macam macam hiburan terkini |
- Mengaku Nakal, Tapi Tidak Mabuk - Nabil (Raja Lawak)
- Tayangan Percuma ‘Khurafat’ Di Finas Jumaat Ini
- Anak-Anak Belum Tahu Raja Azura, Suami Bercerai
- Joey Mengaku Ada Hubungan Sulit Dengan Watie
- Wang RM100,000, Mohd Masih Kena Tunggu
- Suami Zakiah Anas Dinasihatkan Lafaz Cerai
- Artis Popular Jadi Juri Uji Bakat Pelakon Hari Terbuka Finas
Mengaku Nakal, Tapi Tidak Mabuk - Nabil (Raja Lawak) Posted: 09 Feb 2011 08:56 AM PST Juara program Raja Lawak musim kedua itu berkata dia tidak pernah minum arak apatah lagi berkeadaan mabuk di depan khalayak. "Saya tak tahu macam mana boleh timbul gosip ini. Rasanya saya tak berkelakuan tidak senonoh di depan umum. Kalau benarlah saya berbuat demikian, saya akan berterus terang dan mengaku. Tapi saya tidak buat. "Tambah pula saya tidak pernah mabuk. Saya tak tahu kenapa orang sekarang suka mengaitkan perkara-perkara yang tidak elok tentang saya. "Bagaimanapun saya harus akur bahawa menjadi seorang artis, orang ingin tahu segala kerja dan peribadi kita. Dan bila orang nampak apa kita buat, mereka akan bercerita. "Saya ingin jelaskan bahawa apa yang saya lakukan dalam kehidupan seharian adalah sama seperti orang lain. Saya tak boleh nak menipu diri sendiri dengan mengurung diri di rumah tanpa bergaul," katanya yang ditemui pada majlis sambutan Anugerah Bintang Popular bersama calon-calon bagi kategori Artis Komedi Lelaki dan Wanita Popular di Hotel Le Meridien, di sini, Selasa. Baru-baru ini, Nabil dikatakan hadir ke sebuah pub hotel bersama tiga rakannya. Difahamkan Nabil berkeadaan mabuk dan berkelakuan tidak senonoh di mana dia sedang bercumbu dengan salah seorang rakannya itu di belakang tandas pub tersebut. Selain itu, Nabil juga dikatakan berjaya membolosi diri daripada kepungan polis ketika mengunjungi sebuah pusat hiburan di Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur pada 29 Januari lalu. Bagaimanapun, Nabil turut menafikannya dan berkata pada hari tersebut dia sedang berada di rumah dengan membetulkan kerusi sofa yang baru dibelinya. Tambah Nabil, dia sudah lali dengan kontroversi yang dilalui sebelum ini, sehingga dia pernah duduk di rumah tanpa keluar selama dua bulan jika tidak bekerja. Bagaimanapun, anak kelahiran Negeri Sembilan itu sudah berazam untuk berubah tanpa kontroversi seperti yang dilaluinya tahun lalu. "Saya ingin menjadi seorang yang lebih baik pada tahun ini dan diakui saya berkelakuan nakal pada tahun lalu. "Alhamdulillah, dengan kontroversi yang ada, karier saya tidak diganggu sangat. Cuma saya tak mahu lupa dengan kesalahan yang saya buat sebelum ini kerana ia memberi keinsafan buat diri saya," ujarnya. |
Tayangan Percuma ‘Khurafat’ Di Finas Jumaat Ini Posted: 09 Feb 2011 08:56 AM PST Tayangan percuma itu merupakan salah satu aktiviti yang akan berlangsung sempena program Malam Bersama Bintang (MBB) anjuran agensi itu. Program berkenaan akan turtu dimeriahkan dengan persembahan Siti Sarah Raisudin, Zul Handy Black dan Ain AF8. "Kami telah melakukan program ini sejak dua tahun lalu dan mengalu-alukan kehadiran ramai pengunjung untuk memeriahkan program ini pada setiap minggu kedua dalam sebulan (Jumaat), bermula pukul 8 malam di Dataran Karyawan Finas," kata Timbalan Ketua Pengarah Operasi Finas, Mohd Zulkifli Ab. Wahab dalam satu sidang media di Finas, di sini, Selasa. Program ini merupakan permulaan sebelum Hari Terbuka Finas 2011 yang akan berlangsung pada 12 dan 13 Februari depan di Kompleks Merdeka Finas. |
Anak-Anak Belum Tahu Raja Azura, Suami Bercerai Posted: 09 Feb 2011 08:55 AM PST Menurut Raja Azura atau lebih dikenali sebagai Kak Engku, sehingga kini, dia dan Adzmin berlakon sebagai sepasang suami isteri yang normal di depan ketiga-tiga anak mereka iaitu Megat Muhammad Raziq, 9, Megat Luqman Hakim, 8 dan Puteri Mkia Maizurah, 5, kerana enggan melukai hati mereka. "Saya tak mahu anak-anak tahu tentang perkara ini dan kerana kesilapan saya dan Adzmin, anak-anak pula yang jadi mangsa. "Kami dah berjanji untuk berlakon di depan anak-anak seperti tidak ada apa yang berlaku. Malah kami memastikan untuk keluar berjalan-jalan di hujung minggu sekeluarga seperi biasa. "Oleh itu saya akan memastikan tiada sebarang surat khabar yang ada di dalam rumah. Setakat ini anak-anak saya cuma tahu yang bapanya sibuk bekerja di Alor Setar, Kedah dan akan datang berkunjung ke rumah setiap hujung minggu. "Bila Adzmin ada kelapangan, dia akan datang ke rumah saya dan tidurkan anak-anak seperti biasa," katanya yang ditemui pada majlis sambutan Anugerah Bintang Popular bersama calon-calon bagi kategori Artis Komedi Lelaki dan Wanita Popular di Hotel Le Meridien, di sini, Selasa. Bagaimanapun tambah Kak Engku, dia masih berharap untuk kembali ke pangkuan bekas suaminya itu jika ditakdirkan bersama semula. Pada masa yang sama, pengacara tersebut tidak perlu melukai hati anak-anak mereka untuk menjelaskan status sebenar hubungan kak Engku dan Adzmin. "Saya masih simpan harapan untuk kembali kepadanya (Adzmin). Ini kerana anak-anak yang saya lahirkan itu merupakan anak dia juga. "Andai kata dia ingin berpatah balik kepada saya, sekurang-kurangnya anak-anak tak perlu tahu pergolakan yang melanda terhadap kami. "Mungkin perpisahan ini adalah masa untuk saya dan Adzmin berfikir dan membetulkan kesilapan masing-masing. Sekarang ini kami memberi ruang untuk muhasabah diri. Lagipun saya masih sayangkan dia," tutur Kak Engku sambil menitiskan air matanya. Penyampai radio itu berkahwin dengan Adzmin iaitu anak bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Arof pada bulan Mac 2001. |
Joey Mengaku Ada Hubungan Sulit Dengan Watie Posted: 09 Feb 2011 08:54 AM PST Noraini yang sedang memberi keterangan dalam perbicaraan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu berkata, pengakuan tersebut dibuat pada penghujung bulan Mei 2010. "Keesokan harinya, dia terus keluar daripada rumah dan pulang semula pada 4 Jun 2010. Antara tempoh tersebut, saya ada menghubungi telefon dia, tetapi tidak dijawab manakala khidmat pesanan ringkas (SMS) tidak dibalas," katanya. Wanita bertubuh kecil itu seterusnya memberitahu, Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud menghubunginya menerusi telefon untuk berbincang pada 4 Jun 2010 sebelum datang ke rumah kelamin mereka yang terletak di Ampang, dekat sini. "Dia datang bersama seorang kawan yang dikenali sebagai Acong. Dia kata ingin menceraikan saya, tetapi saya telah lari masuk ke dalam rumah. "Acong telefon saya dan memberitahu bahawa suami saya telah melafazkan cerai dan dia mendengar lafaz tersebut," katanya dan menambah dia merayu kepada Joey supaya tidak diceraikan. Noraini juga memberitahu, bahawa Joey ada merujuk semula dengan dirinya empat hari selepas didakwa melafazkan talak dan lafaz rujuk didakwa berlaku di dalam bilik tidur mereka. "Dia melafazkan rujuk melalui perkataan dan juga perbuatan. Dia meletakkan tangan kanannya di dahi saya manakala tangan kiri memegang Al-Quran yang diletakkan di atas bantal," katanya. Noraini menambah, dia telah memberitahu perihal rujuk itu kepada adik tirinya, Wan Asmadi Wan Mohd Najib manakala Joey menceritakan perihal sama kepada rakan mereka, Martias Ali. "Martias memberitahu saya bahawa Joey ada bertanya kepadanya sama ada rujuk tersebut sah atau tidak dan Martias menjawab tidak sah kerana tidak mempunyai saksi," katanya. Justeru itu, Noraini menyatakan kesediaannya untuk bersumpah bahawa keterangan yang diberikannya dalam perbicaraan itu sebagai benar. Noraini dan Joey yang merupakan vokalis kumpulan Exists dan pernah menghasilkan album Beradu Suratan berkahwin pada 4 Mei 2005 dan mereka mempunyai seorang anak angkat perempuan, Zidani, empat tahun setengah. Noraini memfailkan permohonan untuk mengesahkan lafaz cerai yang didakwa dilafazkan di luar mahkamah mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor pada 15 Oktober 2010, iaitu kira-kira seminggu selepas hubungan antara Joey dan Watie dilaporkan media. Joey dan Watie atau nama sebenarnya Norwati Sadali yang merupakan bekas anggota kumpulan Elite dikatakan rapat selepas bertemu di lokasi penggambaran sebuah drama bersiri. Pada prosiding Rabu, Joey juga hampir berdepan dengan tindakan waran tangkap selepas dia tidak berada di mahkamah semasa kesnya dipanggil. Joey yang hadir pada pukul 2 petang hanya memasuki galeri mahkamah kira-kira 15 minit selepas Noraini memberi keterangan dan di akhir kes, Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah menegur kelakuan pelakon filem Crayon tersebut. "Sekurang-kurangnya jika kamu mempunyai masalah atau lewat, maklumkan kepada peguam kamu. Mahkamah tidak zalim, saya keluarkan waran tangkap kerana tiada maklumat tentang kamu," katanya. Beliau juga menetapkan 27 April depan sebagai tarikh sambung bicara untuk peguam syarie Joey, Fakhrul Azman Abu Hassan menyoal balas Noraini ekoran peguam itu sedang mengendalikan kes di Manjung, Perak. Walaupun Noraini mengakui bahawa mereka tidak lagi tinggal bersama, Abdul Halim masih memerintahkan pasangan tersebut untuk tinggal berasingan sehingga mahkamah memberi keputusan untuk merungkaikan masalah perkahwinan itu. Pada prosiding itu, peguam syarie Munirah Abu Bakar hadir bagi pihak Fakhrul Azman. |
Wang RM100,000, Mohd Masih Kena Tunggu Posted: 09 Feb 2011 08:53 AM PST Mohd yang dihubungi mStar Online, Rabu memberitahu keputusan itu dimaklumkan oleh pihak Amanah Raya selepas dia menguruskan urusan pengeluaran wang berkenaan dengan pihak tersebut baru-baru ini. "Saya berasa sedih dan hampa dengan prosedur yang berpanjangan ini," katanya. Dia belum lagi menerima wang tersebut kerana berhadapan dengan kerenah prosedur dari badan yang sekarang memegang wang tersebut, iaitu Amanah Raya. Mohd mengalami kesukaran mengambil wang itu kerana ibunya yang juga dinamakan sebagai pemilik bersama wang itu meninggal dunia seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun lepas dan wang itu terpaksa dikategorikan sebagai harta pusaka. Mohd juga berharap pihak yang berwajib akan menyelesaikan kes ini dengan kadar segera dan memahami situasi dirinya sekarang. Apabila ditanya tentang perancangannya wang tersebut, Mohd menyatakan dia mahu menggunakan sebahagian daripadanya untuk membuat modal perniagaan runcit di sebuah lokasi ibu kota. Juara program terbitan TV3 ini memberitahu dia sedang giat aktif mencipta lirik dan lagu untuk kegunaannya sendiri sambil membuat beberapa persembahan yang diterimanya. "Saya banyak menerima tunjuk ajar komposer dari Mentor, Iswandy dalam penciptaan lirik dan lagu. "Lagu pertama yang dicipta sepenuhnya oleh saya telah pun siap dan diberi tajuk Nasib. Single yang berentak rancak ini berkemungkinan besar akan dikeluarkan pada bulan Mac hadapan." kata penyanyi yang berasal dari Melaka ini. Mohd menyatakan bahawa dia masih lagi berhubung dengan mentornya, Ziana Zain dan sering meminta nasihat dan tunjuk ajar daripadanya. |
Suami Zakiah Anas Dinasihatkan Lafaz Cerai Posted: 09 Feb 2011 08:52 AM PST Hakim Syarie Ghazali Ahmad berkata demikian dalam prosiding sebutan yang diadakan untuk mengetahui perkembangan jawatankuasa terbabit yang dianggotai oleh wakil kedua-dua pihak dan dipengerusikan oleh pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Ghazali berkata, beliau akan menasihatkan Mohamad Yusof, 49, untuk melafazkan talak terhadap Zakiah secara baik dengan persetujuan bersama iaitu mengikut peruntukkan Seksyen 47(14) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003. Bagaimanapun, perkara tersebut tidak dapat dilaksanakan pada Rabu, memandangkan Mohamad Yusof yang pernah bekerja dalam industri media tidak menghadiri prosiding mahkamah. Ketidakhadiran itu membawa padah selepas Ghazali membenarkan permohonan peguam syarie Zakiah, Abdullah Anuar Sahri agar satu waran tangkap dikeluarkan terhadap lelaki tersebut. Ghazali seterusnya menetapkan kes itu disebut semula pada 9 Mac depan untuk Mohamad Yusof hadir ke mahkamah. Zakiah yang pernah mengacarakan rancangan berbentuk kepolisan, 999, memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik pada Januari 2010, selepas menarik semula permohonan untuk bercerai secara taklik yang difailkan di Mahkamah Syariah Shah Alam, dekat sini pada 1 September 2009. Ekoran permohonan tersebut, mahkamah memerintahkan pembentukan jawatankuasa pendamai dilakukan dan Zakiah diwakili oleh anak saudaranya, Affendi Yusof manakala Mohamad Yusof diwakili sepupunya, Md Hairi Mad Salleh. Zakiah, 44, dan Mohamad Yusof mendirikan rumah tangga sejak 18 tahun lalu da hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak, Aiman Muzammil, 17, dan Amir Muzhaffar, 15. |
Artis Popular Jadi Juri Uji Bakat Pelakon Hari Terbuka Finas Posted: 09 Feb 2011 08:51 AM PST Jehan Miskin (kiri), Radhi Khalid (tiga dari kiri) dan Ellie Suriati (dua dari kanan) merupakan antara artis yang akan menghadiri Hari Terbuka Finas 2011 bersama-sama Timbalan Ketua Pengarah Operasi Finas, Mohd Zulkifli Ab. Wahab ketika sidang media di Finas, Selasa. - Foto oleh EDINOR HULU KELANG: Orang ramai berpeluang menjalani uji bakat untuk bergelar pelakon sempena Hari Terbuka Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) 2011 pada 12 dan 13 Februari. Ia akan diadakan di Kompleks Merdeka Finas, di sini bermula pukul 10 pagi sehingga 6 petang. Beberapa pelakon terkenal akan terlibat dalam penilaian uji bakat tersebut iaitu Azlee Senario dan Julia Ziegler, Pierre Andre, Khatijah Tan, Radhi Khalid, Ellie Suriati, Faizal Hussein dan Nor Khiriah. Menurut Khatijah Tan, antara kriteria yang akan diambil kira adalah pelakon yang mampu menghayati sesuatu karakter melalui penyampaian dialog dan ekspresi wajahnya. Sementara itu, Radhi Khalid yang pernah menjadi juri untuk uji bakat peserta Akademi Fantasia musim kesembilan di Sabah turut menetapkan kriteria pelakon yang dicari. "Saya berharap setiap individu yang menghadiri uji bakat lakonan ini agar membuat persediaan terlebih dahulu, serius dan mempunyai minat yang menebal untuk menjadi pelakon. "Saya tidak mahu individu yang mahu bergelar pelakon kerana mengejar glamor semata-mata. Mungkin salah satu ciri yang kita cari adalah mereka yang mempunyai sikap semula jadi dan bukan dibuat-buat. "Bagaimanapun, bakat semula jadi akan terserlah apabila ia digilap nanti," ujarnya kepada mStar Online. Hari Terbuka Finas 2011 akan berlangsung bermula pukul 9 pagi hingga 11 malam pada 12 Februari manakala 9 pagi hingga 6 petang pada hari berikutnya. Selain uji bakat lakonan, terdapat juga pelbagai aktiviti menarik lain seperti sesi bergambar dengan artis, pameran peralatan perfileman, jualan, tayangan filem dan sesi interaktif. Pihak Finas juga menambah aktiviti baru seperti uji bakat pembaca berita dan lawatan berpandu iaitu pengunjung dibawa melihat demonstrasi kemudahan perfileman di Studio Digital Mix Stage, FINASPOST dan Studio Sound Stage yang bernilai RM57 juta. Sementara tayangan filem tempatan untuk kedua-dua hari tersebut akan turut diadakan seperti filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Estet, Crayon, Ngangkung dan Janin. Turut ditayangkan lima dokumentari terbitan Finas seperti P. Ramlee, Supermokh, Tun Razak, Sudirman dan Fight Master. Pada karnival itu, Finas akan membuka gerai khas untuk jualan dan mendapatkan maklumat tentang Finas dan industri seperti KRU Studios, Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) dan Persatuan Seniman Malaysia. |
You are subscribed to email updates from macam macam hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |