Sensasi |
- Diana Danielle dilantik jadi Duta terbaru Snips
- Anne Hathway bakal berlakon sebagai Cat Woman
- Jennifer Aniston tukar gaya rambut di Cover Malajah Allure
- Fasha Sandha dan Jejai putus Cinta..& Fasha minta maaf kepada kawan bagi pihak ibunya
- The Chinta Hair Saloon and Beauty milik Fasha Sandha di Wangsa Maju
- Lepas Gosip berpegangan tangan ,Tiz Zaqyah dan Remy Ishak dikatakan tinggal serumah?
- Aidil Zafuan menghadiri majlis perkahwinan Zaquan tanpa ditemani isterinya Rita Rudaini
- Gambar-gambar artis di sekitar Majlis pelancaran butik Mimpi Kita
- Temubual bersama Ayu Raudhah dan Zaquan Adha tentang permulaan kisah cinta mereka
- Gambar-gambar persandingan dan perkahwinan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha di Alor Setar
- Video Perbincangan persediaan diantara Zaquan Adha ,Ayu Raudhah dan lain-lain..Ayu ada monyet?
Diana Danielle dilantik jadi Duta terbaru Snips Posted: 23 Jan 2011 12:58 PM PST Diana Danielle terus menjadi perhatian apabila pusat kecantikan tempatan bertaraf antarabangsa Snips International Group memilihnya sebagai duta selebriti jenama berkenaan. Majlis pengumuman sempena perlantikannya sebagai duta selebriti Snips untuk tempoh setahun telah diadakan dalam sebuah majlis ringkas di Hotel Le Meridien, di sini, baru-baru ini. Penjenamaan Snips bakal berkembang pesat ke beberapa negara seperti Arab Saudi, Australia, Qatar, Hong Kong, China, Indonesia dan Filipina dengan perancangan pembukaan beberapa salon di negara berkenaan. |
Anne Hathway bakal berlakon sebagai Cat Woman Posted: 23 Jan 2011 12:56 PM PST Sudah disahkan bahawa Anne Hathaway telah ditawarkan memegang watak Selina Kyle atau Catwoman untuk filem terakhir francais Batman, "The Dark Knight Rises". Pengarah Christopher Nolan berkata: "Saya sangat teruja dapat bekerjasama dengan Anne Hathaway yang akan menyertai kami untuk menamatkan filem ini." Tambahnya lagi, pelakon Tom Hardy pula akan memegang watak Bane. "Saya gembira dapat bekerja dengan Tom sekali lagi dan tidak sabar menantikannya membawa watak sebagai musuh ketat kepada Batman mengikut interpretasi kami." |
Jennifer Aniston tukar gaya rambut di Cover Malajah Allure Posted: 23 Jan 2011 12:44 PM PST Gaya rambut Jennifer Aniston sering menjadi ikutan para peminat.Dia memiliki rambut yang cantik .Namun gaya rambut Jennifer aniston tak banyak berubah, Dalam cover Magazine Allure,Jennifer Aniston telah menggayakan beberapa Fesyen rambut yang lain drpd kebiasaannya. Sesuai ke?Sensasi rasa better style yang selalunya..sebab bila Jennifer ada fringe kat depan mcm tak fresh la. |
Fasha Sandha dan Jejai putus Cinta..& Fasha minta maaf kepada kawan bagi pihak ibunya Posted: 23 Jan 2011 12:22 PM PST Sebelum ini ada desas desus mengatakan yang Fasha Sandha berpisah dengan Jejai kerana tidak tahan dengan Jejai yang sering dikaitkan dengan Nora Danish. Fasha merajuk apabila Jejai pergi bercuti ke Jepun bersama Nora Danish,Anak sulung mereka Rayqal dan keluarga Jejai.Pada mulanya Jejai dikatakan berjanji dnegan Fasha tidak akan join vacation yang diaturkan oleh keluarga nya itu yang mahu membawa Nora Danish sekali bagi meraikan hari lahir Rayqal di Jepun. Namun Nora Danish dikatakan taknak ikut pergi ke Jepun sekali kalau Jejai tak ikut sama.Jadi Jejai pun ikut la mereka semua ke jepun.Fasha pula membawa diri bersama rakan-rakan karibnya ke Bali meraikan tahun baru dengan kontroversi memakai bikini. Gambar bikini Fasha tue di upload oleh rakan baiknya Syazwani dalam Facebook sehingga menyebabkan nama Fasha sekali lagi terpalit kontroversi yang memburukkan lagi namanya. Ibu Fasha Sandha membuat kenyataan memarahi Syazwani yang seolah-olah tidak menjaga air muka Fasha dengan sengaja mengupload gambar peribadi beliau sehingga membuatkan Syazwani terasa hati.Fasha Sandha memohon maaf bagi pihak ibunya namun dia faham hati ibunya terguris mendengar tohmahan org terhadap anak gadisnya,dan Fasha pun faham rakan baiknya itu tak sengaja terupload gambar bikini.huhu Berbalik kisah Jejai dan Fasha,ada rakan wartawan yang menyampaikan cerita bahawa mereka nie memang dah putus cinta kerana kononnya Jejai angkat kaki kerana tak tahan dengan sikap Fasha yang dikatakan kuat mengamok kerana cemburu. Sensasi tak pastila betul ke tak.maklumlah dulu Jejai yang tergila kan Fasha.takkan tiba-tiba bila Fasha cemburu dia nak tinggalkan Fasha pulak. Namun kenyataan Fasha baru-baru nie bercanggah,kata Fasha dia dan Jejai masih pasangan kekasih. Mungkin hanya perbalahan kecil je kot.. |
The Chinta Hair Saloon and Beauty milik Fasha Sandha di Wangsa Maju Posted: 23 Jan 2011 12:12 PM PST Seorang lagi artis yang kini mula menjinakkan diri dengan perniagaan,Fasha Sandha kini membuka sebuah Saloon rambut yang dinamakan The Chinta Hair and Beauty Saloon yang terletak di Wangsa Walk Wangsa Maju. Saloon ini akan dibuka pada 14 February 2011.beramai-ramailah dtg utk melihat Fasha Sandha gunting rambut org. |
Lepas Gosip berpegangan tangan ,Tiz Zaqyah dan Remy Ishak dikatakan tinggal serumah? Posted: 23 Jan 2011 12:01 PM PST Gossip cinta diantara pelakon Nur Kasih,iaitu Tiz Zaqyah dan Remy Ishak nampaknya belum surut. Sebelum nie ada peminat dikatakan nampak Remy Ishak berpegangan tangan dengan Tiz di motor GP Sepang.Remy sendiri mengakui,tapi sebab masa tue sesak sangat jadi untuk mengelakkan daripada terpisah akibat kesesakan Remy terpaksa pimpin tangan Tiz. Selepas tue muncul pula gossip mengatakan yang Tiz dan Remy tinggal serumah.Tanpa berlengah Tiz menjelaskan keadaan sebenar.. "Saya memang berkawan dengan dia. Memang dia pernah datang dan melepak di rumah saya tapi bersama rakan-rakan lain. Bukan dia sahaja yang datang bahkan kawan-kawan lain pun sama juga. Saya pun tak faham bagaimana kisah ini timbul kalau ada bukti mengatakan kami duduk sekali saya harap orang yang membuat cerita itu mengemukakan buktinya," katanya ketika ditemui pada majlis preview telemovie, 7 lagu yang diadakan di Mutiara Damansara, di sini, malam tadi. "Saya bosan dengan apa yang berlaku kerana segala cerita yang disebarkan tidak benar. Tapi amat sukar untuk saya mempertahankan diri sendiri kerana yang bercakap terlalu ramai. Namun saya bersyukur kerana masih ada keluarga dan rakan-rakan terdekat yang mengerti dan mengetahui siapa saya sebenarnya," jelasnya lagi. |
Aidil Zafuan menghadiri majlis perkahwinan Zaquan tanpa ditemani isterinya Rita Rudaini Posted: 23 Jan 2011 11:54 AM PST Sebelum ini ,kisah perbalahan antara Rita dan Aidil serta keluarga sering kedengaran,terbaru Aidil menghadiri majlis resepsi perkahwinan kembarnya di sebelahAyu Raudhah di Alor setar tanpa ditemani Isterinya. Pelbagai spekulasi yang dibuat,apatah lagi sebelum nie Rita mengadu kepada media dia difitnah oleh Ayu ,yang membawa mulut kepada mertuanya,akhbar dan produksi kerana berdendam Zaquan pernah cuba rapat dengannya dulu. Menurut Aidil Rita tak datang ke resepsi tersebut kerana kurang sihat,maklumlah Rita kinis edang hamil anak kedua mereka..Hamil 5 bulan memang tak digalakkan travelling jauh ,tp kalaunaik flight okeylah. "Saya ada mengajak isteri datang ke majlis ini tetapi Rita tidak sihat. Jadi, dia tidak dapat datang bersama dengan saya dan berada di Kuala Lumpur. "Insya Allah, dia akan turut serta dalam majlis resepsi di sebelah pihak lelaki di Seremban, Negeri Sembilan pada 30 Januari ini," kata Aidil kepada pemberita selepas majlis akad nikah kembarnya Zaquan Adha di sini, Jumaat. "Saya tumpang gembira dengan majlis perkahwinan Zaquan dan semoga diamenjadi seorang suami yang bertanggungjawab. "Selepas ini tanggungjawabnya lebih besar dan berharap agar dia menjaga keluarganya dengan baik," ujarnya Aidil lagi. |
Gambar-gambar artis di sekitar Majlis pelancaran butik Mimpi Kita Posted: 23 Jan 2011 11:31 AM PST Majlis pelancaran butik Mimpi Kita di Jalan Telawi 2, Bangsar, Kuala Lumpur. Pada mereka yang cukup familiar dengan 'dunia' membeli-belah secara online (online shopping), Mimpi Kita yang ditubuhkan oleh tiga adik-beradik, Nurul Zulkifli, Amirah Zulkifli dan Syahira Zulkifli telah memulakan perniagaan mereka sekitar Mei 2008. Pada tahun yang sama, Mimpi Kita yang lebih memfokuskan pakaian untuk wanita telah mendapatkan sebuah lokasi yang lebih proper di Dataran Sunway. Tahun 2011 menyaksikan Mimpi Kita melebarkan sayap mereka apabila melancarkan butik di Bangsar dan mula mendapat perhatian daripada selebriti tempatan seperti Liyana Jasmay, Marsha, Farah Fauzana, Tiz Zaqyah, Fouziah Gous dan ramai. Selain daripada itu, dua jenama di bawah Mimpi Kita iaitu Kemeja dan RekaKita turut dilancarkan pada hari tersebut. Mendapat pelabur daripada abang dan teman rapat iaitu Taufiq Zulkifli, Ili Zuhair Amdan dari Kasi Gegar Entertainment serta pelakon dan pengacara Farish Aziz, Kmeja adalah jenama pakaian untuk lelaki. Manakala RekaKita pula adalah jenama untuk dekorasi dalaman untuk rumah anda. |
Temubual bersama Ayu Raudhah dan Zaquan Adha tentang permulaan kisah cinta mereka Posted: 23 Jan 2011 11:26 AM PST Pasangan bahagia Ayu dan Zaquan. pun begitu melalui nada dan tutur kata Ayu bercerita tentang kisah cinta mereka,nyata Ayu sangat over excited dan berbangga dapat jadi isteri kepada Zaquan Adha. Cinta dalam tafsiran kalian? AYU RAUDHAH (AR): Sebuah perasaan yang tidak boleh diluahkan dengan kata-kata. Insan bercinta sahaja yang boleh memahami dan merasainya. Malah ia tidak boleh digambarkan. Makin nak kahwin, makin tersenyum-senyum baca SMS Zaquan. Macam baru-baru nak bercinta. MOHD. ZAQUAN ADHA (ZA): (Ketawa besar) Saya tidak tahu dan tidak boleh menjawab soalan ini. Mungkin kerana saya bukanlah jenis yang sangat romantis. Kali pertama bertemu, masih ingat pertemuan itu? AR: Pasti, saya ingat tarikh 11 Mei 2009, dia datang bertemu saya dengan kawan saya. Kami keluar bersama. Saya control jelita walhal sangat malu sebab suka dengan pertemuan tersebut. Zaquan pula nampak agak berlagak sedikit tapi bila saya sampai di rumah, terus dapat SMS daripadanya yang berbunyi, "Hai, orang hot." Selepas itu kami kerap juga berbalas SMS tapi tidak serius. Sehinggalah dia datang untuk satu perlawanan Kedah menentang Negeri Sembilan di Stadium Darul Aman, Alor Setar. Kebetulan saya juga ada di sana. Kami bertemu lagi pada bulan Julai. ZA: Ingat, masa tu saya keluar minum dengan Ayu dan rakannya. Mula-mula berborak biasa-biasa. Tapi sejak itu mula kami rapat dan terus rapat. Saya suka tengok dia bercakap masa itu. Sangat lemah lembut. Bila Zaquan mula-mula ajak Ayu kahwin? AR: Jangan tidak tahu, dua minggu lepas kami rasmi berpacaran, dia terus ajak saya kahwin. Saya rasa macam tak percaya dan ingatkan dia main-main. Malah saya anggap dia tidak ambil serius sehinggalah dia bawa saya berjumpa keluarganya. Pertama kali pada bulan April dan kali kedua pada bulan Oktober untuk pertunangan. Sebelum dia kenalkan dengan ayah dan ibunya, dia bawa saya berkenalan dengan adik beradiknya. Alhamdulillah, kali pertama saya berjumpa kedua orang tuanya, kami terus jadi baik. Majlis perkahwinan, atas idea bersama atau bagaimana? AR: Idea asal memang daripada saya dan yang merealisasikannya adalah kakak saya, Rohaiza (Jaja). Saya memang sudah lama teringinkan majlis yang bertemakan perkahwinan dalam taman dan penuh fantasi. Bagi saya, tema tersebut sangat comel dan memang dulu telah jadi anganan saya. Zaquan pula jenis mengikut sahaja. ZA: Kalau di sebelah Ayu, saya biarkan dia dan familinya yang tentukan. Sebelah saya, kami akan memakai persalinan warna biru muda. Saya biarkan mak andam dan famili saya yang uruskan semua dan kalau tanya saya, sejujurnya saya memang tidak pandai menguruskan hal-hal begini. Ayu di mata Zaquan? ZA: Dia seorang yang lemah lembut dan pandai mengambil hati orang tua. Ayu seorang yang sangat manja. Mudah terasa dan merajuk. Saya ini jenis yang tidak pandai memujuk. Kadangkala saya biarkan dia pujuk dirinya sendiri. Zaquan di mata Ayu? AR: (Gelak) Semua suka terutamanya kerana dia merupakan seorang yang sangat mengutamakan famili. Malah dia dan saya jenis yang rapat dengan famili maka saya faham apa yang masing-masing rasa. Malah dia sangat sopan di hadapan keluarga. Nak kata romantis, tidak, tapi dia berusaha untuk meromantikkan suasana. Dia juga seorang yang teliti dan suka bertanya untuk mendapatkan kepastian dan keterangan lanjut. Perancangan selepas perkahwinan? AR: Zaquan memang tidak kisah kalau saya berlakon tetapi saya akan hadkan aktiviti lakonan saya dan kurang mengambil tawaran berlakon. Saya akan jadi selektif tapi akan terus berlakon. Sepatutnya awal Februari ini saya terlibat dengan sebuah drama bersiri tetapi saya tolak kerana tidak mahu berjauhan dengan suami. Saya juga akan berpindah ke Seremban. ZA: Nampaknya kami akan duduk di Seremban kerana saya sudah ada rumah sendiri di sana. Kelak kalau dia sibuk dengan penggambaran, kami akan singgah di rumahnya di Kuala Lumpur. Saya sibuk dengan latihan bola sepak. Saya juga tidak akan menghalang Ayu untuk terus berlakon kerana saya kenal dia pun sesudah dia bergelar pelakon. Saya cuma ingatkan dirinya supaya bijak membuat keputusan dan membuat keutamaan. Bagaimana Zaquan mempersiapkan diri untuk masuk ke dalam dunia selebriti dan berhadapan dengan sensasi? ZA: Bukan pasangan selebriti sahaja perlu bersedia dengan dugaan dan halangan selepas kahwin. Status artis lebih mendapat perhatian dan pelbagai perkara yang ditimbulkan. Orang biasa juga mempunyai masalah mereka sendiri. Sama ada bersedia atau tidak, saya dan Ayu akan hadapi masa hadapan bersama-sama. Ayu pernah menyatakan bahawa Ayu peminat permainan bola sepak. Apa bukti minat tersebut? AR: Saya memang penyokong pasukan Malaysia dan Negeri Sembilan. Dari dulu saya memang jenis mengikut kakak saya, Jaja yang suka menonton bola sepak di stadium dan kemudian terjebak. Perlawanan pertama Zaquan yang saya saksikan adalah ketika dia bermain untuk pasukan bawah 20 tahun menentang Singapura di Stadium Bukit Jalil. Waktu itu belum suka dia lagi tapi selepas melihat gambar Zaquan terpampang di papan iklan di Lebuhraya Persekutuan, saya terus suka. Ini seperti sebuah mimpi jadi nyata kerana dapat menjadi isterinya. Mahu berapa orang anak? AR: Tidak merancang langsung. ZA: Saya tidak kisah, kalau boleh 10 orang okey juga. Lima orang juga okey. Tapi jujurnya saya mahu sepasang lelaki dan sepasang perempuan. Perancangan bulan madu? AR: Sedih sebab Zaquan tidak dapat cuti. Dia cuma diberi pelepasan pada 20 hingga 23 Januari dan 30 Januari. Jadi kami tidak dapat berbulan madu lagi. Ikutkan perancangan kami mahu ke Hawaii. Saya sukakan pulau kerana ia tenang, tidak sibuk dan kami dapat menghabiskan masa sepuas-puasnya berdua. ZA: Saya sudah jelaskan pada Ayu bahawa saya tidak dapat cuti untuk kami berbulan madu. Saya baru sahaja pulih daripada kecederaan dan perlu mengikut latihan-latihan yang ditetapkan. Ayu faham tetapi kasihan dia. Masih wujudkah rahsia antara kalian? ZA: Tiada rahsia antara kami. Saya cakap pada Ayu, hal yang lepas-lepas biarlah berlalu. Saya pernah ada sejarah dulu dan begitu juga dirinya. Kami tidak boleh ungkit-ungkit perkara lalu. Apa yang penting kini kami perlu berterus terang dan tidak ada apa yang perlu disorokkan. Panggilan Zaquan buat Ayu? ZA: Saya panggil dia Boo Boo atau sayang dan Baby. Dia pun panggil saya panggilan Boo Boo. |
Gambar-gambar persandingan dan perkahwinan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha di Alor Setar Posted: 23 Jan 2011 11:16 AM PST Tahniah diucapkan buat pasangan pengantin baru yang sedang berbahagia kini Ayu Raudhah dan Zaquan Adha.Sama cantik sama padan sensasi suke sgt tgk mereka berdua nie. Zaquan nampak sangat hensem dan segak ,ayu pulak nampak very sweet and pretty. Akhirnya hanya dengan sekali lafaz, aktres Ayu Raudhah, 26, akhirnya sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan dan N9, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 23, pada majlis pernikahan mereka di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, kelmarin (21/1). Ayu Raudhah kelihatan anggun berpakaian berwarna krim dengan menerima mas kahwin RM1,888 serta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan berbalas sembilan dulang. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak. Difahamkan, wang hantaran itu mempunyai kaitan dengan angka lapan, iaitu nombor jersi Zaquan. |
Video Perbincangan persediaan diantara Zaquan Adha ,Ayu Raudhah dan lain-lain..Ayu ada monyet? Posted: 23 Jan 2011 11:08 AM PST Seriously,comel je monyet tue..hahaha sensasi sebenarnye tak pasti tue monyet ke atau dipanggil binatang apa tah,tapi manja betul ngan ayu Raudhah.Ayu kelihatan sgt berseri-seri semasa persediaan perkahwinannya dnegan buah hati tercinta Zaquan Adha. Pasangan nie memang sungguh cantik dan hensem..bagai pinang dibelah dua..hehe |
You are subscribed to email updates from Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |