Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Nurkhiriah di Party Dinner Pelakon Komedi ABP2010

Posted: 08 Feb 2011 08:03 PM PST

Semalam (tanggal 8 Februari 2011), jam 8 malam, Budiey telah dijemput untuk ke jamuan malam yang cukup eksklusif di mana hanya beberapa media yang terpilih sahaja yang dijemput khas. Selain Berita Harian, penganjur utama untuk makan malam bersama 10 orang finalis yang tercalon dalam kategori Pelakon Komedi Lelaki Popular & Pelakon Komedi Wanita Popular ABP2010 ini ialah MANDALAY, produk barang kemas, batu jed dan rubi yang tak asing lagi. Kalau sebut Rafflesia, korang mesti tahu kan? Haaa… Kiranya, Mandalay ni adik beradik kepada Rafflesia.

Inilah julung-julung kalinya, Anugerah Bintang Popular Berita Harian telah meraikan finalis yang tercalon dalam kategori Pelakon Komedi Lelaki Popular & Pelakon Komedi Wanita Popular ABP2010 di satu majlis yang penuh eksklusif di Hotel Le Meridien, KL Sentral. Memang happening sebab semua selebriti yang hadir ni pandai buat lawak dan cukup menghiburkan kami.

Antara yang mencuri perhatian Budiey ialah pelakon terkenal Nurkhiriah yang kini sarat mengandung. Kata Nurkhiriah, dia akan bersalin tak lama je lagi, bulan depan katanya. Tapi demi komitmen yang tinggi, Nurkhiriah sanggup hadir.

Inilah sikap yang patut artis lain contohi. Walaupun badan sarat mengandung, masih sudi hadir memeriahkan majlis makan malam. Tak macam sesetengah artis yang hanya berlakon 1-2 drama sebagai pak pacak, terus berani mati datang lewat dan tak berdisiplin. Dah pandai nak menggelarkan dirinya artis?

Sekali tengok, kesian pulak kat kak Nur ni. Yang pastinya, Nur kata, dia tak dapat datang ke ABP kali ini sebab masa tu dalam pantang. Semoga kak nur kita ni selamat melahirkan anak bulan depan ya.

Nurkhiriah

Nurkhiriah

Nurkhiriah

Nurkhiriah

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Senarai Finalis Top 5 Anugerah Bintang Popular 2010
  • Sekitar Party Ulangtahun Budiey.com Ke-4 – Pendaftaran Part 2
  • Gambar Birthday Suprise Party Hannah Tan
  • Party Masquerade Media Hiburan
  • Siri Komedi HUA… HUA… HUA Lakonan Nabil Raja Lawak dan Saiful Apek
  • Gambar Eksklusif Siti Nurhaliza di Post Party AIM14
  • Gambar Ifa Raziah di Party Masquerade Media Hiburan
  • Gambar Selebriti di Party GLAM Swinging 60′s
  • Gambar Sekitar Party Ulangtahun Budiey.com ke-4: Part 1
  • Sekitar Persembahan Pentas Party EH! 20 Yang Anggun
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Jom Sertai Pertandingan MENARI SEPERTI DynDa

    Posted: 08 Feb 2011 04:00 PM PST

    Budiey BlogJom Sertai Pertandingan MENARI SEPERTI DynDa

    Di tengah-tengah kerancakan tarian jalanan yang semakin menjadi ikutan di kalangan remaja dan dewasa, DynDa mengajak semua bakat tarian di Malaysia untuk menonjolkan kebolehan menari mereka dengan menyertai pertandingan tarian DynDa Februari ini.

    Memilih nama 'DynDa Hanya Kamu Dance Off', Dynda yang dianggotai oleh Renni, Vega, Elly, Reella menjemput semua penari tempatan dan asing terutamanya bakat-bakat baru yang berkebolehan menari tarian jalanan dan K-Pop untuk hadir ke sesi saringan pada jam 3 petang, 12 Februari ini bertempat di T-Hop, Tingkat 6 Sungei Wang Plaza.

    Sepuluh (10) kumpulan terbaik akan layak ke peringkat akhir pada jam 3 petang 20 Februari 2011 bertempat di Ruang Legar Sungei Wang Plaza.

    Dianjurkan oleh Alibi Music Sdn Bhd, Sungei Wang Plaza sebagai Penaja Lokasi dan Sensasi Selebriti sebagai Portal Rasmi, DynDa Hanya Kamu Dance Off menawarkan hadiah menarik kepada para pemenang.

    Juara akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000 dan berpeluang untuk muncul dalam video klip DynDa. Manakala tempat kedua dan ketiga bakal memenangi wang tunai RM1500 dan RM700 masing-masing.

    Menurut Ferhard Ahmad, Pengarah Urusan Alibi Music Sdn Bhd, pertandingan ini dianjurkan sempena single terbaru Dynda Babe… Hanya Kamu yang telah dirilis sekitar penghujung 2010.

    DynDa

    DYNDA

    "Lagu 'Babe … Hanya Kamu' ciptaan Adeep, Francis Cobb dan Aiqa Halim adalah single kedua DynDa selepas 'AMPM'. Liriknya ditulis oleh Adeep dan DynDa sendiri.

    Untuk kelainan, kami anjurkan pertandingan ini untuk mencari bakat-bakat baru yang boleh kami tampilkan dalam video muzik DynDa. Kumpulan yang kami cari haruslah sinonim denagn ciri-ciri yang sedia ada pada DynDa.

    Gerak tari mereka mestilah lincah dan koreografi pula kenalah menarik. Di samping itu, bersesuaian dengan aliran fesyen tarian jalanan dan K-Pop yang ranggi, peserta yang stailo mempunyai peluang yang lebih cerah untuk bergelar juara" kata Ferhard mengakhiri perbualan.

    DynDa yang ditubuhkan pada Disember 2009 memulakan karier mereka sebagai penari dan setelah bergelar penyanyi, mereka mahu imej penari terlihat dalam kumpulan mereka.

    Ditanya kenapa memilih tarian jalanan dan K-Pop, DynDa mengatakan kedua-dua tarian ini adalah trend terbaru yang menjadi kegemaran ramai pengikut tarian seluruh dunia.

    "Tarian jalanan dan K-Pop memang dua fenomena yang menakjubkan. Ia bukan sekadar tarian untuk menghiburkan para penonton. Ia umpama satu budaya yang menggabungkan pelbagai elemen seperti muzik, gaya hidup, fesyen dan banyak lagi.

    Bagi kami, pertandingan ini lebih bersifat peribadi. Selain daripada mengenengahkan bakat tarian, kami juga ingin mengambil peluang ini untuk mendekati peminat-peminat tarian di Malaysia. Banyak yang ingin kami kongsikan dari segi gerak tari, koreografi dan juga fesyen terkini.

    Untuk itu, pertandingan ini kami buka penyertaan kepada semua, tanpa mengira warganegara dan umur mereka" ujar Dynda.

    Teaser – Hanya Kamu Dynda Dance Off Competition

    Peringkat Saringan

    Masa: 3 petang
    Tarikh: 12 Februari 2011
    Tempat: T-Hop, Tingkat 6, Sungei Wang Plaza
    Peringkat Akhir

    Masa: 3 petang
    Tarikh: 20 Februari 2011
    Tempat: Ruang Legar, Sungei Wang Plaza

    DynDa

    Syarat-Syarat Pertandingan

    1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan warganegara asing yang menetap di Malaysia tanpa mengira had umur.
    2. Penyertaan mestilah secara berkumpulan (minima 2, maksima 5 orang)
    3. Stail tarian terhad kepada Tarian Jalanan dan/atau K-Pop sahaja
    4. Durasi persembahan tidak melebihi 4 minit (2 minit lagu Hanya Kamu (Babe) (sila dapatkan sampel lagu dari http://www.facebook.com/DynDaFanPage dan 2 minit selebihnya dari lagu pilihan anda sendiri)
    5. Setiap kumpulan mestilah membawa sendiri CD yang mengandungi kombinasi lagu seperti yang tertera di atas
    6. Juara akan diberi peluang untuk muncul di dalam muzik video Dynda. Sekiranya Juara tidak dapat muncul tanpa alasan yang munasabah, Naib Juara akan mengambil alih.
    7. Dynda akan menjadi hakim pertandingan dan segala keputusan adalah muktamad.

    Penghakiman

    1. Nilai-nilai Hiburan / Kreativiti 20%
    2. Teknik 20%
    3. Keaslian Persembahan 20%
    4. Koreografi 20%
    5. Koordinasi/Kerjasama Kumpulan 10%
    6. Stail / Penampilan 10%

    Pihak Penganjur

    1. Tidak akan bertanggungjawab diatas segala kecederaan, kehilangan dan kerosakan sepanjang penganjuran pertandingan ini
    2. Berhak untuk menggunakan segala gambar, biodata, rutin tarian, belakang pentas untuk aktiviti promosi
    3. Berhak untuk meminda atau mengubah mana-mana syarat pertandingan tanpa sebarang notis awal
    4. Berhak untuk menolak mana-mana penyertaan kumpulan untuk menyertai pertandingan ini
    5. Berhak untuk menyingkirkan mana-mana kumpulan atas salahlaku semasa penganjuran pertandingan ini

    DynDa

    DynDa

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , , , , , , , , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Pertandingan Karaoke Red Box Alibi Music di AEON Tebrau City
  • Sertai Ujibakat Mari Menari Astro
  • The Fabulous Cats & Dynda Gegarkan Esplanade Singapore
  • 10 Single Terhangat Alibi Music
  • Peraduan Mencipta Poster Filem Anak Halal
  • BURBERRY THE BEAT TALENT SEARCH CONTEST
  • Sertai Peraduan KENZO The Most Memorable Journey of Love
  • Ujibakat BATTLEGROUND 2010 Loose Joint
  • Sessi Uji Bakat Puteri Gunung Ledang The Musical Musim ke 3
  • Khai dan Rosma di Pertandingan Bintang Kecil 2008
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    0 ulasan:

    Catat Ulasan