Adsense

Isnin, 21 Mac 2011

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Gambar Danny x factor bertunang

Posted: 21 Mar 2011 02:11 AM PDT








google: danny x-factor, gambar danny x-factor bertunang, nama tunang danny x-factor, foto pertunangan danny x-factor, danny x-factor dan tunang, majlis tunang danny x-factor, danny x-factor bertunang,

Edry Persoal Angka Giliran, Elemen Drama Untuk Raih Undi

Posted: 21 Mar 2011 02:03 AM PDT


SHAH ALAM: Salah seorang Mentor 5, Edry Abdul Halim mempersoalkan angka giliran dan elemen drama yang ditonjolkan oleh program tersebut sebagai meraih undi.

Edry Yang merupakan Mentor kepada Iqa menganggap angka giliran terakhir yang diberikan kepada protege Erra Fazira pada kedua-dua pusingan adalah tidak adil kepada peserta lain.

"Pada saya giliran terakhir yang diberikan kepada Salma pada dua-dua pusingan memberi kelebihan kepada dia untuk mendapat undian lebih secara psikologinya.

"Sepatutnya pihak produksi seharusnya membuat undian terlebih dahulu sebelum memulakan pertandingan. Kami tidak mahu hanya dilihat sebagai pembukaan kepadapersembahan Salma.

"Saya mahu perkara ini diperbincangkan semula dan mahukan cabutan undian dibuat setiap kali pusingan," katanya selepas tamat pertandingan Mentor 5 bagi Kumpulan B, Di Dewan MBSA, Shah Alam, Ahad.

Selain itu, Edry turut tidak bersetuju terhadap elemen drama dan simpati yang dipaparkan sebagai tujuan meraih undian penonton.


Rahim Maarof dan protogenya Aiman
"Ini adalah pertandingan nyanyian dan tidak sepatutnya dimasukan elemen-eleman drama dan simpati bagi meraih undi penonton.

"Saya mahu bersaing secara sihat, protege saya juga ada kisah peribadi sendiri tapi tidak mahu berkongsi kepada umum,"katanya.

Dalam pada itu, Edry tidak menafikan kekurangan markah protegenya pada malam pertandingan itu adalah disebabkan perkara-perkara tersebut.

"Kami ketinggalan sebayang 30 markah dibelakang Salma, yang mana merupakan sesuatu yang agak sukar untuk kami kejar.

"Kami terpaksa berjuang dengan sehabis baik untuk melalui minggu-minggu hadapan," katanya.

Sementara itu, penerbit Mentor 5, Muhamad Suffian Isa berkata angka giliran yang ditentukan kepada peserta adalah mengikut format program tersebut dan ia tidak akan ditukar kepada sistem undian.

"Kami mengikut format seperti Mentor musim pertama lagi, dimana semua peserta berpeluang untuk mendapat setiap giliran.


Erra dan Salma
"Jika minggu ini Salma terakhir, minggu seterusnya kita akan peserta lain pula. Tidak timbul soal pilih kasih atau tidak adil.

"Tentang eleman drama itu sememangnya ini merupakan program realiti,eleman tersebut merupakan salah satu dari format program ini. Namun bukan elemen utama yang menentukan kemenangan," katanya.

Jelas Sufian, perkara tidak puas hati seharusnya tidak berlaku dan setiap Mentor seharusnya memberi semangat kepada protege bagi meneruskan perjalanan pertandingan ini.

Pada pertandingan tersebut Salma yang membawakan lagu Yang Terindah Hanya Sementara mendapat markah tertinggi iaitu sebanyak 80 peratus, diikuti pula dengan Ika (Kenangan Lalu) 55 peratus.

Sementara Aiman (Kesedaran) mendapat 48 peratus.

Selain Datuk Ramli MS, penyanyi Zainal Abidin menjadi juri undangan pada malam tersebut.

Sementara itu, Mentor yang mempunyai enam protege telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B. Pada Ahad ini, protege daripada kumpulan A pula akan bertarung.

Protege kumpulan B terdiri daripada Ratnah (Afdlin Shauki), Shiha (Datuk Sharifah Aini) dan Ayish (Noh Hujan).

Kerja Keras Elaine Daly Sudah Terbayar

Posted: 21 Mar 2011 02:02 AM PDT


PERSONA bintang yang dimiliki si jelita Elaine Daly ini sememangnya tidak dapat disangkal. Meskipun usahanya hampir 10 tahun dalam dunia seni baru membuahkan hasil apabila diumumkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2010 (ASA2010) lalu, dia menganggap kerjaya lakonannya baru saja bermula.

Di saat umur yang berganjak ke angka 34 tahun, Elaine tidak pernah sekalipun rasa terlambat untuk berada di bidang lakonan ini. Malah baginya angka tersebut adalah paling matang baginya mencatur langkah kejayaan.

"Saya tidak kisah dikenali pada usia sebegini dan saya juga langsung tidak rasa terlewat menjadi seorang pelakon. Jika saya mengecapinya pada usia lebih awal mungkin saya tidak merasai apa yang saya telah lalui sebelum ini yang mana ia banyak memberi pengalaman berharga buat saya.

"Secara jujur anugerah yang saya terima sebenarnya telah membuka mata pengarah tentang tujuan saya terjun ke bidang lakonan. Ia bukan sekadar main-main atau hobi semata-mata. Saya memang serius sejak dari dulu lagi tapi mungkin ramai yang kurang percaya dengan bakat lakonan saya," ujarnya.

Kata Elain, disebabkan ketidakpercayaan tersebut dia sering diberi watak-watak stereotaip iaitu watak dirinya sendiri."Kebanyakan watak yang diberikan adalah menjadi diri saya sendiri iaitu gadis urban, model dan wanita berkerjaya.

"Malah ada juga yang mempersoalkan kerana bimbang saya tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik," ujarnya yang mengaku sukar mendapat kepercayaan pengarah sebelum ini.

Mengimbau detik bersejarah menerima kemenangan dalam ASA, kata Elaine perasaan tidak dapat digambarkan dan dia melihat seperti majlis yang dia pernah memenangi Miss Malaysia Universe 2003.

"Saya datang tanpa berharap kemenangan, mana tidaknya ketika itu saya bersaing dengan nama-nama besar yang sememangnya terlalu bagus berbanding saya. Tapi mungkin inilah yang dikatakan rezeki," ujarnya.


Elaine yang mula menceburkan diri dalam bidang peragaan sejak berusia belasan tahun mengakui kerja kerasnya selama ini sudah terbayar. Dia tidak mahu perjalanan lakonannya hanya bersandarkan kepada rupa paras yang dimilikinya.

Dia juga mahu bakat dalam dirinya diterokai dengan pelbagai watak yang lebih mencabar kemampuannya.

"Saya juga bakal keluar dengan drama Ku Mohon dan Menunggu Takbir Raya yang mana turut menguji kemampuan saya berlakon watak mualaf.

"Saya harap kehadiran saya dalam drama-drama Melayu akan diterima penonton, walaupun saya tahu ia bukan sesuatu yang mudah," ujarnya.

Mencari cinta sejati

Bercakap mengenai soal hati, wanita ini hanya mampu ketawa dan menyoal semula wujud lagikah lelaki bujang yang sesuai untuknya?Bukan mahu menolak jodoh, tapi dia menganggap sekarang bukan masa yang sesuai memikirkan mengenai pasangan hidup.

"Saya mahu lelaki yang faham dengan kerjaya saya. Kebanyakan lelaki sukar untuk menerima saya seadanya. Mereka takut untuk berdampingan dengan saya.

"Bohonglah kalau saya kata tidak mahu berkahwin dan mempunyai keluarga tapi dengan siapa? Kalau boleh saya mahu lelaki yang percaya dan yakin dengan diri mereka sendiri," katanya.

Tambahnya, salah satu faktor dia takut untuk berkahwin disebabkan terlalu banyak kes penceraian yang berlaku.

"Saya berkahwin bukan kerana terdesak atau terpaksa, saya mahu hubungan itu kekal hingga ke akhir hayat. Jadi saya perlu mencari orang yang betul-betul sesuai dan boleh hidup dengan saya.

"Saya juga mahukan sebuah perkahwinan mengikut adat dan tatacara yang betul dalam sesebuah institusi perkahwinan.

"Mungkin ramai yang nampak saya seorang yang berfikiran terbuka dan moden, tapi sebenarnya saya masih berfikiran konservatif apabila ia melibatkan soal kehidupan dan keluarga," ujar graduan undang-undang ini.

Menyingkap sejarah percintaan model ini, dia pernah menjalinkan hubungan cinta dengan aktor dan pengarah popular Hans Isaac dalam tempoh yang agak panjang dan kemudian dikaitkan dengan salah seorang anggota kumpulan Estranged, Andy.

Dalam pada itu kata Elaine, dia tidak mengharapkan untuk terus berada dalam dunia seni sepanjang hayat sebaliknya suatu masa nanti dia pasti kembali ke bidang perundangan biarpun bukan sekarang.

"Saya ada kelulusan yang melayakkan saya untuk bergelar seorang peguam, cuma masa sahaja belum mengizinkan. Saya mahu buat apa yang saya cintai dahulu," katanya.

Beg kulit ular

Menjual beg tangan rekaan sendiri, Elaine menganggap itu suatu kepuasan bagi dirinya. Beg tersebut diperbuat dari kulit ular yang direka khas dari Indonesia.

"Saya buat perniagaan tersebut kerana minat yang mendalam untuk mereka yang gemar memakai beg tangan. Saya memilih kulit ular kerana saya sendiri peminat barangan yang diperbuat daripada kulit haiwan tersebut."Saya buat perniagaan ini secara sah yang mana ia sudah mendapat kelulusan dan kebenaran daripada pihak berwajib," katanya.

google: elaine daly, elaine daly facebook, elaine daly blog, elaine daly twitter, elaine daly myspace, elaine daly terkini terbaru elaine daly, elaine daly 2011, elaine daly hot, elaine daly seksi, elaine daly panas, elaine daly bogel, gambar terbaru terkini elaine daly, elaine daly dan teman lelaki

Ana Raffali Perjelas Tuduhan Minta Bayaran

Posted: 21 Mar 2011 02:00 AM PDT


PETALING JAYA: Penyanyi Ana Raffali menjelaskan bahawa dakwaan meminta bayaran terhadap sebuah temubual oleh sebuah web tv adalah tidak benar, sebaliknya menganggap pihak pengurusan web tv itu salah faham dalam urusan perbincangan yang mereka lakukan.

Jelas Ana, memang kebiasaannya sebelum menerima sesebuah undangan persembahan atau temubual, pihak pengurusnya akan bertanyakan beberapa perkara tentang bayaran, pakaian atau solekan sebagai persediaan.

"Saya terkejut bila mereka kata bahawa saya minta token atau bayaran untuk temubual, saya tahu setiap temu bual memang tidak ada bayaran.

"Memang pengurusan saya akan bertanyakan tentang bayaran, baju dan solekan namun ia bukan bermakna kami meminta tetapi hanya sebagai soalan-soalan biasa dalam urusan tersebut.

"Jika mereka tidak sediakan bayaran pun tidak mengapa, tentang baju dan mekap ia sebagai persedian saya agar dapat menyediakannya," ujarnya ketika dihubungi mStar Online.

Ana diminta mengulas kenyataan sebuah portal hiburan yang mendakwa dia telah meminta bayaran, menyediakan pakaian dan solekan sebelum ditemu bual sebuah web.

Tambah Ana, dia tidak pernah terfikir untuk meminta-minta bayaran terutama selepas memenangi Anugerah Juara Lagu 25 lalu.

"Pekara ini sedikit sebanyak pasti memberi pandangan negetif kepada saya, ada juga yang sudah menjadikannya bahan lawak jenaka atau sindiran.

"Pihak tersebut sepatutnya tidak menyebarkan perkara yang dia tidak faham kepada orang lain yang mana boleh menimbulkan fitnah seperti ini," katanya.

Dalam pada itu, Ana yang bakal menjayakan teater Kenangan Mengusik Jiwa mengakui sudah bersedia untuk melangkah ke bidang lakonan.

"Saya anggap lakonan sebagai satu cabang seni juga, saya minat berteater sejak dibangku sekolah lagi tapi tidak berpeluang.

"Dalam teater tersebut saya juga bakal menyanyikan lagu-lagu 60 an dengan nafas baru," katanya.

Warna Kelam Bukan Kesilapan Hikayat Merong Mahawangsa

Posted: 21 Mar 2011 02:00 AM PDT


SEPERTI dijangkakan, filem epik Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) yang memulakan tayangan umum sejak 10 Mac lalu berjaya menarik kaki wayang untuk menyaksikan sendiri kehebatan filem kelapan terbitan KRU Studios itu.

Khabar terbaru yang dikongsikan oleh penerbitnya, Norman Abdul Halim kepada OopStarz!, kutipan terkini HMM iaitu sebanyak RM3.3 juta ternyata membawa kelegaan terhadap segala jerih-perih mereka dalam usaha untuk mengangkat imej filem Malaysia ke tahap antarabangsa.

"Pencapaian kutipan HMM iaitu sebanyak RM3.3 juta selepas seminggu ditayangkan adalah satu khabar gembira yang amat melegakan.

"Ternyata kami berbangga dengan kedudukan HMM yang berjaya menggungguli carta filem-filem ditayangkan di Malaysia sejak minggu lalu walaupun terpaksa bersaing dengan filem luar," katanya.

Meskipun HMM pasti mampu meraih kutipan lebih tinggi menjelang minggu depan berdasarkan respons masyarakat, Norman bagaimanapun mensasarkan lebih daripada itu.

"Sebenarnya, kami mensasarkan 1 juta penonton. Setakat ini, sudah lebih 350,000 orang menonton HMM di Malaysia sahaja.

"Jika dirangkumkan sekali jumlah penonton untuk pengedaran filem ini di luar kelak, memang sasaran 1 juta penonton itu boleh dicapai.

"Cuma, sebolehnya kami mahu melihat angka tersebut diperolehi daripada penonton kita sendiri," katanya yang mengalu-alukan seluruh rakyat Malaysia untuk menonton HMM selagi masih ditayangkan.


Di sebalik pencapaian memberangsangkan filem arahan Yusry Abdul Halim itu, ada pihak mempersoalkan gred warna filem itu yang dilihat tidak berkualiti, kelam, kabur dan pudar.

Menjelaskan hal itu, Norman berkata: "Aspek penggredan warna HMM sengaja dihasilkan sebegitu rupa untuk menyemarak dan menghidupkan lagi suasana genre epik dan purbakala dalam HMM.

"Jika menerusi Magika warna filem itu nampak terang dan ceria, bersesuaian dengan temanya, dalam HMM pula warnanya sengaja dibuat nampak kelam bagi memberikan impak lebih realistik pada penceritaan filem itu.

"Keputusan untuk memaparkan teknik warna begitu adalah bertitik-tolak daripada pertimbangan aspek kreatif produksi dan bukannya kerana kesilapan teknikal," katanya yang mengakui kualiti filem itu turut diperakui oleh pengedar HMM di Amerika Syarikat.

Dua Sudu Nasi Petua Cantik Kilafairy

Posted: 21 Mar 2011 01:59 AM PDT


JOLOKAN 'Angelina Jolie Malaysia' seakan-akan melekat kepada anak penyanyi Rohana Jalil ini selepas dia terjun dalam industri hiburan sebagai seorang pelakon. Hanya dikenali dengan nama Kilafairy, pemilik nama sebenar Syakila Nisha Jangir Khan, 19, ini cuba menepis jolokan tersebut sedikit demi sedikit sebaliknya mahu diminati kerana bakat lakonan dan nyanyian yang dimilikinya sejak kecil.

Di sebalik cerita jolokan 'Angelina Jolie Malaysia', itu Kila turut menerima tempias dikatakan membuat pembedahan plastik pada bibirnya.

Bagaimanapun dia yang menafikan dakwaan tersebut berkata bibirnya itu memang asli sejak dilahirkan lagi.

Jelas Kila semua yang ada pada anggota badannya adalah kecantikan asli dan semula jadi.

"Mustahil saya buat suntikan kerana mama dan papa saya melarang kami tiga beradik melakukannya. Lagipun, saya suka kecantikan semula jadi sebab tu kalau keluar rumah saya jarang pakai mekap.

"Saya juga mengelak daripada mewarnakan rambut kerana bimbang hilang keaslian warnanya termasuklah kalau saya nak cabut bulu tangan pun mama saya bising," kata Kila kepada OopStarz!.

Mengungkap definisi cantik menurut gadis ini, seseorang itu kelihatan menarik apabila dia yakin untuk berhadapan dengan orang ramai.

"Apabila seseorang itu yakin, secara tak langsung segala pergerakan dan percakapan menjadi teratur dan lancar. Jadi saya akan pastikan diri sentiasa yakin kerana menjadi selebriti sentiasa mendapat perhatian ramai," ujar anak bongsu ini lagi.

Gabungan enam rempah

Sambil menikmati minuman petang dan kuih yang disediakan oleh pemilik Poya Boutique, Kila tiba-tiba gusar dengan kulit sensitif yang dialaminya. Ketika berusia 15 tahun, jerawat kecil seperti pasir mula tumbuh pada mukanya.

"Sejak dari itu, saya mengambil antibiotik bagi melicinkan semula kulit. Saya rasa mungkin jerawat banyak tumbuh kerana perubahan hormon. Selain itu, saya jenis seorang yang kurang sabar dan mahukan tindak balas pada kulit dengan cepat.

"Oleh yang demikian saya selalu berhadapan dengan masalah kulit kerana tabiat menukar pelbagai jenis produk setelah menganggap ia tidak sesuai dengan kulit saya," ceritanya.Sehingga kini, pelakon filem Karak ini masih mencari 'penawar' untuk mengubat masalah kulit sensitifnya itu.

Buat masa sekarang, dia sedang mencuba rawatan dengan pakar kulit.

"Selepas saya berlakon filem Karak, jerawat semakin banyak dan saya dinasihatkan menggunakan ubat doktor sejak beberapa bulan lalu.

"Selain tidak boleh menggunakan mekap terlalu lama, saya juga perlu mencuci muka lebih kerap sehingga lima atau enam kali.

"Doktor menyarankan saya menggunakan pencuci muka Phytobar iaitu gabungan enam rempah yang tidak mempunyai bahan kimia," katanya yang pandai menyanyi lagu-lagu popular hindustan.

Petua ringkas

Apabila disoal tentang petua, terus-terang pelakon drama muzikal Hotel Mania ini terus menjawab dia tidak mengamalkan banyak petua.

"Saya tidak berpantang makan dan jika jerawat banyak saya akan kurangkan makanan berminyak dan bergoreng. Bagaimanapun saya mengehadkan pengambilan nasi kepada dua sudu sahaja setiap kali menikmatinya. Jika lapar pada waktu malam, saya akan merebus telur dan makan putih telur sahaja.

"Saya juga mengambil fiber untuk memudahkan pembuangan toksin. Papa turut mengingatkan saya untuk minum air putih tujuh kali sehari dan makan sayur. Tetapi jika kurang makan sayur, saya akan lebihkan makan buah-buahan.

"Untuk menjaga badan, saya selalu melakukan senaman 'sit up' sebanyak 100 kali sehari kerana bagus untuk perut," ujarnya.

Sebelum menutup perbualan, Kila sempat berkongsi tentang penjagaan penampilan. Biarpun menuntut jurusan fesyen, Kila akui selesa dengan pakaian yang tampak sederhana dan kasual seperti blaus, jean dan selipar.

Jika ada majlis keramaian yang memerlukan dia melaram, barulah wanita ini akan mengenakan pakaian mengikut tema majlis dan semestinya berkasut tumit tinggi.

Selain itu, dia gemar berkongsi tip fesyen dengan kakaknya, Shahira Idora yang juga pereka fesyen atau bertanya pendapat ibu dan pembantu peribadinya, Eva Suzie.

Hidup Tenang, Rahsia Muda Anita Sarawak

Posted: 21 Mar 2011 01:58 AM PDT


JARANG sekali kita dapat melihat seorang wanita yang hampir menginjak usia 60 tahun memiliki postur badan menarik dan wajah yang berseri seperti penyanyi tersohor, Anita Sarawak atau Ithnaini Mohd Taib ini.

Apatah lagi apabila melihat kelincahannya menyanyi sambil menari, tenaganya bak seorang gadis remaja. Rahsianya? Penjagaan makanan dan kesihatan yang paling diutamakan. Walau sesibuk mana sekalipun, Anita atau lebih selesa membahasakan dirinya Kak Nita ini akan mengambil berat rutin penjagaan diri.

"Tahun ini saya sudah berusia 59 tahun dan sehingga kini saya masih mendisiplinkan diri di mana saya akan bangun seawal 5.30 pagi dan kemudiannya saya akan menjamah dua keping roti serat disapu mentega dan sebiji pisang. "Kalau tak nak bosan dengan menu sama, saya ubah sedikit dengan meminum secawan kopi bersama biskut gandum. Yang penting pemakanan bertenaga perlu diambil bagi memudahkan aktiviti seharian saya yang rutinnya sungguh padat.

"Bagi saya, semua orang mahu kelihatan cantik dan berada dalam kesempurnaan, jadi kita perlu menjaga diri untuk mendapatkan kesihatan seperti yang diinginkan," tutur Kak Nita.

Selain penjagaan kesihatan luaran dan dalaman badan, kata Kak Nita fikirannya juga perlu tenang dan sentiasa berfikiran positif.

"Dalam dunia ini memang manusia sentiasa bergelut dengan dugaan tetapi kita perlu bijak menanganinya agar masalah itu tidak menguasai minda kita," katanya yang turut menggemari makanan yang dibakar serta dikukus.

Tambah Kak Nita, dia juga mengamalkan diet sayur-sayuran serta makanan berprotein tinggi berbanding karbohidrat.

Sementara itu, Kak Nita bakal menghangatkan Minggu Setiausaha anjuran Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 6 April depan bersama Noryn Aziz dengan tema Divas Las vegas.Seperti yang diketahui, Kak Nita sanggup berbuat apa sahaja agar dapat menghiburkan peminat-peminat yang hadir menyaksikan persembahannya.

Minggu Setiausaha kali ini mempunyai kelainan sedikit di mana para penonton dapat berhibur dan pada masa sama mereka turut menerima hadiah yang lumayan.

Penyanyi itu akan berkongsi minatnya bersama para tetamu dengan memberikan mereka hadiah berbentuk barangan kemas daripada Elegance Club serta perabot mewah daripada Empire Classic Furniture.

"Ia merupakan hadiah yang sangat istimewa kerana kesemua hadiah itu merupakan barangan kegemaran saya iaitu berkonsepkan klasik dan elegan. Lebih-lebih lagi barangan perabot Empire dan saya tahu, rekaan dan kualitinya pasti memikat hati sesiapa sahaja," ujarnya.

"Pada persembahan itu nanti, saya akan memberi beberapa soalan kepada tetamu dan mereka pasti boleh menjawab soalan itu jika mereka benar-benar peminat saya.

"Jika jawapan itu dijawab dengan betul, mereka akan mendapat hadiah. Malah mereka juga berpeluang memenangi cabutan bertuah dengan memenangi barangan dua jenama tersebut yang bernilai hampir RM100,000," katanya.

Tiket menyaksikan minggu setiausaha itu dijual dari harga RM420 hingga RM550. Sila hubungi Ticket Charge Hotline di talian 03-9222-8811 untuk tempahan.

10 Soalan Menarik

1. Hitam, putih atau merah?

Hitam adalah warna kegemaran saya sejak remaja. Koleksi baju di almari pula kebanyakannya bewarna hitam. Hitam tidak pernah mati daripada fesyen. Tapi masa kecil dulu-dulu saya suka merah.

2. Pilih Abang Mahathir atau Mahathir Mohammad?

Mestilah Abang Mahathir! Dialah segala-galanya bagi saya.

3. Malaysia, Las vegas atau Singapura?

Malaysia. Saya mempunyai keluarga di sini dan kalau rindu senang nak jumpa. Kalau di luar negara, sudah pasti sukar untuk saya menjenguk keluarga.

4. Siput Sarawak atau Umie Khalsom?

Ini saya tidak boleh pilih! Dua-dua saya sayang. Kedua-dua mereka adalah ibu saya, tetapi memiliki karakter yang berbeza.

5. Kancil atau lori balak?

Kancillah. Ia selesa, jimat minyak dan senang nak selit-selit. kalau lori, susah nak parking. Lagipun saya tak reti bawak lori.

6. Kad kredit atau kad debit?

Semestinya kad kredit lebih-lebih lagi jika kita mempunyai sebuah perniagaan. Tapi, kalau nak belanja tak boleh boros. Lagipun ia lebih selamat digunakan dan ia lebih mudah untuk kita bekerjasama dengan bank seperti pinjaman dan sebagainya. Saya ada kenangan dimana pada zaman remaja dahulu, saya seorang yang boros dan suka membeli belah menggunakan kad kredit. Sekarang tidak lagi.

7. Tragedi Buah Epal atau Tragedi Oktober?

Lagu saya, tragedi Buah Epal. Senikatanya berunsur nasihat dan ia sebuah lagu yang bagus.

8. Baju kurung atau gaun?

Baju kurung kerana ia memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Memandangkan kita sering berpakaian kasual, sekali-sekala, bila berbaju kurung, kita akan tampak manis. ya, ia sepasng baju tradisional, tetapi juga selesa dan elegan.

9. Kasut atau beg?

Saya suka beg. Abang mahathir yang mengajar saya untuk menyukainya. Lebih-lebih lagi dia rajin membelikan saya pelbagai beg tangan dan pastinya ia sungguh bermakna buat saya. Koleksinya tidak terkira.

10 Hospital Gleneagles, Hospital Pantai atau hospital Prince Court?

Saya nak pilih dua iaitu Gleaneagles dan Prince Court. Di Gleneagles, saya sudah memiliki doktor pakar saya sendiri bagi pemeriksaan tulang, selain pemeriksaan kesihatan lain yang biasa di buat. Sampaikan saya dah kenal dengan jururawat di sana. Di Prince Court pula tempat Abang Mahathir pula yang membuat pemeriksaan kesihatan.