Adsense

Rabu, 2 Mac 2011

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Afiq tempat Eina mengadu

Posted: 01 Mar 2011 07:08 AM PST

MEREKA masih baru tetapi masing-masing sudah memancarkan aura segar. Kedua-dua mereka nyata pandai bergaya dan kini sedang membina tapak dalam bidang seni.

Itulah pasangan Eina Azman dan Afiq Azman yang menjadi buruan pengarah dan produser tempatan.

Secara tiba-tiba, pemilik nama Ainur Syakina Azman atau Eina 16, yang mula dikenali menerusi drama 5 Jingga, mencuri perhatian ramai gara-gara kontroversi membabitkan dia dan filem Ratu.

Namun Eina enggan bercakap panjang, mengeluh atau merungut mengenai perkara itu lagi kerana enggan mengeruhkan keadaan.


Eina akui lebih teruja untuk membuka lembaran baru dan berjaya sebagai bintang pelapis. Ternyata anak buah penyanyi Juliza Adzlizan ini ada pakej menarik. Bagi yang belum tahu, Eina adalah anak Amy Roshaida iaitu adik kepada Juliza.


"Saya tak mahu fikir apa-apa pasal filem itu lagi. Ada baik-nya saya pandang ke depan. Memang Ratu filem pertama saya tapi apabila produsernya sendiri mengharamkan saya daripada hadir ke majlis previu filem itu baru-baru ini, saya terima dengan hati terbuka. Bukannya saya tak faham bahasa.

Buat masa ini saya hanya bersikap tunggu dan lihat. Sekarang saya nak tutup cerita lama dan buka buku baru. Saya juga mendoakan kontroversi ini berakhir dengan cepat," jelasnya yang enggan disalah tafsir.

Meskipun emosinya seketika terganggu, Eina tidak pernah serik dan berkata kontroversi yang berlaku langsung tidak pernah mematahkan sema-ngatnya untuk menjadi anak seni. Malah pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah di Subang Jaya ini menganggap apa yang terjadi adalah satu pengalaman berharga dalam hidupnya.

"Saya tak kisah orang nak cakap kerana saya tidak pandai reka cerita. Memang banyak yang perlu saya belajar apabila masuk ke bidang seni. Pada saya rezeki datangnya dari Allah S.W.T dan bukan berada dalam tangan manusia. Saya bersyukur kerana tawaran berlakon tetap ada.

"Syukurlah saya sudah berlakon filem kedua, Ada Sesuatu Yang Tertinggal, berkonsep seram. Saya juga berlakon dalam siri drama Mistik Alam Hitam arahan Rashid Sibir untuk episod Panggilan Maut. Saya bawa watak hantu yang namanya Manja. Dia suka buat panggilan kepada Fuad (Afiq) selepas jam 12 tengah malam.

"Seronok bekerja bawah Abang Rashid. Gandingan saya dengan Afiq pun serasi kerana dia pun masih muda dan gila-gila. Kalau ada rezeki, saya nak berlakon lagi dengan Afiq," katanya.

Menjawab pandangan sinis masyarakat mengenai pembabitannya pada usia muda, Eina berkata dia sekadar memenuhi minatnya, bukan kerana mengejar duit.

"Saya pergi uji bakat untuk 5 Jingga ketika berumur 13 tahun dan diterima berlakon oleh produsernya, Low Ngai Yuen. Tak dinafikan minat dalam seni timbul kerana keluarga saya berdarah seni. Mulanya saya nak jadi penyanyi, tapi entah bagaimana boleh terjebak pula ke lakonan.

"Minat untuk menyanyi tetap ada. Saya nak mantapkan vokal dan selepas tamat SPM (Sijil Peperiksaan Malaysia) baru bercadang hasilkan album. Ramai yang anggap saya seronok berlakon hingga abaikan pelajaran. Sebenarnya saya hanya berlakon semasa hujung minggu atau selepas habis waktu sekolah saja.

"Sebenarnya mula-mula dulu, ayah kurang sokong minat saya kerana mahu saya tumpukan perhatian kepada pelajaran. Namun kerana minat saya yang mendalam, dia akhirnya bersetuju dengan syarat tahun depan saya kena tumpukan perhatian betul-betul belajar. Emak juga tak biarkan saya berseorangan ketika 'shooting'. Kalau dia tak dapat ikut, saya pasti akan ditemani kakak (Nur Wenny Azman, 18)," katanya.

Afiq, 19, pula yang ada ikatan persaudaraan dengan pelakon kacak, Edika Yusof, sudah tiga tahun bertapak dalam lakonan. Bermula dengan watak pelakon tanpa dialog dan watak tambahan untuk Hotel Mania, Afiq kini mampu tersenyum kerana mula diberi kepercayaan berlakon watak besar oleh Rashid Sibir.

"Sebelum ini saya banyak buat model untuk majalah antaranya In-Trend, Remaja dan Maskulin. Saya juga jadi model untuk sebuah bank tempatan dan model video klip Najwa arahan Ghaz Abu Bakar. Namun saya tak putus asa cari peluang berlakon dan akhirnya ia tiba apabila Abang Rashid menawarkan saya berlakon telemovie Mak Pengantin Tak Popular bergandingan dengan Nora Danish sebagai pasangan kekasih.

"Dari situ dia bagi kepercayaan lagi buat saya berlakon siri drama Mistik Alam Hitam untuk episod Darah Pontianak, Sabit Puaka dan Panggilan Maut bersama Eina. Mungkin sebab saya buat yang terbaik, jadi dia terus beri peluang. Tak dinafikan mulanya lakonan saya agak kaku tapi Abang Rashid banyak bagi tunjuk ajar dan mencabar supaya buat yang terbaik. Saya sahut cabarannya itu," katanya.

Afiq yang berdarah campuran Pakistan sebelah ayah dan Melayu sebelah ibu tidak mahu dikatakan hanya bersandarkan rupa paras semata-mata. Dia kini menyambung pelajaran dalam jurusan seni lakonan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) selama setahun.

"Buat masa ini saya hanya ambil sijil terlebih dulu. Saya pilih Aswara kerana mendapati tenaga pengajarnya hebat-hebat belaka. Malah banyak juga pelakon hebat asalnya dari sini. Saya nak jadi pelakon berilmu dalam bidangnya dan bercadang akan sambung lagi belajar hingga peringkat tertinggi. Bukan setakat berlakon, saya juga nak belajar segala perkara berkaitan kerja belakang tabir produksi.

"Awalnya ayah memang tak galakkan saya jadi pelakon. Biasalah setiap ibu bapa mesti mahu yang terbaik dalam hidup anak-anak mereka. Jadi, saya akan buktikan yang pilihan saya ini bukan sebab nak cari glamour. Mungkin pada masa depan saya akan buat bisnes kerana lebih selesa bekerja sendiri dari makan gaji," jelasnya.

Mengulas mengenai apa yang berlaku terhadap Eina, Afiq berkata dia bersimpati. Sebagai kawan, dia hanya mampu menasihatkan Eina supaya bersabar.

"Saya anggap Eina sebagai adik. Jadi, boleh dikatakan saya ialah tempatnya mengadu. Untuk itu saya berikan dia nasihat supaya tabah menghadapi apa yang berlaku," katanya.

PROFIL

NAMA: Muhamad Afiq Muiz Azman Shah
PANGGILAN: Afiq Azman
TEMPAT LAHIR: Kelantan
TARIKH LAHIR: 1 Mei 1992
UMUR: 19 tahun
STATUS: Bujang
BILANGAN DALAM KELUARGA: Anak kedua daripada empat beradik
HOBI: Memancing
DRAMA: Mistik Alam Hitam (Darah Puntianak, Sabit Puaka), Mistik Alam Hitam 2 (Panggilan Maut), Mak Pengantin Tak Popular, Seram dan Iqra
PENDIDIKAN: SPM dan pelajar seni lakonan di Aswara.

PROFIL

NAMA: Ainur Syakina Azman
PANGGILAN: Eina Azman
TEMPAT LAHIR: Mentakab, Pahang
TARIKH LAHIR: 13 Mac 1995
UMUR: 16 tahun
STATUS: Bujang
BILANGAN DALAM KELUARGA: Anak bongsu daripada lima beradik
DRAMA: 5 Jingga, 23:55, Calon Isteri, Anorexia Nervousa, Mistik Alam Hitam (Panggilan Maut), Baju Raya Mona dan Detik 12:00 Malam Selendang
FILEM: Ratu The Movie dan Ada Sesuatu Yang Tertinggal
PENGACARA: Music Active Genre Pop sebanyak 13 episod dan Impian Anggun musim ke-3
IKLAN: Cadbury Gold, CareFree Queen dan Twister
PENCAPAIAN LAIN: Bridal catwalk di Midvalley 2009, Busana Ratu Sehari Model 2010, Lady Gaga Model Catwalk In Lim Kok Wing 2010, menyertai Bintang Kecil 2006 dan 2007 serta menyertai pertandingan nyanyian Oh La La 2009

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kempen wang besar

Posted: 01 Mar 2011 07:03 AM PST

PERSAINGAN dalam bidang penyiaran radio semakin sengit hingga stesen bergelar nombor satu bertukar ganti. Keadaan ini memaksa setiap stesen penyiar memikirkan cara terbaik bagi memikat pendengar.

Bagaikan satu kemestian apabila semua mereka berlumba-lumba menganjurkan kuiz yang menawarkan hadiah lumayan untuk memenangi hati pendengar. Tidak terkecuali, stesen radio di bawah naungan rangkaian Airtime Management Programming Sdn Bhd (AMP Radio Networks).

Bukan calang-calang kerana ada sembilan stesen radio bernaung di bawah anak syarikat Astro ini iaitu Era FM, Mix FM, My FM, hitz.fm, LiteFM, SINAR fm, THR Gegar, THR Raaga dan XFM.

Saban tahun, AMP mengadakan sesi ramah mesra bertujuan memperkenal dan merapatkan hubungan penyampai dan pengurusannya dengan media serta memberitahu perancangan terbaru setiap stesen radio di bawahnya.


Kali ini, hampir 50 penyampai dari setiap stesen AMP dihimpunkan di Ciao Ristorante, Jalan Kampung Pandan pada Isnin (28 Februari lalu).


Penyampai Era diwakili Aznil Nawawi, Ray, Reza, Haniff dan Ady, Sinar diwakili Salih Yaacob, Raja Azura, Najman dan Zaidi manakala Nana dan Aimee antara yang hadir dari XFM. THR Gegar diwakili Nasa, Nazim, Suzana dan Nazz.

Radio Sinar yang menduduki tangga pertama pilihan pendengar, tampil dengan kempen wang besar 'Perkataan Pertama Di SINAR' yang akan bermula 7 Mac ini.

Peraduan ini memerlukan pendengar mengingati perkataan pertama sesebuah lagu yang diputarkan dan peserta hanya diberi 10 saat untuk memberitahu apakah bait pertama lirik lagu tersebut. Hadiah keseluruhan pertandingan ini ialah RM75,000.

Pengurus Saluran Sinar FM, Rostam Said berkata, dia bersyukur kerana dapat mengekalkan kedudukan Sinar FM sebagai radio nombor satu negara. Untuk itu, dia mengekalkan kandungan asal Sinar dan hanya menambah sedikit pembaharuan antaranya memperkenalkan jam bertema yang diadakan selama sebulan.

"Program ini mengambil tema lagu-lagu dan diasingkan ikut jam tertentu. Misalnya lagu-lagu bertema jangan, jadi satu jam akan dikhususkan untuk tema itu. Program ini bermula sejak Disember dan respon yang diterima dari pendengar sangat bagus. Ramai yang minta lagu bertema yang disukai, kami boleh cari tapi memang agak penat mendapatkannya.

"Saya tak berapa fikirkan sangat saingan dari stesen lain kerana ia berupa saingan sihat. Saya yakin apa yang kami buat dan tahu apabila jadi nombor satu, cabarannya lagi besar untuk kekalkan kedudukan itu.

"Sinar menyambut ulangtahun ke-7 pada 1 Mac lalu, tapi kami tak buat perubahan kerana peminat sudah selesa. Untuk bertahan kami kena tahu apa yang diinginkan peminat. Tak perlulah tiru atau ikut orang," katanya yang memberitahu pendengar Sinar kini ialah 4.2 peratus.

Radio Era yang kini berada di tangga kedua pilihan pendengar, tampil dengan peraduan Aznil vs Muzik dengan kerjasama Singer sebagai penaja yang menawarkan hadiah bernilai lebih RM2,000 setiap hari. Peraduan bermula 28 Februari ini, berlangsung sehingga 25 Mac.

Peserta dikehendaki memilih antara topik 'Aznil' atau 'Muzik'. Jika Aznil yang dipilih, mereka perlu menjawab soalan mudah berkaitan personaliti popular itu. Begitu juga sebaliknya jika mereka memilih topik Muzik.

Penolong Pengurus Saluran Era FM, Rizal Sahimy berkata, mereka kini memperkenalkan segmen Cayang Dia dalam Riuh Pagi Era yang dikendalikan Aznil dan Haniff. Segmen membabitkan kanak-kanak di bawah usia 6 tahun ini baru dua minggu ditampilkan.

"Kelebihan yang ada pada Aznil ialah mampu tarik perhatian semua golongan. Segmen ini memang kelakar kerana budak-budak akan cakap macam-macam topik. Pendengar yang ada anak-anak usia ini boleh menghubungi mereka di konti. Namun perbualan ini akan ditapis terlebih dulu sebelum disiarkan.

"Kami juga tak berasa penyampai lain kecil hati dengan tumpuan berlebihan terhadap Aznil. Kami sangat bersyukur dia ada di Era. Selain itu, resepi kami yang ketengahkan muzik menarik juga diterima pendengar. Kaji selidik yang dijalankan mendapati muzik masih penting di Era. Itulah sebabnya kami kenalkan kempen Aznil vs Muzik," katanya.

Sementara itu, Era Fm Kota Kinabalu dan Era Fm Kuching turut mengadakan segmen peraduan dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari yang menawarkan hadiah RM105. Aznil akan mengumumkan satu slot bonus setiap hari yang membolehkan peminat menang TV LCD 32 inci atau Set Teater Rumah tajaan Singer.

THR Gegar yang dikhususkan buat pendengar Pantai Timur, menawarkan hadiah berjumlah RM50,000 menerusi kempen Mesin Wang Gegar yang akan bermula pada 6 Mac. Pendengar hanya perlu mendaftar di www.thr.fm/gegar atau menerusi SMS serta melengkapkan slogan untuk layak mengambil bahagian.

Lain-lain stesen radio AMP yang turut 'menaburkan' wang lumayan ialah kempen 'Talian Selebriti JJ dan Ean' yang akan bermula pada 7 Mac di hitz.fm, 'Catch Us If You Can bersama Zak & Sara' (LiteFM), 'XFM Macbeth Secret Show' (7 Mac/ XFM) dan 'JD & Dilly's Short Cuts to Cash' (MIX fm).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.