Adsense

Khamis, 10 Februari 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Safura Maafkan Perbuatan Ifa Raziah

Posted: 10 Feb 2011 09:32 PM PST

Diherdik, dikutuk dengan pelbagai kata-kata hinaan, namun peribadi mulia Safura terus memaafkan perbuatan Ifa Raziah yang pernah mengeluarkan kata-kata tersebut di laman twitter.

Safura mengikut kata-kata ibunya supaya tidak membiarkan isu ini berpanjangan dengan memaafkan Ifa Raziah. Menurut Safura, dia sebenarnya tidak menyangka yang Ifa Raziah tergamak mengelarkan dia dengan bahasa kasar.

"Tidak guna saya memarahi atau membalas tindakannya kerana saya tahu orang seperti itu tidak akan pernah menyesal dengan tindakkannya dan ia akan memburukkan lagi keadaan. Lagi pula saya tahu ramai orang yang berpihak dan membela saya. Mereka sendiri tahu siapa betul dan siapa yang salah," katanya.

Cerita lain pula, Safura memberitahu bahawa duit RM500 telah pun dijelaskan kepada mahkamah melalui peguamnya, dan kos saman tersebut sepatutnya dibayarkan terus kepada mahkamah. Senang cerita, Safura sebenarnya tidak berhutang apa-apa dengan Ifa Raziah.

Mungkin disebabkan sedikit miscommunication menyebabkan Ifa Raziah tidak tahu menahu mengenai proses tersebut.

Kredit berita : Mstar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

(Gambar HD) Lisa Surihani Berkempen Untuk Walk For Children: 1 Malaysia Goes Green

Posted: 10 Feb 2011 09:16 PM PST

Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur (ISKL) menjemput seluruh rakyat Malaysia menyertai Walkathon Amal yang dinamakan "Walk For Children: 1 Malaysia Goes Green" bagi mengumpul dana untuk kanak-kanak kurang bernasib baik. Walkathon ini akan diadakan pada hari Ahad, 13hb Mac 2011, bertempat di Dataran Merdeka pada jam 9.00 pagi. Semua dana yang bakal dikumpulkan akan diderma sepenuhnya kepada Shelter Home Petaling Jaya dan Rumah Kasih Sayang Rawang.

"Walk For Children: 1 Malaysia Goes Green" dinaungi oleh Yg. Berbahagia Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia manakala aktres terkenal Malaysia iaitu Cik Lisa Surihani telah dilantik sebagai duta untuk program ini.

Bakal menampilkan tiga laluan berbeza iaitu : 3km, 5km dan 1km untuk peserta kurang berupaya, acara ini menjanjikan pelbagai bentuk hadiah yang menarik untuk para pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

"Walk For Children: 1 Malaysia Goes Green" dijadualkan bermula jam 8.30 pagi manakala pendaftaran akan bermula seawal jam 6.30 pagi. Pelbagai aktiviti sampingan telah diatur bagi memeriahkan acara ini.

Bayaran yang dikenakan untuk menyertai "Walk For Children : 1 Malaysia Goes Green" adalah sebanyak RM15 untuk pra pendaftaran manakala RM20 jika mendaftar pada hari berlangsungnya acara. Para peserta akan menerima bag cenderahati dan kemeja-T eksklusif "Walk for Children: 1 Malaysia Goes Green".

Sementara itu, ISKL turut mengalu-alukan sumbangan dari orang ramai dan badan koprat untuk menjayakan acara ini. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi Pengarah Pemasaran ISKL Puan Hilda Alposilva di talian +603.4259.5623.

"Walkathon ini adalah satu acara perdana untuk meraih sumbangan untuk badan badan kebajikan dan dalam masa yang sama bertujuan menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira peringkat umur ataupun bangsa sesuai untuk memartabatkan tema 1Malaysia," kata Paige Dangerfield, Presiden Kelab Antarabangsa ISKL. "Dengan bantuan dari warga Malaysia yang pemurah kami berharap untuk mengumpul dana sebanyak RM150,000 demi membantu rumah kebajikan yang terpilih."

Untuk maklumat lanjut, cara penyertaan atau menderma, sila layari laman web "Walk For Children : 1 Malaysia Goes Green" di http://www.walkforchildrenkl.com .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.