Adsense

Selasa, 8 Februari 2011

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


'Pendaki kudung' ke pentas teater

Posted: 07 Feb 2011 06:49 AM PST

KEHADIRAN aktor terkenal Hollywood, James Franco di sisi Tobey Maguire ketika membintangi filem aksi popular, Spider-Man (2002), bukan hanya melonjak namanya dikenali ramai.

Malah, dia yang membawakan watak Harry Osborn melakonkan karakter antagonis dan rakan karib pada superhero itu, turut menyerlah potensi lakon dalam diri.


Mungkin tidak ramai yang tahu, Franco lebih bercita-cita mahu menjadi Peter Parker yang menjadi superhero dalam filem itu, tetapi ketika hadir pada sesi uji bakat, dia sebaliknya ditawarkan watak Osborn. Namun, itu tidak menghalang dirinya memberikan lakonan terbaik hingga menerima banyak pujian.

Menyelami kisah hidup di awal pembabitan sebagai pelakon, Franco sebenarnya berhasrat mengikis perasaan malu dalam diri menerusi lakonan.

Selepas menuntut di kelas lakon profesional, Playhouse West, Hollywood, Amerika Syarikat selama 15 bulan, dia kemudian mengambil keputusan mahu menjadi aktor secara serius.


Penampilan awal, dia berjaya terpilih membintangi filem komedi Never Been Kissed (1999) yang turut menggandingkan bersama aktres Drew Barrymore. Diikuti tawaran filem seterusnya seperti Whatever It Takes (2000), Franco juga mengasah bakat menerusi drama TV antaranya, Freaks And Geeks dan To Serve and Protect.


Berbeza dengan kehidupan di awal dulu, Franco kini berjaya berada di status popularitinya sendiri apabila sering ditawarkan watak utama.

Tahun lalu, Franco muncul dengan lima filem, Howl, Date Night, William Vincent, Eat Pray Love dan terbaru, 127 Hours yang turut akan ditayangkan di sini pada 3 Mac nanti.


Filem genre aksi dan thriller ini menyaksikan Franco melakonkan kisah benar pendaki Aron Ralston yang menempuh pengalaman mencabar ketika terperangkap di pergunungan Canyon, Utah.

Di sebalik fokus pengarah Danny Boyle menggarap kisah penuh dramatik ini, Franco mampu tersenyum bangga apabila lakonannya kali ini melayakkan dia tercalon dalam kategori Aktor Terbaik untuk Anugerah Academy ke-83 yang akan berlangsung di Kodak Theatre, Hollywood pada 27 Februari ini.


Pencalonan Franco untuk majlis anugerah berprestij itu bukan saja memberi berita gembira padanya, tetapi menjadi pengalaman menarik apabila tampil sebagai pengacara bersama Anne Hathaway pada acara itu nanti.


Kata Franco terhadap filem barunya itu, dia banyak berbincang bersama Boyle dalam memahami karakter lebih mendalam. Seperti watak sebenar, Ralston, dia diminta Boyle agar mengamalkan diet yang sihat untuk mendapatkan bentuk badan yang sepatutnya.


"Ralston sememangnya mempunyai bentuk badan menarik, tetapi dia kehilangan 40 paun apabila kekurangan air yang dialami pada insiden masa itu. Sudah tentu, saya bersama Boyle sukar menggambarkan kisah seperti itu dalam filem, tetapi apa yang mampu saya lakukan adalah mengurangkan berat badan agar kelihatan lebih kurus.


"Di awal penggambaran, saya dibantu solekan agar menampakkan rupa yang berbeza. Begitu juga, kesan ini membantu hingga penggambaran selesai.


"Untuk mendapat lakonan berkesan, saya turut berjumpa Ralston beberapa kali. Saya percaya Boyle juga banyak kali bertemu dengan lelaki ini sebelum menulis skrip.


"Saya fikir pertemuan sebegini penting dan begitu juga, Ralston yang mahu sesuatu adegan penting dipaparkan dalam filem ini. Saya masih ingat ada adegan yang dilakonkan seperti apa yang sebenar berlaku.


"Ini merujuk pada apa yang diperkatakan mengikut kata Ralston sendiri termasuk mesej dalam video yang disampaikan. Namun, pendekatan yang digunakan bukan saja merujuk pada kata Ralston, tetapi filem ini menjadi penghargaan buatnya.


"Sebagai pembikin filem, kami berusaha menggambarkan pengalaman sebenar yang dilaluinya, tetapi kami juga harus mempunyai cara sendiri untuk menyampaikan cerita ini lebih menarik," katanya.


Biarpun mengikut pertuturan sebenar Ralston, Franco berasakan dia masih diberi kebebasan berlakon mengikut caranya. Seperti mana ketika menonton mesej video sebenar, Franco berkata apa yang menarik perhatian ialah bagaimana mesej itu disampaikan secara ringkas dan mempunyai hubung kait.


"Memang banyak cabaran yang ditempuh sepanjang penggambaran filem ini kerana apa yang berlaku bukan perkara biasa yang pernah saya lalui. Namun, saya tidak menganggap cabaran ini suatu yang sukar kerana Boyle bijak merakam situasi itu nampak semula jadi.


"Bagi Boyle, dia berdepan cabaran melakukan adegan panjang hingga 20 minit sebelum berkata 'cut!'. Saya membayangkan jika berada di tempat duduk pengarah, pasti memerlukan banyak kepercayaan pada kru untuk memastikan segala berjalan lancar," katanya.


Franco akui, Boyle banyak memberi peluang padanya untuk berdepan pengalaman sendiri ketika di lokasi penggambaran. Untuk mendapatkan syot lebih dramatik, kamera seperti bentuk telefon digunakan agar merakam segala pergerakan yang berlaku.


Bercerita projek baru lain, aktor berusia 32 tahun ini berhasrat membawa pementasan teater berkonsep broadway yang mengadaptasi sitkom popular zaman 70-an, Three Company.

"Pelakon asal sitkom ini suka dengan idea ini. Saya cuba membawa pementasan ini dalam penceritaan berbeza atau sebaliknya.


"Ketika ini, projek ini masih dalam proses perancangan dan apa yang dilakukan adalah serius untuk membawa sitkom ini ke konsep broadway," katanya.


Dalam menimba pengalaman lakon bersama filem baru dan teater, Franco tidak terkecuali membabitkan diri menerusi aktiviti bersama peminat. Menariknya, dia akan hadir mengajar pelakon Kolej Columbia mengenai kisah kerjayanya sebagai pelakon dan mengadakan kursus suntingan filem.


Program Master Class: Editing James Franco... with James Franco ini turut memberi peluang pada 12 pelajar bertuah bekerjasama dengannya untuk menghasilkan projek filem dokumentari selama 30 minit.

>PROFIL
NAMA: James Edward Franco
NAMA KOMERSIAL: James Franco
TARIKH LAHIR: 19 April 1978
USIA: 32 tahun
ASAL: Palo Alto, California, Amerika Syarikat
FILEM: Never Been Kissed (1999), If Tomorrow Comes dan Whatever It Takes (2000), Some Body (2001), Spider-Man, Deuces Wild, You Always Stalk The Ones You Love, Mother Ghost, Sonny dan City By The Sea (2002), Spider-Man 2 (2004), The Ape (2005), Flyboys dan The Wicker Man (2006), Spider-Man 3 dan Knocked Up (2007), Pineapple Express (2008), Eat Pray Love dan 127 Hours (2010)
DRAMA: Pacific Blue (1997), 1973 (1998), To Serve and Protect dan Profiler (1999), At Any Cost (2000), Freaks And Geeks (1999-2000), The X Files dan James Dean (2001) dan General Hospital (2009-2010)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pukaw gagal memukau

Posted: 07 Feb 2011 06:47 AM PST

KUMPULAN Pukaw terselamat daripada penyingkiran apabila slot 'wild card' memberi peluang meneruskan saingan minggu keenam Gelanggang Raja Lawak 5 (RL5), Jumaat ini.

Dengan markah paling rendah sebanyak 10 peratus, trio dianggotai Indra Setia Negara Thamrin, 22, Abd Hadzir Abdullah, 23 dan Nizam Solah, 34, lega peruntukan terakhir prosedur menyebelahi mereka di saingan minggu kelima di Studio Finas, Hulu Klang, Jumaat lalu. Program dihoskan Johan dan Zizan bersiaran langsung tepat jam 9 malam melalui Astro Prima (Saluran 105 Astro). Persembahan setiap peserta dengan tajuk komedi muzikal dinilai oleh tiga juri, Afdlin Shauki, Sathiya dan David Teo.


Daripada tujuh peserta lain, Leman atau Sulaiman Ibrahim, 29 mendapat markah tertinggi, 18 peratus. Di tangga kedua, Mohd Nazmi Md Isa (Nazmi), 23, dengan 14 peratus sementara kumpulan R2 diwakili gandingan adik-beradik, Rahim Mat Ali (Aim)/ Ridzhuan Mat Ali/Lopez, mencatat 13 peratus.

Kumpulan Lucky (Mohd Zhafir Hilman Hassin, Mohd Hazwan Mohd Azani dan Khairul Nazmi Rodzy dan Muhammad Hanafi Rusmadi atau Epy berkongsi kedudukan di tangga keempat, masing-masing 12 peratus. Man (Abd Rahman Kassim) dan kombinasi Balas (Fandi Muhammad/Mohammad Shukri Mohamed Sahar), menduduki tempat kelima undian penonton dengan 11 peratus.


Leman, mengenengahkan lawak loghat utara pencarian 'pokkek' (sejenis cicak) dipercayai boleh mengubati HIV, berkata, mood minggu ini tidak berada pada tahap terbaik.


"Mesej adalah isu semasa hangat diperkatakan di Kedah. Bagaimanapun, saya tidak dapat menyampaikannya 100 peratus kerana banyak diubah pada saat akhir. Saya akui loghat ala Siam digunakan kurang difahami penonton studio, tetapi saya tujukan kepada jumlah penonton lebih ramai melalui siaran di televisyen. "Kedudukan memberi semangat dan saya harap penonton terus terhibur dengan persembahan lebih baik selepas ini," katanya. Seorang anggota Pukaw, Indra berasa lega kerana tidak disingkir selepas mengetahui kumpulan menerima undian paling rendah.

"Ramuan masih tidak cukup. Kami tidak berpuashati seolah-olah hilang idea kreatif. Menyedari keputusan genting ini, kami tidak boleh leka dan mesti buat lebih baik," katanya. Pukaw gagal memukau menerusi lawak pengalaman bekerja sebagai penjaga mayat dengan selingan lagu Alleycats, Jika Kau Bercinta Lagi. Kata Afdlin, cetek pengalaman dan kurang 'punchline' dapat dilihat pada rata-rata persembahan peserta bersaing pada minggu kelima.


"Bagi saya, komedi muzikal bukan mudah. Bukan lagu best, tetapi penceritaan menarik untuk buat orang ketawa. Hanya sedikit memiliki mesej dan tidak banyak mampu memikat.

"Nazmi memang penghibur. 'Dressing' hip-hop 'Nazmi Boleh Settle Semua' membuktikan karakter ditonjol berlainan setiap minggu. Lawak kentut dalam lif diketengahkan Kumpulan R2 biasa kerana pernah dilihat sebelum ini. Ramai peserta tidak faham dengan kehendak genre.


"Apapun, saya harap gigih berlatih, membiasakan diri, mencari idea asli dan memantapkan penceritaan pada persembahan untuk membuat orang terhibur. Jika masih tidak sedap? Minggu depan, selepas persembahan, pandang ke arah juri dan nantikan penyingkiran," katanya. Sathiya, mengenakan imej hippies dengan lilit bandana dan berkaca mata hitam berkata: "Susah membawa lagu komedi muzikal. Nazmi tidak boleh menyanyi manakala bahasa Leman tidak difahami walaupun mampu bercerita. "Saya harap kualiti serba-boleh kerana mahu lihat 'punchline' menarik setiap minggu. Mereka perlu fikir kuasa undian penonton boleh menyebabkan mereka terkeluar," katanya.


Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani berkata, peserta tidak boleh lagi berlawak sambil lewa dalam masa beberapa minggu sebelum final.


"Selepas ini, peserta markah terendah terpaksa melangkah keluar. Dua slot wild card untuk minggu pertama dan kelima sudah berakhir dalam RL5. Saingan sebenar bermula Jumaat ini. Cabaran kali ini lebih sengit berbanding peringkat sama RL4 lalu. "Nasihat saya, jangan cuba tiru aksi lawak pernah dibuat orang lain, tetapi perbaiki bakat masing-masing dengan idea lebih cergas," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.