Adsense

Khamis, 10 Februari 2011

Celebrity News

Celebrity News


Mohd Juara Mentor Belum Terima Hadiah RM100 Ribu !

Posted: 10 Feb 2011 09:51 AM PST

Dia belum lagi menerima wang tersebut kerana berhadapan dengan kerenah prosedur dari badan yang sekarang memegang wang tersebut, iaitu Amanah Raya.

Mohd mengalami kesukaran mengambil wang itu kerana ibunya yang juga dinamakan sebagai pemilik bersama wang itu meninggal dunia seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun lepas dan wang itu terpaksa dikategorikan sebagai harta pusaka.

Mohd juga berharap pihak yang berwajib akan menyelesaikan kes ini dengan kadar segera dan memahami situasi dirinya sekarang.
Apabila ditanya tentang perancangannya wang tersebut, Mohd menyatakan dia mahu menggunakan sebahagian daripadanya untuk membuat modal perniagaan runcit di sebuah lokasi ibu kota.



Info : Mstar


ZooM : kesiannya kenapalah susah sangat nak keluarkan duit dari Amanah Raya ni, dan untuk makluman bukan Mohd je yang menghadapi apabila berurusan dengan Amanah Raya, terutamanya jika seseorang pemilik itu telah meninggal dunia. Nak buat macam mana dah prosidur dia macam tu kita ikut je sebab pengguna tetapi Amanah Raya kena ubah konsep sedikit bagi mengelakkan terlalui banyak prosidur yang kena ikuti jika ingin mengeluarkan harta/duit.



Semoga Mohd berjaya mengeluarkan duit daripada Amanah Raya dan seterusnya membuka peluang perniagaan bagi beliau..

Fasha Sandha Tempat Pertama Dalam Carian Google !!

Posted: 10 Feb 2011 09:39 AM PST

KUALA LUMPUR - Pelakon terkenal, Fasha Sandha menduduki tempat pertama di negara ini dalam carian menerusi syarikat penyedia perkhidmatan Internet, Google sepanjang bulan Januari lalu.

Jurucakap Google Malaysia berkata, Fasha dicari ekoran kisahnya memakai bikini di Bali, Indonesia dan tersebar di Internet meluas baru-baru ini. Kisah Fasha menjadi topik hangat pada kedudukan 10 teratas untuk bulan Januari manakala selepas itu Anugerah Juara Lagu ke-25 pula menduduki tempat kedua.

"Pelakon Ayu Raudhah yang berkahwin dengan pemain bola sepak, Mohd Zaquan Adha Abd. Radzak juga banyak dicari sepanjang bulan lepas," katanya dalam satu kenyataan kepada Kosmo! disini semalam.




Info : Kosmo / Forum


Zoom : Memang dah agak dah sebab dalam blog ZoOm pun Cerita Fasha dalam statistic memang tinggi setiap hari. Nak buat macam mana sebab dialah artis paling meletup dengan konterversi selama ZoOm belum menjadi penulis blog lagi. Apa pula pendapat anda !!!?

Berita Panas : Minyak RON95 Naik Lagi !!

Posted: 10 Feb 2011 09:22 AM PST

Kuala Lumpur, 6 Jan 2011 – Awal pagi lagi stesyen minyak sekitar Lembah Kelang di kunjungi oleh ramai pengguna kenderaan yang berpusu pusu untuk mendapatkan bekalan minyak dengan harga baru. Harga RON97 dinaikkan kepada RM2.40 seliter, manakala RON95 pula naik 5 sen. 

Mereka yang mengunjungi stesyen minyak kelihatan melonjak-lonjak kegembiraan dengan pengumuman kenaikan harga minyak yang dibuat secara terpencil di dada akhbar. Pengguna bersyukur dengan kenaikan tersebut dan dengan langkah itu maka berakhirlah masalah kemarau harga minyak yang melanda negara sejak
berhari hari lamanya.


Antara pengunjung stesyen minyak yang ditemubual, Sharifah Rozana, 35, berkata,"Langkah ini adalah langkah hebat. Saya rasa bersyukur.Sekurang-kurangnya suami saya akan kembali menggunakan motosikal untuk berulang alik ke tempat kerja. Dapatlah saya guna kereta untuk menghantar anak ke sekolah. Saya berharap agar harga dinaikkan lagi agar suami saya naik bas dan dia akan tinggalkan motosikalnya di rumah, untuk saya guna".


Sementara seorang kakitangan Kilang yang enggan namanya di dedah berkata, "Saya sebenarnya dah lama tunggu kenaikan harga minyak ni. Bila harga baru di sebut, saya terus datang ke stesyen minyak untuk mendapatkan bekalan. Alhamdulillah, doa saya termakbul akhirnya. Dengan kenaikan harga minyak ini dapat lah saya mencapai azam saya iaitu hidup serba sederhana dan tidak berlebih lebihan seperti tahun lepas."


Pemuda yang mahu dikenali dengan nama Syah Syamsiri , 38, yang bekerja di syarikat komunikasi berkata, "Dengan kenaikan harga minyak ini, dapat lah saya menumpukan perhatian saya pada kerja. Sebelum ini saya selalu ponteng dan bersiar-siar naik motosikal bersama kawan ketika waktu kerja. Dengan ini saya dapat mengurangkan aktiviti merempit di sebelah malam. Malam tadi, majikan sudah pun menghubungi saya dan dia mengucapkan tahniah kepada saya. Beliau cukup prihatin."


Manakala seorang pembonceng motosikal yang berjaya di temubual, En.Tomok New Boys , 25, yang berkerja sebagai tukang masak berkata, "Tak payah interview saya …. Saya tak beli minyak bang, saya tumpang motor kawan jer.."


Wartawan kami juga sempat menemubual seorang gadis yang sedang berjalan kaki melintas stesyen minyak tentang pendapat beliau mengenai kenaikan harga minyak RON97. Gadis tersebut Scha Al Yaya,berkata "Bagus la bang minyak naik, nanti harga barangan lain pun naik, ikan naik harga, ayam pun naik harga, ni bawang merah pun dah naik harga. Jadi saya boleh berdiet bang. Bolehlah lepas ni saya pakai baju fesyen-fesyen, ehmm RON tu nickname nama Badron kan bang? Tentu dia hensem…"


Untuk melengkapkan artikel biar dapat panjang sikit space di akhbar kami, wartawan kami sempat juga menemubual seorang kanak-kanak lelaki ,Safee Sali yang sedang mengepam tayar basikalnya di stesyen minyak yang sama. "Minyak mana boleh naik bro… kan kalau pam minyak tu turun masuk dalam tangki kereta…"


Wartawan sempat juga menemubual pam attendan stesyen minyak tersebut, "minyak naik pun gaji sama juga encik..tak naik pun"