Harian Metro: Rap |
Posted: 06 Mar 2011 07:40 AM PST SEBAIK saja muncul naib juara pertandingan realiti TV popular, Akademi Fantasia 8 (AF8), kerjaya seninya dilihat meluncur laju. Malah sewaktu beraksi di konsert final ramai yang meletakkan harapan tinggi gadis berasal dari Ranau, Sabah itu akan muncul sebagai juara. Sekalipun tewas di tangan Shahir, ia bukan halangan buat Adira untuk terus melangkah dan mencipta nama. Berkat kesungguhan dan kerja keras single pertamanya, Ku Ada Kamu layak bertanding pada final di Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL25), awal Januari lalu. Bukan itu saja namanya turut tersenarai dalam dua kategori Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) iaitu Artis Baru Wanita Popular dan Penyanyi Wanita Popular.
"Bagaimanapun saya anggap apa yang berlaku satu titik permulaan untuk melangkah. Banyak lagi perkara perlu saya lakukan termasuklah bekerja keras kerana saya mahu berikan yang terbaik buat semua," katanya.
Bercerita lanjut mengenai perkara itu jelas Adira, paling membimbangkan dirinya apabila timbul dakwaan dia membawa lelaki pulang ke rumah dan bermalam, selain gosip menjalin hubungan cinta dengan Shahir.
"Pada saya bukan saja menjatuhkan maruah saya tetapi juga keluarga. Tentulah ibu bapa menjadi orang yang paling sedih. Kalau orang sudah mula memandang serong, tentu saya kena betulkan keadaan," katanya. Namun mujurlah famili Adira lebih mengenalinya, apatah lagi di Kuala Lumpur dia menetap bersama abang dan kakak iparnya. Kalau benar dia melakukan perkara sumbang, pastinya abang mahupun kakaknya di sini akan lebih dulu tahu dan menegur.
"Kalau benar pun kami rapat, ia sebagai sahabat saja. Saya menghargai setiap rakan yang bersama-sama saya dalam AF8. Kenangan sewaktu kami bersama masih segar dalam ingatan dan saya akan ingat mereka sampai bila-bila," katanya.
>PROFIL |
Tahniah, Harian Metro masuk Sabah! Posted: 06 Mar 2011 07:38 AM PST SEJAK pembabitannya dalam AF8, banyak liputan mengenai Adira diberikan Harian Metro dan sisipan hiburan Rap. Malah gadis genit ini tidak menafikan akhbar No 1 ini menjadi faktor penyumbang kepada kejayaan yang diraih selama ini. "Kerana liputan yang selalu diberikan Harian Metro terutama sisipan Rap, menyebabkan nama saya lebih dikenali ramai. Malah saya juga bangga apabila Harian Metro turut memberikan liputan kepada rakan-rakan saya yang lain yang berasal dari Sabah. Ternyata tiada tembok pemisah antara kami di Sabah, Sarawak dan mereka yang berasal dari Semenanjung," katanya.
Hakikat ini kerana sebelum ini untuk dia mahupun yang lain terpaksa mengikut perkembangan semasa dalam tempoh yang agak susah disebabkan akhbar mahupun majalah Semenanjung tiba lewat di Borneo.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |