Adsense

Jumaat, 21 Januari 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Faradhiya tidak mencari cinta

Posted:

Berbicara lanjut, pelakon berusia 27 tahun itu mengakui dia bukan insan yang mudah diajak untuk berjumpa dengan keluarga kekasih melainkan sudah betul-betul yakin dan selesa dengan perhubungan yang dibina.

"Saya jenis orang yang susah hendak berjumpa dengan keluarga kekasih saya dan saya akan elakkan untuk mengaturkan pertemuan tersebut terutama apabila hubungan yang dijalinkan itu masih baru.

"Bukan mahu menyombong diri, tetapi itulah saya. Pada saya, jika sudah melibatkan keluarga, perasaan bimbang akan muncul dalam diri sekiranya apa yang dihajatkan tidak menjadi kenyataan," ujarnya yang pernah berjumpa dengan keluarga bekas kekasihnya itu.

Menyelak lagi lembaran silam pelakon bertubuh langsing itu, sebelum ini dia juga pernah menjalinkan hubungan dengan seseorang lagi lelaki selama empat tahun dan hubungan itu bagaimanapun berakhir begitu sahaja sebelum dia menemui cinta baru dua tahun kemudian yang juga berakhir tanpa sebarang ikatan yang sah.

Tidak percaya cinta jangka panjang

Selepas melalui dua kegagalan bercinta, Faradhiya memutuskan sudah tidak percaya terhadap hubungan jangka panjang memandangkan usianya kini sudah 27 tahun.

"Saya sudah malas untuk mula bercinta semula. Lepas ini kalau ditakdirkan jatuh cinta lagi, saya tak mahu bercinta lama-lama. Tempoh dua tahun sudah cukup sebab saya tidak mempunyai banyak masa lagi. Kalau nak lama-lama, alamatnya jadi anak dara tua," katanya sambil tertawa.

Bagaimanapun, Faradhiya menegaskan bahawa dia tidak akan sesekali mencari cinta kerana itu bukan dirinya.

"Saya boleh cari kawan, tetapi mencari cinta itu susah, lebih-lebih apabila mahu mencari orang yang benar-benar sesuai. Itu semua bukan perkara mudah. Kalau dari awal lagi memang sudah tidak boleh, baik jangan jalinkan hubungan yang serius.

"Saya akui saya senang untuk suka kepada seseorang, tetapi untuk timbul perasaan sayang dan cinta itu sukar. Lagipun saya memerlukan kepercayaan 100 peratus sebelum boleh mencintai seseorang," tuturnya.

Menyentuh tentang ciri-ciri lelaki idaman, Faradhiya mengimpikan lelaki yang benar-benar boleh menggoncang jiwa wanitanya, seorang yang budiman dan memiliki sifat kejantanan.


LAKONAN menjadi bidang yang semakin menarik untuk diterokai, tetapi Faradhiya sedang mengumpul tenaga untuk kembali aktif sebagai penyanyi. Album baru sedang dibikin dan single terbarunya, Kau Telah Pergi sedang teruji di corong radio.


Terus-terusan bercakap mengenai kriteria lelaki pilihan, anak bongsu daripada dua beradik itu bertegas tidak akan bahkan tidak pernah menyukai lelaki yang mudah meninggikan suara terhadap dirinya.

"Rasanya sebab saya anak manja dalam keluarga. Saya juga mahukan seorang lelaki yang melayan saya bak permaisuri kerana apabila sudah bergelar berkahwin, memang isteri itu adalah permaisuri di hati suami.

"Bercakap soal jodoh, kalau boleh saya tidak mahu bakal suami bekerja sealiran dengan saya. Saya tidak mahu bercakap besar, tetapi sebagai seorang artis, saya tahu bersih dan kotornya industri kita.

"Namun kalau saya ditakdirkan bertemu jodoh juga dengan sesama artis, saya reda," katanya lagi.

Kembali dengan album baru

Selepas puas menggali kisah cintanya, persoalan disorotkan pula kepada bidang asal yang membawa nama Faradhiya masuk ke aliran seni, dunia nyanyian.

Popular menerusi lagu Bertakhta Di Hati beberapa tahun lalu, lagu single Faradhiya bertajuk Kau Telah Pergi ciptaan dan lirik oleh Julfekar baru sahaja mula berkumandang di corong-corong radio.

"Lagu itu kebetulan memang terkena pada batang hidung saya dan jika dihayati dengan teliti, liriknya amat menyentuh perasaan.


Faradhiya (enam dari kanan) bersama para selebriti serta penganjur yang terlibat dengan Pertunjukan Fesyen Green Cheongsam, baru-baru ini.


"Saya berkata begitu kerana semasa proses rakaman, ramai yang berada di dalam studio rakaman mengalirkan air mata semasa mendengar saya menyanyikan lagu itu," ujarnya.

Selain single itu, album mini Faradhiya akan siap sepenuhnya menjelang Mac depan dan kini hanya tinggal dua buah lagu sahaja yang masih belum dirakamkan.

"Tajuk album itu kemungkinan besar Kau Telah Pergi dan mengandungi lima buah lagu kesemuanya," ujarnya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Bobo pertama tersingkir

Posted:

Bobo pertama tersingkir

Bobo pertama tersingkir

Oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN


BIARPUN tersingkir awal, kumpulan Bobo telah disenarai pendek untuk muncul dalam program terbitan Astro Prima.


NYATA nasib tidak menyebelahi kumpulan Bobo dan mereka menjadi peserta pertama tersingkir pada minggu kedua Gelanggang Raja Lawak musim kelima yang berlangsung di studio Finas, Hulu Kelang minggu lepas.

Penyingkiran mereka yang diumumkan oleh juri tetap, Sathia adalah berdasarkan undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) penonton.

Berada di tangga terbawah dengan undian sebanyak 4 peratus, kumpulan yang dianggotai Mohd. Hamizi Hashim, 24, (Gbob) dan Mohd. Azwan Sabri, 24, (Wan Awe) ini dikatakan tidak sepatutnya tersingkir.

Jika hendak dibandingkan mereka dengan beberapa peserta seperti kumpulan Kami, kumpulan Bobo dikatakan berjaya membawakan persembahan yang cukup menghiburkan.

Perkara tersebut diakui oleh salah seorang juri tetap Raja Lawak 5, Afdlin Shauki yang meletakkan Bobo sebagai antara peserta yang harus diberi peluang untuk terus beraksi untuk minggu-minggu seterusnya.

Peserta yang menduduki tiga tangga terbawah pada minggu lepas ialah kumpulan Kami dengan 5.3 peratus, kumpulan Kopi O (5.1 peratus) dan seterusnya Bobo (4 peratus) yang menjadi peserta pertama tersingkir pada minggu kedua Gelanggang Raja Lawak.

Kata Afdlin, jika dinilai melalui persembahan di minggu kedua, apa yang dipersembahkan oleh Bobo tidaklah seteruk persembahan beberapa peserta lain.

"Bobo sebenarnya ada potensi pada masa depan, kalau ikutkan juri bukan Bobo yang sepatutnya keluar.

"Mungkin disebabkan topik minggu ini adalah bebas, jadi penceritaan mereka agak kurang menyengat. Ada peserta yang mempunyai idea tapi tidak berani untuk keluar daripada topik," katanya ketika ditemui selepas pengumuman penyingkiran Raja Lawak 5 minggu kedua, baru-baru ini.

Sementara itu, seorang lagi juri tetap yang juga seorang penerbit terkenal, David Teo berkata peserta pada minggu ini terlalu fokus dengan satu topik dan takut untuk menukar topik secara spontan kerana bimbang tidak dapat merealisasikan aksi berkaitan.

"Contohnya Nazmi, dia ada bakat besar, minggu ini topik dia tentang tidak puas hati. Dia cuma ulang-ulang perkataan dahsyat. Cabang dia memang satu tapi sebenarnya dia boleh bermain dengan banyak isu.

"Semua peserta memerlukan lebih banyak pendedahan supaya mereka tahu mengunakan pelbagai cara untuk menghiburkan penonton," katanya.

Ketiga-tiga juri sepakat mengatakan persembahan kumpulan R2 pada minggu kedua Raja Lawak 5 antara yang terbaik termasuk juga Man dan Nazmi.

Senarai keputusan untuk minggu kedua program kedua menyaksikan Leman menduduki tangga pertama dengan 19.7 peratus, diikuti Lucky (10.1 peratus), Nazmi (9.2 peratus), R2 (8.9 peratus), Epy dan TBO (8.4 peratus), Man 7.4 peratus, Balas (6.5 peratus) dan Pukaw (6.4 peratus).

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani berkata, Bobo sememangnya telah berjaya membawakan persembahan yang cukup bagus.

Katanya, meskipun tersingkir, pihak Astro Prima telah pun meletakkan nama mereka dalam senarai pendek untuk dimasukkan ke dalam beberapa program di saluran tersebut.

"Tetapi semuanya bergantung kepada rezeki. Mereka ada bakat. Tidak semestinya juara sahaja yang akan dapat peluang 'kerja' di Astro Prima," ujarnya.

Bobo tidak kecewa

Gbob yang berasal dari Melaka berkata, dia tidak kecewa kumpulan Bobo tersingkir awal kerena dia dan Wan Awe telah memberikan persembahan yang sebaik mungkin.

"Sudah bukan rezeki kami meskipun juri memberi komen dengan menyatakan ada kemajuan dalam persembahan kami. Kalau ikutkan tema minggu ini, topik bebas memang mudah cuma nak cari topik lain daripada yang lain agak susah.

"Sememangnya bidang ini amat kami minati. Selepas ini, kami berdua akan berusaha untuk mengembangkan bakat kami dan cuba menempatkan diri dalam bidang seni," katanya.

Wan Awe yang berasal dari Kuala Lumpur menambah, perjuangan mereka tidak akan berakhir walaupun disingkirkan.

"Kami berterima kasih kepada Afdlin dan juri kerana telah memberi kami banyak ilmu untuk kami gunakan pada masa akan datang," jelasnya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Ryan dipenuhi rasa cinta

Posted:

Ryan dipenuhi rasa cinta

Ryan dipenuhi rasa cinta


RYAN GOSLING


TIDAK diketahui punca, Ryan Gosling sendiri berasa pelik dengan sikapnya yang gemar mengkaji soal hubungan cinta dan pelbagai perkara menarik dilakukan pasangan kekasih. Kecintaan mendalam terhadap bahan bacaan cinta mula muncul dalam diri baru-baru ini.

Pelakon berusia 30 tahun itu yang melibatkan diri dalam filem terbarunya, Blue Valentine bergandingan bersama Michelle Williams mengaku dia teruja dapat memerhatikan benda-benda dilakukan oleh orang bercinta sehingga menganggap dunia seperti milik mereka.

Ryan yang sedang menjalin hubungan dengan aktres, Rachel McAdams berkata: "Saya selalu tertanya pada diri mengapa orang bercinta sanggup melakukan perkara gila kepada pasangan masing-masing. Malah, banyak lagi saya pelajari tentang aspek cinta.

"Ramai yang beranggapan cinta ibarat kisah penyatuan puteri dan raja. Kemudian, mereka tinggal serumah dan berkongsi bilik air sama. Ia pasti memberi pengakhiran gembira" jelas Ryan yang masih belajar cara mengekalkan hubungan dalam sesebuah hubungan intim.

Pada waktu sama, Ryan yang gemar mengambil pelbagai watak dalam projek-projek filemnya termasuk bersama produksi berskala kecil sentiasa memohon agar hubungannya bersama wanita kesayangan sentiasa disirami cinta sekali gus berakhir sehingga akhir hayat.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.