Himpunan Kisah Sensasi |
Dapat pakaian percuma jika berpakaian dalam Posted: 20 Jan 2011 12:00 PM PST
SEJUMLAH orang yang memakai pakaian dalam berbaris di luar kedai jenama Desigual di Lisbon, Portugal kelmarin. MADRID – Sejumlah orang termasuk wanita yang memakai pakaian dalam sanggup beratur dalam suhu sejuk semata-mata untuk memperoleh pakaian mahal yang diberikan secara percuma di kedai-kedai cawangan Desigual di Madrid, Sepanyol dan Lisbon, Portugal kelmarin. Hanya 100 orang yang paling awal memasuki kedai itu dibenarkan memperoleh pakaian mahal secara percuma. Sebelum itu, seramai 200 orang memakai pakaian dalam sanggup berbaris di luar kedai tersebut untuk merebut tawaran unik itu. Dua orang yang bertuah itu, Pedro Soares dan Ivan Silva mendakwa mereka tiba di kedai Desigual pada pukul 1 pagi waktu tempatan kelmarin di Lisbon. Mereka berbaris selama lapan jam untuk menunggu pintu kedai itu dibuka. "Saya mendapat sehelai baju sejuk dan sepasang seluar yang mungkin berharga AS$250 (RM766.125)," kata Soares. "Saya suka jenama ini (Desigual) dan saya boleh memperoleh pakaian itu tanpa membuat sebarang pembayaran," tambahnya. Seorang pegawai perhubungan awam jenama Desigual, Beatriz Almeida berkata, inisiatif itu dibuat bagi menandakan bermulanya jualan untuk musim sejuk. – Agensi ///kosmo /// January 21st, 2011 in Gelagat Manusia, Ragam Dunia | tags: gambar model pakaian, mangsa jenama fesyen, pakaian dalam lelaki, pakaian dalam wanita, pakaian percuma, pakaian separuh bogel, peminat fanatik fesyen, promosi jualan pakaian, sensasi |
You are subscribed to email updates from Himpunan Kisah Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |