Adsense

Jumaat, 21 Januari 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Aida Khalida kini tauke tudung

Posted:

Aida Khalida kini tauke tudung

Aida Khalida kini tauke tudung

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my
Gambar WAHIDAH ZAINAL


GAYA USAHAWAN... Aida Khalida menunjukkan koleksi tudungnya yang turut dijual pada majlis pelancaran tudung Aida Khalida
di Restoran Puteri, Sungai Penchala, Damansara baru-baru ini.


BERMULA daripada impian, akhirnya ia menjadi kenyataan. Pelakon terkenal, Aida Khalida atau dahulunya cukup sinonim dengan nama Aida Rahim kini sudah mula melangkah ke alam perniagaan pula.

Baru-baru ini, bertempat di Restoran Puteri, Sungai Penchala, Damansara dilancarkan jenama tudungnya sendiri iaitu Aida Khalida yang menyenaraikan sebanyak 15 rekaan yang menarik dan segar.

Tudung yang berharga antara RM50 hingga RM190 di bawah jenama tersebut termasuklah Adiva, Lu'lu, Badi'a, Numa, Dora, Moon, Naira, Urika dan Chamelia.

Kesemua koleksi tudung Aida Khalida kini dijual di Butik Galeri Muslimah yang terletak di Neo Damansara PJU 8/1, Bandar Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor.

Menurut Aida, perniagaan yang diusahakan dengan kerjasama Galeri Muslimah Sdn. Bhd. (Galeri Muslimah) itu sejak empat bulan lalu memberi cabang baru buatnya sebagai selebriti.

Namun jelas Aida, melangkah ke bidang perniagaan bukan tanda awal buatnya untuk berundur daripada bidang lakonan yang cukup disayanginya.

"Alhamdulillah, bermula dengan impian siapa sangka rupa-rupanya menjadi kenyataan. Syukur kolaborasi perniagaan dengan pemilik Galeri Muslimah iaitu Johari Mohd. Ghazali dan isterinya, Norashiekin Zakaria akhirnya membuka jalan buat saya memasarkan produk tudung jenama sendiri.

"Dahulu orang selalu kaitkan saya dengan fesyen dan apabila saya sudah bertudung ramai pula yang bertanya tentang tudung yang saya gayakan. Ini secara tidak langsung memberi motivasi buat saya dalam menghasilkan produk tudung sendiri.

"Ini boleh dikatakan salah satu usaha saya berdakwah serta menggalakkan lebih ramai muslimah bertudung untuk kelihatan cantik dalam masa yang sama memberi sesuatu kepada peminat yang mahu berjinak-jinak dalam perniagaan sebagai pengedar," katanya yang mula memakai tudung sejak tiga tahun lalu.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Mila Kunis

Posted:

Mila Kunis

Mila Kunis

SELEPAS menempa kejayaan menerusi filem Black Swan, aktres bermata galak, Mila Kunis semakin yakin dengan langkah seninya sebagai seorang aktres filem.

Biarpun sebelum ini, dia digandingkan dengan ramai pelakon lelaki kacak di Hollywood, jauh di sudut hati Kunis dia menanam impian untuk berlakon bersama dua aktor ternama iaitu Brad Pitt dan George Clooney.

"Selama saya berlakon lebih daripada 10 tahun lalu, saya sudah digandingkan dengan pelakon lelaki yang saya sifatkan cukup ideal.

"Kalau ditanya kepada saya dengan siapa lagi yang saya mahu digandingkan di masa akan datang, jawapannya adalah Brad Pitt dan George Clooney kerana karisma mereka memang cukup menyerlah apabila di layar perak.

"Saya percaya jika saya dapat digandingkan dengan mereka selepas ini, ia akan menjadi kombinasi yang cukup menarik untuk saya," ujarnya dalam satu temu bual baru-baru ini.

Menerusi filem Black Swan, Kunis menerima pelbagai pengiktirafan dan terbaru, dia dicalonkan untuk Golden Globe dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

Bukan itu sahaja, dia turut menerima pencalonan dalam kategori yang sama bagi anugerah Screen Actors Guild yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Kunis mula dikenali ramai menerusi sitkom popular, That 70's Show yang pernah ditayangkan satu ketika dulu dan juga menyumbangkan suaranya untuk siri televisyen, Family Guy.

Selain televisyen, Kunis juga membintangi beberapa buah filem termasuklah Max Payne, Forgetting Sarah Marshall, The Book of Eli dan Date Night.

Untuk filem terbarunya, Kunis baru sahaja selesai membintangi filem Friends with Benefits dan akan menjalani penggambaran filem terbarunya, Ted tidak lama lagi.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.