Surihani malam tadi bersempena tayangan perdana filem Merong Mahawangsa di The Curve tidak kami sia-siakan. Dengan nyata & jelas, Lisa Surihani sudah dapat mengagak soalan-soalan panas yang akan kami halakan kepada dia. Beberapa hari yang lepas, rakan media Beautifulnara ada memaparkan gambar Lisa Surihani yang agak seksi, menampakkan sisi bahunya yang terdedah. Isunya, mungkin sebelum ini orang tidak pernah melihat Lisa berpakaian sedemikian, jadi apabila tersebarnya gambar itu, kecoh lah jiran sebelah! Di pintu masuk wayang, kami berkata kepada Lisa Surihani, "Lisa, marah Abang Nara sekarang! Ha ha" Gelak tawa kami diiringi oleh rakan-rakan media yang lain.
Di ketika itu, kami masih membincangkan isu gambar seksi tersebut. Tiba-tiba, Beautifulnara berkata, "Eh, aku nak minta maaf dekat Lisa lah." Kami rasa, mungkin di ketika ini Beautifulnara sedang dalam proses memujuk Lisa Surihani. Harapnya, Lisa Surihani dapat memaafkan Beautifulnara. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Pelakon Terima Kasih Cinta Malukan Rakan Sendiri! Posted: 07 Mar 2011 07:16 PM PST Gua.com.my semalam melaporkan kisah segelintir pelakon teater Terima Kasih Cinta yang bersikap tidak profesional sehingga memalukan rakan pelakon sendiri. Cerita di sebalik tirai ini agak memalukan, bukan sahaja para artis yang terlibat, malahan krew produksi pun turut terkena tempias yang sama. Baca artikel penuh di Sila Hormati Panggung Tempat Anda Mencari Rezeki! Apabila kami korek identiti pelakon-pelakon yang berabjad ini, terkejut juga sebab kesemua pelakon wanita yang bergaduh sesama sendiri ini merupakan orang lama. Paling menjelikkan, pelakon M tersebut seakan mempunyai agenda tersembunyi untuk mengenakan pelakon K & A. Tidak menunggu lama, kami sceenshot tweet pelakon yang terlibat dalam teater tersebut, yang dikatakan terasa hati dengan sikap pelakon M yang tidak profesional itu. Mungkin ada yang berkata, "alah, setakat tak dapat bunga pun nak sentap." Tapi cuba letakkan diri kau dalam posisi artis ini, mungkin kau merasai benda yang sama kot. Tak tahu'lah kalau kau punya hati yang keras. Nasib baik, pelakon-pelakon lelaki menjaga air muka K & A dengan memberikan jambangan bunga tersebut kepada mereka. Kalau tak, tebal je rasa muka ni. Menurut cerita seorang rakan kami malam tadi, pelakon M memang sudah lama tidak kamceng dengan K & A. Kami pun tak tahu sebabnya, mungkin ada kisah lalu yang masih dipendam. Jadi, pelakon M ini dikatakan sengaja menggunakan cara ini untuk memalukan K & A. Seorang editor berkata juga, sepatutnya pelakon M tidak membawa masalah peribadi ke pentas profesional. Bukan apa, gelagat pelakon M ini telah diperhatikan ramai orang termasuk krew-krew produksi. Tak keterlaluan andai kata pelakon M itu tidak lagi dipelawa untuk menjayakan program. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |