Berita Harian: Hip |
Posted: 06 Mar 2011 08:01 AM PST Hip KEHADIRANNYA di pentas hiburan, terutama dalam arena muzik mungkin masih belum menyerlah. Namun dengan bakat yang dimiliki selain gaya penampilannya yang menarik, Farlyana Mohamad dilihat mempunyai potensi untuk mencipta nama sebaris dengan penyanyi popular sekarang. Biarlah masa saja yang menentukan. Ketika ini, gadis berusia 18 tahun itu yang bakatnya dicungkil menerusi Bintang Idola Berita Harian (BIBH) musim pertama iaitu pada tahun 2008, sedang lincah mempromosikan single pertamanya berjudul Setulus Hati. Perwatakan yang ceria sesuai dengan usia masih muda, menjadikan dunia hiburan kita seharusnya menerima kehadiran Farlyana.Populariti dalam dunia seni memang diperlukan supaya kerjaya boleh berkembang baik. Tapi pada masa masa, kurang lengkap bagi mereka yang menceburi dalam bidang hiburan ini selagi tidak terpalit dengan cerita gosip sensasi dan kontroversi. Tidak ramai yang menyedarinya. Jadi, tanpa kekentalan mental dan fizikal mengharungi segala cabaran dan dugaan, bakat saja tidak menjanjikan kejayaan. Bertuah empunya badan, Farlyana yang memiliki darah seni milik bapanya Mohamad Said atau pernah di gelar Mat Arab untuk terus menyokong kerjaya anaknya. Menurut gadis tinggi lampai ini, penjagaan dan didikan yang sempurna daripada ibu dan bapanya, menjadikan dirinya lebih sedar dengan kehidupan di luar dan berkeyakinan mengharungi segala-galanya. "Pada saya, zaman sekarang ini jika kita pandai bawa diri, Insya-Allah bidang nyanyian ini mampu menjamin masa depan yang baik. Disebabkan sekarang ini pun ekonomi kita agak baik, saya yakin untuk memilih bidang seni sebagai kerjaya saya. "Saya lebih merasa yakin apabila abah dan mak sentiasa berada di sisi, lebih lagi abah adalah orang lama di dalam bidang muzik dan pernah memimpin kumpulan Easy Living dan memperkenalkan Nash (Lefthanded) sebagai vokalisnya. "Tipulah jika saya tidak takut berhadapan dengan gosip, manalah tahu suatu hari nanti ia bakal berlaku kepada diri saya. Namun saya bersyukur kerana cabaran dan dugaan itu saya tidak menghadapinya berseorangan," katanya yang akan sentiasa mendapatkan pandangan dan nasihat daripada bapanya. Bagi Farlyana, asal dirinya pandai menjaga diri, Insya-Allah perkara itu tidak akan berlaku tanpa kita memintanya. "Saya juga mengambil contoh artis seperti Datuk Siti Nurhaliza, saya suka jadikan dia sebagai idola saya. Sebelum bergelar penyanyi saya lebih banyak berada di rumah. Abah dan mak sentiasa menjaga dan mengawasi kami lebih-lebih lagi kami adik-beradik, kesemuanya perempuan dan sebab itulah penjagaan itu agak ketat diberikan kepada kami. "Namun terus terang saya tidak merasa terkongkong dan itulah kehidupan saya seharian hingga hari ini. Jika diikutkan, zaman sekarang ini macam-macam perkara buruk boleh berlaku dan jika kita sentiasa mendengar nasihat mak dan abah kita, Insya-Allah kita akan selamat," katanya. Bertuah diberikan pendedahan Farlyana menjuarai pertandingan BIBH 2008 peringkat Mall yang dicetuskan daripada salah satu pengisian siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH). Dengan kemenangan itu, Farlyana layak mengikuti pertandingan akhir BIBH 2008 yang pernah berlangsung di Klang Parade dan dia hanya merangkul tempat ketiga.
Dia diberi peluang untuk membuat persembahan pada sesi jelajah promosi ABPBH2010 di SACC Mall, Shah Alam dan Kuantan Parade, Kuantan, Pahang. "Saya masuk BIBH pada 2008 dulu pun atas sokongan daripada mak. Saya beranikan diri mencuba dan alhamdulillah berjaya. Peluang itu bukan di situ saja tetapi Berita Harian sebagai penganjur ABPBH, menjemput saya menyanyi di majlis ABPBH. Ini memberikan lebih pendedahan saya di dalam industri hiburan ini. "Sedikit sebanyak, masyarakat mula mengenali saya. Berita Harian satu jenama yang besar dan gah, saya bertuah dapat jadikan ABPBH sebagai landasan memulakan kerjaya mulai hari ini dan sehingga selamanya," akui gadis ini sambil tersenyum manis. Gadis yang pernah memasuki program realiti Gangstarz musim kedua bersama pasangan adik-beradiknya dengan menggelarkan nama mereka, South Trio ketika ini sedang berdebar-debar menanti keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
kehidupan harian Farlyana tidak pernah membosankan walaupun masa lapangnya banyak dihabiskan di rumah. Selain ibu dan bapanya, dia sudah mempunyai teman yang akan sentiasa menemaninya dan mampu menceriakan hidupnya. "Coco (ungka, spesis monyet) saya mula pelihara sejak September 2009 ketika umurnya dua bulan. Saya membelinya dengan harga RM1,300 pada pada masa itu, sejak kehadirannya dalam keluarga kami, saya cukup bahagia. Dialah peneman saya," kata gadis ini.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 06 Mar 2011 07:57 AM PST Hip "OKEY! saya sudah boleh agak soalan apa yang awak semua nak tanya". Begitulah ayat pembuka bicara yang terpacul daripada mulut aktres jelita ini sebaik saja melihat kelibat sekumpulan wartawan yang sedia menantinya. Cukup telus dan tak perlu untuk berselindung. Kata-katanya itu merujuk kepada sebuah gosip yang disiarkan dalam portal hiburan kononnya Nur Fazura Sharifuddin atau Fazura terlantar di hospital Serdang gara-gara silikon yang diletakkan dalam payu daranya pecah. Sambil menyifatkan gosip itu sebagai mengarut, pelakon yang mula dikenali menerusi filem Bicara Hati ini berkata, dia sebenarnya enggan mengulas perkara berkenaan. "Bagi saya gosip itu sangat bodoh dan tak perlu untuk diulas kerana ia memang tidak pernah berlaku. Itu semua kerja mereka yang dengki dengan saya. Tapi tak mengapa, kalau itu yang buat gembira, biarkanlah. Semakin mereka memfitnah saya, alhamdulillah rezeki saya semakin murah," kata Fazura yang mengakui malas untuk memikirkan sangat gosip tidak berasas itu. Tidak mahu gosip itu terus berlanjutan, Fazura menegaskan dirinya tidak terlantar di mana-mana hospital seperti yang didakwa kerana pada masa yang sama dia berada di Suria KLCC untuk minum petang bersama beberapa rakan artis."Ketika gosip itu tersebar, saya berada di KLCC bersama kak Erma Fatima dan Kak Ziela Jalil dan beberapa teman lain sedang menikmati minum petang. Saya dapat tahu pasal gosip itu pun selepas dimaklumkan seorang kawan. Saya hanya tergelak sebaik saja mendengar cerita itu. "Disebabkan itulah saya letakkan gambar pertemuan kami di laman Twitter saya supaya semua yang tahu pasal gosip itu tidak lekas mempercayainya," kata Fazura pada sidang media pelancaran pewangi Herve Leger di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, Khamis lalu. Apabila Fazura bersuara dan menafikan perkara itu, mungkin gosip terbabit akan lenyap. Namun tidak mustahil jika penjelasan itu nanti akan diputar belitkan dan keaslian hak milik peribadinya itu dipertikaikan.
"Untuk orang yang menyebarkan gosip ini, saya sudah maafkan mereka. Cuma saya nak ingatkan mereka, apa yang didakwa mereka itu akan dipulangkan kembali pada mereka," tutur gadis berusia 27 tahun ini. Ditanya apakah dia mengesyaki sesiapa sebagai menyebarkan fitnah itu, Fazura enggan membuat sebarang tuduhan. "Entahlah, saya sendiri tak pasti siapakah yang menyebarkan cerita itu. Tapi saya yakin itu bukan kerja artis ataupun peminat saya. Itu kerja orang luar yang tak senang melihat kejayaan saya. Saya sendiri hairan mengapa saya sering dijadikan mangsa fitnah. Jika dulu saya dikaitkan dengan video lucah, kali ini cerita lain pula yang keluar dan tak mustahil mereka akan terus membuat cerita yang bukan-bukan terhadap saya. "Sebagai seorang pelakon dan juga jurucakap untuk beberapa produk, gosip seperti ini tak dinafikan sedikit sebanyak boleh menjejaskan reputasi saya. Ada juga wakil produk yang melantik saya sebagai duta bertanyakan kebenarannya setiap kali ada gosip yang membabitkan saya tersiar. Selepas diterangkan, barulah mereka faham situasi sebenar," luah anak jati Pahang Darul Makmur ini. Jangan ungkit cerita lama SEJAK kebelakangan ini, ramai pihak yang merungut kononnya pelakon Gol & Gincu ini tidak boleh 'disentuh'. Jika ada kisah mengenai dirinya yang tersiar di media cetak atau elektronik yang membuatkannya tidak berpuas hati, Fazura akan cepat melenting. Malah dia juga tidak teragak-agak untuk meluahkan perasaan tidak puas hatinya itu menerusi laman Twitter. Untuk mendapatkan kepastian, Hip turut bertanyakan perkara ini kepada si empunya diri. Menjawab pertanyaan itu, Fazura menafikan yang dia seorang yang tidak boleh disentuh. Sebaliknya, dia tidak suka jika artikel mengenai dirinya dikaitkan dengan cerita masa lalu. "Saya bukanlah seorang yang tidak boleh ditegur ataupun cepat melenting. Cuma saya rimas dengan mereka yang menulis mengenai kisah saya, dengan mengaitkannya dengan perkara yang tidak baik. Tak bolehkah mereka fokus pada perkara yang positif? Tak perlulah nak ungkit kisah lama apabila bercerita pasal diri saya. Apa salahnya jika mereka kaitkan dengan benda-benda baru," katanya sambil mengakui berasa terkilan jika membaca artikel sebegitu. Mengenai pemergiannya ke Makkah untuk menjalani penggambaran di sana, Fazura berkata, mereka akan bertolak ke sana pada penghujung bulan ini. "Kami akan berada di Tanah Suci Makkah selama lima hari dan lima hari lagi di Kaherah. Sepanjang tempoh itu saya akan menjalani penggambaran untuk tiga drama bersiri arahan Erma Fatima berjudul Tahajjud Cinta, Pahitnya Madu dan Kitab Cinta," katanya yang juga akan muncul dengan filem baru pada pertengahan tahun ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |