Adsense

Khamis, 10 Februari 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Kelantangan Deja

Posted:

Kelantangan Deja

Kelantangan Deja



HUJUNG minggu lalu, penyanyi Deja Moss yang kini terbabit dalam teater Terima Kasih Cinta secara lantang meluahkan perasaan kurang puas hati terhadap ketidakadilan pihak produksi yang mencicirkan namanya dalam agenda promosi mereka.

Sebagai peneraju utama yang membawa watak Dian, apa yang berlaku ke atas dirinya dianggap sebagai satu hal yang mengecewakan. Apatah lagi ada sesi promosi yang hanya membawa pelakon tambahan, tetapi pemain utama sepertinya ditinggalkan.

Bukan dia 'lapar' publisiti. Sebagai orang lama dalam industri, dia sudah faham benar permintaan media. Tetapi yang mengecewakannya adalah kerana dia begitu komited untuk mempromosikan teater yang dianggap sebagai yang terbaik ini. Sebagai peneraju utama, dia turut berasa bertanggungjawab untuk turun padang melakukan promosi agar teater ini penuh panggung kelak.

Mengaku selepas kelantangannya bersuara, keadaan menjadi sedikit tegang dan keruh namun dia tidak gentar. Tegasnya, perlu ada seseorang yang lantang menyuarakan hak sebagai pelakon.

Dia juga tidak bimbang, andai dilabel sebagai pelakon bermulut lantang dan menyebabkan pihak produksi lain takut untuk mengambilnya sebagai pelakon.

"Saya tidak berbuat jahat, rezeki itu datang daripada Allah. Saya tidak serik berlakon teater jika produksi itu profesional. Saya lantang bersuara kerana saya suka berlakon teater. Ada juga pelakon lain yang terasa seperti saya tetapi mereka memilih untuk berdiam diri," katanya serius.


DARI DEPAN: Nadia Aqila, Tony Eusoff, Safura, Diddy, Shajiry, Farahdiya, Deja Moss dan pengarah Pat Ibrahim.


Beritahunya lagi yang sebelum ini pernah berlakon di pentas teater menerusi teater Inggeris Hello Dolly, ramai peminatnya memberi sokongan padu dan bertanyakan tentang teater Terima Kasih Cinta di laman sosial Facebook miliknya.

"Ramai yang bertanya macam mana untuk dapatkan tiket dan sebagainya. Jadi, saya jalankan tanggungjawab saya untuk memberi promosi kepada peminat. Saya tidak kisahlah andai mereka (produksi) tidak menghargai saya," katanya yang sedang dalam perbincangan untuk mengeluarkan album duet bersama penyanyi Safura.

Bagaimanapun kata pemilik nama sebenar Sharifah Hadijah Wan Moss ini, kelantangannya bersuara bukan bermakna dia cemburu. Tetapi dia mahu pihak produksi berlaku adil kepada semua pelakon yang telah diberi kepercayaan untuk menjayakan teater yang bakal dipentas di Istana Budaya bermula 17 Februari hingga 6 Mac ini.

Katanya: "Saya tidak kisah jika mahu beri publisiti kepada pelakon pembantu tetapi biarlah secara adil. Ada pelakon yang tidak mahu pergi sesi promosi, baik bagi pelakon yang mahu jayakan sesi promosi. Saya pun pelakon dalam teater ini, sebelum ini pihak produksi menjanjikan promosi hebat secara besar-besaran, apa yang saya boleh cakap mana janji-janji manismu itu."


BARISAN pelakon Terima Kasih Cinta kini bersedia menebarkan cinta buat semua khalayak bermula 17 Februari ini.


Melepaskan ketegangan dicicirkan daripada promosi dengan bercerita tentang wataknya sebagai Dian, Deja nyata teruja untuk berkongsi pengalamannya.

Dian, menurut Deja adalah seorang wanita tabah yang terlalu mengharapkan cinta daripada suami orang. Mengakui sukar untuk menyesuaikan diri dengan wataknya, kata Deja pengarah Pat Ibrahim banyak memberi tunjuk ajar kepadanya.

"Teater ini sangat istimewa kerana ia muzikal dan drama. Jika drama sahaja mungkin saya tidak akan terima. Saya sendiri terkejut kerana Pat berjaya mengeluarkan bakat yang saya rasa saya tidak miliki sebelum ini, dia yang memberi motivasi kepada saya.

"Walaupun bayaran tidak tinggi dan latihan yang lama, kepuasan yang diperolehi daripada teater amat berbeza dengan nyanyian. Saya perlu buktikan kepada diri sendiri yang saya mampu melakonkan watak Dian dengan baik," katanya yang juga sibuk membantu persatuan ibu tunggal Shuhadah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kak Engku, Adzmin pegang tangan demi anak

Posted:

Kak Engku, Adzmin pegang tangan demi anak

Kak Engku, Adzmin pegang tangan demi anak

Oleh KU MOHD. RIZDUAN KU ABDUL RAHMAN


RAJA AZURA dan bekas suaminya, Adzmin sewaktu masih lagi bergelar suami isteri. Gambar ini dirakam pada tahun 2009.


TEKA-TEKI kontroversi penyampai radio popular, Raja Azura atau mesra dengan panggilan Kak Engku berpimpin tangan dengan bekas suaminya pada Januari lalu kini terjawab apabila perkara itu diakui sendiri oleh beliau ketika ditemui baru-baru ini.

Aksi intim berkenaan dilihat ketika Kak Engku bersama bekas suaminya, Adzmin Tan Sri Osman berjalan-jalan di sebuah kompleks beli-belah di ibu kota.

Walaupun kedua-duanya mengenakan kaca mata hitam, kelibat penyampai radio Sinar FM dan pasangannya itu tetap dikenali ramai.

Semasa diajukan pertanyaan mengenai aksi berpegangan tangan, tiba-tiba penyampai radio slot Sinar Pagi yang pada mulanya begitu riang dengan keramahannya bertukar sayu.

Sambil mengesat air mata yang mula membasah kelopak matanya, dia berterus-terang mengatakan sejak perceraiannya tahun lalu sehingga saat ini, Kak Engku dan bekas suami masih berpura-pura mesra di hadapan anak-anak.

Tambah pilu apabila tidak seorangpun daripada ketiga-tiga anaknya mengetahui perpisahannya dengan bekas suami disebabkan mereka terlalu kecil.

"Saya perlu berlakon dan ketepikan ego di depan anak-anak kerana itu janji saya bersama bekas suami setelah berpisah secara baik.

"Sampaikan televisyen dan surat khabar mengenai kisah perceraian kami pun tidak didedahkan kepada anak-anak disebabkan mereka terlalu cerdik bertanya pelbagai soalan," katanya yang mengaku sudah terbiasa hidup solo sekarang.

Dia ditemui selepas majlis meraikan Top 5 kategori Pelakon Komedi Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011) anjuran jenama perhiasan, Mandalay di ibu negara baru-baru ini.

Terdahulu, Raja Azura dan Adzmin menggemparkan dunia hiburan tanah air dengan berita perceraiannya sejak Ogos lalu dan disahkan bercerai talak satu melalui satu prosiding tertutup pada 28 September lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor .

Kak Engku berkahwin dengan Adzmin pada Mac 2001 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Megat Muhammad Raziq, 8, Megat Luqman Haqim, 7 dan Puteri Mia Maizura, 4 tahun.

Rujuk

Menurutnya, setiap minggu dia akan melayan bekas suaminya seperti biasa malah anak-anak mereka tidak merasai sebarang perubahan kerana mereka tahu Adzmi bekerja di Alor Setar dan akan pulang ke Kuala Lumpur pada hujung minggu.

"Dia (Adzmin) pun banyak bertanya khabar saya malah baru-baru ini kami beramai-ramai ditemani pembantu rumah pergi bercuti ke Cameron Highland, Pahang.

"Walaupun baru saja habis edah tetapi terus-terang saya katakan saya masih sayangkan bekas suami saya. Kalau dia boleh kembali pada saya, Alhamdulillah," katanya yang mengharapkan sinar baru pada dirinya dan anak-anak.

Ujar Kak Engku, dia masih menyimpan harapan untuk kembali bersama Adzmin kerana anak-anak yang dikurniakan ini merupakan zuriat bekas suaminya.

"Saya menganggap pergolakan ini sebagai dugaan daripada Allah. Cuma apa yang saya harapkan agar semuanya kembali dengan lebih baik selepas ini.

"Pada masa ini memang susah untuk saya memberitahu perkara sebenar kepada anak-anak. Mungkin jika kami bertemu jodoh masing-masing baru perkara ini diperjelaskan kepada anak-anak," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Diet cara Girl Generation

Posted:

Diet cara Girl Generation

Diet cara Girl Generation


SELAIN menjaga pemakanan, anggota Girl Genaration kerap melakukan senaman.


PASTINYA ramai peminat di luar sana tertanya-tanya bagaimana anggota Girl Generation atau SNSD menjaga tubuh mereka supaya kekal ramping. Dalam program SBS Lunar New Year, jurulatih peribadi kumpulan terkenal Korea itu, Kim Ji Hoon mendedahkan rahsia sebalik tubuh kurus yang mereka miliki.

"Sebelum menghadiri sebarang konsert atau acara yang penting, semua anggota SNSD akan memakan 1500 kalori makanan.

"Selalunya mereka makan banyak sayur-sayuran seperti brokoli, 100 gram dada ayam dan 150 gram nasi daripada beras perang," ujarnya.

Apabila disoal tentang diet harian mereka, Ji Hoon menjawab: "Disebabkan mereka terlalu sukakan makanan ringan dan makanan segera, mereka makan dengan baik."

Walaupun mereka kerap memakan makanan ringan tetapi kesemua anggota SNSD kerap melakukan senaman dan rutin tarian merupakan salah satu faktor mereka kekal dengan badan yang langsing.

"Setiap kali mereka muncul dengan lagu baru, mereka akan mengadakan latihan tarian hampir setiap hari, jadi walaupun mereka makan banyak makanan segera, lemak makanan itu tidak menggemukkan mereka," terang jurulatih itu lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.