macam macam hiburan terkini |
- Diana Danielle Enggan Berlakon Filem Syamsul
- Umie Aida Dapat 'Hidu' Kejutan Suami
- Edlin AF2 Bercinta Dengan Bekas Kekasih
- 'Raja Lawak' Lesen Jadi Penyanyi - Azrul
Diana Danielle Enggan Berlakon Filem Syamsul Posted: 20 Jan 2011 04:03 PM PST Menurutnya, dia tidak pernah terfikir untuk kembali berlakon dalam drama atau filem di bawah arahan pengarah muda tersebut biarpun dikatakan mereka sudah berbaik. "Saya belum terfikir lagi untuk berlakon bersama dia (Syamsul)jika ditawarkan," jelasnya melalui kiriman khidmat pesanan ringkas kepada mStar Online. Jelasnya, hubungan baik dengan pengarah muda itu, hanya atas dasar profesionalisme dan rasa hormat sesama artis. "Saya rasa orang sudah salah anggap, saya langsung tidak terfikir nak kembali intim dengan Syamsul Yusof. Kami hanya kawan dan tidak lebih dari itu," tulisnya. Dalam pada itu, Dia yang dikatakan berpimpin tangan dalam sebuah majlis baru-baru ini menjelaskan bahawa ia tidak seperti yang digambarkan oleh beberapa pihak. "Mana ada saya hadir ke sebuah majlis sambil berpimpin tangan dengan Syamsul Yusof, Itu hanya fitnah semata-mata. Dia hanya membantu saya semasa tutun tangga dari atas pentas sebab tangga tersebut terlalu kecil dan saya memakai kasut bertumit tinggi," jelasnya. Sementara itu, ibu kepada pelakon ini, Norsiah Ramli ketika dihubungi mStar Online memberitahu hubungan bekas pasangan kekasih itu sudah lama berbaik, namun tidak lebih dari sekadar teman biasa. "Kami sudah melupakan peristiwa lalu dan Syamsul sudah lama meminta maaf tentang perkara itu. Tentang hubungan Diana dengan Syamsul saya tidak pernah menghalang untuk mereka berbaik. "Saya ada bertanya Diana sejauh mana hubungan tersebut, namun Diana hanya memberitahu ia hanya berjumpa ketika di majlis dan tidak pernah berhubung melalui telefon dengan lelaki tersebut," katanya. |
Umie Aida Dapat 'Hidu' Kejutan Suami Posted: 20 Jan 2011 04:01 PM PST Majlis berkenaan disambut pada Selasa lalu di Restoran Tony Romas, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Namun begitu, Umie berkata dia dapat menghidu terlebih awal tentang majlis tersebut kerana suaminya, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan tidak pandai 'berlakon'. Kek hari jadi Umie. Bagaimanapun, Umie pada mulanya hanya menyangkakan suaminya mahu mengajaknya ke majlis makan malam biasa dan bukan majlis besar yang dihadiri seramai 60 orang itu. Umie dengan suami tersayang, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan. "Mereka sepatutnya menyambut majlis hari jadi saya pada malam 17 Januari lalu tetapi waktu itu saya tidak sihat. Jadi, mereka terpaksa menunda kepada malam 18 Januari lalu. Antara rakan artis yang hadir. Dari kiri: Sofea Jane, Ziela Jalil, Vanidah Imran, Ning Baizura, Erra Fazira dan Noniswara. "Saya dapat mengagak suami akan membuat sesuatu (kejutan hari jadi) pada malam itu apabila dia mengajak saya keluar tetapi dia berpakaian formal. "Sedangkan biasanya kalau dia keluar bersiar-siar dengan saya pada waktu malam, dia hanya selesa mengenakan pakaian ringkas," katanya kepada mStar Online. artis yang hadir ialah kakaknya, Erma Fatima, Erra Fazira, Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Ning Baizura, Sofea Jane, Ziela Jalil, Noniswara dan Maya Karin. Bercerita tentang hadiah hari lahir pemberian suami, Umie berkata dia tidak menerima dan meminta apa-apa hadiah daripada suaminya. "Saya tidak mengharapkan apa-apa hadiah. Yang penting suami memberikan kasih-sayang dan menghargai diri saya. "Sempena ulang tahun ini, saya mendoakan agar diberikan rezeki anak," ujarnya yang akan terlibat dengan penggambaran sebuah telefilem pada Februari ini. Selepas selesai dengan pementasan teater Natrah, dia berehat seketika daripada berlakon dan bercuti ke Eropah bersama-sama suami. |
Edlin AF2 Bercinta Dengan Bekas Kekasih Posted: 20 Jan 2011 04:00 PM PST Sengaja merahsiakan namanya, Edlin yang pernah menyertai Akademi Fantasia musim kedua (AF2) berkata kali terakhir dia bertemu dengan lelaki itu sewaktu belajar di tingkatan empat. Bagaimanapun selepat tamat sekolah, mereka berdua menyambung pelajaran di Melbourne, Australia tetapi sayang sekali tidak pernah berjumpa. "Percaya atau tidak, walaupun belajar di tempat yang sama, kami tidak pernah berjumpa antara satu sama lain. Tetapi itu semua kerja Tuhan, kami bertemu semula pada tahun lepas melalui Facebook," kata Edlin kepada mStar Online. Selepas pertemuan itu, kedua-dua mereka telah melafazkan rasa cinta serta termasuklah sudah berjumpa dengan ahli keluarga kedua-dua belah pihak. "Dia orang Kuala Lumpur. Setakat ini, keluarga kami sudah pun berkenalan. Kalau ada jodoh, insya-Allah kami akan berkahwin. "Saya tertarik dengan sikapnya yang baik hati, bercakap dengan lemah lembut dan menghormati keluarga. "Keluarga saya tidak kisah tentang harta dan pangkat seseorang itu asalkan dia ikhlas dan jujur dengan saya, cukuplah," cerita anak sulung daripada dua beradik ini. Bercerita tentang karier seninya, Edlin masih lagi menyanyi dan sering menjayakan persembahan tertutup dan juga aktiviti melibatkan Astro. |
'Raja Lawak' Lesen Jadi Penyanyi - Azrul Posted: 20 Jan 2011 03:58 PM PST PETALING JAYA: Pengacara Azrul (Raja Lawak), 36, mengakui mengambil kesempatan dengan menjadikan program Raja Lawak sebagai platform untuk bergelar seorang penyanyi. Biarpun belum dikenali sepenuhnya dalam industri ini, ironinya pemilik nama Azrul Zaidi dari kumpulan Cham yang mendapat tempat kedua dalam Raja Lawak musim kedua ini sudah mengembangkan kariernya sebagai pelawak, pelakon, penyanyi dan pengacara. Lantas, dia tidak pernah patah semangat untuk merealisasikan impiannya demi menjadi seorang penghibur serba boleh. Lebih menarik, dia turut membuka syarikat pengurusan acara sendiri iaitu Freelance Entertainment Enterprise yang diuruskan bersama-sama isterinya, Raja Norshafinaz Raja Mokhtar, 34. "Sejujurnya, saya menjadikan program Raja Lawak sebagai lesen untuk dikenali sebagai penyanyi. Sebelum ini, saya banyak menyanyi di tapak pesta Pulau Pinang. "Sebelum menyertai Raja Lawak musim kedua, saya pernah menubuhkan kumpulan muzik dan menjadi finalis pertandingan Asia Bagus 1995. Kami hanya berjaya mendapat tempat keempat dalam pertandingan itu. "Selain itu, saya turut memasuki pertandingan Bintang Radio Televisyen Malaysia (RTM) cawangan utara pada 1996 dan dipilih sebagai naib juara," katanya kepada mStar Online. Azrul bukan sahaja meminati bidang nyanyian, malah dia turut menceburi bidang penciptaan lagu. "Saya telah bergelar komposer sejak tahun 2009 dan dalam diam-diam berjaya mengumpul 10 buah lagu. Saya mendapatkan bantuan Along (Exist) sebagai penyusun lagu. "Saya baru sahaja menghasilkan single terbaru berjudul Cerita Kita sejak Disember lalu," katanya yang menggunakan modal sebanyak RM4,000 untuk menerbitkan sebuah lagu. Bercerita tentang perkembangan lain, Azrul juga merupakan pengacara di Astro Mustika dan membintangi sitkom berjudul TakuTV di Astro Warna (saluran 132) serta sitkom FaSoLaTiDo di RTM. Selain itu, dia banyak menjayakan majlis makan malam korporat sebagai pengacara majlis sejak tahun 1994. Menyentuh tentang kehidupannya, selepas berkahwin dengan Raja Norshafinaz, dia dikurniakan empat orang anak iaitu Nur Dayana Batrisyia, 6, Nur Qistina Batrisyia, 4, Muhammad Aliff Zaidi, 3, dan Muhammad Danish Zaidi, 2. |
You are subscribed to email updates from macam macam hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |